Assalamualaikum dan salam hormat.
Waktu saya menulis post ini, jam menunjukkan pukul 11.45pm pada 31 Disember 2015.
15min lagi di ambang tahun baru 2016.
Saya macam biasa, hanya di rumah, tidak berminat untuk menyambut tahun baru di mana-mana.
Btw, dalam post kali ini saya ingin menyingkap kembali sedikit sebanyak apa yang dah berlaku kepada saya sepanjang tahun 2015 ini.
Saya tak dapat recall semua, tapi basically pada awal tahun 2015, saya diberikan tugas untuk menjayakan program Johor Scientific Meeting 2015 yang akan berlangsung pada 5-7 Oktober 2015.
Jadi dalam tempoh 6 bulan pertama itu, saya agak sibuk dengan urusan kerja sehingga rasanya tidak banyak pencapaian signifikan dilakarkan.
Pada saya 6 bulan pertama itu boleh dikatakan mendatar sahaja (sideways).
Pada bulan Jun 2015, saya buat keputusan untuk hadir program Dr Azizan Osman iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM).
MMM diadakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur dan saya telah berkampung di KL selama 3 hari 2 malam untuk belajar ilmu marketing daripada pakar marketing no 1 asia, Dr Azizan Osman.
Pada saya itulah program turning point dalam hidup saya pada tahun 2015 ini.
Saya spend RM2997 untuk hadir MMM dan ia adalah satu pelaburan yang besar yang saya lakukan untuk hadir.
Tapi alhamdulillah, pelaburan besar terhadap ilmu ini memberikan pulangan berlipat kali ganda.
Saya perhatikan bahawa, lagi banyak kita banyak untuk dapatkan sesuatu ilmu, lagi tinggi komitmen kita untuk berusaha mendapatkan result hasil mengamalkan sesuatu ilmu itu.
Yelah, dah spend duit banyak-banyak, jadi takkan nak biarkan macam tu je. Kalau dapat ilmu percuma, kita suka pandang rendah dan tidak ambil tindakan untuk dapatkan result. Akhirnya kita akan rasa down sebab tak berjaya.
Kawan-kawan di MMM semuanya ada progres masing-masing. Tak kan kita nak nganga je kan. Maka bermula Ogos 2015, saya telah mengorak langkah dan memulakan program seminar saham anjuran saya sendiri yang pertama kalinya iaitu Seminar Guerrilla Saham 2015 yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Cerebral Palsy, Johor Bahru.
Bermula dari situ, saya mula membina jenama Guerrilla Saham dengan agresif dan alhamdulillah, saya mencapai apa yang saya sasarkan.
Cuma pada saya, pencapaian itu boleh digandakan lagi sekiranya saya bekerja dengan lebih keras dan mempunyai ilmu yang diperlukan untuk melakukannya.
Selain itu dalam bulan Ogos 2015 juga saya menerima cahaya mata pertama iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Dyia Camelia. Inilah antara nikmat terbesar dalam tahun 2015 ini.
Dyia Camelia umpama nyawa baru saya yang akan terus segar memberikan saya kekuatan dan motivasi untuk terus mencapai kejayaan.
Banyak perkara dah berubah sejak kelahiran Dyia Camelia.
Kalau sebelum ni saya lakukan apa yang saya lakukan seperti saham, hartanah dan perniagaan Internet untuk kepuasan diri.
Tapi bila dah ada Dyia Camelia, prioriti saya bertambah iaitu untuk pastikan Dyia Camelia dapat membesar dalam keadaan yang terbaik.
Dan membesar dalam keadaan yang terbaik itu memerlukan kos.
Alhamdulillah ia menjadi sumber kekuatan untuk saya bekerja keras lagi.
Kemudian bulan Oktober, sibuk dengan Johor Scientific Meeting 2015 yang berlangsung di KSL.
Saya taubatlah tak nak terlibat lagi dengan persediaan konvensyen besar macam ni.
