Halowee, salam semua!
Dah lama saya tak menulis di sini rasanya. Mesti korang tertunggu-tunggu new post daripada saya.. Hehe..=p
Almaklum, agak 'sibuk' dengan tugas baru di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Bahru. Alhamdulillah, saya telah pun mula berkhidmat dan mempunyai jadual sendiri bermula 3 Disember 2012, dua minggu selepas saya melapor diri pada 19 November 2012 yang lalu.
Gambar dirembat dari cpfperak.blogspot.com
Sebagai permulaan, saya ditempatkan di Unit Pintu Masuk di bawah Bahagian Penguatkuasa Farmasi (Enforcement).
Unit Pintu Masuk ini merupakan satu unit yang sangat penting kerana ianya menjadi satu checkpoint di mana produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang dibawa masuk ke Malaysia dari luar negara akan disaring oleh Pegawai Farmasi. Dan sudah semestinya, produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditahan.
Terdapat banyak Pintu Masuk yang terdapat di sekitar Johor. Antaranya adalah Port Stulang, Port Pasir Gudang, Port Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Port Tanjung Kupang di Gelang Patah.
Selain itu, Pegawai Farmasi juga akan ditempatkan di Pejabat Pos di Larkin atau lebih dikenali dengan nama Mel Larkin. Di Mel Larkin, Pegawai Farmasi akan bekerja bersama dengan anggota-anggota Kastam untuk menyaring bungkusan-bungkusan dari luar negara yang mempunyai produk-produk farmaseutikal ataupun kosmetik.
Jadual saya bermula di Mel Larkin. Setiap pagi, saya akan buka bungkusan-bungkusan yang disyaki mempunyai produk-produk farmaseutikal atau kosmetik. Bila buka bungkusan tu, saya perlu buat keputusan, sama ada perlu menahan atau tidak bungkusan tersebut.
Antara produk yang pernah saya lihat sepanjang seminggu ini adalah Tablet Midazolam 15mg, Tablet Panadol Extra (Paracetamol 500mg + Caffeine 65mg) dan produk-produk kecantikan seperti krim pemutih dari Taiwan dan Korea.
Ternyata, latihan provisional di Hospital Sultan Ismail, JB sangat membantu saya untuk mengenali produk-produk farmaseutikal dengan lebih pantas dan tepat.
Seronok juga bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa, kebanyakan masanya tiada kerja rutin seperti ketika bertugas di hospital setting.
Sebagai Pegawai Penguatkuasa, saya bebas menentukan dan mengurus masa bekerja sendiri. Kerja tu memang ada, tapi cara menguruskannya fleksibel dan terpulang pada cara masing-masing, sama ada cepat atau lambat, asalkan siap pada dateline yang ditetapkan.
Ada masa agak santai, ada masa agak sibuk juga. Tapi kalau buat kerja secara sistematik, InsyaAllah kerja boleh siap dalam masa yang ditetapkan.
Hmm, sebenarnya, semuanya baru saja bermula untuk saya. Banyak lagi cabaran, dugaan dan kisah yang bakal ditempuh nanti. Semoga semuanya akan dipermudahkan.
Ok, sampai sini dulu kongsi-kongsi cerita untuk kali ni. Hari sabtu macam ni, cuaca baik, memang masanya untuk keluar berjalan bersama keluarga.
Jumpa lagi! =)
47 comments:
tahniah kerana telah bertunang.
Selamat maju jaya di bidang yang baru
Terima kasih kerana mendoakan yang baik2. =)
Askum,agak2 kalau ubat kurus dari indonesia kena tahan x n kastam.
Wasalam Eiyka Zulkharnain,
Kalau ubat kurus dari Indonesia itu tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, ianya akan ditahan.
2 ciri ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah, ianya mempunyai hologram meditag KKM dan juga no MAL.
salam, klo brg kosmetik dan kecantikan yg sy beli dri indonesia mejoritinya ad jual kt malaysia secara online kena than tak dgn kastam? klo kne ap prosedur dy ye utk dptkan balik barg tu?
sy beli dri indonesia sbb murah, sbb tu beli mcm2 risau jgk kalau xsampai2 kne byar tax laa cas check laa daa jdik mhal. :(
belian termasuk pos tak smpai rm400 dan berat 6kg.
