Sunday, July 31, 2011

Next Level of July 2011

0 comments

Salam, hye everyone~ Apa khabar? Mesti ceria-ceria selalukan..? =p

Akhirnya sebulan lagi berlalu dalam tahun 2011 ini dan kita telah sampai ke tarikh terakhir dalam bulan Julai ini. Jadi tibalah masanya untuk saya menulis rangkuman segala aktiviti saya dalam tempoh 31 hari ini di blog NizamMalek.com yang amat berjasa ini. =)

Kalau anda perhatikan dalam archieve NizamMalek blog ini, anda akan dapat lihat yang saya hanya membuat 5 blog post sahaja dalam bulan ini. Yup, sikit sangat, sebabnya saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain sampai tiada masa nak update blog ni.

Bukanlah sibuk sangat, tapi sebab ada banyak perancangan lain, jadi masa untuk menulis blog agak berkurangan. Tapi alhamdulillah, target 600 visitors sebulan masih tetap berjaya dicapai dengan rekod 732 visitors setakat saat blog post ini ditulis.


Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang masih sudi untuk terus melawat NizamMalek.com ini dan saya amat mengalu-alukan respond atau feedback daripada anda.

Dalam bulan 7 ini juga saya menerima 2 soalan di plugin Facebook Comments yang berada di bawah setiap artikel dalam Nizam Malek Blog ini. 2 soalan tersebut adalah berkenaan pembelajaran di CUCMS. Saya berharap jawapan yang saya berikan kepada Firdaus Nazeri dan Siti Nadia Hasnan telah dapat memberikan sedikit gambaran kepada mereka. =)


-TESTIMONIAL-
"Assalamualaikum, I googled about CUCMS and found your blog. Baru je baca post pasal 10 points review tu =). Big thanks sebab buat post tu, sangat membantu" -Safiah Iryani

Kira berhasil jugalah men.S.E.O.kan NizamMalek.com dengan artikel yang satu tu. Not bad. =)

Pada 7 Julai 2011, saya telah berjaya membina satu Facebook fanpage yang diberi nama RahsiaMotivasi. Di fanpage tersebut, saya berkongsikan banyak tips motivasi praktikal secara percuma kepada fans setiap hari.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa memilih niche motivasi berbanding niche perniagaan dan buat duit di internet? Jawapannya mudah saja, kerana niche motivasi merupakan satu bidang yang amat saya minati sejak ketika di bangku sekolah lagi.

Kalau sebelum ni, pernah juga saya berniat nak kongsikan tips motivasi di akaun personal Facebook saya, tetiba ada yang sound "Ni apa sembang motivasi malam-malam ni!".

Memang down sikit time tu, tapi saya sedar, bukan semua yang berminat dengan topik motivasi untuk kejayaan diri, sama ada mereka memang tidak berminat ataupun mereka memang telah sedia bermotivasi.. Huhu..

Jadi saya pun bertindak membina satu fanpage khas yang membolehkan saya berbicara berkenaan topik motivasi tersebut setiap hari kepada mereka yang berminat untuk menerimanya sahaja.

Dan alhamdulillah setakat ini sambutan terhadap fanpage tersebut adalah menggalakkan. Setelah 3 minggu ianya dilancarkan, saya telah berjaya untuk mengumpul lebih daripada 290 fans dengan menggunakan teknik promosi secara percuma sahaja.

InsyaAllah saya akan berusaha untuk menyampaikan tips motivasi praktikal setiap hari dan untuk menambah bonus juga, saya akan memberikan tips untuk meningkatkan soft skill atau modal insan seperti cara komunikasi efektif dan teknik bekerja dalam kumpulan yang akan membantu fans untuk menjadi individu yang lebih berketrampilan. =)

Selain tips bertulis, saya juga bercadang untuk membuat video yang akan memberikan tips secara visual dan lebih menarik lagi. Semuanya ini saya lakukan kerana minat dan niat untuk membantu orang lain berpandukan ilmu dan pengalaman yang ada.