Meletihkan dan tidak enjoy.
Saya pernah katakan yang kerja-kerja sekretariat ini tidak sesuai dengan diri saya.
Saya lebih kepada marketing dan sales.
Saya percaya kita kena buat perkara yang kita suka, minat dan mahir barulah perkara itu hasilnya akan jadi dengan molek dan mantap.
Maafkan kalau ayat saya sedikit tunggang langgang.
Biasalah nak cepat.. Heheheh.
Kembali kepada Seminar Guerrilla Saham.
Alhamdulillah saya telah konsisten menganjurkan seminar setiap bulan dan mula melihat students Guerrilla Saham saya menjana pendapatan dari saham.
Ada yang buat profit pantas dalam 24 jam ke 3hari, ada yang rekodkan profit sehingga RM12k dan banyak lagi cerita kejayaan Guerrilla Saham.
Saya amat bersyukur dengan hasil yang diperolehi hasil penganjuran Seminar Guerrilla Saham.
InsyaAllah seminar ini akan diteruskan pada tahun 2016 dengan lebih banyak penambahbaikan.
Pada 11-13 Disember 2015 pula, sekali lagi saya laburkan wang untuk ilmu dengan menghadiri program Intensif Momentum Perniagaan Internet (IMPI) dan belajar dengan Tuan Najib Asaddok.
Saya spend RM3599 (jumlah termahal yang saya bayar setakat ini) untuk menghadiri IMPI dan insyaAllah saya akan fokus kembangkan pengaruh jenama Guerrilla Saham di Facebook.
Inilah persediaan yang saya lakukan untuk menghadapi tahun 2016 dan insyaAllah saya sangat looking forward.
Semoga tahun 2016 ini penuh dengan pencapaian dan nota ceria.
Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk saya menghadapi cabaran mendatang.
Oklah, sampai sini dulu coretan kali ini.
Terima kasih kerana membaca sehingga ke garis terakhir ini. =)
All the best in 2016, have a blast!
-Nizam Malek
Thursday, December 31, 2015
Selamat Tinggal 2015, Selamat Datang 2016
Wednesday, December 2, 2015
Here Come, Last Month of 2015!
Last time saya update Nizam Malek Blog adalah pada 3 Oktober 2015.
Wow, dua bulan lebih juga tak menulis di sini.
Rugi sebenarnya rasa, sebab saya tak update perkara yang dah berlaku dalam hidup saya dalam bulan Oktober dan November 2015.
Banyak sebenarnya perkara dah berlaku walaupun masa pantas berlalu.
Dan ya, kehidupan kini makin sibuk.
Macam-macam projek dan urusan.
Alhamdulillah, inilah rezeki anak namanya.
Btw, sekarang dah masuk bulan terakhir dalam 2015, iaitu Disember.
Kurang sebulan sahaja lagi 2015 akan berakhir dan kita akan masuk ke tahun baru 2016.
Kena recall semula apakah pencapaian terbaik pada tahun 2015 ini.
Memang banyak benda saya nak cerita, tapi itulah, masa amatlah mencemburui.
Saya kini lebih aktif menulis di Facebook kerana ianya lebih user friendly dan pantas.
Apa-apapun, saya berharap akan terus aktif menulis di Nizam Malek Blog ini, kerana ia adalah sumber SEO terbaik untuk saya sebenarnya.
Malah ia akan jadi diari terbaik yang akan kekal sepanjang zaman atas nama Nizam Malek.
Nantilah, kalau ada masa saya akan tulis lebih banyak lagi artikel dan info bermanfaat.
Jumpa lagi dalam blog post seterusnya ya.
Bye!
-Nizam Malek
Saturday, October 3, 2015
Oktober 2015
Wow, dah sebulan rupanya saya tak menulis di NizamMalek Blog ini.
Membazir saja saya bayar domain name. Hehe.
Btw, Assalamualaikum dan salam hormat, saya Nizam Malek.