Salam Miss Finia,
Barang kosmetik dari Indonesia yang tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditahan oleh pihak Farmasi.
Kebiasaannya, konsaimen yang telah ditahan tidak akan dapat diambil semula oleh pengimport walaupun rayuan bertulis telah dibuat.
Oleh itu, dinasihatkan agar tidak membawa masuk barang kosmetik yang tidak bernotifikasi dari luar negara.
Ok, terima kasih ye. Barang sudah dituntut, kira saya bernasib baik diberikan peluang. Lain kali pengawai farmasi tidak akan melepaskan. Boleh lawat blog saya untuk tahu pengalaman saya.
http://lemonteaicenia.blogspot.com/2013/08/beauty-haul-pengalaman-pertama-barang.html
Sama-sama.
Dinasihatkan untuk tidak mengimport lagi barang-barang kosmetik atau Farmaseutikal yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ianya melanggar undang-undang dan Akta Farmasi.
Sila sebarkan informasi ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda supaya kerugian akibat pembelian borong dari luar negara dapat dielakkan.
InsyaAllah kalau berkesempatan, saya akan tulis artikel bagaimana prosedur untuk membawa masuk barang-barang kosmetik dari luar negara seperti Indonesia, Taiwan atau Korea tanpa ditahan oleh pihak Farmasi.
InsyaAllah jika berkesempatan nanti.
Salam.. perlu ambil farmasi industri or klinikal kalau nk jadi pegawai enforcement
Hi capt. apih,
Saya kurang faham komen anda.
Itu ayat pernyataan ke soalan?
assalamualaikum tuan..
saya ingin membawa masuk barangan seperti lotion dan shower gel daripada france. saya difahamkan perlu membuat notifikasi dari pihak biro farmasutika.
kerjasama dari pihak farmasutika adalah sangat mengecewakan, pegawai ni suruh tanya pegawai itu... yg itu pulak suruh tanya ini.. terpusing2 sudahnye.
mohon pencerahan dari tuan bagaimana prosesurnya.
terima kasih
Wasalam tuan Abdul Fazmin,
Pendaftaran produk kosmetik memang perlu melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Anda perlu menghubungi mereka dan minta sambungkan ke bahagian pendaftaran kosmetik.
Mereka akan berikan penerangan berkenaan pendaftaran notifikasi kosmetik.
Kalau tak silap saya, pendaftaran kosmetik kini adalah lebih mudah dan boleh dilakukan secara online.
Semoga berjaya.
Salam Encik,
Saya nak mohon pencerahan. Saya cuba untuk mendaftar notifikasi kosmetik di website bpfk, cuma tak berapa paham mengenai Authorization Letter yg diminta... TIada maklumat tambahan dlm FAQ... Bole tuan beri pencerahan apakah Authorization Letter tu?
Salam Puan Yan,
Untuk pendaftaran kosmetik, puan perlu berurusan dengan Unit Pendaftaran Kosmetik di Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
Dapatkan nombor telefon untuk dihubungi di website BPFK tersebut dan minta sambungkan ke Unit Pengaftaran Kosmetik.
Pegawai yang berkenaan akan dapat membantu memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan pendaftaran produk.
Selamat berjaya!
Salam Encik,
Sy ada beli brg kosmetik dr USA. Ada 2 kotak. Satu besar satu kecik. 22 kotak ni dihantar hari yg sama. Tp kotak kecik smpi dulu. Kemungkinan kotak besar ditahan . Agk2 bole lps x kalau dr USA? mohon pencerahan.
Salam Ateyn Nanie,
Produk kosmetik adalah bahan yang dikawal oleh pihak Farmasi.
Kosmetik yang diimport dari luar negara perlulah bernotifikasi (berdaftar) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengimportan juga perlu dilakukan oleh pemegang lesen notifikasi kosmetik tersebut sahaja.