Dan saya percaya, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima nanti, insyaAllah. Semoga usaha yang tidak seberapa ini akan membuahkan sesuatu hasil untuk kebaikan semua orang. =)

Selain itu, dalam bulan 7 ini juga, saya telah berkesempatan untuk menyertai satu perhimpunan pemasar-pemasar internet yang telah diadakan julung-julung kalinya oleh forum online perniagaan dan pemasaran internet yang amat terkenal di Malaysia iaitu WangCyber.com dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

Perhimpunan tersebut telah diadakan di Putrajaya pada 23 Julai 2011 dan saya sangat teruja kerana dapat berjumpa dengan pemasar-pemasar internet Malaysia yang telah berjaya.

Alhamdulillah, saya dapat menyertai perhimpunan yang dinamakan WangCyber Gathering 2011 itu walaupun sebenarnya saya kurang sihat pada hari tersebut. Memang Next Level lah! =)

Dan esoknya pada 24 Julai 2011, saya berkesempatan juga menyertai Seminar Email Marketing Jamal yang telah diadakan di Holiday Villa Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Best juga seminar satu hari tu, banyak info baru yang saya dapat.
Bergambar dengan speaker IM yang sudah terbukti berjaya. Sekarang dah geng dengan tuan Jamal dan Suthan M. =p

Bagi saya, yang paling best sekali adalah speaker jemputan Suthan M yang telah berkongsikan rahsia psikologi menjual yang akan membolehkan kita menjual di internet. Ianya termasuklah kesan warna dan visual yang kita hasilkan buat prospek.

Memang menarik dan ramai kenalan baru yang saya dapat setelah menyertai WCG 2011 dan Seminar Email Marketing Jamal tersebut. Teruja dan teruja. =)

Kemudian keesokan harinya, saya berpeluang untuk kembali semula ke kampus induk Cyberjaya University College of Medical Sciences di Cyberjaya untuk mengesahkan saiz untuk baju konvo dan juga mendapatkan transcript result akhir.

Alhamdulillah semuanya ok dan saya kini layak untuk bergelar graduan CUCMS dalam bidang Farmasi dan langkah seterusnya adalah untuk mula bekerja dalam sektor kerajaan di hospital sebagai ahli farmasi bertauliah. =)

Berkaitan konvo pula, insyaAllah mengikut sumber daripada student affairs, ianya akan diadakan pada bulan November ini di Putrajaya International Convention Center (PICC). Nanti surat jemputan akan dihantar ke rumah dan bila dah tahu tarikh spesifiknya, saya akan umumkan di Facebook ataupun di blog ini. Kawan-kawan semua akan dijemput untuk hadir k. =p

Sekembalinya saya dari Kuala Lumpur, surat pelantikan daripada SPA telah pun tiba di rumah. Terima kasihlah kepada posmen yang telah bertungkus lumus bekerja. Saya doakan hidup anda diberkati. =p Memang excited time tu. Yelah, surat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Jadi surat tu perlu dijawab dalam tempoh 30 hari dan kemudiannya surat ke dua untuk penempatan (posting) akan dihantar ke rumah. Untuk penempatan, saya telah memohon untuk bekerja di Johor, Selangor atau Kuala Lumpur. Harap-harap bolehlah dapat kerja kat antara 3 buat negeri ni.

Memang best dapat tahu yang saya akan dapat bekerja tak lama lagi dan berupaya untuk dapat merasa duit kerja hasil pengorbanan belajar selama ini, tetapi kadang-kadang ada rasa sedih sikit sebab mungkin masa untuk untuk berilek-rilek akan tamat sebab masa yang ada akan dipenuhi dengan kerja-kerja rasmi.