Apa khabar?
Semoga anda sihat sentiasa dalam musim jerebu yang luar biasa ini.
Ha, pastikan anda jaga kesihatan, minum air kosong banyak-banyak, dapatkan rehat yang cukup dan kurangkan stress.
Yup, kena jaga kesihatan baik-baik, kalau tak jatuh sakit macam saya.. Hehehe..
Ok awal bulan Oktober 2015 ini saya agak sibuk dengan penganjuran 10th Johor Scientific Meeting 2015 yang berlangsung pada 5-7 Oktober 2015 di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru.
Saya telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha dalam JawatanKuasa Induk untuk memastikan penganjuran majlis ini berjalan lancar.
Memang penatlah buat benda ni, pening kepala dan membebankan.
Macam-macam hal.
Then saya realized bahawa kerja-kerja sebagai setiausaha ni sebenarnya kurang sesuai dengan diri saya.
Saya lebih kepada marketing dan entrepreneurship.
Kalau suruh saya cari duit boleh lah.
Buat surat dan arrange things for people, I think I'm not good at it.
Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum semuanya berakhir.
Selamat tinggal JSM, semoga tidak berjumpa lagi.
Ok saya tak boleh nak menulis banyak, almaklum bz sangat lately.
Just nak beritahu yang KenTrade Trading Challenge II yang disebut-sebut tu dah bermula.
Saya hanya sempat trade pada 2 Oktober 2015 dan berjaya jana profit sebanyak RM9,870.
Alhamdulillah.
Oklah sampai sini dulu penulisan saya kali ini.
Jumpa lagi.
-Nizam Malek
Tuesday, September 1, 2015
Jom Sertai KenTrade Trading Challenge II
https://game.kentrade.com.my/
Monday, August 31, 2015
[Video] 2 Medium Pelaburan Pilihan Nizam Malek
Tonton video ini sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan.
Thursday, August 27, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Monday, August 24, 2015
Bermula Cerita Sebagai Seorang Ayah!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar?
Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa positif.
Alhamdulillah, 18 Ogos 2015 yang lalu pada pukul 7.00am, isteri saya, Dr Ain Syafinas telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, puteri sulung kami di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Pada saya, it was an amazing experience melihat anak saya dilahirkan di hadapan mata.
Ok, saya share sikit pengalaman tu ya.
17 Ogos 2015, saya balik kerja petang tu lewat sikit around pukul 6.00pm sebab ada mesyuarat di pejabat.
Agak banyak kerja yang saya perlu fikirkan, jadi petang tu saya balik rumah dalam keadaan agak penat.
Jadi lepas solat maghrib, saya terus tidur, tak nak fikir pape dah.
Tengah sedap-sedap tidur tu, tetiba saya terdengar suara orang mengerang kesakitan.
Ish sape pulak lah yang buat hal ni.
Saya pun buka mata, lihat isteri saya nampak berkerut-kerut muka dia.
Saya lihat jam pukul 11 malam.
Jadi saya pun dah start menggelabah.
Masa tu dalam 1-2cm bukaan.
Jadi tunggu lagi beberapa jam.
Pukul 2am contraction makin kuat dan makin kerap.
Saya kata ni kena pergi hospital ni.
Saya pun bawa isteri ke HSI pada pukul 3 pagi.
Saya dah tidur awal, jadi tidak lah mengantuk sangat.
Bila check di bilik saringan, bukaan dah 3cm.
HSI bagi masuk dan standby untuk bersalin.
Suami boleh temankan di labour room.
Jadi saya pun masuk dan lihat proses bersalin.
Isteri diberikan ubat Pitocin untuk membantu contraction dan Injection Pethidine serta gas Entonox by request untuk tahan sakit.
Bermula pukul 5.30am contraction makin kuat dan isteri saya mula menggelepur, hehehe.
Dan akhirnya pada tepat pukul 7am, maka lahirlah anak perempuan saya.
Alhamdulillah.
