Sunday, December 30, 2012

Selamat Tinggal Rona 2012

3 comments

Assalamualaikum, apa khabar semua?

Hari ni 30 Disember 2012, tinggal 1 hari saja lagi sebelum masuk ke tahun baru 2013. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Tapi dalam kepantasan masa yang berlalu, banyak juga perkara yang dah berlaku. Perkara yang menggembirakan dan perkara yang mengundang emosi negatif silih berganti.

InsyaAllah, dalam blog post kali ini, saya ingin mengimbas kembali apakah yang telah terjadi pada saya dalam setiap 12 bulan yang telah ditempohi berpandukan arkib di Nizam Malek Blog ini dan beberapa gambar kenangan yang ada di Facebook. =)

Januari

Masa dalam bulan Januari 2012, saya masih lagi baru sebagai seorang PRP (Provisionally Registered Pharmacist) di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Masa tu saya di rotation OPD. Life masa tu kira oklah.

Dan bulan tu juga saya first time dapat gaji as Pegawai Farmasi. Time tu memang rasa kaya sebab dapat gaji back dated untuk 2 setengah bulan. Antara benda yang saya beli untuk menyambut gaji pertama adalah smartphone baru, iaitu Sony Ericsson Xperia Pro.

Kebanyakan blog post yang saya tulis pada bulan Januari 2012 adalah berkenaan dunia Farmasi, dan sejak itu juga saya banyak menerima soalan-soalan daripada orang ramai di Internet berkenaan Farmasi.

It was a good start for a new year 2012. I had a good job, near to house and closed to family. Everything was fine for January 2012.


Februari

Salah satu event terbesar dalam tahun 2012 untuk keluarga saya adalah perkahwinan kakak tersayang, Salz yang telah berlangsung pada 17 Februari 2012 di rumah kami di Austin perdana. Kedua-dua kakak saya berkahwin pada umur 26 tahun. Jadi maybe tahun depan adalah tahun saya pula, InsyaAllah. ^ ^

Selain itu, rotation clinical saya bermula pada bulan Februari. Hidup mula berserabut dan tak tentu arah. Terasa sangat sibuk masa tu. 8 minggu berturut-turut terpaksa berperang dengan Pharmacotherapy Handbook, Drug Information Handbook, presentation slides, ward round, case clerking dan pelbagai lagi.. 

Mula-mula memang rasa bersemangat.. First presentation dapat pujian melambung.. Lepas tu, makin lama makin surut dan lesu.. =p

Selain itu juga, dalam bulan Februari, saya ada buat satu video music, cover untuk lagu Sesal Mendua nyanyian kumpulan Klangit. Video tu sehingga kini dah berjaya mencecah lebih 3500 views di Youtube, walaupun ada salah lirik dalam video tu.. Heheh..

Mac

Ha, jangan pelik, saya tiada post satu apa pun di blog ini pada bulan Mac 2012. Ni semua sebab rotation clinical.. Langsung tiada masa untuk diri sendiri.. Huh.. 

Tapi dalam sibuk-sibuk tu, saya sempat juga hadiri satu aktiviti anjuran hospital, iaitu Kursus Penyembelihan dan Pemakanan Halal pada akhir bulan, 31 Mac 2012. First time juga belajar pegang ayam dan menyembelih.. Biasa la budak bandar, tak biasa.. Heheh.. =p

April

Bulan April adalah bulan yang best, sebab bulan April adalah bulan saya dilahirkan, iaitu pada tanggal 26 April 2012.. Erh ape pulak 2012.. 1987 lah.. =p

Best sebab time tu saya dah habis rotation clinical dan boleh bernafas seperti biasa semula.. Lepas tu mula banyak aktiviti.. Saya mula main badminton dengan kawan-kawan PRP hampir setiap minggu, pergi buat persembahan pentas di Majlis Makan Malam Farmasi, dan macam-macam lagi..

Masa bulan April, diam tak diam (apa tak diam?), dah 6 bulan saya bekerja di HSI rupanya. Cepat gila masa berlalu.. Fuh!

Ohya, bulan April 2012 juga menjadi titik tolak yang paling penting dalam hidup saya sebab saya dah mula mengorak langkah untuk menjadi seorang pelabur hartanah pada usia semuda 25 tahun.

Inilah pengalaman yang amat berharga dalam hidup. Thanks pada abah yang menjadi mentor hebat dalam dunia pelaburan hartanah ni. Thanks juga pada mama yang menjadi pendorong dan supporter yang amat penting dalam usaha ini. Thanks to both of you. It's such as my birthday presents. =)

Mei

Dalam bulan Mei ni, saya agak aktif berblogging berbanding bulan-bulan yang lain. Ada 12 blog post semuanya. Kebanyakannya, saya menulis untuk respond cadangan daripada pembaca Nizam Malek Blog untuk kategori KISSinsights (kini Qualaroo). 

Terima kasih atas cadangan dan respons daripada anda. Tanpa anda, Nizam Malek Blog akan kesepian.. Cewah.. =p

Jun

Hmm, apa yang menarik dalam bulan Jun ya? Cuba recall jap.. Dalam bulan Jun ni, tak delah pape peristiwa gempak sangat berlaku.. Time tu saya sibuk menguruskan urusan hartanah, bersama peguam saya.. 

Peguam saya perempuan, sebaya tahun 1987 juga.. ;-)

Julai

Dalam bulan Julai, yang paling best skali adalah saya dapat pergi bercuti ke luar negara. Singapore je kot... Hehe, saya pergi ke taman tema paling best yang biasanya rakyat Malaysia nak pergi, iaitu Universal Studio Singapore (USS).

Yup, pergi masa tu bulan puasa. Bertolak lepas subuh dan balik time maghrib. Seharian yang seronok. Dapat juga merasa keseronokan.. Walaupun penat berjalan masa bulan puasa. Tapi oklah, lepas balik ke Malaysia (wuu, balik Malaysia tu..), bantai berbuka puasa di Restoran Singgah Selalu, sedap-sedap.. =) Tapi mahal.. =(

Ogos

Kalau bulan Julai kita berpuasa di bulan Ramadhan, maka bulan Ogos adalah bulan kita berhari raya! Tahun ni, saya dan keluarga telah pulang beraya di kampung halaman, di Kuala Terengganu, Terengganu. Setelah sekian lama tak pulang, banyak perubahan dah berlaku, tapi suasana dan kedamaiannya tetap sama.

Raya tahun ni agak istimewa, sebab lepas beraya di kampung sebelah mama di Terengganu, kami bergerak ke Pahang untuk beraya dengan keluarga belah abah pula. Eh, bukan kampung di Pahang, cuma ia tempat berkumpul kami sekeluarga, di Bukit Gambang Resort City.

Masa kecil-kecil dulu, kitorg ada juga pergi bercuti bersama di mana-mana resort yang best-best. Biasalah bila tinggal berjauhan ni, tempat bercuti adalah medan untuk berkumpul bersama. =)

Best sebab walaupun di kampung dan area pedalaman, Internet mobile saya masih boleh digunakan dengan baik. Jadi kalau perasan, saya banyak update status dan share gambar di Facebook sepanjang masa tu.. 

Thanks Maxis Mobile.. =)

September

Hmm, bila sampai bulan September, terasa dekat dah nak habis setahun PRP.. Masa tu sibuk nak siapkan urusan terakhir penghantaran logbook.. Sebenarnya isi log book tu tak de lah susah mana, isi je kot.. Tapi ntahlah, ada sesuatu yang membuatkannya menjadi susah.. =p

Awal bulan September tu, saya berada di rotation Drug Information Service (DIS). Time tu juga saya banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan dan hospital. 

Antaranya, saya terlibat dengan Sambutan Jamuan Raya Jabatan Farmasi dan Perhimpunan Bulanan Hospital anjuran Jabatan Farmasi. Saya ada buat 2 video khas untuk Jabatan Farmasi masa perhimpunan itu dan menjadi pembaca doa majlis. Seronok pengalaman tu.