Harapnya saya masih ada masa untuk diri sendiri dan keluarga serta masih ada ruang dan masa untuk melakukan perkara yang saya minati seperti pemasaran internet dan menulis. =)

Ohya dengan berakhirnya bulan 7 ini, kita semua yang beragama Islam akan berjumpa dengan satu bulan yang sangat hebat di antara bulan-bulan Islam yang ada iaitu bulan Ramadhan Almubarak.

Alhamdulillah bulan Ramadhan kali ini hadir dalam suasana yang cukup aman dan damai di Malaysia. Saya berharap keamanan ini terus terpelihara agar kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dan yang lain-lain dengan tenang dan penuh keberkatan.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Almubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di luar sana. Marilah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dengan kedatangan rahmat Ramadhan pada tahun ini. Jauhilah sengketa dan perbalahan yang hanya akan merugikan kita sahaja. Peringatan buat semua dan kepada diri sendiri yang sering lalai ini jua.

Jadi sekian saja post month summary buat kali ini. Kalau tulis panjang-panjang nanti ada pulak yang kata pannjannnngnyaaaa.. heheh.. =p

Lesson of the Month

Ok dalam bulan ini ada banyak pengajaran yang saya telah perolehi melalui pemerhatian di Facebook dan di sekeliling. Antaranya adalah, apabila kita tidak berpuas hati dengan cara sesiapa saja, suarakannyalah dengan beradab dan gunakanlah perkataan yang sebaik-baik adanya.

Banyak yang saya perhatikan, apabila ada saja perkara yang tidak disukai, kita mudah untuk 'menyerang' orang lain tanpa memikirkan kesannya. Begitu jugalah halnya di Facebook. Kalau boleh elakkanlah menggunakannya untuk tujuan mengaibkan orang lain walaupun orang tersebut memang benar telah berbuat jahat kepada kita atau kenalan kita.

Sedangkan Nabi Muhammad berpesan kepada kita yang maksudnya berbunyi lebih kurang begini:

"Sekiranya kita menutup aib seseorang, maka Allah S.W.T akan menyembunyikan aib kita"
-Hadis Riwayat Muslim

Selain itu, jauhkanlah sikap dengki-mendengki dalam diri kita. Mungkin sebelum ini kita tidak senang hati bila melihat ada orang yang lebih berjaya daripada kita. Sehingga kita cuba melakukan sesuatu untuk menjatuhkan mereka ataupun membina 'sesuatu' yang lebih kurang sama untuk menyaingi mereka.

Bagi saya, orang yang sebegini mempunyai masalah dengki seperti ini mempunyai sifat 'inferior complex' dan sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan mereka yang berjaya.

Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah sedemikian dan hati kita dibersihkan serta disucikan bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Jadilah insan yang cemerlang dan berjaya dengan hasil tangan sendiri tanpa perlu menjatuhkan orang lain. InsyaAllah kita akan dihormati tanpa diminta.

Sekian saja daripada saya, berjumpa lagi dalam post yang seterusnya di bulan Ogos 2011! Yeah! =)

Saturday, July 30, 2011

Video khas buat fans di fanpage RahsiaMotivasi

0 comments

Salam, hye.. =)

Apa khabar? Hope semuanya sihat walafiat.

So how's life? =)

Saya dalam bulan 7 ni agak sibuk dengan bermacam-macam aktiviti menarik.

Salah satunya, saya agak aktif menulis dan berkongsikan tips motivasi menarik dan praktikal setiap hari di fanpage RahsiaMotivasi saya di Facebook.

Seronok bila ada ruang untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pendapat dengan orang yang berminat untuk membacanya.

Dan alhamdulillah setakat ini, sambutannya agak menggalakkan juga. =)

Selain berbicara berkenaan niche motivasi, fanpage RahsiaMotivasi adalah istimewa kerana saya juga berkongsikan tips untuk meningkatkan kualiti modal insan seseorang atau dalam bahasa Inggeris, ianya dikenali dengan frasa 'soft skill'.

