Friday, December 28, 2012

Dunia Badminton Saya


Hari ni saya nak cakap pasal Badminton. Badminton adalah antara sukan kegemaran saya. Kini dah jadi macam hobi. Hampir setiap minggu nak main badminton.

Main badminton ni best sebab tak de la penat sangat macam main futsal atau ragbi. Dan most of the time, main badminton ni kurang ada body contact..

Jadi kecenderungan untuk cedera teruk disebabkan berlaga tu kurang lah, lainlah kalau terlanggar tiang net.. Sadis tu, kesian.. heheh..


Court Badminton Kegemaran

Masa sekolah menengah dulu, selalu saya main badminton di Dewan Badminton BL Sport di Plentong. Naik skuter Yamaha Nouvo warna merah ke sana dengan kawan-kawan sebaya. Masa tu rate sewa court RM12/hour.

Seronok main badminton walaupun tak terer.. Selalu kalau dapat shuttle tinggi, bajet nak smash lah.. Tapi kebanyakan masanya tak kena.. Pastu tension sendiri.. Kena gelak plak tu.. Heheh.. =p

Selain tu, kitorg ada juga main di Dewan Badminton di Sport Complex, Permas Jaya. Murah je sewa, RM10/hour. Tapi tak berapa suka main kat situ, rasa panas semacam.. Mungkin ventilation dia tak berapa bagus.. Pastu lantai dia licin, rasa nak tergelincir.. Tak best.. Walaupun macam tak reti menari salahkan lantai.. Haha..

Sekarang, tempat yang biasa kitorg main badminton adalah di Dewan Badminton Daiman di Johor Jaya. Rate sewanya RM17/hour untuk court lama dan RM21/hour untuk court baru. Agak mahal lah.. Tapi ok je kalau main ramai-ramai, kongsi-kongsi.. Terasa muhibbah di situ.. Cewah.. =p


Raket Badminton Saya

Ohya, kalau cakap-cakap pasal badminton ni, tak sah kalau tak cakap pasal raket.. Yelah, tak kan main badminton pakai pemukul lalat ye tak. =p

Saya ada 2 raket yang biasa saya gunakan untuk main badminton:

1. Raket jenama Wilson. Antara pemain badminton dunia yang menggunakan raket jenama Wilson ni adalah Jonas Rasmussen dari Denmark dan Sho Sasaki dari Jepun. Raket ni saya beli masa promotion J-card Day di Jusco Permas Jaya.. Raket ni saya guna sejak sekolah menengah.. Best raket ni, senang nak control shuttle..

2. Raket jenama Apacs. Yang ni pula saya baru beli bulan ni (Disember 2012) di kedai Honly kat Taman Sentosa, Johor Bahru. Mula-mula plan nak beli raket Li Ning, tapi mahal sangat.. RM450 tak siap string.. Siapa nak buang duit? Haha.. Jadi beli lah Apacs yang harganya lebih ekonomi.. Raket Apacs ni lebih ringan dari raket Wilson.. Lebih kurang 70g je beratnya.. Sesuai untuk main defense..

3. Raket jenama Li Ning. ==> Akan datang.. =)


Permainan badminton saya

Apa yang buat saya suka main badminton adalah, sebab kita boleh manipulate (tu dia, manipulate..) arah pergerakan shuttle tu mengikut kemahuan dan kemahiran kita..
Saya suka permainan jaring atau net play.. Bagi saya net play ni sangatlah berseni.. Tak boleh pukul shuttle kuat sangat dan tak boleh pukul lemah sangat.. Kena pukul ngam-ngam je.. Kena bagi fokus yang tinggi untuk main net play yang baik.. Kalau lawan dapat balas net play saya, lagi saya suka, sebab saya rasa ada cabaran.. Dan saya nak pastikan saya boleh balas balik..
Selain tu, saya suka juga buat teknik drop shot.. Drop shot ni kita boleh buat apabila menerima shuttle tinggi di belakang atau tengah gelanggang. Kita cuma perlu menolak shuttle tersebut ke arah hadapan gelanggang lawan, sama ada kiri atau kanan. Biasanya kita akan kenakan sedikit geseran supaya shuttle tersebut jatuh betul-betul di bahagian hadapan gelanggang lawan pada kedudukan yang lebih jauh daripada lawan.. Drop shot lebih bagus berbanding smash, sebab kurang tenaga digunakan.. Jadi kita akan kurang keletihan.. Orang yang bijak akan lebih suka bermain teknik drop shot.. =p


Single Vs Beregu?