Oktober 

Oktober adalah bulan yang penting, sebab log book perlu dihantar. Alhamdulillah, saya berjaya menghantar log book tepat pada masanya, walaupun dengan kesusahan yang ada.. Yup memang susah sikit.. Huh.. 

Lepas dah hantar log book, hidup menjadi ceria.. Kepala menjadi ringan.. Baru terasa hidup ini bebas, lebih bermakna.. Tu dia.. =p

Di pertengahan bulan Oktober tu, saya berada di rotation Out Patient Department (OPD). Time tu juga saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti jabatan dan hospital. 

Saya menjadi MC untuk acara Solat Sunat Hajat anjuran Jabatan Farmasi. Satu pengalaman menarik. Nasib baik dah biasa bercakap di hadapan, jadi kuranglah rasa gugup dan seumpamanya.

Untuk aktiviti peringkat hospital pula, saya telah dipilih oleh Pengarah Hospital, Dr Arbain Bin Lani untuk bersama dalam team Urusetia Akreditasi Hospital 2012. Terima kasih atas penghormatan yang diberikan dan semoga segala usaha yang sedikit daripada saya memberi manfaat pada kejayaan matlamat mendapatkan Akreditasi untuk HSI. 

Kini saya tidak lagi bersama HSI. Semoga HSI terus cemerlang, InsyaAllah. =)


November

Pada bulan November 2012, saya berada di rotation terakhir PRP iaitu di stor. Kira stress lah sikit, dan bosan.. Tak berapa suka.. Then minggu terakhir rotation pula, saya terkena demam virus yang agak pelik. Seluruh badan naik merah-merah dan demam panas..

First ingatkan allergic apa, peliklah kan.. Differential diagnosis pula demam denggi.. Jadi cepat-cepat dapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. 3 hari ditahan di wad dan Alhamdulillah, keadaan bertambah baik.

Lepas saja keluar hospital, akaun Facebook saya digemparkan (cewah digemparkan gitu..) dengan berita saya dah bertunang. Ramai kawan-kawan rapat yang marah sebab tak bagitahu, senyap-senyap je pergi bertunang.. Hmm, sorry lah ya.. Sebenarnya asal perancangan nak pergi merisik saja.. Tup-tup terus jadi bertunang..

Majlis pun simple-simple saja, kecil-kecilan antara keluarga kedua-dua belah pihak.. Tiada pelamin dan baju yang mahal-mahal membazir tu semua.. Bertunang je baru, senyap-senyap lah dulu ye tak? =)

Tapi tak pe, InsyaAllah, majlis perkahwinan nanti akan diwar-warkan pada semua kenalan.. Tunggu masa yang sesuai k. Terima kasih atas sokongan semua. =)

Disember

Bulan Disember tu bulan ni lah, hehe. Bagi saya, bulan Disember ni ada sedikit warna yang berbeza.. Selain mula kerja di tempat baru, kehidupan saya sedikit berubah kerana banyak perkara. Tak tahu macam mana nak explain.. Ada perubahan tu baik, dan ada perubahan tu sedikit tak baik.

Walaubagaimanapun, saya sedar, masih banyak ruang lopong yang perlu diperbaiki dalam diri ini. Sebelum meniti ke tahun baru, banyak perkara perlu saya muhasabahkan.. Agar 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik..

Terlalu banyak sebenarnya cerita suka duka sepanjang tahun 2012.. Ia akan ditutup dengan seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.. Terima kasih untuk segalanya..

Terima kasih kerana membaca post ini, Assalamualaikum! =)

My Latest Look 2012

3 comments

This is my latest look, taken on 30 December 2012, a few days before leaving 2012 for a new year 2013.

Any differences spotted compared to my blog profile picture? =)

Friday, December 28, 2012

Dunia Badminton Saya

2 comments

Hari ni saya nak cakap pasal Badminton. Badminton adalah antara sukan kegemaran saya. Kini dah jadi macam hobi. Hampir setiap minggu nak main badminton.

Main badminton ni best sebab tak de la penat sangat macam main futsal atau ragbi. Dan most of the time, main badminton ni kurang ada body contact..

Jadi kecenderungan untuk cedera teruk disebabkan berlaga tu kurang lah, lainlah kalau terlanggar tiang net.. Sadis tu, kesian.. heheh..


Court Badminton Kegemaran

Masa sekolah menengah dulu, selalu saya main badminton di Dewan Badminton BL Sport di Plentong. Naik skuter Yamaha Nouvo warna merah ke sana dengan kawan-kawan sebaya. Masa tu rate sewa court RM12/hour.

Seronok main badminton walaupun tak terer.. Selalu kalau dapat shuttle tinggi, bajet nak smash lah.. Tapi kebanyakan masanya tak kena.. Pastu tension sendiri.. Kena gelak plak tu.. Heheh.. =p

Selain tu, kitorg ada juga main di Dewan Badminton di Sport Complex, Permas Jaya. Murah je sewa, RM10/hour. Tapi tak berapa suka main kat situ, rasa panas semacam.. Mungkin ventilation dia tak berapa bagus.. Pastu lantai dia licin, rasa nak tergelincir.. Tak best.. Walaupun macam tak reti menari salahkan lantai.. Haha..

Sekarang, tempat yang biasa kitorg main badminton adalah di Dewan Badminton Daiman di Johor Jaya. Rate sewanya RM17/hour untuk court lama dan RM21/hour untuk court baru. Agak mahal lah.. Tapi ok je kalau main ramai-ramai, kongsi-kongsi.. Terasa muhibbah di situ.. Cewah.. =p


Raket Badminton Saya

Ohya, kalau cakap-cakap pasal badminton ni, tak sah kalau tak cakap pasal raket.. Yelah, tak kan main badminton pakai pemukul lalat ye tak. =p

Saya ada 2 raket yang biasa saya gunakan untuk main badminton:

1. Raket jenama Wilson. Antara pemain badminton dunia yang menggunakan raket jenama Wilson ni adalah Jonas Rasmussen dari Denmark dan Sho Sasaki dari Jepun. Raket ni saya beli masa promotion J-card Day di Jusco Permas Jaya.. Raket ni saya guna sejak sekolah menengah.. Best raket ni, senang nak control shuttle..

2. Raket jenama Apacs. Yang ni pula saya baru beli bulan ni (Disember 2012) di kedai Honly kat Taman Sentosa, Johor Bahru. Mula-mula plan nak beli raket Li Ning, tapi mahal sangat.. RM450 tak siap string.. Siapa nak buang duit? Haha.. Jadi beli lah Apacs yang harganya lebih ekonomi.. Raket Apacs ni lebih ringan dari raket Wilson.. Lebih kurang 70g je beratnya.. Sesuai untuk main defense..

3. Raket jenama Li Ning. ==> Akan datang.. =)


Permainan badminton saya

Apa yang buat saya suka main badminton adalah, sebab kita boleh manipulate (tu dia, manipulate..) arah pergerakan shuttle tu mengikut kemahuan dan kemahiran kita..
Saya suka permainan jaring atau net play.. Bagi saya net play ni sangatlah berseni.. Tak boleh pukul shuttle kuat sangat dan tak boleh pukul lemah sangat.. Kena pukul ngam-ngam je.. Kena bagi fokus yang tinggi untuk main net play yang baik.. Kalau lawan dapat balas net play saya, lagi saya suka, sebab saya rasa ada cabaran.. Dan saya nak pastikan saya boleh balas balik..
Selain tu, saya suka juga buat teknik drop shot.. Drop shot ni kita boleh buat apabila menerima shuttle tinggi di belakang atau tengah gelanggang. Kita cuma perlu menolak shuttle tersebut ke arah hadapan gelanggang lawan, sama ada kiri atau kanan. Biasanya kita akan kenakan sedikit geseran supaya shuttle tersebut jatuh betul-betul di bahagian hadapan gelanggang lawan pada kedudukan yang lebih jauh daripada lawan.. Drop shot lebih bagus berbanding smash, sebab kurang tenaga digunakan.. Jadi kita akan kurang keletihan.. Orang yang bijak akan lebih suka bermain teknik drop shot.. =p


Single Vs Beregu?