Selepas baby dibersihkan oleh staff nurse, saya diberikan ruang dan masa untuk azan dan iqamatkan baby di satu ruang.
Alhamdulillah semuanya berlaku dengan mudah.
Baby normal semuanya dan isteri saya ok.
Berat baby ketika lahir adalah 2.89kg, dalam lingkungan normal kecil.
Maka saat itu, bermulalah status saya bertukar daripada hanya sebagai suami kepada seorang suami dan ayah.
Besar tanggungjawab ini, tapi insyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk membesarkan, mendidik dan melindungi anak kesayangan saya ini.
Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang melimpah ruah ini.
Ramai yang tanya saya apa nama anak dan nak lihat gambarnya.
Ok khas di Nizam Malek Blog, nama puteri kami adalah Dyia Camelia Binti Ahmad Nizamuddin.
Dyia bermaksud bunga atau pepohon sebagai simbolik kelembutan, cantik, kesantunan, menyenangkan hati dan keindahan.
Camelia bermaksud sinaran yang mana Dyia akan menjadi cahaya mata yang menyinari hidup kami sekeluarga dan insyaAllah pencapaian Dyia adalah penuh sinaran dan warna warni, menjadi kebanggaan keluarga, agama dan bangsa.
InsyaAllah I will do my best to grow, educate and protect Dyia Camelia and groom her to be the next young millionaire. =)
Terima kasih kepada isteri saya, Dr Ain Syafinas yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk melahirkan zuriat saya.
Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi mendoakan kami. Semoga Allah memberikan rezeki dan mempermudahkan segala urusan kita semua.
Wednesday, August 5, 2015
My Latest Updates
Salam..
Dah lama rasanya saya tak menulis di Nizam Malek Blog.
Semakin hari semakin sibuk dengan bermacam-macam jenis urusan.
Sebenarnya banyak benda saya nak kongsikan, tapi masa untuk menulis semakin singkat.
Tak seperti masa zaman saya belajar di kolej dulu.
Kadang kala satu hari boleh menulis tiga (3) post untuk blog.
Walau bagaimanapun, menulis ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan sebab kita keluarkan apa yang terbuku dalam minda kita.
Baiklah dalam post ini saya tulis secara ringkas dan padat apa yang boleh saya update pasal perkembangan semasa yang berkaitan dengan diri saya.
Kenapa pasal diri saya?
Inikan Nizam Malek Blog..
Jadi ceritanya pasal saya lah... Hehehe. =P
1. Seminar Guerrilla Saham 2015
Alhamdulillah pada 1 Ogos 2015 yang lalu, saya telah berjaya menganjurkan satu seminar saham yang diberi nama Seminar Guerrilla Saham 2015. Seminar telah berlangsung selama satu hari di Bilik Seminar Dewan Cerebral Palsy, Johor Bahru.
Seminar ini telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang dan berlangsung dengan jayanya. Saya anjurkan seminar sebegini dengan tujuan untuk berkongsi ilmu saham yang saya ada dengan orang yang berminat.
Saya percaya ada sesuatu manfaat yang boleh saya kongsikan kepada orang ramai. Dan Alhamdulillah saya menerima banyak feedback positive daripada para peserta.
InsyaAllah Seminar Guerrilla Saham 2015 ini akan diadakan lagi dengan lebih kerap (mungkin setiap bulan) bagi membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk belajar ilmu saham sebenar.
Ohya, banyak sebenarnya masalah saya hadapi ketika merancang dan mengendalikan seminar ini. Kalau diingat-ingat balik, memang boleh rasa amat terharu sebab semuanya saya lakukan sendiri. Saya tiada team untuk bantu saya anjurkan seminar.
Tapi saya amat berbangga, atas segala kesukaran dan masalah yang timbul, Seminar Guerrilla Saham 2015 tersebut tetap dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia akan jadi antara kenangan terindah saya.