Saya amat berharap agar fans di fanpage RahsiaMotivasi mendapat manfaat daripada tips yang saya kongsikan dan menjadikan mereka lebih bermotivasi dan berdaya saing untuk mencapai kejayaan peribadi masing-masing.

Dan yang terbaru, saya telah berjaya menyiapkan satu video ringkas yang ditujukan khas kepada semua fans yang ada.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah ini:


Bagi anda yang masih belum menjadi fan di fanpage RahsiaMotivasi ini, saya menjemput anda untuk melawatnya di http://www.facebook.com/RahsiaMotivasi dan klik LIKE untuk mendapatkan tips motivasi praktikal yang amat-amat berharga daripada saya setiap hari secara percuma. Berjumpa di sana! =)

Tuesday, July 26, 2011

Review WangCyber Gathering 2011

0 comments

Salam, hye kawan-kawan semua,

Pada 23 Julai 2011 yang lepas, saya telah berpeluang untuk menyertai satu perhimpunan sekumpulan pemasar internet Malaysia, iaitu WangCyber Gathering (WCG) 2011 yang telah diadakan di Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.



WCG 2011 ini merupakan perhimpunan kali kedua dan sebelum ini pernah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2008 sewaktu saya pun masih belum mengenali dunia pemasaran internet ketika itu. =)

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya menyertai WCG 2011 dan keseronokan yang saya rasai sepanjang majlis yang bermula kira-kira pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang tersebut.


Pada hari itu saya tiba setengah jam lewat sebab saya datang dari Johor Bahru, memandu sejak pukul 5 pagi dan terus ke Putrajaya. Time sampai tu majlis telah berlangsung dengan ucapan yang diberikan oleh Dato' Mohd Nor Al-Akbari, wakil dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Banyak info menarik yang beliau telah sampaikan dan saya tertarik dengan topik pemimpin dan pengikut yang beliau adaptasi daripada sejarah Islam iaitu kisah perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang bertukar peranan di antara satu sama lain. Pesanan tersebut adalah amat penting bagi semua yang hadir dan memberi kesan kepada aspek kepemimpinan dalam persatuan dan kepatuhan kepada pemimpin.

Kemudian acara diteruskan dengan taklimat berkaitan misi, visi dan matlamat agenda Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang telah disampaikan oleh Tuan Presiden, iaitu saudara Gero Azrul.

Beliau telah berkongsikan 5 prinsip asas yang dipegang dalam pembentukan PUIM dan ini menjadikan PUIM sebagai satu medium yang berkesan untuk membantu semua usahawan internet di Malaysia. Ini adalah satu perkembangan yang sihat dalam industri pemasaran internet Malaysia dan saya berharap niat murni tersebut dapat dijayakan dengan kerjasama dan usahasama dari pelbagai pihak yang terlibat.

Selain itu, WCG 2011 juga dimeriahkan dengan upacara menandatangani perjanjian kerjasama di antara pihak WangCyber dengan penyedia perkhidmatan proses pembayaran online Malaysia iaitu WebCash.

WebCash merupakan satu syarikat yang berada di bawah Bank Negara dan diiktiraf untuk menyediakan perkhidmatan pemprosesan transaksi yang dilakukan secara online seperti Paypal. Ianya merupa satu perkembangan yang sihat dalam industri perniagaan dan pembelian di internet bagi pasaran Malaysia.

Para peserta WCG 2011 amat bertuah kerana mendapat taklimat secara langsung berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh WebCash dan diberi peluang untuk bertanya secara langsung kepada WebCash untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kemudiannya, WCG 2011 dipenuhi dengan sesi perkongsian pengalaman daripada sebilangan pro internet marketer yang telah berjaya dalam industri ini. Speaker pertama merupakan seorang pemasar internet muda yang telah berjaya membina empayar sehingga ke pasaran luar negara iaitu sahabat saya ketika belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada 2005; Ammar Zahar.
Ammar Zahar telah berkongsikan kesusahan hidup yang beliau alami ketika beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet ini. Antaranya masalah keluarga yang beliau hadapi dan kelengkapan komputer yang amat daif pada ketika itu yang hampir-hampir menjatuhkan semangat dan membuatkan beliau berputus asa.