Secara asasnya, orang persendirian yang bukan pemegang lesen notifikasi untuk produk tersebut adalah tidak dibenarkan untuk membuat pengimportan.
Jika kosmetik yang anda order dari USA tesebut ditahan oleh pihak Farmasi, apa yang boleh anda lakukan adalah untuk membuat rayuan bertulis.
Walaubagaimanapun, pelepasan bahan tahanan adalah tidak dapat dijamin.
Seeloknya, elakkan daripada mengimport produk kosmetik dari luar negara.
Jika terlalu memerlukan, mungkin cuma boleh import 1 botol sahaja untuk penggunaan seorang sahaja.
Jika anda dihubungi kerana kosmetik anda ditahan oleh pihak Farmasi, cuba berbincang dengan Pegawai Farmasi yang membuat penahanan dan ianya boleh dilepaskan atas budi bicara, bergantung kepada keputusan Pegawai Farmasi tersebut.
Slm. .nak tny. .kalo kita dihubungi penguatkuasa farmasi utk dtg berkaitan dgn brg yg ditahan. .tapi kalau kita xsempat nk pergi atau mls nk menuntut brg tu. .ada apa2 tindakan x? Tq
Salam Anonymous,
Tiada apa-apa tindakan dikenakan.
Dan jika barang tidak dituntut dalam masa 30 hari, barang akan dilupuskan oleh pihak Kastam.
Harap maklum.
Salam Encik.Nizam
saya ingin bertanyakan pendapat dan bantuan daripada encik berkenaan barang saya yang ditahan di Mel, larkin.
Saya difahamkan oleh pegawai farmasi pljb bahawa barang saya ditahan kerana tidak berdaftar.
Pilihan yang diberikan hanyalah membuat rayuan supaya barang itu dipulangkan semula kepada pengirim jika tidak mahu dilupuskan.
Saya kemudian berhubung pula dengan pegawai farmasi jb, beliau menyatakan bahawa barang saya boleh dituntut jika farmasi meluluskan rayuan saya.
Jadi saya ingin bertanya encik, apa yang perlu saya lakukan untuk membuat rayuan. Adakah saya perlu pergi sendiri ke unit penguatkuasa farmasi atau saya hanya perlu membuat rayuan bertulis?
saya juga dimaklumkan perlu mendapatkan taktrif bebas dadah jika mahu barang saya dilepaskan oleh farmasi. Boleh encik bantu saya?
email saya di dyanahar90@gmail.com
terima kasih.
Diayana
Salam..encik saya nk order methadone dari online, masalah nyer macam mana saya perlu buat kalau ubat tu ditahan oleh pihak kastam @pharmasi seperti encik? Ada cadangan yg boleh saya dapatkan dari encik selaku penguat kuasa dibahagian tersebut!!. Terima kasih yg ikhlas nak tahu -#
Salam Insan Kerdil:
Methadone adalah ubat terkawal dan pengambilannya adalah perlu dipantau oleh pihak doktor yang merawat.
Pengambilan Methadone mestilah dilakukan atas arahan doktor yang merawat sahaja dan memerlukan preskripsi yang sah.
Methadone dan apa sahaja ubat terkawal tidak boleh dibeli melalui Internet dan ianya akan ditahan oleh pihak Kastam dan Farmasi.
Disarankan agar anda mendapatkan rawatan Methadone sekiranya perlu daripada doktor yang bertauliah di klinik-klinik yang menjalankan rawatan menggunakan ubat Methadone.
Kesimpulannya, Methadone memang tidak boleh dijual beli secara online. Ia menjadi kesalahan mengikut Akta Farmasi yang berkuatkuasa.
Harap maklum.
Selamat malam cik nizam dan terima kasih diatas informasi yg diberikan,kalau tidak pasti sia2 saja saya punya order..sebab saya memilih untuk beli dari luar ialah kerana yg ada disini sekarang tidak sama seperti yg mula2 ia datang,harga still sama tp qualitinya jauh lari..makin lama jiwa jadi tertekan.
tahun nie masuk thn ke5 saya mengunakan ubat ini, kos biasa untuk hospital(separuh kerajaan)5mg@1ml ialah rm1.10,kebiasaan dose yg disyorkan antara 60mg-100mg...
