Saya tidak mendapat 5A ketika UPSR. Saya tidak dapat 8A pun ketika PMR dan saya juga tidak dapat 10A ketika SPM. Tiada rezeki..
Saya bukan lepasan sekolah-sekolah terpilih. Saya bukan lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan saya juga bukan lepasan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Saya hanyalah bekas pelajar lepasan sekolah harian biasa sahaja.
Tapi ia tidak menghalang saya untuk mencapai cita-cita dan saya turut mampu membina karier yang baik sama seperti orang lain.
Rahsianya adalah usaha yang berterusan, tidak kenal erti putus asa, menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya dan sentiasa memohon doa yang baik daripada kedua-dua ibubapa.
Kita yang memilih untuk berjaya. Dan berjaya tidak semestinya ditentukan dengan huruf A semata-mata.
Jika anda mempunyai sikap yang betul, anda akan mencapai kejayaan A+ dalam perjalanan kehidupan anda, InsyaAllah. =)
5 comments:
saya setuju sangat2...huruf A bukanlah segala2nye...
ermmm...
may I ask for ur opinion a bit?
saya risau sgt dgn masa depan sy skarang ni..as a 3rd year pharmacy student, I'm still unable to speak confidently n fluently in front of people..I'm still very weak in speaking English..my communication skills really sucks!tak tau la nak buat camne lagi.. T__T
next sem dah kena buat thesis n LI pulak..pastu in case kalo kena interview saya takut sgt kalau sy x dapat perform..then how I'm gonna secure a place for LI??huhu
plus..peluang kerja utk pharmacy grads pun dah makin limited kan..tak macam dulu2..result exam sy pun biasa2 cukup2 makan je kadang2..lagi la sy risau.. :(
I wonder..sempat ke sy nak improve myself dlm masa yg tinggal berapa sem je lagi...those thought somehow make me feels very very stressed and sometimes I'm losing my passion for this course..sobs
please..hope you could help me..
I'm sorry for writing too long..but I really need an opinion from pharmacy grads sebab cuma org dari kalangan kita je yg lebih paham situasi camni..
anyway..thanks in advance..hope this didnt bother you.. ;)
Salam, hi, thanks melawat blog saya. =)
Berkenaan masalah bahasa Inggeris tu sebenarnya memang satu masalah yang dihadapi kebanyakan orang, terutamanya pelajar Melayu.
Cuma nasihat saya, jangan jadikan masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris ini sebagai satu alasan yang melemahkan semangat anda untuk belajar.
Pada peringkat ini, sebagai pelajar jurusan Farmasi tahun 3, anda perlu lebih fokus terhadap pelajaran dan perlu biasakan diri dengan penggunaan bahasa Inggeris.
Satu tips untuk meningkatkan keyakinan untuk berbahasa Inggeris adalah dengan mengadaptasi cara orang lain menggunakan bahasa Inggeris.
Saya pasti, anda akan terlibat dengan banyak presentation di kelas. Pastikan anda membuat persediaan yang rapi sebelum setiap presetation dan memahami apa yang perlu dibentangkan.
Lihat presentation orang lain yang lebih fasih, perhatikan apa perkataan yang biasanya digunakan, dan tiru sahaja cara mereka.
Mula-mula anda akan rasa kekok, tapi lama kelamaan, ia akan menjadi mudah bagi anda.
Ia umpama satu cara short cut untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris kita, iaitu dengan meniru cara orang lain. Mudah bukan?
Saya rasa masalah anda bukan pada bahasa Inggeris semata-mata.. Tapi pada keyakinan diri..
Anda perlu tahu bahawa, orang yang berjaya bukan semestinya orang yang terlalu hebat dan bijak pandai, tapi orang yang berjaya adalah orang yang yakin pada diri sendiri.
Anda perlu perbetulkan mind setting anda, daripada negatif kepada lebih positif dan meyakinkan..
Kalau pasal result exam biasa2 dan cukup makan tu, sewajarnya anda perbaiki apakah kelemahan anda dalam aspek akademik. Mungkin teknik belajar anda kurang sesuai atau usaha anda masih belum cukup sempurna.
Sentiasa muhasabah diri demi kebaikan sendiri. Anda perlu merancang dengan baik dan berikan komitmen tertinggi yang anda boleh.
Jangan sampai hilang passion dan minat pada pelajaran.. Kerana pelajaran itulah yang akan mengubah kehidupan anda di masa hadapan.
Anda hanya beberapa langkah lagi untuk berjaya di peringkat akademik dan universiti. Kenapa perlu berfikir untuk gagal? Teruskan dengan semangat yang jitu..
Kelemahan yang ada itu diperbaiki dari semasa ke semasa.. Lambat atau cepat bukan ukuran, tapi usaha itu penting ya..
Saya doakan anda berjaya dalam bidang Farmasi. Dan insyaAllah saya akan berikan nasihat dan panduan jika perlu.. Cuma anda perlu rajin bertanya.. Tiada masalah.. =)
All the best ya. =)
Hai Jan,
Kejayaan dalam hidup bukan ditentukan oleh berapa banyak A yang kita dapat dalam UPSR / PMR / SPM / STPM / Matrix / Univ.
All the best to you! :)
Uni recently posted...
Soalan Yang Ditanya Oleh Penemuduga
thank you so much for the tips and advice!! :))
insyaallah I'll try to improve myself..and cuba utk praktikkan ape yg awak sarankan tu..
btw wishing you all the best in your enforcement posting!maybe lepas ni boleh citer pasal your tasks kat situ in detailed..kot2 saya berminat dgn bidang ni pulak.. :)
Hai Kak Uni: Yup betul, thanks. =)
MiSz fiFiEyQa: All the best. Thanks for the wish. InsyaAllah saya akan share more lepas ni. =)
Jemput komen banyak2 di blog ini. =)
Post a Comment