Secara jelas, saya lebih suka bermain badminton secara beregu. Sebab kalau main single ni, bapaklah penat.. Baru separuh permainan, dah kecundang.. Bila main beregu, kita boleh cover ruang-ruang kosong bersama-sama..

Permainan beregu perlu lebih seni.. Sebab lawan juga boleh cover ruang-ruang kosong dengan lebih baik.. Jadi saya sangat seronok kalau boleh buat teknik-teknik yang tak terjangkau lawan.. =D

Siapa yang boleh main single tu memang hebat la main badminton.. Dan ia bukan lah saya.. =)


Pemain Badminton Dunia Kegemaran Saya

Ramai sebenarnya pemain badminton dunia yang hebat. Setiap mereka punya cara permainan dan karisma tersendiri di gelanggang. Walaupun saya hanya suka main badminton secara beregu sahaja, tapi saya suka juga tengok pemain badminton dunia yang main single.

Dulu-dulu masa zaman muda-muda (sekarang masih muda dan nampak muda ok.. =p), saya suka tengok pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat. Bagi saya dia sangat smart dan sukar untuk ditewaskan. Permainan dia steady dan bergaya. Paling suka tengok kalau dia buat smash silang.. Sangat tepat dan laju.. Kalau saya kena smash macam tu, memang tutup mata je lah jawab nya.. Haha..

Antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, secara jujurnya, saya lebih mengkagumi Lin Dan.. Bagi saya, dia adalah raksasa dalam dunia badminton.. Dia ajaib, macam alien.. Dia punya bakat luar biasa dalam badminton dan membuatkan dia sentiasa boleh menang dan menang..

Tak tahu kat mana hebatnya Lin Dan.. Nak kata dia smash kuat, tak lah nampak kuat sangat.. Nak kata dia boleh balas semua shuttle yang masuk dalam gelanggang dia, mungkin, tapi tak lah nampak boleh balas semua juga.. Nak kata dia hebat sangat di permainan jaring, Lee Chong Wei nampak lebih kemas..

Walau macam mana pun, Lin Dan tetap pemenang.. Dia tetap hebat dan badminton adalah untuk dia.. Cuma kalau tengok Lin Dan Vs Lee Chong Wei, saya tetap akan sokong Lee Chong Wei.. Walaupun rasa dia akan kalah.. Heheh.. =p

Kalau untuk kategori beregu, mestilah paling suka beregu no 1 Malaysia, Koo Kin Keat/Tan Boon Heong. Diorg memang ada seni dan gaya.. Permainan lebih daripada badminton dan tengok diorg main memang best, walaupun diorg kalah.. Tak kesah.. Heheh..

Pemain badminton dunia wanita? Langsung, tak minat.......


Badminton selamanya~

Badminton adalah satu permainan yang sihat. Dengan bermain badminton, kita boleh mengeluarkan peluh dan menghilangkan stress di tempat kerja. InsyaAllah saya akan try main badminton setiap minggu kalau ada kelapangan masa, untuk kepentingan stamina dan kesihatan diri.. 

Ok sampai sini saja. 

Jumpa lagi dalam blog post seterusnya! =)

Status 30

0 comments

"If you do not GO after what you want, you will never have it."

Thursday, December 27, 2012

Popular Posts

0 comments

Sejak mula berblogging dari September 2012, saya sudah menulis lebih 320 artikel atau blog post di Nizam Malek Blog ini. Wah, tak sangka, banyak juga rupanya saya menulis.

Artikel yang saya tulis terbahagi kepada beberapa kategori yang utama seperti topik berkenaan diri saya, dunia Farmasi, hiburan, mutiara kata dan bermacam-macam lagi. Hampir setiap topik ada pembacanya yang tersendiri.

Sebelum ni, saya ada letak fungsi Facebook LIKE di setiap post. Meaning kalau pembaca suka artikel yang ditulis, maka lebih banyak LIKE yang artikel tu akan dapat. Tapi saya sedar, bukan semua pembaca nak klik butang LIKE tu kan.. Hehe..

Jadi untuk itu, saya ada masukkan satu widget Popular Posts di side bar Nizam Malek Blog ini. Ia akan merekod jumlah kunjungan ke setiap blog post yang ada di Nizam Malek Blog ini pada setiap masa, 24 jam.

3 blog post yang paling popular sepanjang minggu akan dipamerkan. Sama ada kedudukan tetap sama atau berubah, bergantung pada pembaca dan pengunjung blog ini.

Saya perhatikan, artikel yang saya tulis, iaitu Universal Studios Singapore! telah mengungguli carta Popular Posts ini sejak widget ini dipasang. Nampaknya, ramai yang berminat pasal Universal Studios Singapore ni. Hihi..

Artikel ke dua yang paling popular pula adalah artikel "3 Tips Penjagaan Kulit Muka" yang telah ditulis pada February 2012 yang lalu. Ramai juga yang nak tahu tips saya jaga kulit muka.. Tak pe tak pe, nanti saya share lebih banyak tips penjagaan kecantikan.. =p

Dan yang terbaru, artikel yang agak mendapat sambutan adalah artikel "[KISSinsights] Belajar Farmasi Susah?". Artikel berkenaan Farmasi memang hit di blog ini. Banyak artikel yang saya tulis telah dibaca dan dikongsikan oleh pelajar lepasan SPM, pelajar Farmasi di IPTA dan IPTS serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di Pharmacy School.

Saya pasti, carta Popular Posts ini akan berubah-rubah dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada yang sudi melawat dan membaca blog saya. InsyaAllah saya akan tulis lebih banyak artikel yang lebih berinformasi dan bermanfaat untuk anda. 

Sebarang cadangan atau soalan boleh diajukan melalui kotak Qualaroo ataupun mesej terus di Facebook saya. 

Ok sampai sini dulu perkongsian untuk kali ini! =)

Wednesday, December 26, 2012

[Qualaroo] Cara Pasang Qualaroo di Blog

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi kita dalam ruangan Qualaroo, bersama hos kegemaran anda, Nizam Malek.

Ah sudah, dah macam rancangan TV la pulak.. Ni mesti pengaruh MaharajaLawak Mega 2012 ni.. hehe..

Banyak sebenarnya soalan dan cadangan yang saya terima melalui kotak Qualaroo sejak beberapa bulan yang lalu. Ada yang bertanya soalan, ada yang bagi cadangan, ada yang minta pandangan dan nasihat, ada juga yang berikan pujian dan sokongan.. Terima kasih banyak-banyak..

Dan dalam masa yang sama juga, ada yang masukkan perkataan-perkataan yang tak baik seperti 'go to hell'.. Kenapalah begitu tidak matang.. Huhu biasalah tu.. Saya memang tak layan.. ; )

Mohon maaf sebab saya tak dapat nak jawab semuanya, sebab terlalu banyak. Tapi saya akan cuba juga respond sebanyak mungkin k.

Cuma kalau nak minta saya respond dengan lebih cepat, sila contact saya terus di Facebook Message. InsyaAllah saya akan bantu beri pandangan dan pendapat secara terus.

Ok, untuk blog post kali ni, ada seorang pembaca Nizam Malek Blog yang telah memasukkan cadangan satu topik untuk ditulis.

Cadangannya berbunyi begini:

"Tolong buat satu entry cara-cara nak install Qualaroo ni, coz nak pasang di my blog juga.. Tengkiu!! :-)"

Huhu, fungsi Qualaroo ni memang best untuk dipasang di blog. Saya pun dapat idea nak pasang Qualaroo ni masa melawat blog seorang kawan suatu masa dahulu..

Ok, yang pertama sekali, untuk menggunakan Qualaroo ini, anda perlu melayari website official Qualaroo di https://qualaroo.com/. Gambar kat bawah ni interface websitenya.

Anda boleh klik pada kotak 'View Plans' yang berwarna biru untuk mengetahui kelebihan-kelebihan menggunakan Qualaroo versi Premium atau berbayar. Tapi rasanya, untuk tujuan berblogging, cukup sekadar menggunakan Qualaroo versi percuma. Saya juga gunakan Qualaroo versi percuma sahaja.

