Sejak mula berblogging dari September 2012, saya sudah menulis lebih 320 artikel atau blog post di Nizam Malek Blog ini. Wah, tak sangka, banyak juga rupanya saya menulis.
Artikel yang saya tulis terbahagi kepada beberapa kategori yang utama seperti topik berkenaan diri saya, dunia Farmasi, hiburan, mutiara kata dan bermacam-macam lagi. Hampir setiap topik ada pembacanya yang tersendiri.
Sebelum ni, saya ada letak fungsi Facebook LIKE di setiap post. Meaning kalau pembaca suka artikel yang ditulis, maka lebih banyak LIKE yang artikel tu akan dapat. Tapi saya sedar, bukan semua pembaca nak klik butang LIKE tu kan.. Hehe..
Jadi untuk itu, saya ada masukkan satu widget Popular Posts di side bar Nizam Malek Blog ini. Ia akan merekod jumlah kunjungan ke setiap blog post yang ada di Nizam Malek Blog ini pada setiap masa, 24 jam.
3 blog post yang paling popular sepanjang minggu akan dipamerkan. Sama ada kedudukan tetap sama atau berubah, bergantung pada pembaca dan pengunjung blog ini.
Thursday, December 27, 2012
Popular Posts
Saya perhatikan, artikel yang saya tulis, iaitu Universal Studios Singapore! telah mengungguli carta Popular Posts ini sejak widget ini dipasang. Nampaknya, ramai yang berminat pasal Universal Studios Singapore ni. Hihi..
Artikel ke dua yang paling popular pula adalah artikel "3 Tips Penjagaan Kulit Muka" yang telah ditulis pada February 2012 yang lalu. Ramai juga yang nak tahu tips saya jaga kulit muka.. Tak pe tak pe, nanti saya share lebih banyak tips penjagaan kecantikan.. =p
Dan yang terbaru, artikel yang agak mendapat sambutan adalah artikel "[KISSinsights] Belajar Farmasi Susah?". Artikel berkenaan Farmasi memang hit di blog ini. Banyak artikel yang saya tulis telah dibaca dan dikongsikan oleh pelajar lepasan SPM, pelajar Farmasi di IPTA dan IPTS serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di Pharmacy School.
Saya pasti, carta Popular Posts ini akan berubah-rubah dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada yang sudi melawat dan membaca blog saya. InsyaAllah saya akan tulis lebih banyak artikel yang lebih berinformasi dan bermanfaat untuk anda.
Sebarang cadangan atau soalan boleh diajukan melalui kotak Qualaroo ataupun mesej terus di Facebook saya.
Ok sampai sini dulu perkongsian untuk kali ini! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment