Salam, hye semua~
Apa khabar?
Semoga sentiasa bergumbira di hari sabtu yang sangat cambest.. Tapi sekarang dah pukul 6.. Sabtu ku akan berakhir.. Wuaa..
Huhu ok, kali ni saya nak berkongsi dengan anda cerita saya semalam, di mana saya telah ditimpa satu musibah apabila saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..
Ceritanya macam ni, pagi tu dalam pukul 7am, saya keluar memandu untuk menghantar adik ke sekolah.. Pagi tu keluar agak awal dari kebiasaan.. Perjalanan dimulakan dengan bacaan Doa Naik Kenderaan dan doa tawakkal:
Pic credit to: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
Selepas itu, saya pun memandulah seperti biasa.. Bila sampai kat kawasan sekolah.. Ada satu kerja-kerja pembaikian jalan sedang dijalankan di hadapan kawasan sekolah menyebabkan lalu lintas menjadi agak sesak.. Kereta berbaris di kedua-dua arah..
Selepas adik dah ke sekolah, saya meneruskan perjalanan.. Disebabkan kerja-kerja pembinaan jalan itu berlaku di hadapan sekolah, saya tak dapat membuat pusingan U-turn dan terpaksa memandu terus memasuki satu jalan yang jarang saya lalui..
Jalan sebelah (arah bertentangan) masih sesak dengan barisan kenderaan-kenderaan lain yang masih kelihatan tidak bergerak. Saya memandu seperti biasa, kelajuan lebih kurang 50km/j sahaja..
Tengah syok-syok tukar gear tu.. Tetiba saya terdengar satu bunyi dari bahagian kanan kereta saya.. Sambil secara automatik menekan emergency break.. Bunyi sesuatu bergesel kuat.. Saya pun tengok ke arah kanan..
Ternampak satu kereta kancil warna merah berada agak dekat.. Saya tengok lagi betul-betul.. "Oh man, aku kena langgar rupanya!!" (Baru tersedar dari mengantuk kot.. hehe..)
Kereta kancil tu nak keluar simpang.. Mungkin terlalai atau gopoh, beliau keluar jalan tanpa melihat kereta yang datang dari arah kiri (kereta saya lah tu..).. Maka dengan takdir Tuhan yang Maha Mengetahui, terkena tepatlah pada kereta ku di bahagian kanan hadapan (depan tayar)..
Tetiba kereta kancil tu reverse ke belakang.. Terdengar bunyi besi tertarik.. Kancil tu terus reverse ke belakang untuk memberi ruang pada kereta lain agar tidak menghalang lalu lintas..
Saya pun tengok enjin kereta masih hidup.. Try masuk gear dan gerakkan kereta ke kawasan yang lebih lapang..
Jadi saya pun keluarlah dari kereta.. Time tu pakai baju nak g kerja dah, siap tie, tag in semua.. Tapi pakai selipar lah.. =p
Tengok kereta saya dah kemek dan bahagian bumper kanan dah terkopak.. Ada yang koyak sikit.. Tangki wiper dah kena juga.. Lampu depan tak pecah..
Kemudian pakcik yang bawa kancil tu datang, dan minta maaf.. Beliau mengaku salah beliau yang keluar simpang secara melulu tanpa melihat kenderaan dari arah kiri beliau.. Saya pun tanyalah, "so ni kira macam mana pak cik?"
Beliau pun jawab, "ok tak pe, ni salah saya, biar saya tanggung guna insurans saya. Encik cuma perlu buat laporan polis, dan saya pun akan buat laporan polis.. Dalam tempoh 24 jam.. Encik jangan risau.."
Hmm, dalam hati saya, kalau claim insurans mesti prosedur dia lama.. Masuk workshop beberapa minggu atau bulan.. Then how am I going to work or anywhere without a car.. Car is a necessary today.. Tak kan nak naik basikal.. Tak macholah.. *_* hehe.. =p
Then I called my dad.. Abah selalu pesan, if anything happens, do call and ask his opinions first.. That's why having a useable phone at that kind of moment is very important..
Because dalam keadaan macam tu (kemalangan), mungkin kita masih terkejut dan tak dapat buat keputusan yang wajar.. Jadi kita perlu call sesiapa dan tanya pendapat apa yang perlu dilakukan sementara kita dapat berfikir apa yang patut dilakukan..
So bila dah deal untuk claim menggunakan insurans beliau dan saya tak perlu keluarkan apa-apa duit, saya pun ambil detail beliau seperti nama, no telefon dan no plate kenderaan.. Dan saya berikan juga detail saya kepada beliau..
Lepas tu beliau pun pergi dari kawasan tu.. Saya pun buat keputusan untuk bawa kereta balik ke rumah.. Memang risau juga time tu, kot-kot lah ada benda yang akan tercabut dari kereta or tetiba kereta berhentikan.. Tapi tawakkal je lah..
Pagi tu rasa bercampur aduk, tapi Alhamdulillah, Allah beri ketenangan untuk buat keputusan dan bertindak..
Apa-apa pun, I have to go through, sebab pagi tu ada meeting dengan Ketua Pegawai Farmasi.. Jadi tak boleh lah nak ambil Emergency Leave (EL) atau masuk kerja lambat..
So bila selamat sampai rumah, first thing yang saya buat adalah ambil gambar bahagian kereta yang kena langgar tu.. Nak kata sikit je, tak juga.. Nak kata teruk sangat, kereta still boleh jalan..
How it looks like..
Berdarah-darah dah my Viva.. Kesian..
Muka dah terpecah..
You will be fine.. ; )
Hmm, so petang tu lepas dah balik kerja pukul 5 petang, saya pun pergi ke Balai Polis Setia Indah untuk buat laporan polis berkenaan kejadian kemalangan yang berlaku.. Siap dalam 40 minit juga..
Kemudian malam tu, saya pergi ke Balai Polis Trafik Johor Bahru. Kat situ, Pegawai Penyiasat akan ambil gambar kereta dan jadikan report penuh daripada polis..
Selepas selesai dengan Pegawai Penyiasat tu, saya perlu datang semula ke Balai Polis Trafik Johor Bahru pada hari bekerja, untuk ambil semua salinan laporan polis, gambar-gambar dan beberapa lagi dokumen yang diperlukan untuk urusan claim insurans.. Semua ni kira prosedurlah..
Lepas semua dokumen untuk claim insurans dah dapat nanti, maka barulah kereta boleh masuk workshop untuk dibaiki.. Memang proses claim insurans dan workshop ni mengambil masa.. Ada tu sampai berbulan-bulan kereta di workshop..
Sementara tu kena jadi rakyat biasa lah, jalan kaki ke sana ke mari.. Kira ok juga, boleh exercise.. hehe.. =p
Ni pemandangan time I was walking back home from work.. =p
3 Februari 2012 adalah satu pengalaman, terlibat dalam kemalangan kecil.. Cuma Alhamdulillah, I was not physically affected.. Sedih juga bila Viva cedera teruk dan terpaksa masuk workshop.. Mungkin ni petanda nak dapat kereta baru kot.. Proton Inspira 2.0? heheh.. =p
Ok sampai sini dulu, see yah!
0 comments:
Post a Comment