Kemudian anda klik pada butang Sign in yang ada pada sebelah kanan atas website Qualaroo.

Anda akan sampai di page ini. Anda perlu sign up atau register untuk bermula. Klik pada tulisan biru 'Sign up to get started'.

Seterusnya, klik pada butang berwarna hijau "GET FREE TRIAL". Kemudian page tu akan diexpand secara automatik ke ruangan sign up you for free trial.
Isikan URL blog anda, email address dan juga pilih satu kata laluan (password) untuk akaun Qualaroo anda. Anda akan sign in menggunakan email address yang anda gunakan untuk sign up dan juga kata laluan yang dipilih tadi.

Kemudian, anda akan dibawa ke satu page lagi, iaitu Qualaroo Free Trial. Di situ, anda perlu masukkan First Name, Last Name, Phone, Company/Website dan juga Title. Isi saja, cincai-cincai pun tak apa.. Kemudian klik Get Started.
Kemudian lagi, anda akan dapat satu code yang boleh anda copy dan paste di ruangan source blog anda. 
Buka blog anda, sign in blogger dan klik pada tab 'Template'. Kemudian klik pada butang 'Edit HTML'.

Pastekan code yang anda copy tadi di bawah tag < body >. Kalau nak senang, guna saja fungsi "Control" + "F" untuk search tag tu. =). Kalau nak senang, guna "Control" + "F" untuk search. tag dan klik Save.

Haa, dah siap pun. Kini anda dah boleh menggunakan fungsi Qualaroo di blog anda. Dan anda boleh melihat respond pembaca blog anda apabila anda sign in akaun Qualaroo anda.

Sebenarnya banyak benda yang anda boleh ubah berkenaan design Qualaroo anda. Sign dan ubah ikut sesuka hati anda di Dashboard akaun Qualaroo anda. =)

Semoga tutorial ringkas bergambar ini dapat membantu anda untuk memasang Qualaroo di blog anda. Kalau tak boleh juga, bak sini, saya pasangkan.. Hehe..

Ok jumpa lagi!

Saturday, December 22, 2012

[Qualaroo] Tips Pengurusan Kewangan Bagi Yang Baru Memulakan Kerjaya

0 comments

Ini merupakan blog post kedua dalam kategori Qualaroo. Dah lama juga saya tak respond pada soalan-soalan anda di ruangan Qualaroo ini. Yang terakhir pun pada 14 Oktober 2012 yang lalu.

Terima kasih kepada anda yang telah sudi memasukkan soalan atau apa saja respond ke dalam kotak Qualaroo tu, sekurang-kurangnya, ada juga idea untuk saya menulis. Biasalah, kadang-kadang kering juga idea.. Heheh..

Ok, untuk post kali ini, saya akan menulis satu artikel sebagai respond kepada cadangan tajuk yang telah disampaikan oleh seorang pelawat/pembaca Nizam Malek Blog. Cadangannya adalah, untuk saya menulis berkenaan pengurusan kewangan bagi yang baru memulakan kerjaya. Oh, cadangan ini sangat bagus dan saya memang suka untuk menulis berkenaan tajuk-tajuk sebegini.

Alam kerjaya adalah satu alam yang amat berbeza dari alam belajar. Semuanya akan berubah dan berbeza. Di alam kerjaya lah, seseorang itu akan diuji untuk lebih berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Antara bab yang amat penting dalam di alam kerjaya adalah pengurusan kewangan!

Memang seronok apabila mempunyai kerja. Walaupun terpaksa berpenat dan bersusah payah, perlu bangun awal pagi dan balik lewat petang. Kadang-kadang tu pula, kena marah dengan bos atau rakan sekerja yang lebih senior, tapi kesakitan dan kesedihan itu hilang apabila menerima gaji pada akhir bulan.

Apabila mula bekerja, kita kan jadi kelabu mata melihat jumlah wang yang banyak dalam akaun bank kita yang sentiasa tiada duit sebelum ini.. Disebabkan itu juga, kita cendurung untuk menggunakan wang yang tiba-tiba banyak itu untuk berbelanja sesuka hati kita..

Sehinggalah satu keadaan, duit tiada lagi untuk menyara hidup diri sendiri, malah terbeban dengan hutang sana sini yang tidak mampu dibayar pada waktunya.. Masalah besar mula timbul..

Pada 12 Oktober 2012 yang lalu, Berita Harian melaporkan lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sepanjang tempoh 5 tahun lalu menjadikan ia satu isu yang amat penting untuk diperhalusi.

Bagaimana cara terbaik untuk menguruskan wang? Adakah dengan menyimpan di bank? Adakah dengan melabur wang yang ada di mana-mana dengan harapan mendapat pulangan yang lebih besar?

Sukar untuk menjawab persoalan-persoalan di atas secara terus dan terang, kerana teknik pengurusan wang ini boleh dikatakan agak kompleks. Dan yang paling penting sekali, untuk menguasai teknik pengurusan wang, anda perlu membuang semua stigma-stigma atau kepercayaan yang salah berkenaan wang yang mungkin selama ini berada di minda anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda yang baru memulakan kerjaya untuk mengurus wang dengan lebih cekap dan berhemah demi kesejahteraan sendiri dan keluarga.


1. Pay Yourself First. 

Ini adalah satu teknik yang amat penting dan bakal mengubah cara pengurusan wang anda secara menyeluruh. Apabila mendapat gaji, jadikan amalan untuk menolak terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10% untuk simpanan peribadi anda. 

Anda boleh membuka satu lagi akaun bank yang khas untuk tujuan ini. Apabila anda sudah terbiasa, anda tidak akan rasa susah untuk menyimpan lebih banyak wang dan memastikan sasaran simpanan anda tercapai. 

Belajar menyimpan adalah perkara asas dalam pengurusan kewangan. Lakukan teknik Pay Yourself First ini setiap kali anda menerima gaji.


2. Berbakti pada kedua-dua ibubapa. 

Memberi sejumlah wang kepada ibubapa setelah mula bekerja adalah satu amalan yang amat mulia. 

Sebenarnya, ibubapa tidak mengharapkan kita memberi wang kepada mereka, tapi dengan memberi wang, ia menjadi tanda kita menghargai jasa dan budi mereka yang telah bersusah payah membesarkan kita, memberi pelajaran sehinggalah kita berjaya mencapai cita-cita dan beroleh kerjaya yang baik. 

Menjadi anak yang berbakti pada kedua-dua ibubapa akan menjadikan rezeki yang diperolehi lebih diberkati. InsyaAllah, duit yang sikit akan terasa banyak dan cukup. Seperti teknik Pay Yourself First, cuba berikan sedikit wang kepada ibubapa anda secara konsisten setiap bulan.


3. Jangan berbelanja melebihi apa yang anda terima.

Ramai yang tersilap langkah kerana berbelanja melebihi gaji yang diterima. Contohnya, gaji yang diterima adalah RM2000, cukup besar nampaknya kan? Tapi belanjanya melebihi RM2000. Beli smartphone baru saja berharga RM2100, tak dikira lagi belanja kawan-kawan makan, shopping baju dan seluar baru, aksesori kereta yang tak perlu dan bermacam-macam lagi.

Ini adalah peraturan yang nyata. Pastikan anda tidak melakukan kesilapan yang sama. Berbelanjalah mengikut keperluan dan perhatikan perbelanjaan, agar tidak melebihi apa yang anda ada untuk bayar.

Jika anda ingin membeli sesuatu barang yang mahal, kumpul lah duit terlebih dahulu. Mungkin setelah 3 bulan gaji, barulah anda membelinya, dan pastikan anda mempunyai baki wang untuk keperluan hidup.


4. Kad kredit, bagus atau tidak?

Jerat kad kredit adalah salah satu yang menyebabkan ramai orang muda jatuh muflis. Kenapa begitu? Jika benar, lebih baik jangan daftar untuk sebarang kad kredit, dan berbelanja menggunakan wang tunai sahaja.