Tapi berkat sokongan daripada ibu dan keluarga serta dorongan untuk membantu mereka keluar daripada kesusahan hidup telah menguatkan semangat Ammar Zahar untuk terus berusaha dan kini beliau telah berjaya mengorak langkah dengan syarikat Ammar Zahar Sdn Bhd nya sendiri.
Kemudian, sesi perkongsian diteruskan dengan kehadiran 'The Legend' Gobala Krishnan. Gobala Krishnan telah berkongsikan hakikat sebenar dunia pemasaran internet yang perlu diketahui oleh pemasar-pemasar internet. Model perniagaan internet yang ada berserta jumlah pendapatan dan risiko nya kini lebih jelas bagi saya.
Seterusnya, tibalah saatnya untuk perkongsian daripada saudara Adly Mukhtar atau lebih dikenali dengan nick name Labanon Flarebiz. Sebenarnya telah lama saya mendengar berkenaan Flarebiz, tapi jarang mendapat peluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan jelas.

Adly Mukhtar bagi saya merupakan seorang remaja belia yang amat mengagumkan. Dalam usia yang begitu muda (awal 20-an), beliau sudah mampu meneraju sebuah syarikat dengan cara dan pendekatan tersendiri.
Saya amat tertarik dan terpesona dengan perjalanan beliau dan rakan-rakan membina empayar Flarebiz Network Sdn Bhd dan menjadikan ianya satu realiti yang menakjubkan pada hari ini.

Selepas rehat untuk makan dan solat, sesi perkongsian diteruskan dengan speaker ke 4 dan beliau merupakan guru pemasaran email saya iaitu saudara Jamal. Beliau juga berkongsikan kisah pengalaman hidup beliau ketika hendak berhenti kerja dan fokus kepada dunia pemasaran internet secara sepenuh masa.

Speaker ke 6 adalah Noorizam Shah iaitu seorang pakar eBay Malaysia dan beliau telah berkongsikan pengalaman beliau dalam dunia eBay. Time tu saya dah tak dengar sangat, sebab rasa penat dan letih. Tapi saya pasti ramai ebayer yang focus mendengar dan mendapat banyak tips menarik daripada beliau. =)

Selepas Noorizam Shah, dewan tersebut digamatkan dengan kehadiran speaker jemputan khas dari Indonesia, iaitu saudara Adhika. Beliau merupakan pemasar internet yang amat berjaya dari negara jiran dan telah menempa kejayaan yang amat luar biasa. Ammar Zahar sendiri penah menjadi pelanggan syarikat beliau.
Demo Google Panda daripada Adhika. =)

Adhika telah berkongsikan informasi menarik tentang perkembangan dunia pemasaran internet di Indonesia yang sebenarnya lebih besar daripada pasaran Malaysia dan ini merupakan peluang buat pemasar internet Malaysia untuk menceburi pasaran tersebut kerana bahasa yang lebih kurang sama di antara dua buah negara ini.

Dan speaker terakhir pada petang itu adalah guru dan sahabat saya iaitu saudara Rahman Basri. Beliau juga berkongsikan pengalaman yang beliau tempohi sebelum bergelar usahawan internet sepenuh masa dan sanggup meninggalkan profession perguruan untuk memberi fokus kepada pemasaran dan perniagaan internet beliau.
Barisan speaker bersama tuan punya WangCyber, Saudara Shuth dan
Presiden PUIM, Saudara Gero Azrul

Selain sesi perkongsian bersama dengan pro internet marketer Malaysia, WCG 2011 tidak ketinggalan untuk menyelitkan satu sesi pengenalan kepada satu program kebajikan yang diberi nama Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata yang telah disampaikan oleh saudara Jimmy Ray.

