Tinggal beberapa jam sahaja lagi sisa-sisa tahun 2013 akan berakhir.
Satu tahun yang panjang dengan pelbagai kisah suka duka yang berlaku.
Pada tahun 2013 ini kehidupan saya benar-benar berubah.
Tak sama lagi dengan zaman belajar dulu.
Saya completely telah masuk ke alam bekerja yang sebenar.
Pejam celik, saya dah selesaikan 1+1 PRP year dan Compulsory Service year saya.
Alhamdulillah, kini saya bergelar Pegawai Farmasi Berdaftar Penuh dan bermula lah langkah karier yang sebenar.
Inilah saat-saat yang dinanti sekian lama sejak saya mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi pada tahun 2007 di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
6 tahun masa diambil untuk sampai ke tahap ini.
Masa belajar dulu hanya berangan-angan nak jadi Pegawai Farmasi bertauliah.
Kini sudah pun sampai masanya mengotakan cita-cita.
Tapi semua itu tidak berhenti di sini.
Kehidupan terus berjalan seperti biasa dan masa ini menjadi sangat penting kerana saya sendiri yang akan menentukan masa depan saya, tidak lagi terlalu bergantung pada orang lain terutamanya ibu bapa.
Tahun 2013 telah menjadi tahun yang sangat cantik.
Graf kehidupan saya meningkat selari dengan perancangan yang dilakukan dari semasa ke semasa.
Pada tahun 2013 juga saya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang isteri yang sangat cantik, baik dan solehah.
Terima kasih Tuhan atas kurniaan ini.
Semoga perkahwinan ini menjadikan kami insan yang lebih matang dalam menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba selepas ini.
Selain itu, dalam tahun 2013 ini, saya masih tidak lari dari masalah kesihatan. Beberapa kali dimasukkan ke wad dan memerlukan rawatan beberapa hari.
Antaranya sakit adalah Demam Virus Rubella dan Demam Denggi.
Ada juga demam panas teruk, tapi tak masuk hospital, cuma rehat di rumah.
Kalau ikut rekod, saya ni selalu sakit. Mesti ada je sakit pape dan perlukan rawatan rapi.
Memang menyakitkan dan menduga kesabaran.
Tapi Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk menempuh dugaan-dugaannya ini.
Oleh kerana itu, apabila dalam keadaan sihat, perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah, sebab tanpa rahmat dan sifat rahim Allah, siapalah kita.
Apabila sihat dan bertenaga, banyakkan berbuat kebaikan, tunaikan kewajipan solat dan berikan manfaat ilmu kepada orang lain.
Semoga apa yang kita lakukan itu diberkati Allah SWT.
Terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya dalam tahun 2013 ni.
Tak dapat saya nak tulis semua, dan biarlah ia hanya tersemat dalam kotak memori minda dan hati ini.
Apabila masuk tahun baru, perkara tipikal yang akan diperkatakan adalah berkenaan dengan menulis matlamat.
Apa matlamat tahun baru 2014 saya?
Sudah pasti ada beberapa perkara yang saya sasarkan.
Oleh kerana dari segi kerjaya, saya dah capai apa yang perlu saya capai buat masa ini dan seterusnya hanya lebih kepada time based, mungkin tahun 2014 ni saya akan lebih fokuskan kepada aktiviti penulisan karya seperti ebook dan buku.
Tak lupa juga, saya nak hasilkan lebih banyak vlog yang bermanfaat. Harap-harap adalah orang nak menontonnya. =p
Kemudian saya akan lebih fokus pada mengukuhkan profile kewangan dan Pelaburan Hartanah. InsyaAllah tahun 2014 ini dijangka lebih menarik dan saya perlu membuat persediaan yang lebih rapi lagi.
Oklah, setakat ini dulu coretan blog saya kali ini.
Selamat tinggal 2013 yang best dan selamat datang 2014 yang gembira dan menyeronokkan!
Sunday, December 29, 2013
Selamat Tinggal 2013~
Thursday, December 26, 2013
Kenapa Saya Masih Memandu Viva
Thursday, December 19, 2013
Sebelum Buat Fb Ads
Kali ni panjang sikit videonya, sebab saya kongsikan 3 perkara yang
perlu dilakukan sebelum buat Fb Ads.