Hakikat sebenarnya adalah, kad kredit adalah satu cara untuk berbelanja dengan lebih mudah, kerana kita tidak perlu membawa keluar wang tunai dalam jumlah yang banyak. Setelah bil kad kredit keluar, kita boleh membuat pembayaran menggunakan perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks. Sudah pasti kad kredit amat memudahkan.

Boleh saja jika anda ingin menggunakan kad kredit, tapi pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya. Sebaiknya, hadkan penggunaan kad kredit kepada urusan transaksi tertentu sahaja seperti untuk mengisi minyak petrol, pembelian online yang memerlukan penggunaan kad kredit seperti membeli tiket kapal terbang ataupun untuk membuat pembayaran hotel ketika melancong.

Jika anda tidak yakin dapat mengawal perbelanjaan menggunakan kad kredit, jadi tidak perlulah anda menggunakannya. Tiada masalah berkenaannya.


5. Memilih kereta yang lebih ekonomi.

Kereta adalah satu 'harta' yang amat suka dibeli oleh mereka yang baru memulakan kerjaya. Bagi kebanyakan golongan muda, kereta adalah bukti bahawa mereka telah berjaya. Membeli kereta yang agak mewah, mahal dan menawan akan menerbitkan keyakinan diri mereka di kalangan ahli keluarga dan juga masyarakat.

Namun ia adalah persepsi yang amat salah. Kereta bukanlah bukti kejayaan yang sebenar. Kereta secara asasnya adalah alat yang digunakan untuk membantu kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih pantas dan mudah.

Ramai yang 'menderma' duit kepada bank kira-kira RM1600 sebulan tanpa gagal setiap bulan kepada pihak bank hanya untuk sebuah kereta yang bakal menjadi besi buruk suatu hari nanti. Walaupun ayat di atas ini agak kejam dan dilihat agak menekan, itulah hakikatnya bagi yang mempelajari aspek pengurusan kewangan dengan mengikut peraturan yang betul.

Bagi anda yang baru memulakan kerjaya, sudah pasti anda memerlukan kenderaan untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Tidak salah untuk membeli kenderaan, tapi pastikan anda membeli kereta yang tidak menyedut wang anda terlalu banyak. 

Jika setiap bulan anda hanya perlu membayar RM600 untuk kereta A, ia pasti lebih baik daripada anda perlu membayar RM1000 untuk kereta A yang mungkin lebih bergaya. Dengan memilih kereta A, anda telah berjimat RM400 dan boleh digunakan untuk keperluaan lain.

3 tips membeli kereta bagi yang baru memulakan kerjaya:


  • Lebih baik beli kereta baru daripada kereta 2nd hand yang mungkin cenderung untuk rosak dan terus rosak sehingga menyusahkan anda.
  • Jangan terus membeli kereta idaman yang mahal, walaupun anda dilihat berkemampuan mengikut slip gaji. Belilah kereta yang lebih berpatutan dan tidak membebankan.
  • Jangan terlalu mengikut gaya dan cakap-cakap orang. Anda yang perlu membayar kereta anda, bukan mereka!



6. Pelajari dan ketahui ruang-ruang untuk melakukan pelaburan wang terbaik!

Ketika anda memulakan kerjaya, anda tidak perlu terus melakukan pelaburan, kerana anda dikira masih belum mempunyai simpanan (capital) yang kukuh dan juga pengalaman yang diperlukan untuk melabur.

Mungkin dalam 3 bulan pertama, anda boleh gunakan masa tersebut untuk membuat kajian berkenaan bentuk pelaburan terbaik masa kini. Antaranya adalah simpanan Amanah Saham Berhad (ASB), pelaburan emas dan silver, permainan saham, pelaburan hartanah dan sebagainya.

Semua jenis pelaburan mempunyai potensi dan risiko yang tersendiri. Oleh kerana itu, anda perlu memahami dan mendalaminya melalui pembacaan dan lebih baik jika anda mempunyai mentor yang baik dalam bidang pelaburan tertentu. Pilih bentuk pelaburan yang bersesuaian dengan diri anda dan fokus terhadap perancangan pelaburan yang anda lakukan. 

Elakkan terlibat dengan skim pelaburan haram yang akan meleburkan wang anda dalam sekelip mata. Oleh sebab itu, ilmu berkenaan pelaburan adalah amat penting. Jangan terikut-ikut dengan kata-kata kawan-kawan yang tidak tahu pun berkenaan selok belok sesuatu pelaburan itu, agar anda tidak membuat kesilapan yang membahayakan diri anda sendiri.


Pengurusan kewangan adalah amat penting dan bakal menentukan perjalanan kehidupan anda pada masa akan datang. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, anda akan kesempitan pada waktu memerlukan dan bakal menyusahkan pasangan anda dan juga keluarga anda.

Ketika semuanya masih baik, pastikan anda tidak melakukan kesilapan berkenaan pengurusan kewangan dan elakkan menggunakan emosi ketika membuat keputusan berkenaan apa saja yang akan menyebabkan wang kita mengalir keluar.

Semoga 6 tips ringkas pengurusan kewangan yang saya kongsikan pada kali ini akan membantu anda yang baru saja memulakan kerjaya. Semoga berjaya! =)

Baru Nak BerNuffnang!

0 comments

Sejak berblogging bermula September 2009, saya tak pernah pun terfikir untuk memasukkan apa-apa ruang iklan di Nizam Malek Blog. Kalau boleh tak nak menyemakkan blog ni dengan banner iklan yang lip lap lip lap memeningkan kepala.

Disebabkan alasan mudah itu jugalah, saya tak ambil tahu sangat dengan syarikat-syarikat pengiklanan blog yang ada seperti Nuffnang dan Adsense. Bagi saya, semua tu buang masa dan memburukkan blog saya..

Tapi sebenarnya itulah satu kerugian. Sebab blogging ni satu aktiviti yang sihat yang boleh dilakukan di Internet. Dengan berblogging, kita dapat mengasah kemahiran menulis dan menyampaikan idea dengan baik dalam bentuk penulisan.

Walaupun kebanyakan masanya saya menulis blog secara rawak, iaitu tidak menulis dengan draft yang tersusun, atau sekadar menulis apabila ada idea, sekurang-kurangnya ia menjadi titik tolak kepada penulisan yang lebih kemas dan berkualiti. 

Inilah kelebihan blog, di mana kita sendiri bebas menentukan hala tuju blog kita sama ada dari segi pengisian informasi, design layout dan juga cara penulisan. 

Cuma, setelah sekian lama berblogging, saya rasa perlu ada satu ruang untuk saya membawa blog ini ke aras yang lebih tinggi dan menyertai komuniti bloggers Malaysia yang ada di luar sana. Salah satu caranya adalah dengan menyertai Nuffnang. 

Apakah Nuffnang?

Nuffnang adalah satu komuniti khas untuk mereka yang mempunyai minat yang mendalam berkenaan dunia blogging. Dengan memiliki sejumlah lebih 1,000,000 ahli bloggers di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, China, Hong Kong dan Thailand, Nuffnang diangkat sebagai peneraju komuniti untuk para bloggers.

Terdapat banyak kelebihan bagi bloggers yang menyertai Nuffnang. Antaranya adalah:

  • Nuffnang menyediakan platform atau acara seperti Parti Bertema dan Pelancaran Produk untuk membolehkan para bloggers bertemu dan berkongsi pengalaman penulisan blog di antara satu sama lain.
  • Anda akan berpeluang untuk menerima jemputan bagi membuat produk review. Contohnya, jika blog anda cenderung pada informasi berkenaan gadget, mungkin anda akan mendapat peluang untuk menggunakan gadget baru keluaran syarikat-syarikat tertentu. Kemudian anda boleh menulis review berkenaan produk tersebut untuk mendapatkan lebih banyak trafik ke blog anda.
  • Anda boleh menjana pendapatan melalui program pengiklanan Nuffnang. Dengan meletakkan banner di beberapa bahagian di layout blog anda, anda akan berpeluang menjana pendapatan dengan amat mudah. Bab ini memang betul, cuma saya pun masih baru berNuffnang, jadi tak boleh nak cerita banyak sangat macam mana ia berfungsi. =p
  • Dan banyak lagi kelebihan menyertai Nuffnang!
Kepada yang baru memulakan langkah dalam penulisan blog, saya mengesyorkan agar anda segera menyertai Nuffnang dan bersama menyertai keluarga besar bloggers di Nuffnang.

