Tuesday, June 3, 2014

Guerrilla Saham : Adakah Persaingan Dalam Pelaburan Saham?


1 soalan, Nizam, apa jadi kalau terlalu ramai orang melabur dalam saham? Adakah akan menyebabkan persaingan jual beli saham?

Jawapannya tidak. 

Sebenarnya lebih ramai orang melabur saham lebih baik. 
Ia membuatkan pasaran Bursa Malaysia menjadi semakin aktif dengan peningkatan transaksi jual beli saham.

Jual beli saham bukan seperti pembelian rumah melalui sesi lelongan.

Kalau terlalu ramai orang tahu pasal beli rumah lelong, akibatnya, persaingan meningkat, reserved price RM100k, closed pada RM200k dan peluang kita untuk membeli kian berkurangan.

Tapi dalam Pelaburan Saham, kita bersaing dengan diri sendiri.

Dengan mempunyai ilmu kajian Technical Analysis yang betul, kita dapat mengkaji keadaan emosi pelabur saham seluruh Malaysia dan dapat membuat keputusan yang lebih rasional ketika membuat jual beli saham.

Saham adalah perniagaan.

Apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, sebenarnya kita membeli pegangan sebahagian perniagaan syarikat.

Nilai syarikat meningkat apabila prestasi perniagaan syarikat meningkat.

Apabila nilai perniagaan syarikat telah naik tinggi, kita ada pilihan untuk meninggalkan syarikat dengan menjual pegangan saham dan membawa pergi nilai syarikat.


Jadi, boleh dikatakan hampir tiada persaingan dalam Pelaburan Saham.

Anda hanya bersaing dengan diri sendiri dalam mencapai kejayaan dalam Pelaburan Saham, bergantung kepada usaha anda membuat kajian dan juga keberkatan doa yang dipanjatkan.

Ingat, resipi yang membawa kepada kejayaan dalam Pelaburan Saham adalah usaha 10% dan doa 90%.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.