Wednesday, June 18, 2014

Guerrilla Saham : Hakikat Sebenar MAS (18 Jun 2014)


============
Saham Malaysia Airlines (MAS) Full Reseach From Scratch
============ 

Alhamdulillah, dah berjaya siapkan kajian kaunter saham MAS. 

Harga terkini adalah RM0.250.

==================
1) Fundamental Analysis
==================

Dari segi fundamental, syarikat MAS ini tersenarai dalam sektor Trading Services di Pasaran Utama (Main Market) Bursa Malaysia di mana urus niaga utamanya adalah perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Dari segi pendapatan, dalam tempoh setahun sebelum ini, syarikat MAS menghasilkan jualan sebanyak RM15juta, tetapi mencatat kerugian sebanyak RM1.3juta.

Syarikat MAS konsisten mencatat kerugian pada setiap suku tahunan dan kadar kerugian itu kian meningkat sehingga Mac 2014.

Dari segi aliran tunai, syarikat MAS mempunyai RM3.7juta sahaja untuk menampung kerugian-kerugian yang ada.

Lebih menarik, balance float syarikat MAS terbuka banyak sehingga 71.77% di mana banyak pemegang utama saham MAS telah lari meninggalkan syarikat ini.

Sehingga Mac 2013, pemegang saham utama syarikat MAS ini adalah Khazanah Nasional Berhad yang memegang sebanyak 69.37% daripada jumlah keseluruhan pemegang saham utama MAS. Ini menunjukkan bahawa pemegang saham utama MAS sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan perniagaan MAS.

Kali terakhir syarikat MAS memberikan dividen adalah pada tahun 2008. Sehingga kini, tiada lagi pengumuman berkenaan pemberian dividen. Syarikat tengah rugi, macam mana nak beri dividen..

===============
2) Technical Analysis
===============

Mengikut graf Monthly 10 year, didapati trend utama adalah super duper sell signal. Menariknya, indikator MACD menunjukkan signal buy dan indikator Storcastic menunjukkan signal oversold (nilai di bawah 20). Walaubagaimanapun, indikator lain jelas menunjukkan sell signal terutamanya DMI Sell Turbo dan CCI -174 di mana mencerminkan ketidakupayaan harga untuk naik.

Pada graf Weekly 5 year, buy signal hanya pada indikator Storcastic manakala yang lain tegar dengan signal sell. Tiada apa yang boleh diperkatakan, trend jelas menunjukkan harga akan terus turun.

Walaubagaimanapun, yang menarik, terdapat Super Buy Signal pada graf Daily 2 year. Harga terlalu kuat untuk naik, malah indikator MACD adalah golden cross dan melepasi nilai 0 serta terdapat permulaan indikator DMI Turbo! Walaubagaimanapun, harga RM0.250 telah pun berada di luar upper Bollinger Band. Bermula esok, harga dijangka tidak akan naik, malah mungkin turun sehingga ke RM0.225.

Berkenaan dengan perubahan trend pada graf Weekly, harga perlu melepasi RM0.270 terlebih dahulu jika mahu membeli dengan yakin.

Dan trend utama dijangka berubah daripada downtrend ke sideways atau uptrend sekiranya harga berupaya melepasi garis resistance pada RM0.290, 4 sen beza daripada harga hari ini.

Secara asasnya, boleh dikatakan kenaikan harga kaunter MAS pada minggu ini sebenarnya adalah amat kecil. Kenaikan harga ke RM0.250 sebenarnya tidak memecahkan apa-apa garis resistance pun.

Perjalanan syarikat MAS masih jauh. Dari segi trend utama, pada waktu ini, masih konsisten amaran jangan beli sehinggalah harga melepasi RM0.290 yang menunjukkan sesuatu yang positif telah berlaku dalam syarikat MAS.

Keterujaan membeli saham MAS sebenarnya boleh menjerat sesiapa sahaja yang mudah terperangkap dengan emosi 'Takut dan Tamak'.

=============
Ada 3 kesimpulan:
=============

1. Jauhkan wang dari kaunter saham MAS.
2. Masukkan dalam watch out list kerana potensi tetap ada, cuma buat masa ini tidak cukup kuat.
3. Jika benar-benar berminat dengan saham MAS, saya cadangkan agar lakukan 'Paper Trade' sahaja.

Masih ada kira-kira sebulan lebih sebelum Syawal.

Jika anda betul-betul hendak buat duit raya, syarikat MAS bukan satu pilihan yang baik.

Sekian kajian Diary Invest Saham MAS,

Nizam Malek,
Austin Perdana,
Johor Bahru
18 Jun 2014

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.