Sunday, July 31, 2011

Next Level of July 2011


Salam, hye everyone~ Apa khabar? Mesti ceria-ceria selalukan..? =p

Akhirnya sebulan lagi berlalu dalam tahun 2011 ini dan kita telah sampai ke tarikh terakhir dalam bulan Julai ini. Jadi tibalah masanya untuk saya menulis rangkuman segala aktiviti saya dalam tempoh 31 hari ini di blog NizamMalek.com yang amat berjasa ini. =)

Kalau anda perhatikan dalam archieve NizamMalek blog ini, anda akan dapat lihat yang saya hanya membuat 5 blog post sahaja dalam bulan ini. Yup, sikit sangat, sebabnya saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain sampai tiada masa nak update blog ni.

Bukanlah sibuk sangat, tapi sebab ada banyak perancangan lain, jadi masa untuk menulis blog agak berkurangan. Tapi alhamdulillah, target 600 visitors sebulan masih tetap berjaya dicapai dengan rekod 732 visitors setakat saat blog post ini ditulis.


Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang masih sudi untuk terus melawat NizamMalek.com ini dan saya amat mengalu-alukan respond atau feedback daripada anda.

Dalam bulan 7 ini juga saya menerima 2 soalan di plugin Facebook Comments yang berada di bawah setiap artikel dalam Nizam Malek Blog ini. 2 soalan tersebut adalah berkenaan pembelajaran di CUCMS. Saya berharap jawapan yang saya berikan kepada Firdaus Nazeri dan Siti Nadia Hasnan telah dapat memberikan sedikit gambaran kepada mereka. =)


-TESTIMONIAL-
"Assalamualaikum, I googled about CUCMS and found your blog. Baru je baca post pasal 10 points review tu =). Big thanks sebab buat post tu, sangat membantu" -Safiah Iryani

Kira berhasil jugalah men.S.E.O.kan NizamMalek.com dengan artikel yang satu tu. Not bad. =)

Pada 7 Julai 2011, saya telah berjaya membina satu Facebook fanpage yang diberi nama RahsiaMotivasi. Di fanpage tersebut, saya berkongsikan banyak tips motivasi praktikal secara percuma kepada fans setiap hari.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa memilih niche motivasi berbanding niche perniagaan dan buat duit di internet? Jawapannya mudah saja, kerana niche motivasi merupakan satu bidang yang amat saya minati sejak ketika di bangku sekolah lagi.

Kalau sebelum ni, pernah juga saya berniat nak kongsikan tips motivasi di akaun personal Facebook saya, tetiba ada yang sound "Ni apa sembang motivasi malam-malam ni!".

Memang down sikit time tu, tapi saya sedar, bukan semua yang berminat dengan topik motivasi untuk kejayaan diri, sama ada mereka memang tidak berminat ataupun mereka memang telah sedia bermotivasi.. Huhu..

Jadi saya pun bertindak membina satu fanpage khas yang membolehkan saya berbicara berkenaan topik motivasi tersebut setiap hari kepada mereka yang berminat untuk menerimanya sahaja.

Dan alhamdulillah setakat ini sambutan terhadap fanpage tersebut adalah menggalakkan. Setelah 3 minggu ianya dilancarkan, saya telah berjaya untuk mengumpul lebih daripada 290 fans dengan menggunakan teknik promosi secara percuma sahaja.

InsyaAllah saya akan berusaha untuk menyampaikan tips motivasi praktikal setiap hari dan untuk menambah bonus juga, saya akan memberikan tips untuk meningkatkan soft skill atau modal insan seperti cara komunikasi efektif dan teknik bekerja dalam kumpulan yang akan membantu fans untuk menjadi individu yang lebih berketrampilan. =)

Selain tips bertulis, saya juga bercadang untuk membuat video yang akan memberikan tips secara visual dan lebih menarik lagi. Semuanya ini saya lakukan kerana minat dan niat untuk membantu orang lain berpandukan ilmu dan pengalaman yang ada.

Dan saya percaya, lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima nanti, insyaAllah. Semoga usaha yang tidak seberapa ini akan membuahkan sesuatu hasil untuk kebaikan semua orang. =)

Selain itu, dalam bulan 7 ini juga, saya telah berkesempatan untuk menyertai satu perhimpunan pemasar-pemasar internet yang telah diadakan julung-julung kalinya oleh forum online perniagaan dan pemasaran internet yang amat terkenal di Malaysia iaitu WangCyber.com dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

Perhimpunan tersebut telah diadakan di Putrajaya pada 23 Julai 2011 dan saya sangat teruja kerana dapat berjumpa dengan pemasar-pemasar internet Malaysia yang telah berjaya.

Alhamdulillah, saya dapat menyertai perhimpunan yang dinamakan WangCyber Gathering 2011 itu walaupun sebenarnya saya kurang sihat pada hari tersebut. Memang Next Level lah! =)

Dan esoknya pada 24 Julai 2011, saya berkesempatan juga menyertai Seminar Email Marketing Jamal yang telah diadakan di Holiday Villa Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Best juga seminar satu hari tu, banyak info baru yang saya dapat.
Bergambar dengan speaker IM yang sudah terbukti berjaya. Sekarang dah geng dengan tuan Jamal dan Suthan M. =p

Bagi saya, yang paling best sekali adalah speaker jemputan Suthan M yang telah berkongsikan rahsia psikologi menjual yang akan membolehkan kita menjual di internet. Ianya termasuklah kesan warna dan visual yang kita hasilkan buat prospek.