Siapa-siapa yang dah lama berNuffnang, silalah drop by dan berikan tunjuk ajar macam mana nak menjana pendapatan melalui pengiklanan di Nuffnang, ok? =p

Thursday, December 20, 2012

Tulis sikit-sikit..

6 comments

Hallo.. Yehaa.. Pa dia..


Dah lama rasanya tak update blog.. Hmm, sebenarnya ada je masa nak update, tapi.. Ntahlah, rasa macam tak de mood plak.. Tak tahu nak tulis pasal apa..

Jadi untuk tidak menghampakan anda yang kerap berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni, saya pun tulis-tulis lah sikit..


Statistik Nizam Malek Blog

Ok, first skali nak cakap pasal statistik pengunjung Nizam Malek Blog ni..

Awal tahun 2012 dulu, saya target nak capai sekurang-kurangnya 600 orang visitor setiap bulan.

Tapi yang menariknya mengikut laporan statistik Sitemeter, dalam tahun 2012 ni, jumlah visitor ke Nizam Malek Blog melebihi 1000 orang hampir setiap bulan.

Terima kasih banyak kepada anda yang terus sudi melawat saya di sini. Sangat suka sebenarnya.. ^ ^


Cerita kerja

Ok, seperti anda semua sedia maklum dari blog post saya sebelum ni, saya telah pun mula bertugas di Unit Pintu Masuk, Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor (Enforcement).

Best ke tak? Errm, bagi saya memang best. Sangat best dan sesuai dengan diri saya.

Ramai yang tanya, memang minta Enforcement ke masa isi borang posting dulu? Saya jawab, ya, pilihan pertama.

Then diorg akan tanya lagi, kenapa pilih Enforcement? Jarang orang minta Enforcement..

Dan jawapan saya, sebab saya kurang minat klinikal, dan hospital setting.. Dan nak cari pengalaman baru di tempat baru..

Then ada pula yang balas.. Kalau tak minat klinikal, kenapa jadi Pharmacist!?

Huh.. Tolong, tolong, tolong.. Bagi saya, ramai dah tersalah anggap kerjaya seorang Pegawai Farmasi.

It's not just about clinical.. It's more than that.. It's more than that..

Huhu, tak pelah.. Pape pun, inilah jalan yang telah saya pilih dan saya akan pastikan saya mencapai apa yang saya sasarkan dalam kerjaya ini.. InsyaAllah.. =)


Persiapan kahwin

Selain pasal kerja, saya juga perlu mempersiapkan diri untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada pertengahan tahun 2013. Kalau boleh nak buat persiapan lebih awal.. Tak mahu last minute, nanti ada yang tak lengkap, payah pula..

Hmm, susah juga nak kahwin.. Banyak benda kena fikir.. Kena isi borang, pilih warna baju, pelamin, hantaran, kad jemputan, tarikh nikah, mohon cuti dan macam-macam lagi lah..

Terima kasih pada cik tunang yang bekerja keras untuk persiapan majlis yang akan berlangsung nanti. Bab-bab wedding ni saya serah pada dia. Saya terima segalanya seadanya.. =p

Semoga perjalanan ke arah memenuhi salah satu sunnah Rasullah S.A.W ini akan dipermudahkan dan segalanya diberkati.

Nantikan pengumuman rasmi berkenaan majlis ni di Facebook dan di sini k! =)


Tahniah Johan!

Ohya, dalam post kali ini juga, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada adik saya, Johan Firdaus yang telah mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, iaitu 9A's.

Tahniah kerana telah membanggakan mama dan abah, dan berjaya menebus kegagalan abang-abang dan kakak-kakakmu.. Semoga Johan terus cemerlang dalam bidang akademik dan berjaya mencapai cita-cita..


Ok sampai sini saja coretan kali ni. InsyaAllah saya akan jawab soalan-soalan yang telah dihantar melalui kotak Qualaroo pada blog post yang akan datang. Jumpa lagi!


Saturday, December 8, 2012

Minggu Pertama di Cawangan Penguatkuasa Farmasi

46 comments

Halowee, salam semua!

Dah lama saya tak menulis di sini rasanya. Mesti korang tertunggu-tunggu new post daripada saya.. Hehe..=p

Almaklum, agak 'sibuk' dengan tugas baru di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Bahru. Alhamdulillah, saya telah pun mula berkhidmat dan mempunyai jadual sendiri bermula 3 Disember 2012, dua minggu selepas saya melapor diri pada 19 November 2012 yang lalu.
Gambar dirembat dari cpfperak.blogspot.com

Sebagai permulaan, saya ditempatkan di Unit Pintu Masuk di bawah Bahagian Penguatkuasa Farmasi (Enforcement). 

Unit Pintu Masuk ini merupakan satu unit yang sangat penting kerana ianya menjadi satu checkpoint di mana produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang dibawa masuk ke Malaysia dari luar negara akan disaring oleh Pegawai Farmasi. Dan sudah semestinya, produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditahan.

Terdapat banyak Pintu Masuk yang terdapat di sekitar Johor. Antaranya adalah Port Stulang, Port Pasir Gudang, Port Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Port Tanjung Kupang di Gelang Patah. 

Selain itu, Pegawai Farmasi juga akan ditempatkan di Pejabat Pos di Larkin atau lebih dikenali dengan nama Mel Larkin. Di Mel Larkin, Pegawai Farmasi akan bekerja bersama dengan anggota-anggota Kastam untuk menyaring bungkusan-bungkusan dari luar negara yang mempunyai produk-produk farmaseutikal ataupun kosmetik.

Jadual saya bermula di Mel Larkin. Setiap pagi, saya akan buka bungkusan-bungkusan yang disyaki mempunyai produk-produk farmaseutikal atau kosmetik. Bila buka bungkusan tu, saya perlu buat keputusan, sama ada perlu menahan atau tidak bungkusan tersebut. 

Antara produk yang pernah saya lihat sepanjang seminggu ini adalah Tablet Midazolam 15mg, Tablet Panadol Extra (Paracetamol 500mg + Caffeine 65mg) dan produk-produk kecantikan seperti krim pemutih dari Taiwan dan Korea.

Ternyata, latihan provisional di Hospital Sultan Ismail, JB sangat membantu saya untuk mengenali produk-produk farmaseutikal dengan lebih pantas dan tepat.

Seronok juga bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa, kebanyakan masanya tiada kerja rutin seperti ketika bertugas di hospital setting. 

Sebagai Pegawai Penguatkuasa, saya bebas menentukan dan mengurus masa bekerja sendiri. Kerja tu memang ada, tapi cara menguruskannya fleksibel dan terpulang pada cara masing-masing, sama ada cepat atau lambat, asalkan siap pada dateline yang ditetapkan.

Ada masa agak santai, ada masa agak sibuk juga. Tapi kalau buat kerja secara sistematik, InsyaAllah kerja boleh siap dalam masa yang ditetapkan.

Hmm, sebenarnya, semuanya baru saja bermula untuk saya. Banyak lagi cabaran, dugaan dan kisah yang bakal ditempuh nanti. Semoga semuanya akan dipermudahkan.

Ok, sampai sini dulu kongsi-kongsi cerita untuk kali ni. Hari sabtu macam ni, cuaca baik, memang masanya untuk keluar berjalan bersama keluarga. 

Jumpa lagi! =)

Thursday, November 22, 2012

Status 29

5 comments

Saya tidak mendapat 5A ketika UPSR. Saya tidak dapat 8A pun ketika PMR dan saya juga tidak dapat 10A ketika SPM. Tiada rezeki..

Saya bukan lepasan sekolah-sekolah terpilih. Saya bukan lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan saya juga bukan lepasan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Saya hanyalah bekas pelajar lepasan sekolah harian biasa sahaja.