2. Menanti Kelahiran Baby
Dalam bulan Ogos 2015 ini saya sedang menanti kelahiran anak pertama saya. Isteri saya sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan insyaAllah baby girl kami.
Tak dapat dibayangkan apakah perasaan saya kini. Yang pasti saya amat menantikan kehadiran dia dalam hidup saya.
InsyaAllah dia akan jadi penyeri dalam hidup ini dan memberi sumber kekuatan untuk saya terus berjuang mengejar impian demi menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk dia.
Jadi di kesempatan ini, saya mohon tuan-tuan dan puan-puan yang sentiasa dekat dengan Allah, agar dapat doakan semua urusan kelahiran anak kami dapat berlangsung dengan baik dan selamat.
Baiklah sampai sini dulu coretan kali ini.
Jumpa lagi dalam blog post seterusnya.
Terima kasih kerana terus menyokong dan mendoakan saya.
Semoga Allah merahmati kita semua.
-Nizam Malek
Saturday, June 27, 2015
Tuesday, April 28, 2015
Case Study NovaMSC RM0.165 ke RM0.235
Sunday, April 26, 2015
Happy Birthday Nizam Malek, 28!
Assalamualaikum dan salam hormat,
Dah lama sungguh rasanya saya tak menulis post di Nizam Malek Blog.
Almaklum tahun 2015 ini adalah tahun yang amat sibuk dengan pelbagai urusan dan projek.
Walau bagaimanapun, alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan hidup ini.
Hari ini 26 April 2015.
Inilah tarikh saya dilahirkan pada tahun 1987.
Kini usia telahpun menjangkau 28 tahun.
Wow tak sangka dah 28 tahun saya rupanya.
Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya selalu sebut sweet 17, sweet 21, sweet 25, sweet 27, tapi bermula tahun ni nampaknya dah tak sesuai lagi, apatah lagi dengan perubahan ketara saya dari segi fizikal. Hihi.
Jadi bermula tahun ini, saya akan tukar kepada Matured 28.
InsyaAllah bermula umur ke 28 tahun ini, banyak perkara berubah dalam hidup saya yang menggamit soal kematangan sebenar dalam diri ini.
Umpama masuk ke fasa baru.
Lebih banyak tanggungjawab, lebih banyak ujian dan dugaan menanti.
Memang lebih sesuai Matured 28, tapi tetap masih muda ya. Hehe. =D
Semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan.
Berkenaan impian dan matlamat, insyaAllah saya mensasarkan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi terutamanya Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham.
Saya target untuk beli sekurang-kurangnya 27 rumah lagi untuk tujuan Pelaburan Hartanah dan saya impikan untuk memiliki 6 unit rumah di Austin Regency, Taman Austin Perdana, Johor Bahru.
Impian saya adalah untuk menikmati hidup dengan kebebasan kewangan.
Untuk Pelaburan Saham pula, saya target untuk buat profit 100% lagi sebanyak yang mungkin.
InsyaAllah ia akan menjadi portfolio terbaik saya dalam setahun dua ini.
Dan sudah pasti sekiranya diizinkan Tuhan, saya nak touch 1st million saya sebelum berumur 30 tahun.
Bermakna saya ada masa lebih kurang dua tahun lagi untuk mencapainya.
Ke atau sebenarnya saya dah capai 1st million tanpa saya sedar? Huhu.
Selain itu juga, saya plan nak terbitkan buku bermula tahun 2015 ini.
Dengan niat berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai orang di luar sana yang dahagakan ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah serta saham.
Sudah pasti hidup ini hanyalah sementara, dalam usia yang singkat ini, gunakanlah sebaiknya untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Dari segi kerohanian pula, banyak perkara perlu saya perbaiki.
Dunia ini hanya sementara, yang kekal abadi tetap di akhirat sana.
Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan, mendidik dan menyokong saya sejak kecil sehingga kini.
Tanpa mereka, tiadalah saya.
Mereka amat berharga dalam hidup saya.
