Thursday, February 23, 2012

3 Tips Penjagaan Kulit Muka


Hi, Assalamualaikum!

Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Ramai yang bertanya pada saya, apakah petua-petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kulit muka agar kelihatan sentiasa segar, cerah dan berseri. Almaklum, kini terdapat banyak sangat informasi yang berada di Internet berkenaan petua penjagaan kulit wajah sehingga tak tahu yang mana satu perlu diikut.

Dalam post kali ini, saya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda beberapa tips mudah yang saya sendiri amalkan untuk penjagaan kulit muka. Nak tahu? Baca post ini sehingga ke akhirnya ya! =)

1. Makan madu lebah. Untuk tips pertama ini, saya amat mengesyorkan anda untuk mencuba memakan madu lebah satu sudu 2 kali setiap hari. Madu lebah adalah amat berkhasiat dan mempunyai banyak kebaikan dari segi perubatan Islam. Kini terdapat banyak jenis madu lebah yang terdapat di pasaran, tapi madu lebah yang saya gunakan adalah madu lebah dari Iran. Harganya RM60-80 sahaja dan ianya mempunyai campuran zat Habatussauda. Jika anda ingin mencari madu lebah, carilah yang asli dan perhatikan kualitinya. Madu lebah hendaklah dimakan dengan menggunakan sudu plastik. Jika anda belum pernah mencuba makan madu lebah untuk penjagaan kulit muka, apa kata cuba hari ini dan lihat hasilnya. =)

2. Makan Vitamin C. Vitamin C adalah sejenis anti-oksidan yang amat sesuai dan berkesan pada kulit. Ianya juga dapat membantu memberi seri kepada kulit wajah jika diambil secara konsisten. Dose yang sesuai untuk orang dewasa adalah 500-1000mg sehari. Produk Vitamin C yang saya syorkan adalah Redoxon Effervescent Vitamin C yang boleh anda dapatkan di mana-mana kedai Farmasi yang berdekatan. Anda hanya perlu larutkan 1 tablet Redoxon Effervescent Vitamin C ke dalam segelas air dan minum sedikit demi sedikit setiap hari. Cuma mungkin Redoxon Effervescent Vitamin C tidak berapa sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastric kerana ianya agak tajam bila sampai ke perut. Oleh itu, mungkin anda boleh mengambilnya selepas makan tengah hari atau makan malam.

3. Jaga Solat. Tips ketiga ini untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Solat adalah satu kewajipan ke atas setiap umat Islam. Tapi tahukah anda, solat mengandungi terlalu banyak kebaikan dan faedah? Salah satu kebaikan solat adalah ianya akan memberi sinar kepada wajah dan memberi seri kepada kita sepanjang hari. Bermula dengan air wudu' yang diambil sehinggalah selesai salam, bermacam-macam perkara yang berlaku pada tubuh badan kita dan ia secara tidak langsung memberi kesan yang amat positif pada badan kita dan juga kulit muka. Oleh itu, jagalah tuntutan solat dengan seikhlas hati setiap hari. InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan jasmani dan rohani yang diharapkan.

Ok setakat ini dahulu tips kali ini, cubalah dan lihatlah kesannya. Jangan lupa klik LIKE dan Share kan artikel ini kepada kawan-kawan anda! =)

P/S: Sebenarnya saya banyak lagi rahsia hebat bagaimana untuk kelihatan cantik dan berseri-seri malah sesuai untuk perempuan dan lelaki tak kira umur.

P/S/S: Saya tidak mahu bongkarkan rahsia itu di sini. Jika anda ingin tahu rahsianya, klik link ini https://www.facebook.com/SkincerityReviews dan LIKE! 

19 comments:

Siti Munirah on February 24, 2012 at 12:15 PM said...

salam...pernah dgr tak, yg kalau kita amik vit. c, kite takleh makan udang coz boleh menyebabkan keracunan arsenik. boleh beri penjelasan?

Nizam Malek on February 27, 2012 at 5:08 PM said...

Salam.

Secara jujurnya, ini first time saya dengar interaksi antara Vitamin C dan udang yang melibatkan keracunan arsenik.

Then baru juga saya google, perkara ini juga ada diperkatakan di forum-forum berbahasa Inggeris.

Tetapi dari pembacaan saya, kebanyakannya adalah sekadar claims daripada pengguna dan saya tidak berjumpa dengan kajian sahih yang mengatakan Vitamin C mempunyai interaksi dengan udang.

Secara umumnya, Vitamin C adalah sesuai untuk semua orang.

Tetapi tidak dinafikan bahawa kemungkin berlakunya apa-apa adverse reaction seperti keracunan arsenik atau apa saja keracunan/interaksi boleh berlaku. Cuma ianya tidak didokumetasikan secara konkrit.

Mungkin juga kesan allergic seperti itu boleh terjadi berbeza mengikut setiap individu.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri pula, saya tidak pernah pula mengalami apa-apa kesan interaksi ketika mengambil Vitamin C bersama apa-apa makanan termasuklah udang.

BarcaBOYz on May 19, 2012 at 7:44 PM said...

Ade ubat resdung

Nizam Malek on July 11, 2012 at 7:28 PM said...

Ubat resdung ada. Tapi saya tak ada lah. =p

Anonymous said...

Salam. Vit e yg baik pe ye? Vit e n c from shaklee ok x untuk kulit?tq

Nizam Malek on February 2, 2013 at 3:28 PM said...

Salam Anonymous.

Pengambilan Vitamin E biasanya berfungsi untuk menampung kekurangan Vitamin E dalam badan seseorang.

Secara asasnya, Vitamin E mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia terutamanya pada kulit, jantung, peredaran darah, otot dan sel darah merah.