Tapi ia tidak menghalang saya untuk mencapai cita-cita dan saya turut mampu membina karier yang baik sama seperti orang lain.


Rahsianya adalah usaha yang berterusan, tidak kenal erti putus asa, menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan sentiasa memohon doa yang baik daripada kedua-dua ibubapa.

Kita yang memilih untuk berjaya. Dan berjaya tidak semestinya ditentukan dengan huruf A semata-mata.

Jika anda mempunyai sikap yang betul, anda akan mencapai kejayaan A+ dalam perjalanan kehidupan anda, InsyaAllah. =)

Tuesday, November 20, 2012

Posting Baru, di Enforcement.

3 comments

Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

Apa khabar? Moga semua dalam keadaan sihat wal afiat di sana.

Saya pun baru lepas sembuh dari sakit minggu lepas. Kena Rubella Measles a.k.a 3 days Measles atau lebih mudah disebut Viral Fever. 

Macam demam campak, naik rashes seluruh badan, demam, sakit-sakit badan yang teruk sampai saya ditahan di wad di Puteri Specialist Hospital untuk 3 hari. Tapi Alhamdulillah semuanya beransur baik kini dan saya semakin sihat dan cergas seperti biasa. 

Ok, untuk post kali ni, saya nak cerita-cerita sikit pasal posting baru saya. Yup, saya dah dapat posting baru. Sekejap je kan dah setahun berlalu, dulu saya excited menulis pasal posting PRP saya di HSI, kini tiba masa untuk saya merasai pengalaman baru sebagai seorang Pegawai Farmasi Penuh (FRP) di tempat baru.

Alhamdulillah, pada 14 November 2012 yang lepas, ketika sedang terbaring di atas katil hospital, saya menerima berita gembira, yang posting baru dah keluar, dan nama saya antara yang terpilih. 

Masa tu saya terus call JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) untuk mendapatkan kepastian, dan saya dimaklumkan saya telah ditempatkan ke negeri Johor dan surat penempatan tersebut telah difaxkan ke Drug Information Service (DIS) di HSI. 

Saya dimaklumkan yang saya telah ditempatkan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF). Rasa happy sebab ia adalah pilihan pertama saya masa mengisi borang penempatan. Syukur, Alhamdulillah. =)

Jadi bermakna, tamatlah riwayat saya setahun di HSI JB. Mula-mula rasa gembira, sebab dapat lari daripada segala stress langit dan bumi yang ada di sana.. Tapi bila fikir-fikir balik, saya pasti merindui HSI.. Ada ramai orang yang baik-baik di sana, dan fasiliti yang sangat best.. Tapi semua itu harus ditinggalkan..

19 November 2012, Isnin, adalah hari yang telah mengubah qiblat kerjaya saya. Dari seorang PRP hospital based kepada FRP atau lebih tepat disebut Penolong Pengarah di Cawangan Penguatkuasa Farmasi (Enforcement) Johor. 

Semuanya bakal berubah. Cara bekerja, waktu kerja, cara bertindak dan merancang masa, semuanya adalah amat berbeza berbanding ketika bekerja di hospital. Ramai yang kata, kerja di Enforcement ni bosan.. Bosan, bosan, bosan..

Erm, ntahlah, bagi saya ia bergantung pada pendekatan dan minat masing-masing. Baru saya tahu, ramai juga sebenarnya Pegawai Farmasi yang minat hospital based walaupun ya, kerjanya agak sibuk, ada masanya terkejar-kejar dan memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan perkhidmatan Farmasi. 

Jadi sesiapa Pegawai Farmasi yang berminat kerja di hospital, teruskanlah. Bagus sangat sebenarnya. Saya pula? Kenapa ke Enforcement??? Ini memang soalan favourite jugalah..

Erm, sebenarnya, saya tiada alasan spesifik, kenapa nak menukar arah dan memilih bekerja di Enforcement. Nak kata saya suka sangat kerja Enforcement, saya pun tak tahu kerja Enforcement tu macam mana.. Almaklum tak pernah pun attach di Enforcement.. Yang saya tahu, Forensic Exam kena pass.. =p

Tapi itu tak lah penting sangat.. Alasan utama saya ke Enforcement adalah untuk mencari pengalaman bekerja di bidang selain Hospital Based. Seperti yang saya katakan dulu, Farmasi adalah satu bidang kerjaya yang amat luas.. Ia sangat tidak boleh disamakan dengan kerjaya sebagai seorang Doktor semata-mata.. Banyak lagi cabang tugas seorang Pegawai Farmasi sama ada klinikal atau bukan klinikal..

Ramai juga yang kata, kalau kerja di Enforcement, semua ilmu berkenaan ubat hospital seperti dose, mechanism of action dan nama ubat, kita akan lupa.. Jadi ramai juga yang tak nak ke Enforcement sebab menyangka ia adalah satu kerugian.. Yup, rugilah juga....

Jadi kenapa saya di Enforcement??

Huhu, mungkin saya tak dapat lagi menjawab soalan tu sekarang.. Mungkin, selepas saya selami dunia Enforcement ni baru saya akan mengerti mengapa instinct hati saya kuat mengatakan saya perlu ke Enforcement.. Mungkin ada rezeki dan peluang yang lebih baik untuk saya di sini.. Siapa tahu? =)

Ok, ketika saya menulis post ini, saya baru 2 hari bertugas di Enforcement. Basically kebanyakan masa memang saya tidak buat apa-apa.. Dan tiada tugas khas diberikan.. Biasalah, baru minggu pertama..

Tapi walau macam tak de kerja yang saya buat, saya sempat menyertai satu serbuan yang dilakukan di sebuah kedai produk-produk tradisional di sebuah pasar raya di kawasan Masai, JB. Saya hanya memerhatikan dan mengikut team Risikan dan Operasi membuat perancangan, briefing dan serbuan.

Tak tahu lah nak kata seronok ke tak.. Tapi oklah juga, kerja luar.. 

Kemudian, hari kedua ni, saya dibawa pusing-pusing Pintu Masuk atau Port yang ada di sekitar Johor Baru. Antaranya adalah di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Stulang Laut dan Larkin. 

Kemungkinan besar, saya akan ditempatkan di Unit Pintu Masuk. Saya rasa pasti seronok kerja di sana. Ada sedikit 'kebebasan'.. Tapi kebosanan kalau ada pun boleh dialih dengan aktiviti-aktiviti lain.. =p

Pergi kerja best, sebab boleh lalu highway EDL.. Straight je terus sampai ke pejabat.. 15 minit dari rumah..
 Pemandangan di Selat Tebrau.. Dari Pejabat..
Berkenaan dengan waktu kerja, sangatlah pelik.. Ada yang masuk kerja pkl 7am balik pkl 3pm. Ada yang masuk kerja pkl 12pm-8pm, ada yang masuk pkl 4pm-12am, dan ada juga yang kerja straight Isnin sampai Ahad, kemudian baru auto off 2 hari.. Pening juga tengok jadual kerja diorg.. Tapi hopefully boleh ikut semuanya nanti..

Hmm, perjalanan masih panjang.. Banyak lagi dugaan yang bakal ditempuh.. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.. 

Oklah, sampai sini dulu yang boleh saya sharekan buat masa ni.. InsyaAllah kalau ada pengalaman menarik berkenaan Kerjaya Pegawai Farmasi di Enforcement, saya akan sharekan lagi.. 

Jumpa lagi! =)

Saturday, November 17, 2012

Got Engaged!

2 comments

Today was 17 November 2012, saturday.

Today was a big day for me.

Today I got engaged.

Special thanks to both my parents for making today a reality for me.

And also Ayah Long, Mok Dah, Kak No and Abg Eddy who came to support and help in the event, thanks a lot.

Not to forget the family members of my fiancee, for a very warm welcome, the food and everything.

Thanks to those who have dropped by to wish congratulations as well as the likes in Facebook, sms or anywhere else.

It means a lot to me.

Thanks, thanks and thanks. =)

Well, this is just the beginning.

A lot more things to do and challenges to face in the future.

