Sunday, June 29, 2014

Cara Terbaik Beli Kereta | Teknik OPM


Nizam, apa cara terbaik untuk beli kereta? 

Gunakan teknik OPM. 

Katakan kita nak beli kereta yang monthly installmentnya RM600. 

Mula-mula kita beli 3 buah rumah yang memberikan kita positive cash flow secara purata RM200 setiap satu setiap bulan. 

Bermakna positive cash flow kita adalah RM600 sebulan. 

Dengan menggunakan teknik OPM ini, liabiliti bulanan kita untuk kereta tersebut dibayar oleh orang lain.

Nizam, cakap betul-betul, 3 buah rumah? Berapa masa nak ambil untuk beli 3 buah rumah?

Itulah masalah orang ramai, bila nak beli barang idaman, terus nak beli hari ni juga. Macam dah tiada hari esok.

Teknik OPM ini melibatkan perancangan yang rapi.

Rancang perbelanjaan dan kewangan, dan nikmati hasilnya pada waktu yang betul.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Lagi tinggi anda fokus pada teknik OPM, lebih cepat anda dapat kereta idaman anda tanpa perlu bayar monthly installment menggunakan duit gaji anda.

P/S: OPM bermaksud Other People's Money. OPM bukan bermaksud beli kereta menggunakan pinjaman bank semata-mata. Jika tidak tahu caranya, mesti pergi belajar. Jangan buat-buat pandai. 

Nizam Malek
Austin Perdana
Johor Bahru 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.