Wednesday, December 18, 2013

Pegawai Farmasi: Quit Gov, Satu Pilihan?


Assalamualaikum dan salam hormat semua.

Dalam artikel kali ini, saya nak menulis berkenaan kerjaya Farmasi.

Bermula tahun 2012, tempoh PRP dan Compulsory Service yang perlu dilalui oleh seorang Pegawai Farmasi telah disingkatkan dari 1+3 kepada 1+1.

Bermakna, selepas 2 tahun berkhidmat dalam kerajaan, Pegawai Farmasi mempunyai pilihan untuk sama ada terus berkhidmat dengan kerajaan ataupun resign untuk bekerja di sektor swasta atau kerja sendiri.

Sebagai Pegawai Farmasi yang baru sahaja selesai tempoh 1+1 ini, sudah pasti sedang mempertimbangkan sama ada hendak meneruskan kerja kerajaan atau mengubah haluan.

Sudah pasti keputusan yang dibuat perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan cermat kerana jika seorang Pegawai Farmasi membuat keputusan untuk keluar goverment dan menyertai sektor swasta (retail atau industri), peluang untuk kembali ke kerja kerajaan adalah amat tipis.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jika mahu keluar dari goverment. Antaranya adalah:

1. Soal gaji

Tidak dinafikan, soal gaji memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya. Kalau boleh, cabang kerjaya yang dipilih perlulah memberikan gaji terbaik untuk kerja-kerja yang dilakukan.

Dalam sektor awam, jumlah gaji ditentukan oleh gred, dan kenaikan gaji adalah satu kepastian setiap tahun.

Malah, bagi Pegawai Farmasi, terdapat laluan kerjaya yang mengikut masa (Timed-based) di mana gred gaji akan naik dari U41 ke U44, kemudian ke U48 dan seterusnya mengikut masa (tahun).

Laluan kerjaya ini membuatkan kerjaya Farmasi adalah satu kerjaya yang amat baik dalam sektor awam. Ini adalah sesuatu perkara yang amat baik dan tidak dapat ditawarkan di sektor swasta.

Cuma gaji Pegawai Farmasi di sektor awam ini tinggi disebabkan elaun-elaun kritikal yang diterima. Jika elaun-elaun kritikal ini ditarik balik, adakah ianya masih berbaloi?

2. Jenis dan beban kerja yang dilakukan

Apabila kita membandingkan kerja kerajaan dan kerja swasta, sudah pasti terdapat perbezaan dari segi jenis dan beban tugas yang dilakukan.

Contoh mudah untuk dibandingkan adalah kerja seorang Pegawai Farmasi di hospital kerajaan dan hospital swasta.

Secara umumnya, jumlah Pegawai Farmasi di hospital kerajaan adalah lebih ramai dan membolehkan Jabatan Farmasi ini bekerja dalam kumpulan dan memudahkan untuk mencapai sesuatu objektif.

Banyak perkhidmatan yang lebih baik dapat ditawarkan kepada rakyat apabila jumlah Pegawai Farmasi adalah lebih ramai

Sebaliknya, di hospital swasta, jumlah Pegawai Farmasi biasanya hanyalah satu atau dua orang sahaja.

Dan Pegawai Farmasi ini perlu memastikan unit Farmasi di seluruh hospital swasta tersebut berjalan lancar dan teratur dengan hanya dibantu oleh sekumpulan Pembantu Pegawai Farmasi (PPF).

Dari segi ini, beban kerja di hospital swasta bagi Pegawai Farmasi adalah lebih tinggi berbanding di hospital kerajaan.

3. Minat dan perancangan masa hadapan?

Minat memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya dan kerja kerajaan pula amat sinonim dengan label makan gaji.

Secara asasnya, anda perlu tahu apakah kerjaya yang anda minati dan apakah sebenarnya perancangan masa hadapan anda.

Jika anda sudah selesa dengan label kerja makan gaji, mungkin anda boleh terus sambung kerja di sektor awam, tapi jika anda tidak berapa suka dengannya, anda boleh pertimbangkan untuk keluar ke sektor swasta yang lebih mencabar.

Sektor swasta adalah lebih mencabar kerana anda perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dan berusaha lebih jika mahu lebih.

Jika anda adalah orang yang jenis sentiasa suka belajar benda baru dan mencabar diri untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh terjun ke sektor swasta, belajar dan bina peluang untuk bekerja sendiri satu hari nanti.

4. Apakah manfaat yang perolehi?

Ramai orang cakap, kerja kerajaan ada banyak manfaatnya, seperti jumlah cuti tahunan yang lebih banyak, manfaat perubatan dan sebagainya.

Berbanding kerja swasta pula, perlindungan biasanya perlu diambil menggunakan syarikat insurans seperti Etiqa, Prudential, Zurich dan sebagainya.

Kosnya pula lebih kurang RM150 sebulan. Banyak juga tu.


Banyak sebenarnya perkara yang perlu dipertimbangkan apabila bercadang nak berhenti daripada kerja goverment.

Buat masa ini, kerja goverment masih lagi memberikan manfaat dan jaminan kerjaya yang baik berbanding di sektor swasta.

Walaupun mungkin gaji tak lah sebesar mana, tapi jaminan kerjaya yang stabil itu adalah agak penting lagi-lagi bagi golongan muda yang baru mula membina prospek kerjaya.

Namun segalanya terpulang pada perancangan dan perhitungan masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya pelajar tahun 2 degree in pharmacy. Sebelum ni saya amik diploma in pharmacy tapi dapat CGPA 3.30 sahaja which means i'm not qualified to go to government/private universities in Malaysia. Saya mencuba nasib apply di university di australia. Alhamdullilah saya dapat credit transfer dan terus masuk 2nd semester.

Tapi nak apply PRP masih tengok result spm lagi ke? Result spm saya kurang bagus sebab fizik biology saya dapat C dan D. Kalau mereka masih menilai result spm saya, potensi untuk saya jadi farmasi rendah dan sia-sia sahaja saya sambung degree di overseas.

tapi setiap kali cuti semester saya kerja di kedai farmasi untuk tambah pengalaman dan pengetahuan. Adakah skills ini akan dinilai untuk apply PRP?

Saya betul-betul nak jadi farmasi sebab tuh saya cari pengalaman bekerja difarmasi cuma result spm saya yang menghalang untuk terus ke depan sebab rata-rata orang cakap, mereka nak tengok minimum requirement hmm

Anonymous said...

Semasa saya mohon diploma, degree, saya tidak menggunakan orang dalam. Saya memang betul-betul tawakal dan berdoa. Alhamdullilah saya dapat. Cuma masa depan untuk menjadi pharmacist masih samar-samar. Result spm menghantui sayaaa ����

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.