I have to be prepared and work harder.
A nice silver ring for me. =)
Please pray for us, so that everything will run smooth, insyaAllah. =)

Saturday, October 20, 2012

Status 28

0 comments

‎"Most of the time, knowledge does not really reflect our job performance, but attitude does. And there's how we can make the difference." 

-Nizam Malek

Sunday, October 14, 2012

[Qualaroo] 3 Questions and The Answers

1 comments

Hi semua! Pertama sekali, saya nak maklumkan bahawa aplikasi Kissinsights kini telah diambil alih oleh Qualaroo. Apa itu Qualaroo? Sebenarnya ia sama saja dengan Kissinsights, aplikasi dan fungsi nya tetap sama seperti dulu iaitu untuk mengumpulkan soalan-soalan daripada pembaca blog ini.

Jadi kalau saya sebut kotak soalan Qualaroo tu, maknanya saya maksudkan kotak yang berada di sebelah kanan bawah Nizam Malek Blog ini. Anda boleh masukkan soalan-soalan anda dan saya akan jawab seperti menggunakan aplikasi Kissinsights sebelum ini.

Err, tak faham? Tak apelah, saya pun sebenarnya tak berapa faham ape yang saya tulis kat atas tu.. heheh.. =p

Tapi tak mengapa, untuk blog post kali ini, saya akan meluangkan masa untuk menjawab beberapa respond/soalan daripada pembaca Nizam Malek Blog ini yang telah masuk sejak Jun 2012 lagi. Ada juga yang ingin mendapatkan maklum balas yang pantas, dan mereka telah menghubungi saya terus melalui Facebook dan email.

Apa-apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi bertanya pendapat dan pandangan saya berkenaan apa saja isu atau permasalahan.

Ok untuk blog post kategori Qualaroo yang pertama ini, saya akan akan terus saja menjawab soalan-soalan yang masuk secara pukal. Bagi soalan yang sudah pun saya jawab di Facebook atau email, ia tidak akan disiarkan lagi di sini. Ok kita mulakan dengan soalan yang pertama.

1. What do you think about Zitron being owned by Lelong ? Is there no conflict of interest? Yes it is easy to make money but at whose expense? Are you aware of many fake sellers or sellers who make promises and do not live up to them? Cheap does not mean Good. Right. (22 Jun 2012 @ 5.15pm)
Answer: First of all, I'm not really sure whether Zitron is really being owned by Lelong. However, as for my personal opinion, it's a good scenario for business in Lelong. It's true that, fake sellers do exist in Lelong, but in fact, they exist everywhere online and offline. For that reason, it is important for the online buyers to buy from trusted sellers only. 

Lelong has a unique system which trusted sellers can be identified easily. Online buyers must be smart to shop online and get their rights if something is wrong with the transaction. I do agree also that cheap does not mean Good, but we have to understand the market. 

There are people who are willing to buy expensive products and enjoy the benefit from the purchase, but there are also people out there who are really concern about price and prefer to go for cheaper ones. It depends much on the target market which also make things in business more interesting. 

Thus, personally I think, it's good that if Zitron is being owned by Lelong but the buyers need to be careful when choosing to make transaction online. =)

2. I am very interested to become a lecturer in pharmaceutical field, can you post something about it? On how to became lecturer in respective courses like mentioned before? Thank youu :) (14 July 2012 @ 7.20pm)

Answer: Hi there. It's good that you have intention to become a lecturer in pharmaceutical field. To be a lecturer in pharmaceutical field, it's good that if you already have a Pharmacy Degree.

By having the Pharmacy Degree, you can further your studies in specific area in pharmaceutical field at the Masters level after you have completed your PRP year and compulsory service year (1+1).

It's good that if you  further your studies under university sponsorship, which means, after you have completed your studies, you will be directly absorbed to the faculty as a lecturer in the respective area.

However, if you don't have a Pharmacy Degree, you can still be a lecturer related to the pharmaceutical field such as Biochemistry, Pharmaceutical Analysis, Statistics and Pharmaceutical Bioengineering depending on your expertise.

It might take several years to complete studying and becoming a lecturer, but it's worth it and it's more exciting if you have the teaching spirit.

After all, you have to make quite prompt decision if you plan to become a lecturer in pharmaceutical field before the market/place/position for lecturers is saturated. Hope this answer might help you ya. =)

3. Acu bagi tips or cara2 nk edit pic eaa cmnew..?? (8 Ogos 2012 @ 12.13pm)

Jawapan: Ok, ini satu soalan berkenaan dengan edit picture. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab edit-edit gambar ni. Tapi mungkin boleh bagi sedikit tips asas cara-cara nak edit gambar khususnya untuk keperluan sendiri seperti upload di Facebook dan Blog.

Yelah, tak kan gambar sendiri yang biasa-biasa nak minta orang lain editkan, mestilah agak menyusahkan orang lain tu kan.

Jadi kemahiran asas untuk edit gambar ni kira agak penting jugalah. Sekurang-kurangnya, gambar yang kita upload tu nampak lebih kemas dan menarik berbanding gambar asal, baru ada feel kawan-kawan kita nak tengok kan.. =p

Di sini, saya sertakan 2 tips editing yang biasa saya gunakan:

a. Brightness dan Contrast
Kebanyakkan gambar yang diambil dengan kamera bermegapiksel rendah akan kelihatan kabur dan sedikit gelap. Permainan fungsi brightness dan contras ni agak penting untuk memastikan gambar kita dapat menjadi lebih jelas dan cantik. 
Untuk tujuan brightness dan contrast, anda tidak perlu menggunakan software editing gambar yang canggih seperti Adobe Photoshop. Cukup sekadar software editing biasa seperti Photoscape dan keluaran Microsoft yang biasanya terdapat default pada laptop.

Macam mana nak kasi gambar nampak menarik? Anda perlu tinggikan sedikit fungsi brightness dan sesuaikan dengan fungsi contrast. Pastikan gambar tersebut cukup terang untuk dilihat, tapi jangan terlalu terang sehingga menyakitkan mata. 

Kadangkala, anda boleh masukkan fungsi Exposure sedikit untuk menjadikan gambar tersebut lebih klasik. Cuba bermain dengan ketiga-tiga fungsi tersebut dan lihat hasilnya. Jika anda rasa ok, maka ia pasti ok. Cuma anda perlu pastikan bahawa, terdapat perbezaan pada gambar yang anda edit dengan gambar asal. 
Jika gambar yang anda edit nampak lebih kemas dan cerah berbanding gambar asal yang agak kusam dan tidak berseri, maka gambar yang anda edit itu sudah sedia untuk diupload ke Facebook dan Blog.

b. Crop
Seterusnya adalah teknik cropping. Teknik cropping ini bagi saya amat penting kerana sering kali kita tidak dapat mengagak kedudukan frame yang sesuai ketika mengambil gambar. 

Kadangkala kedudukan objek terlalu jauh dan tidak fokus. Maka dengan menggunakan fungsi cropping ini, kita boleh menjadikan sesuatu gambar itu lebih jelas dan gambar objek yang diambil menjadi lebih terfokus dan kemas. 

Untuk membuat crop yang kemas, anda tidak perlulah menggunakan pembaris untuk mengukur. Sebaliknya, anda hanya perlu memastikan sisi kiri dan kanan, atas dan bawah adalah lebih kurang sama dan tidak terlalu jauh bezanya. 

Selain itu, untuk teknik cropping ni, apa yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan lagi gambar anda adalah dengan menggunakan teknik 'The Rule of Thirds".

Teknik ini sebenarnya mudah saja, iaitu anda perlu crop gambar anda tersebut sehingga membuatkan objek berapa di satu pertiga gambar.

Biasanya kedudukan adalah di sebelah kiri atau kanan. 

Dengan menggunakan teknik "The Rule of Thirds" ini, gambar anda akan dipenuhi suasana dan menjadi lebih menarik perhatian berbanding sekadar gambar objek sahaja.

Ok, sampai sini dulu soalan-soalan yang saya dapat jawab dalam ruangan Qualaroo edisi pertama ini. Berjumpa lagi di blog post seterusnya! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.