Selamat menonton dan semoga bermanfaat. =)
Kalau ada soalan pasal Fb Ads, tanya je, boleh saya jawab dalam vlog saya yang seterusnya nanti. =D
Wednesday, December 18, 2013
Pegawai Farmasi: Quit Gov, Satu Pilihan?
Assalamualaikum dan salam hormat semua.
Dalam artikel kali ini, saya nak menulis berkenaan kerjaya Farmasi.
Bermula tahun 2012, tempoh PRP dan Compulsory Service yang perlu dilalui oleh seorang Pegawai Farmasi telah disingkatkan dari 1+3 kepada 1+1.
Bermakna, selepas 2 tahun berkhidmat dalam kerajaan, Pegawai Farmasi mempunyai pilihan untuk sama ada terus berkhidmat dengan kerajaan ataupun resign untuk bekerja di sektor swasta atau kerja sendiri.
Sebagai Pegawai Farmasi yang baru sahaja selesai tempoh 1+1 ini, sudah pasti sedang mempertimbangkan sama ada hendak meneruskan kerja kerajaan atau mengubah haluan.
Sudah pasti keputusan yang dibuat perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan cermat kerana jika seorang Pegawai Farmasi membuat keputusan untuk keluar goverment dan menyertai sektor swasta (retail atau industri), peluang untuk kembali ke kerja kerajaan adalah amat tipis.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jika mahu keluar dari goverment. Antaranya adalah:
1. Soal gaji
Tidak dinafikan, soal gaji memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya. Kalau boleh, cabang kerjaya yang dipilih perlulah memberikan gaji terbaik untuk kerja-kerja yang dilakukan.
Dalam sektor awam, jumlah gaji ditentukan oleh gred, dan kenaikan gaji adalah satu kepastian setiap tahun.
Malah, bagi Pegawai Farmasi, terdapat laluan kerjaya yang mengikut masa (Timed-based) di mana gred gaji akan naik dari U41 ke U44, kemudian ke U48 dan seterusnya mengikut masa (tahun).
Laluan kerjaya ini membuatkan kerjaya Farmasi adalah satu kerjaya yang amat baik dalam sektor awam. Ini adalah sesuatu perkara yang amat baik dan tidak dapat ditawarkan di sektor swasta.
Cuma gaji Pegawai Farmasi di sektor awam ini tinggi disebabkan elaun-elaun kritikal yang diterima. Jika elaun-elaun kritikal ini ditarik balik, adakah ianya masih berbaloi?
2. Jenis dan beban kerja yang dilakukan
Apabila kita membandingkan kerja kerajaan dan kerja swasta, sudah pasti terdapat perbezaan dari segi jenis dan beban tugas yang dilakukan.
Contoh mudah untuk dibandingkan adalah kerja seorang Pegawai Farmasi di hospital kerajaan dan hospital swasta.
Secara umumnya, jumlah Pegawai Farmasi di hospital kerajaan adalah lebih ramai dan membolehkan Jabatan Farmasi ini bekerja dalam kumpulan dan memudahkan untuk mencapai sesuatu objektif.
Banyak perkhidmatan yang lebih baik dapat ditawarkan kepada rakyat apabila jumlah Pegawai Farmasi adalah lebih ramai
Sebaliknya, di hospital swasta, jumlah Pegawai Farmasi biasanya hanyalah satu atau dua orang sahaja.
Dan Pegawai Farmasi ini perlu memastikan unit Farmasi di seluruh hospital swasta tersebut berjalan lancar dan teratur dengan hanya dibantu oleh sekumpulan Pembantu Pegawai Farmasi (PPF).
Dari segi ini, beban kerja di hospital swasta bagi Pegawai Farmasi adalah lebih tinggi berbanding di hospital kerajaan.
3. Minat dan perancangan masa hadapan?
Minat memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya dan kerja kerajaan pula amat sinonim dengan label makan gaji.
Secara asasnya, anda perlu tahu apakah kerjaya yang anda minati dan apakah sebenarnya perancangan masa hadapan anda.
Jika anda sudah selesa dengan label kerja makan gaji, mungkin anda boleh terus sambung kerja di sektor awam, tapi jika anda tidak berapa suka dengannya, anda boleh pertimbangkan untuk keluar ke sektor swasta yang lebih mencabar.
Sektor swasta adalah lebih mencabar kerana anda perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dan berusaha lebih jika mahu lebih.