Secara jelas, saya lebih suka bermain badminton secara beregu. Sebab kalau main single ni, bapaklah penat.. Baru separuh permainan, dah kecundang.. Bila main beregu, kita boleh cover ruang-ruang kosong bersama-sama..

Permainan beregu perlu lebih seni.. Sebab lawan juga boleh cover ruang-ruang kosong dengan lebih baik.. Jadi saya sangat seronok kalau boleh buat teknik-teknik yang tak terjangkau lawan.. =D

Siapa yang boleh main single tu memang hebat la main badminton.. Dan ia bukan lah saya.. =)


Pemain Badminton Dunia Kegemaran Saya

Ramai sebenarnya pemain badminton dunia yang hebat. Setiap mereka punya cara permainan dan karisma tersendiri di gelanggang. Walaupun saya hanya suka main badminton secara beregu sahaja, tapi saya suka juga tengok pemain badminton dunia yang main single.

Dulu-dulu masa zaman muda-muda (sekarang masih muda dan nampak muda ok.. =p), saya suka tengok pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat. Bagi saya dia sangat smart dan sukar untuk ditewaskan. Permainan dia steady dan bergaya. Paling suka tengok kalau dia buat smash silang.. Sangat tepat dan laju.. Kalau saya kena smash macam tu, memang tutup mata je lah jawab nya.. Haha..

Antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, secara jujurnya, saya lebih mengkagumi Lin Dan.. Bagi saya, dia adalah raksasa dalam dunia badminton.. Dia ajaib, macam alien.. Dia punya bakat luar biasa dalam badminton dan membuatkan dia sentiasa boleh menang dan menang..

Tak tahu kat mana hebatnya Lin Dan.. Nak kata dia smash kuat, tak lah nampak kuat sangat.. Nak kata dia boleh balas semua shuttle yang masuk dalam gelanggang dia, mungkin, tapi tak lah nampak boleh balas semua juga.. Nak kata dia hebat sangat di permainan jaring, Lee Chong Wei nampak lebih kemas..

Walau macam mana pun, Lin Dan tetap pemenang.. Dia tetap hebat dan badminton adalah untuk dia.. Cuma kalau tengok Lin Dan Vs Lee Chong Wei, saya tetap akan sokong Lee Chong Wei.. Walaupun rasa dia akan kalah.. Heheh.. =p

Kalau untuk kategori beregu, mestilah paling suka beregu no 1 Malaysia, Koo Kin Keat/Tan Boon Heong. Diorg memang ada seni dan gaya.. Permainan lebih daripada badminton dan tengok diorg main memang best, walaupun diorg kalah.. Tak kesah.. Heheh..

Pemain badminton dunia wanita? Langsung, tak minat.......


Badminton selamanya~

Badminton adalah satu permainan yang sihat. Dengan bermain badminton, kita boleh mengeluarkan peluh dan menghilangkan stress di tempat kerja. InsyaAllah saya akan try main badminton setiap minggu kalau ada kelapangan masa, untuk kepentingan stamina dan kesihatan diri.. 

Ok sampai sini saja. 

Jumpa lagi dalam blog post seterusnya! =)

2 comments:

Merah Biru on February 9, 2017 at 3:18 PM said...

Nizam, dekat mana nak repair raket yer...

Merah Biru on February 9, 2017 at 3:19 PM said...

Nizam, klu ada tmpt nak repair raket, sms sy 0182626393, saya Azrul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.