Ini merupakan satu program kebajikan yang telah diusahakan oleh beberapa individu yang berobjektifkan untuk membantu anak-anak yatim di kawasan pedalaman untuk menyambut hari raya dengan memakai baju raya baru.

Anda boleh tonton video yang telah disediakan oleh team Majalah Niaga Flarebiz berkenaan program kebajikan tersebut melalui link ini: Video Promo Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Sila layari laman web http://sehelaibaju.com/ untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut dan jelas berkenaan program ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru anda semua yang membaca artikel ini agar dapat memberikan sumbangan seperti yang diminta atau sekurang-kurangnya dapat mewar-warkan berkenaan program kebajikan ini kepada kawan-kawan anda, ahli keluarga atau sesiapa sahaja sama ada melalui facebook anda, blog mahu pun secara lisan.

Semoga usaha untuk membantu menggembirakan anak-anak yatim di hari raya yang akan datang nanti akan memberikan sinar keberkatan buat kita semua di Malaysia, amin.

Memang seronok menikmati networking session di WCG 2011. Ramai usahawan internet terkenal yang saya jumpa dan sempat juga bergambar bersama. Antaranya seperti di bawah:
Bersama Hasbul Aqil dari team Flarebiz yang mengusahakan jenama Komik Niaga.

Bersama Khairul Hazwan, full time Internet Marketer yang menyediakan perkhidmatan
penulisan surat jualan di www.ServisSuratJualan.com

Trio ahli farmasi yang mempunyai minat yang sama dalam dunia pemasaran internet.
Dari kiri, Hasryn Hamka, Abd Rahman Bpharm dan saya, Nizam Malek

Bersama guru pertama saya dalam dunia pemasaran internet untuk produk fizikal, saudara Eruwan Gerry Norsen. Dah lama tak jumpa, sejak 8 Ogos 2009 di Workshop Rahsia Raja Lelong, Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Bersama saudara Zahrul Azua, penulis buku Rahsia Membina Senjata Jualan. Buku yang
telah membantu saya membuat jualan di pasaran internet dengan berkesan. =)

Bersama dengan saudara Safwan Seth, admin bersama di group Strategi Pemasaran Facebook.

dan ramai lagi.. =)
Pen cenderahati WangCyber

Sempat membeli CD Rahsia Pemasaran Facebook Faisal Abdullah. =)

Dapat CD tutorial percuma khas untuk review/testimonial daripada saudara Hairizal Hamidon.

Antara business card yang saya terima daripada peserta WCG 2011. =)

WCG 2011 merupakan satu acara gilang-gemilang yang telah mengumpulkan usahawan-usahawan internet seluruh Malaysia dengan tujuan yang jelas agar industri ini dapat berkembang dengan baik dan dapat membantu rakyat Malaysia menjalankan perniagaan di internet dengan lebih berkesan dan selamat.

Saya, Nizam Malek sebagai seseorang yang amat meminati dan mencintai dunia pemasaran internet amat gembira dengan perkembangan sihat dalam dunia pemasaran internet Malaysia dengan kelangsungan program WCG 2011 ini.

Peluang untuk berjumpa secara LIVE dengan internet marketer Malaysia sebenar dapat memberi inspirasi dan menguatkan lagi motivasi diri untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dalam perniagaaan internet masing-masing.

Semoga dapat bertemu lagi dengan mereka semua di WCG yang akan datang. Bagi yang masih belum berkesempatan untuk menyertai gathering seperti ini, saya amat galakkan anda untuk menyertainya pada perancangan seterusnya kerana banyak manfaat yang akan diperolehi.

Sampai sini saja review saya berkenaan WCG 2011, take care & all the best to all! =)

Monday, July 11, 2011

The Truth That Cannot Be Covered

0 comments

I'm not interested in politics, riot nor violence..

But this video has really touched my heart..

About the real+specifically things that happened during the BERSIH rally..

I'm not sharing this video in my blog to provoke anyone..