Jika anda adalah orang yang jenis sentiasa suka belajar benda baru dan mencabar diri untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh terjun ke sektor swasta, belajar dan bina peluang untuk bekerja sendiri satu hari nanti.
4. Apakah manfaat yang perolehi?
Ramai orang cakap, kerja kerajaan ada banyak manfaatnya, seperti jumlah cuti tahunan yang lebih banyak, manfaat perubatan dan sebagainya.
Berbanding kerja swasta pula, perlindungan biasanya perlu diambil menggunakan syarikat insurans seperti Etiqa, Prudential, Zurich dan sebagainya.
Kosnya pula lebih kurang RM150 sebulan. Banyak juga tu.
Banyak sebenarnya perkara yang perlu dipertimbangkan apabila bercadang nak berhenti daripada kerja goverment.
Buat masa ini, kerja goverment masih lagi memberikan manfaat dan jaminan kerjaya yang baik berbanding di sektor swasta.
Walaupun mungkin gaji tak lah sebesar mana, tapi jaminan kerjaya yang stabil itu adalah agak penting lagi-lagi bagi golongan muda yang baru mula membina prospek kerjaya.
Namun segalanya terpulang pada perancangan dan perhitungan masing-masing.
Friday, December 13, 2013
Menjadi Kaya Vs Menjadi Miskin
Jika minda masih belum terbuka untuk menerima kekayaan, sudah pasti kekayaan itu tidak akan hadir. Jika tidak mahu jadi kaya, janganlah komplain selalu tiada duit dan hidup susah.
Tidak perlu tanya orang lain, tanya diri sendiri, apakah pilihan anda?
Tuesday, December 3, 2013
Cuti Sekolah, Apa Nak Buat, Ya?
Setiap pagi, masa saya memandu ke tempat kerja, saya akan pasang radio Era. Bolehlah hilangkan sikit stress yang ada bila dengar celoteh JoHaRa tu.
Masa mula-mula saya dengar JoHaRa, dalam hati saya cakap, "Ape benda lah diorg merepek ni, asyik gelak sendiri je.. @_@'". Tapi dah lama-lama dengar tu, kira ok lah, boleh layan..
Selain layan sketsa JoHaRa tu, ada masanya radio Era ni akan sampaikan pesanan-pesanan motivasi daripada Dr Fazley yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini dan juga juara MasterChef Selebriti musim ke berapa ntah.
Dr Fazley ya, bukan Dr Che Rozmey~~ =p
Banyak tips motivasi menarik yang saya dengar daripada Dr Fazley ni. Praktikal dan simple.
Beliau banyak berikan tips motivasi khusus kepada para pelajar dan kali ini khusus untuk para pelajar yang sedang dalam musim cuti sekolah.
Saya perhatikan, ramai pelajar yang tidak menggunakan masa cuti sekolah dengan efektif. Masa cuti panjang sebulan lebih dibuang begitu saja tanpa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Bagi saya sangat rugi lah kalau macam tu. Kalau saya ada cuti panjang, macam-macam benda yang saya akan buat.
Dalam post kali ini, saya nak kongsikan beberapa perkara bermanfaat yang boleh para pelajar lakukan semasa musim cuti sekolah.
1. Berehat. Sudah pasti, tempoh belajar yang panjang termasuklah minggu peperiksaan menjadi satu tempoh yang amat menekan para pelajar. Ramai yang jatuh sakit kerana terlalu stress belajar dan nak menghadapi peperiksaan. Jadi gunakanlah masa cuti sekolah ini untuk berehat dan membebaskan diri anda daripada pengaruh stress yang keterlaluan. Cuma, berehat bukanlah bermakna tidur sepanjang hari. =)
2. Belajar kemahiran-kemahiran baru. Musim cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk anda mendalami kemahiran-kemahiran baru yang tidak sempat anda pelajari sebelum musim cuti sekolah. Antaranya anda boleh belajar cara-cara untuk menukar tayar kereta, cara-cara mengecat rumah atau apa saja perkara yang akan dapat membantu anda menghadapi saat-saat kecemasan seperti bantuan pernafasan (Basic Life Support) dan sebagainya.
3. Belajar ilmu-ilmu yang tidak diajar di sekolah. Sekolah memanglah tempat untuk belajar, tapi bukanlah bermakna apa yang anda belajar di sekolah itu sudah mencukupi untuk anda menghadapi cabaran kehidupan keseluruhannya. Banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari pada masa cuti sekolah, antaranya adalah belajar berkenaan perisian komputer seperti membuat design menggunakan Adobe Photoshop, menulis artikel atau buku, dan belajar musik.