Erm, saya sendiri tidak pernah menggunakan produk daripada Shaklee, jadi saya kurang pasti untuk memberikan komen.

Tapi jika produk tersebut mempunyai no pendaftaran (MAL number) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, bermakna produk tersebut telah menjalani saringan sekurang-kurangnya untuk keselamatan.


Anonymous said...

salam saya nak tanya waktu bila yang sesuai untuk ambik vit c redoxon ni..
bolehkan disamping itu saya mngambil rumpai laut...tq

Nizam Malek on May 18, 2013 at 5:17 PM said...

Salam, tiada waktu spesifik yang disarankan untuk mengambil vitamin C redoxon ini.

Pada pendapat saya, untuk tablet effervescent 1000mg, ianya sesuai diambil selepas makan tengahari atau makan malam.

Setakat ini tiada kajian yang menyatakan tidak boleh mengambil vitamin C bersama rumpai laut.

Malah rumpai laut dikategorikan dalam kumpulan jenis makanan, bukannya ubat.

Oleh itu, boleh mengambil vitamin C dan disamping itu mengambil rumpai laut untuk mendapat manfaat yang terdapat padanya.

Namun jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan yang nampak teruk sejurus mengambil vitamin C dan rumpai laut tersebut, sila berhenti mengambilnya dengan segera dan perhatikan sama ada kesan sampingan tersebut surut atau tidak.

Jika kesan sampingan tersebut surut, disarankan untuk tidak mengambilnya bersama, dan jika kesan sampingan tersebut tidak surut atau menjadi bertambah terus, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera di hospital atau klinik yang berdekatan.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Anonymous said...

Salam, apa keburukan vit c efferverscent ini ye? Setahu sy pengambilan vit c berbentuk pil adalah tdk digalkkan kerana kebarangkalian ia bertindak ke ats tubuh bdn kita yg memrlukan vit c adlah sgt sdikit & sekiranya ia tdk larut ini akn menyebbkn ia terkumpul disuatu tmpt dan bleh mnyebabkn kanser.. Selain itu jika kita mengambil vit c scra berlebihan bleh menghakis tulng serta memberikan kesan terhdp buah pinggang.. Adakah pngambilan vit c effercverscent ini jg bleh mengundng mslah yg sm? Dan bgaimanakah cra untuk mengamalkn vit c ini dgn btul? Sekian..

Nizam Malek on June 23, 2013 at 12:17 PM said...

Salam, keburukan Vitamin C atau apa-apa vitamin adalah apabila ia diambil dalam dos yang berlebihan.

Sebenarnya vitamin adalah sejenis komponen makanan yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Jika diambil secara terlalu berlebihan dan berpanjangan, ia tetap boleh mendatangkan kemudaratan terutamanya pada buah pinggang.

Untuk itu, saya secara peribadi menggalakkan untuk mengambil Vitamin C secara berkala, contohnya mengambil setiap hari selama 3 minggu, kemudian berhenti selama seminggu dan teruskan cycle ini.

Jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan seperti sakit perut atau diarrhea (cirit-birit), anda perlu berhenti serta merta dan mendapatkan rawatan jika kesan tersebut berlanjutan.

Berkenaan pernyataan yang mengatakan Vitamin C boleh menyebabkan kanser tu saya tidak pernah terbaca pula apa-apa artikel atau journal yang menyokong kenyataan tersebut.

Vitamin C tablet dan Vitamin C effervescent ini sama sahaja. Perbezaannya adalah dari segi cara pengambilan.

Vitamin C tablet perlu ditelan dan Vitamin C effervescent boleh dijadikan minuman.

Terpulang kepada pilihan anda, mana yang lebih mudah dan sesuai. =)

Anonymous said...

Vit c effervescent ni, betul ke untuk kulit dan untuk menurunkan berat badan?

Nizam Malek on June 25, 2013 at 12:16 PM said...

Salah satu fungsi Vitamin C adalah anti-oxidant dan ia baik untuk kulit.

Saya kurang bersetuju Vitamin C digunakan untuk menurunkan berat badan kerana mechanism of actionnya tidak menunjukkan ia membantu untuk menurunkan berat badan.

Vitamin C adalah sekadar vitamin yang membantu memperbaiki sistem badan, dan ia tidak bertindak secara langsung untuk menurunkan berat badan kecuali terdapat journal yang menyokong kenyataan tersebut.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanya kalau utk muka berjerawat elok x makan vit c ni?

Nizam Malek on September 1, 2013 at 8:37 PM said...

Wasalam,

Pada asasnya, Vitamin C tidak mempunyai indikasi khas untuk merawat masalah jerawat.

Namun, ada juga bentuk rawatan jerawat yang memasukkan juga Vitamin C kerana ianya dapat membantu dalam proses rawatan.

Oleh itu, boleh dikatakan, Vitamin C adalah elok untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat.

Lee on November 16, 2014 at 10:31 AM said...

Assalamualaikum. Mana lagi bagus dan cepat diserap oleh badan makan vitamin pil atau jenis soluble letak didalam air? Terima kasih

Nizam Malek on December 23, 2014 at 8:44 PM said...

Wasalam Mia Lia,

Soluble letak di dalam air lebih cepat diserap, sudah pasti. =)

Unknown on December 10, 2015 at 11:12 AM said...

Assalamualaikum.. pnh tak tgk ingrediant utk vitamin c redoxon. ? Rsanya tak halal

Unknown on December 10, 2015 at 11:12 AM said...

Assalamualaikum.. pnh tak tgk ingrediant utk vitamin c redoxon. ? Rsanya tak halal

Unknown on July 6, 2017 at 9:27 PM said...

menanti jawapan soalan lara kuskus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.