This is just one of the biggest parts of lovely Malaysia's history..


Dear Malaysian, have a look and think..

Police..? Should I comment..?

Remaja dan vlogging

0 comments

Hye, dah lama rasanya tak update blog Nizam Malek ni. Awal bulan 7 ni agak sibuk dengan macam-macam projek. Ada yang kerja depan laptop, ada yang perlu buat phone call dan ada juga yang perlu ke sana ke sini.. Memang agak terisi juga masa.. Penat sikit tapi seronok juga..

Antara aktiviti yang dibuat adalah seperti business deal dengan customer.. Alhamdulillah kini dah sampai ke last stage dan bila siap projek ni boleh lah concentrate untuk projek sendiri pula..

Selain tu, saya juga sibuk membantu team Inspired Partners (Rahman Basri, Gero Azrul, Zainal Rashid dan Syahrul Effendi) yang datang daripada Kuala Lumpur untuk mengadakan seminar pertama mereka di UTM Skudai, Johor Bahru iaitu seminar berkaitan teknik pemasaran email dan Facebook.

Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan pada 10 Julai (semalam) dan saya secara peribadi merasa amat seronok sebenarnya bila dapat membantu dan bekerjasama dengan mereka. Banyak ilmu pemasaran internet yang mereka kongsikan dengan saya dan semua itu sangat-sangat bermakna bagi saya.

Dalam minggu pertama Julai juga saya telah berjaya membina Facebook Fan Page saya yang pertama. Fan Page yang memfokuskan kepada niche atau topik motivasi dan soft skill ini adalah amat sesuai untuk semua orang tidak kira lapisan umur.
Fan Page ini saya bina khas untuk membantu mereka yang ingin mencari hala tuju untuk berjaya dalam hidup dan mencapai apa sahaja matlamat yang mereka inginkan.

Alhamdulillah setakat ini sokongan terhadap Fan Page tersebut agak menggalakkan dan insyaAllah saya akan kongsikan lebih banyak tips motivasi dan soft skill berkualiti dan praktikal untuk semua fans di page tersebut.

Dengan adanya Fan Page ini, saya kini mempunyai ruang yang lebih baik untuk bercakap berkaitan topik yang amat saya minati ini. Harapannya, ia dapat membantu semua fans untuk lebih bersemangat menghadapi cabaran hidup dan terus berkembang menjadi individu yang positif, insyaAllah.

Anda boleh lawati Fan Page tersebut melalui link ini:

Jangan lupa klik 'LIKE' untuk menjadi fan.
Terima kasih juga atas sokongan anda.


Oklah, itu dia sedikit sebanyak aktiviti saya pada minggu pertama dalam bulan 7 2011 ini. Kembali semula kepada tajuk blog post ini iaitu Remaja dan Vlogging. Tidak perlu lagi untuk diterangkan, kini dunia internet Malaysia mula berkembang daripada penulisan blog kepada berblogging dengan menggunakan video (Video + blogging = Vlogging).

Terdapat beberapa remaja dan belia Malaysia yang menggunakan platform ini untuk menyampaikan pendapat mereka di internet dengan cara yang tersendiri. Antaranya adalah Anwar Hadi, Matluthfi90 dan lain-lain.. (saya tak termasuk dalam list.. huhu..)..

Dan antara video terbaru yang saya jumpa di Youtube adalah video style temu bual yang memberikan pendapat-pendapat vloggers berkaitan platform vlogging ini.


Saya tertarik dengan kata-kata bro Matluthfi90 dalam video ini yang menyampaikan mesej menggunakan internet secara bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan pendapat, tidak kiralah kita menggunakan platform apa sekalipun.

Semoga mereka (vloggers) terus berjaya dan membawa sesuatu yang bernilai untuk generasi internet Malaysia yang akan datang.

Wednesday, July 6, 2011

Status 11

0 comments

Yesterday was great..

Let's do it better for tomorrow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.