**#-80mg-#**
Sila rujuk dan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat berkenaan dos yang diberikan.
Tindakan mengambil Methadone secara sendiri adalah merbahaya kepada kesihatan anda.
Semoga tuan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Terima kasih diatas budi bicara encik nizam,saya amat menghargai masa yg encik berikan dlm melontarkan pendangan dan nasihat yg berguna lagi bermakna buat saya,selayaknya nasihat seorang saudara kepada saudaranya yg lain.Orang seperti encik nizam perlu ada ramai lagi dalam masyarakat kita jika inginkan perubahan yg baik pada bangsa dan negara kita pada masa hadapan kelak.saya harapkan yg terbaik buat encik nizam baik dlm usaha mahu pun kerjaya,semoga sukses selalu....✂✂✈
#~🎁Terima qasih🎉~™®©
Salam encik....
Sy baru sj membeli pil vitamin c 1500mg dlm kuantiti 1000 biji di online dr UK...adakah pil vit c juga produk larangan atau control product di malaysia?
Kena tahan juga ke pil vitamin c sy beli tu?
Harap encik sudi beri pandangan....t.kasih
salam
kalau barang herba adultery product kena tahan jgak x
Selamat malam encik nizam,sekarang nie saya dlm proses mengumpulkan metarial untuk buat perfume. masalah saya sekarang jika saya order produk cemical,Kasturi,ambergris(dr haiwan)dari Arab saudi dan india,boleh ke lepas kastam dan sebagai nya.,ada tak sekatan dikenakan keatas sebahagian haiwan,dan produk cemical ada tak dikenakan cukai,klau ada berapa anggaranya?.saya takut klau xlepas kerana sia2 dan rugi la kan,harga Kasturi dan ambergris tu mahal untuk info 6ml saja tiap satu 485 rial x 2=?.
Terima kasih untuk info nya nanti...terima kasih!
Elle Hafiz:
Vitamin C dari luar negara yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditahan oleh pihak Farmasi. Disarankan agar tidak membuat pembelian produk farmaseutikal dari luar negara. Sekiranya ingin membeli juga, pastikan ianya adalah untuk kegunaan sendiri dan tidak lebih daripada satu (1) bulan penggunaan.
Anonymous:
Yup kena tahan juga terutamanya jika ianya adalah produk farmaseutikal atau kosmetik dengan tuntutan perubatan/perawatan.
insan kerdil:
Perfume adalah termasuk dalam kategori kosmetik dan ianya dikawal oleh pihak Farmasi.
Sekiranya anda ingin mengimportnya, anda perlu mendaftarkan produk tersebut dan mendapatkan nombor notifikasi.
Permohonan pendaftaran notifikasi kosmetik boleh dilakukan secara online.
Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran notifikasi kosmetik, sila rujuk dan hubungi nombor telefon di laman web www.bpfk.gob.my.
Salam cik nizam..tetapi yg saya order dr arab saudi nie hanyalah produk kasturi asli,ambergris(dr limpa ikan paus)vivet dr seakan kucing hutan dan pati oud dlm angaran 30ml untuk semua produk harganya dlm 2k lebih sikut.adakah saya masih memerlukan perkara yg cik nizam katakan itu.tiada pengecualian ke memandangkan kuantitinya sedikit saja.yg bahan cemical tu saya ambil dr india tetapi buat masa nie belum lg.kerana nk produskan perfume tampa bahan cemical yg tinggi kalau dibandingkan dgn yg ada sekarang.
Saya harap cik nizam ada cara2 yg dpat memudahkan urusan ini.(berbentuk petua dr pengalaman) sekian. Terima kasih.
Salam insan kerdil,
Saya cadangkan tuan untuk lawati laman web www.bpgk.gov.my dan hubungi pegawai melalui no telefon yang terdapat di laman web tersebut untuk info lanjut berkenaan produk-produk berasaskan bahan kimia yang ingin diimport dari luar negara.