Memang menarik dan ramai kenalan baru yang saya dapat setelah menyertai WCG 2011 dan Seminar Email Marketing Jamal tersebut. Teruja dan teruja. =)

Kemudian keesokan harinya, saya berpeluang untuk kembali semula ke kampus induk Cyberjaya University College of Medical Sciences di Cyberjaya untuk mengesahkan saiz untuk baju konvo dan juga mendapatkan transcript result akhir.

Alhamdulillah semuanya ok dan saya kini layak untuk bergelar graduan CUCMS dalam bidang Farmasi dan langkah seterusnya adalah untuk mula bekerja dalam sektor kerajaan di hospital sebagai ahli farmasi bertauliah. =)

Berkaitan konvo pula, insyaAllah mengikut sumber daripada student affairs, ianya akan diadakan pada bulan November ini di Putrajaya International Convention Center (PICC). Nanti surat jemputan akan dihantar ke rumah dan bila dah tahu tarikh spesifiknya, saya akan umumkan di Facebook ataupun di blog ini. Kawan-kawan semua akan dijemput untuk hadir k. =p

Sekembalinya saya dari Kuala Lumpur, surat pelantikan daripada SPA telah pun tiba di rumah. Terima kasihlah kepada posmen yang telah bertungkus lumus bekerja. Saya doakan hidup anda diberkati. =p Memang excited time tu. Yelah, surat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.

Jadi surat tu perlu dijawab dalam tempoh 30 hari dan kemudiannya surat ke dua untuk penempatan (posting) akan dihantar ke rumah. Untuk penempatan, saya telah memohon untuk bekerja di Johor, Selangor atau Kuala Lumpur. Harap-harap bolehlah dapat kerja kat antara 3 buat negeri ni.

Memang best dapat tahu yang saya akan dapat bekerja tak lama lagi dan berupaya untuk dapat merasa duit kerja hasil pengorbanan belajar selama ini, tetapi kadang-kadang ada rasa sedih sikit sebab mungkin masa untuk untuk berilek-rilek akan tamat sebab masa yang ada akan dipenuhi dengan kerja-kerja rasmi.

Harapnya saya masih ada masa untuk diri sendiri dan keluarga serta masih ada ruang dan masa untuk melakukan perkara yang saya minati seperti pemasaran internet dan menulis. =)

Ohya dengan berakhirnya bulan 7 ini, kita semua yang beragama Islam akan berjumpa dengan satu bulan yang sangat hebat di antara bulan-bulan Islam yang ada iaitu bulan Ramadhan Almubarak.

Alhamdulillah bulan Ramadhan kali ini hadir dalam suasana yang cukup aman dan damai di Malaysia. Saya berharap keamanan ini terus terpelihara agar kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dan yang lain-lain dengan tenang dan penuh keberkatan.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Almubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di luar sana. Marilah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dengan kedatangan rahmat Ramadhan pada tahun ini. Jauhilah sengketa dan perbalahan yang hanya akan merugikan kita sahaja. Peringatan buat semua dan kepada diri sendiri yang sering lalai ini jua.

Jadi sekian saja post month summary buat kali ini. Kalau tulis panjang-panjang nanti ada pulak yang kata pannjannnngnyaaaa.. heheh.. =p

Lesson of the Month

Ok dalam bulan ini ada banyak pengajaran yang saya telah perolehi melalui pemerhatian di Facebook dan di sekeliling. Antaranya adalah, apabila kita tidak berpuas hati dengan cara sesiapa saja, suarakannyalah dengan beradab dan gunakanlah perkataan yang sebaik-baik adanya.

Banyak yang saya perhatikan, apabila ada saja perkara yang tidak disukai, kita mudah untuk 'menyerang' orang lain tanpa memikirkan kesannya. Begitu jugalah halnya di Facebook. Kalau boleh elakkanlah menggunakannya untuk tujuan mengaibkan orang lain walaupun orang tersebut memang benar telah berbuat jahat kepada kita atau kenalan kita.

Sedangkan Nabi Muhammad berpesan kepada kita yang maksudnya berbunyi lebih kurang begini:

"Sekiranya kita menutup aib seseorang, maka Allah S.W.T akan menyembunyikan aib kita"
-Hadis Riwayat Muslim

Selain itu, jauhkanlah sikap dengki-mendengki dalam diri kita. Mungkin sebelum ini kita tidak senang hati bila melihat ada orang yang lebih berjaya daripada kita. Sehingga kita cuba melakukan sesuatu untuk menjatuhkan mereka ataupun membina 'sesuatu' yang lebih kurang sama untuk menyaingi mereka.

Bagi saya, orang yang sebegini mempunyai masalah dengki seperti ini mempunyai sifat 'inferior complex' dan sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan mereka yang berjaya.

Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah sedemikian dan hati kita dibersihkan serta disucikan bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Jadilah insan yang cemerlang dan berjaya dengan hasil tangan sendiri tanpa perlu menjatuhkan orang lain. InsyaAllah kita akan dihormati tanpa diminta.

Sekian saja daripada saya, berjumpa lagi dalam post yang seterusnya di bulan Ogos 2011! Yeah! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.