24 Jun 2014, 4.40am.
Alhamdulillah, selesai buat kajian intensif untuk kaunter Systech.
Sekali lagi, mungkin tiada siapa yang pandang kaunter Systech ni.
Tapi Alhamdulillah, saya berjaya mengesan sumber keuntungan yang boleh dirembat daripada kaunter saham ini.
Harga terkini saham Systech adalah RM0.130.
==============
Pengenalan Latar Belakang Syarikat
==============
Syarikat Systech Berhad adalah satu syarikat dalam sektor Teknologi dan tersenarai di Bursa Malaysia dalam kategori Ace Market.
Ia adalah sebuah syarikat IHC (Investment Holding Company) dan produk atau perkhidmatan utama syarikat adalah berkenaan Web Based Solution.
==============
Fundamental Analysis
==============
Dari segi fundamental, syarikat Systech Berhad adalah sebuah syarikat yang sangat kukuh dan stabil. Syarikat sentiasa mengumumkan keuntungan pada setiap kuarter tahunan dan keuntungan yang dijana sentiasa bertambah. Ini menunjukkan satu prestasi perniagaan yang meyakinkan.
Jumlah jualan tahunan sehingga Mac 2014 adalah sebanyak RM6.8juta. Daripada total jualan tahunan tersebut, jumlah keuntungan yang dijana adalah sebanyak RM1.8juta.
Syarikat Systech mempunyai positive cash flow sebanyak RM8.4juta.
Balance float pula adalah sebanyak 30.45%, bermakna, syarikat ini dijaga dengan baik oleh pemilik utamanya.
Syarikat Systech ini ada memberikan dividen sekali pada September 2013. Ia adalah pemberian dividen yang pertama kali buat sekian lama. Bermakna syarikat semakin kukuh dan akan menjana lebih banyak keuntungan.
===========
Technical Analysis
===========
Dari segi Technical Analysis, saya dapat melihat kekuatan harga yang sedang di permulaan trending.
Malah, indikator MACD sudah Golden Cross dan masih berada di bawah nilai 0. Ini bermakna, potensi kenaikan adalah sangat tinggi.
Pada 23 Jun 2014, sepanjang hari saya memerhatikan kaunter Systech ini menggunakan Teknik Tekanan Jualan.
Walaupun ada tekanan untuk jualan, harga saham kaunter Systech ini tetap naik dari RM0.120 ke RM0.130 tanpa sebarang masalah.
Ini menunjuk kekuatan dan nilai kaunter saham ini sangat tinggi dan meluap-luap untuk naik.
Boleh dikatakan, untuk graf monthly, weekly dan daily, semuanya menunjukkan petanda harga sedang hendak trending. Ini adalah petunjuk terbaik saham. Bukan senang nak dapat solid buy signal pada ketiga-tiga graf. Kenaikan harga adalah satu kepastian untuk saham Systech ini.
================
Kesimpulan yang lebih jelas
================
1. Kaunter Systech sedang kuat untuk trending.
2. Monthly MACD Golden Cross masih di bawah 0, masih ada peluang untuk membeli pada harga terbaik.
3. Harga RM0.130 sudah terkeluar daripada Upper Bollinger Band, harga daily dijangka turun. Mega support pada RM0.115.
4. Kaunter ini mesti beli kepada yang nak buat duit raya. Jangan beli pada harga RM0.130. Tunggu harga turun ke RM0.115 atau sekurang-kurangnya RM0.120, then baru beli. InsyaAllah selamat.
5.First Target Price adalah RM0.280. InsyaAllah simpan sebulan dua, boleh dapat keuntungan sehingga 100%, insyaAllah.
Selesai sudah kajian Diary Invest Saham saya untuk kaunter Systech. Sangat powerful kaunter ini.
Harga sangat murah, trending dan fundamental kukuh.
Strong Buy Call from Nizam Malek for Systech Berhad.
Wallahualam, semoga perkongsian ini bermanfaat.
Nizam Malek
Austin Perdana
Johor Bahru