Hi Nizam,
Sy nak tanya kalau saya nak beli HCG (Human Chorionic Gonadotropin) dari USA bagi tujuan mengurangkan berat badan agak-agak ada masalah tak untuk import ke sini? & kuantiti yg dibenarkan still kena kurang sebulan penggunaan ke?Please advise.Thank you
nurulashikin990@gmail.com
Nurul Ashikin:
Kalau produk kesihatan dari luar negara memang kebiasaannya tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya cadangkan jangan import dari luar negara kerana ada risiko ditahan oleh pihak kastam dan Farmasi.
Salam Encik Nizam
saya seorang penjual supplement dan kosmetik dari thailand. adakah ia sudah mencukupi sekiranya saya hanya membuat lesen import atau saya juga perlu mendaftar notifikasi kosmetik ?
Salam, perlu daftar notifikasi kosmetik juga. Caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan secara online.
Salam, jika saya beli kosmetik dari luar negara untuk kegunaan sendiri, berapa kuantiti dan jumlah nilai harga yang dihadkan ye
Salam sdr Nizam,
Sblum saya bertanya pd sdr nizam, saya sudah pun melawat site bpfk, dan faham serba sedikit prosedure utk dptkan notification note.
Saya faham sdr di bahagian penguatkuasa, cuma soalan saya, apakah perlu saya mnghantar sample produk kepada bpfk ? Harap dpt pencerahan dari sdr nizam.
Salam Anonymous,
Untuk pendaftaran notifikasi, tidak perlu menghantar sampel.
salam encik Nizam...jika saye mahu membeli antibiotics dari UK dn ubat tu disahkan selamat ..adakah ia akan ditahan bila sampai di Malaysia?
Salam..jika saya beli perfume di australia semasa saya bercuti di sana dan ingin bawa masuk ke malaysia..adakah ia akan ditahan ketika saya pulang ke malaysia? Adakah had2 jumlah yg tidak dikenakan tax? Jika dikenakan tax brapa kadar tax yg dikenakan? Mohon pencerahan..
RG,
Encik Nizam, saya dari penang.Baru2 ni sy telah menempah perfume dari US utk kegunaan saya dan sekeluarga. Sy telahpun menempah 2 kali sebelum ni, tetapi kali ni brg sy ditahan di jabatan farmasi yg tidak memberi apapun surat kepda sy tetapi menghantar surat kepda pos yg menjadi agent. Apabila mengetahui hal ni, sy membuat surat rayuan kepada pihak jabatan farmasi dan menerangkan yang sy tidak tahu yg sy tidak boleh order perfume dari luar negara. Pegawai tu mengambil surat rayuan sy dan memberitahu akan rujuk kepda kementerian kesihant. Harga perfume dan kos pos(RM392). Selepas sy kluar dari office jabatan farmasi penang,selepad beerapa jam ader seorg lagi menubungi sy dan menyatakan yg rayuan sy ditolak dan mereka akan melupuskan brg sy.
Soalan sy:
Mereka tidak menujuk brg sy kepada saya ataupun mendapat apa2 kepastian dari sy, dan senang wenang nak melupskan brg sy, adakah prosedur ini betul?
Ini bukan salah kami, sebelum ni kalau mereka pernah bagtau sy tidak akan menempah perfume tu. Tolong bagi sy penjelasan encik.Sy cadang akan menefon Jabatan Farmasi esok.
salam en nizam,
adakah shampoo juga dikategorikan sebagai kosmetik?sbb sy ada beli shampoo online dr korea utk kegunaan sendiri dan brg sy telah dibuka utk pemeriksaan dan sy telah mendapat notis peringatan drpd pihak kastam.mohon pencerahan en nizam berkaitan perkara ini.terima kasih
syafiqah
assalamualaikum.
tuan masih bekerja di bahagian penguatkuasa farmasi?
sekarang ada parcel saya di bahagian farmasi ditahan.
saya harap tuan dapat membantu.
jika brg di tahan utk semakan boleh pm 0169525014 utk checkking
terima.kasih
Post a Comment