4. Belajar berniaga! Yang ni paling saya sokong. Anak-anak muda ni sepatutnya perlu suka belajar perkara-perkara berkaitan perniagaan, kerana dengan ilmu perniagaan ini lah kita akan berpeluang membuka pintu rezeki pada masa hadapan. Lebih mudah lagi, sekarang semua orang boleh berniaga menggunakan Facebook di Internet. Dapatkan ilmu yang betul untuk berniaga, insyaAllah ia akan membantu kehidupan anda. =)
5. Melancong. Ok yang ini kalau ada bajet lebih boleh buat. Sebenarnya melancong ni banyak faedahnya, sebab ianya akan membuka minda kita. Ramai orang yang telah melancong ke luar negeri atau luar negara akan lebih terbuka pemikirannya dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang sama dengan cara yang berbeza. Melancong akan memberikan pengalaman baru kepada anda.
6. Mendalami ajaran agama Islam. Sudah semestinya, waktu musim cuti yang panjang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendalami ajaran agama. Belajarlah membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul dan kalau boleh selalulah berkunjung ke masjid apabila masuk waktu solat dan sesi kuliah. Dengan niat yang betul, insyaAllah anda akan lebih dekat dengan ajaran Islam dan dapat merasai keseronokan hidup kurniaan Allah SWT ini. Ramai anak muda yang terpesong jauh dari agama dan terjebak dengan masalah moral yang kian meruncing. Elakkan menjadi sebahagian daripada statitstik dan buktikan generasi baru juga punya akhlak dan mentaliti yang terpuji.
7. Membantu ibu bapa. Pada waktu lapang ini, apa salahnya jika kita membantu ibu bapa kita. Jika ada kerja rumah yang belum siap, ambillah inisiatif untuk membantu. Bantulah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Lakukan dengan ikhlas, insyaAllah masa cuti sekolah anda akan diisi dengan urusan yang bermanfaat dan mengundang pahala juga.
Ok sampai sini dulu perkongsian kali ini. Saja je nak dapatkan mood menulis kembali. Semoga bermanfaat! =D
Mencari Mood Yang Hilang
Dah lama rasanya saya tak menulis di Nizam Malek Blog. Kat Facebook pun saya 'berhenti' sekejap daripada aktiviti-aktiviti bersosial di laman maya.
Bukan tak ada benda yang nak dikongsikan, banyak sebenarnya, tapi....
Banyak perkara yang berlaku baru-baru ini, fikiran terganggu, emosi bercelaru.. Ceh, macam nak buat puisi pulak.. =p
Tahun 2013 akhirnya masuk ke bulan Disember, iaitu bulan yang terakhir sekali sebelum kita menjelajah ke tahun baru 2014.
Sudah pasti banyak perkara yang telah berlaku di sepanjang tahun 2013 ini. Banyak perkara yang berlaku, mengubah landskap kehidupan saya.
Kehidupan kini amat berbeza berbanding tahun-tahun yang lalu terutamanya ketika di zaman belajar. Malah bermula 11 Mei 2013, saya masuk pula ke alam perkahwinan.
Sungguh besar nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang perjalanan ini. Terasa amat kecil diri ini apabila melihat segala kekurangan diri yang ada.
Bagi saya, banyak jatuh bangun yang saya lalui dalam tahun 2013 ini. Semuanya tersemat kemas di sudut kotak memori ini.
2013 akan berlalu tak lama lagi. Dijangkakan tahun baru 2014 ini akan menjadi lebih mencabar kerana banyak perkara yang akan berubah dan memberi tekanan kepada banyak pihak.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi kekuatan dan kemudahan untuk menjalani hari-hari seterusnya ini dengan baik. Siapalah kita tanpa pertolongan daripada-Nya, ye tak?
Saya masih lagi sedang mencari-cari mood untuk kembali menulis dan bervlogging. Mood jatuh teruk buat masa ini sebab saya banyak sangat mendengar kata-kata negatif daripada orang lain di sekeliling, tak guna betul..
Ambil masa untuk naik kembali. Semoga kehadiran tahun baru nanti memberi semangat yang lebih luar biasa.
Selamat tinggal, Berani 2013.
P/S: 2013 masih berbaki 28 hari lahh~~