Thursday, December 26, 2013

Kenapa Saya Masih Memandu Viva




Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,




Apa khabar, moga sihat sejahtera sentiasa.

Saya sendiri masih dalam mood recovering dari demam panas. Almaklum cuaca tak menentu dalam bulan Disember ni.

Demam panas, sakit kepala, selsema, batuk, sakit tekak, semua lah, satu pakej. 

Tapi Alhamdulillah, sudah beransur sembuh. Terima kasih pada keluarga yang memberikan sokongan perubatan dan kawan-kawan semua yang sentiasa mendoakan. =)

Ok dalam blog post kali ni, saya nak borak-borak sikit pasal kereta.

Kereta kini bukan lagi dikira barang mewah, tapi ia sudah ibaratnya menjadi keperluan yang amat perlu bagi kita menyelesaikan tugas-tugas harian.

Namun ada banyak jenis kereta. Ada kereta yang harga bawah RM50k dan ada juga kereta yang berharga sehingga lebih RM500k!

Perbezaan harga kereta ini juga lah yang membuatkan kita memilih-milih sebelum membuat pembelian kereta.

Sebelum saya melalut-lalut tulis pasal harga kereta kat atas ni, baik saya kembali ke tajuk asal, 'Kenapa Saya Masih Memandu Viva'.

Umum tahu, Viva ni adalah antara kereta yang paling murah di Malaysia. 

Kira kalau pandu Viva, orang tak pandang lah, apatah lagi kalau dah berstatus Pegawai.

Ada kawan saya cakap "Nizam, Viva tu cuma untuk orang pompuan bawak g pasar jaa."

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, apa yang kawan saya cakap tu, walaupun dia hanya menyatakan di ruangan private message Facebook.

Tapi tak kesahlah apa pun yang orang nak cakap pasal Viva, saya sendiri masih selesa memandunya.

Jadi di sini saya nak senaraikan beberapa sebab, kenapa saya masih 'melekat' dengan Viva walaupun dah genap 2 tahun bekerja.

1. Bayaran bulanan yang berpatutan.

Bayaran bulanan untuk kereta ni sangat penting sebab ia merupakan komitmen kita. Kalau bayar kereta RM400 sebulan tu bagi saya kira berpatutan lah berbanding bayar RM1000 untuk kereta yang lebih mewah tapi fungsinya sama (membawa kita dari A ke B).

2. Senang parking.

Viva ni tak besar dan tak jugak kecik. Bentuk badan nya sedang molek bak kata orang Kelate. Jadi saya rasa sangat syok setiap kali bila perlu park kereta. Tak de lah terkial-kial sangat. Sekali jalan terus settle, beres.

3. Tidak terlalu menggamit emosi.

Bila kita pandu kereta mewah atau mahal, mesti kita akan rasa depressed gila kalau kita nampak kereta kesayangan kita tu calar atau terkemek sikit. Tapi kalau Viva saya ni tercalar ke, cover rim tercabut ke atau pape, rasa sedih tu kurang sikit sebab ia cuma alat untuk membantu saya bergerak. Kalau ada masa dan duit lebih sikit nanti baru saya touch up semula.

4. Jimat minyak!

Saya hampir lupa point penting ni. Soal minyak ni sangat penting sebab ianya boleh membuatkan poket kita makin kering tanpa disedari. Sudah pasti dengan urusan dan aktiviti seharian, kita tak dapat mengehadkan penggunaan kereta. Jadi kalau kereta kita jimat minyak, baru lebih yakin nak ke mana-mana. =P

5. Boleh jadi low-profile sikit.

Ramai orang anggap saya ni high profile, banyak business sana sini, banyak buat pelaburan sana sini. Tolonglah, saya baru 26 tahun. Masih lagi terlalu muda untuk ada semua tu. Dan saya pun masih lagi dalam proses membina kerjaya. What can you expect in just two working years? Jadi Viva ni akan membantu saya menjadi low-profile sikit. Tak kesah ke mana saya pergi, pejabat, masjid, shopping mall atau berjumpa kawan, kereta saya tidak menarik perhatian orang dan saya bebas bergerak.

6. Make me down to earth.

Memandu kereta mewah dan mahal ni cenderung membuatkan kita terleka. Walaupun kita sedang memandu, kita terasa sedang terbang. Itulah syoknya memandu kereta mewah dan mahal ni. Tapi realitinya kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Memandu Viva ni selalunya membuatkan saya merasa kecil dan dapat melihat mereka yang sekadar menunggang motosikal atau kereta-kereta biasa. Ia membuatkan saya bersyukur, mempunyai kenderaan yang baik untuk terus bergerak.

Pejam celik, dah 5 tahun Viva ni saya pandu. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah meragam teruk sampai saya sakit hati. Accident tu ada juga lah sekali, tapi masih lagi fit dan steady sampai sekarang.

Saya menulis artikel ni bukanlah nak katakan yang Viva ni kereta paling bagus dalam dunia, cuma saya nak kongsikan pengalaman saya memandu Viva dengan segala kelebihan yang ada padanya.

Sampai bila saya akan pandu Viva ni? Memang bukan selamanya. 

Sampai masa akan tukar kereta juga. Sebab dalam hidup ni perlu ada peningkatan.

Tengoklah selagi dia tak buat hal, dan masih lagi boleh berkhidmat untuk saya dengan baik, rasanya tiada sebab untuk saya pecat dia. =P

Oklah sampai sini dulu perkongsian kali ni. Bagi adik-adik yang baru nak masuk alam pekerjaan tu, tak payah kelabu mata nak beli kereta idaman dulu. Work on your career and savings first. Bila dah steady baru serbu!

P/S: Kereta adalah keperluan, kecuali bagi mereka tidak memerlukannya atau mereka yang benar-benar kaya.

2 comments:

Menumpang Dibumi Allah on February 20, 2014 at 11:07 PM said...

viva oh viva.. jgn lah pecat die..hehe.. :)

Nizam Malek on February 21, 2014 at 7:14 PM said...

Semoga Viva akan terus sedia berkhidmat dengan jayanya. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.