Tak lupa juga seluruh keluarga.
Wah macam ucapan raya pulak ni. =P
Terima kasih tak terhingga juga pada isteri tercinta, Dr Ain Syafinas Aishah Binti Izahari kerana sudi menjadi suri hati dan peneman dalam hidup ini.
Your presence make my life a lot better.
Tak lupa pada si kecil yang insyaAllah akan lahir pada bulan Ogos 2015 nanti.
Ayah menanti kelahiranmu sayang. =)
Ok sampai sini dulu coretan kali ini.
Happy birthday Nizam Malek!
Tuesday, April 14, 2015
Multiple Source of Income Melalui Penulisan!
Kena Marah Vs Pelaburan Saham
Friday, March 13, 2015
Setahun Telah Berlalu, IMKK
13 Mac 2015.
Pada tarikh ini tahun lepas, saya berada di The Mines International Convention & Exhibition Centre (MIECC), The Mines, Seri Kembangan untuk mengikut program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Saya masih ingat saya memandu kereta Viva biru saya berseorangan dari Johor Bahru sehari sebelum program bermula dan bermalam di sebuah hotel di Serdang Perdana.
Masa tu saya tinggalkan semua dan hanya fokus untuk membongkar rahsia potensi diri saya di IMKK.
Ia memang satu keputusan besar yang saya buat untuk ambil cuti panjang hanya untuk program IMKK ini.
Empat hari IMKK berlangsung dengan banyak cerita sebenarnya.
Saya umpama dibawa ke alam lain di mana sangat berbeza dengan dunia saya sebelum itu.
Saya benar-benar fokus mengikuti program IMKK.
Saya tahu ia tidak percuma dan kos keseluruhan yang saya bayar mencecah ribuan ringgit.
Dah pasti saya tidak mahu pulang sia-sia.
Belajar direct daripada Dr Azizan Osman, walaupun nampak biasa, tapi sesi programmingnya benar-benar menusuk kalbu dan jiwa saya.
Saya benar-benar dibawa menyelami minda bawah sedar saya dan ada beberapa sesi saya menangis berjuraian ketika emosi dalaman saya disentuh dan diprogramkan semula.
Sukar untuk diceritakan, ia perlu dialami sendiri.
Di IMKK juga saya berjumpa dengan insan-insan luar biasa hebat yang memberi inspirasi kepada saya bahawa masih banyak peluang di luar sana untuk diterokai.
Kini telah setahun berlalu.
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya.
Saya pasti, banyak yang berubah.
Ada banyak perkara berjaya saya capai dalam setahun ini.
Formula Kejayaan M.E.S.T.I telah pun saya fahami dan ianya membantu saya untuk menguasai bidang yang amat asing pada saya sebelum ini dalam masa yang amat singkat iaitu saham dan FCPO.
Saya berpendapat, keputusan saya untuk menyertai IMKK ketika menghadiri Seminar Bangkit 2015 di Berjaya Waterfront Hotel pada Februari 2014 adalah antara keputusan terpenting yang saya buat dalam hidup saya.
Tahun 2015 dijangka lebih mencabar, tapi insyaAllah berbekalkan ilmu yang ada, Saya yakini bahawa tahun ini boleh dimanipulasi menjadi peluang yang amat besar.
Saya ingin berkongsikan rasa bersyukur kerana berpeluang belajar di IMKK dan saya syorkan anda untuk sertainya pada sesi yang akan datang sekiranya anda serius mahu merubah kehidupan anda.
-Nizam Malek
IMKK Mac 2014 Alumni
Saturday, February 21, 2015
Hakikat Dispensing Separation Di Malaysia
Being A Perfectionist
Thursday, February 19, 2015
7 Tips Pelaburan Nizam Malek
Semakin Malas Update Blog..
Assalamualaikum dan salam hormat,
Friday, January 23, 2015
RomanCinta Mojo Caliph Busker Cover by Nizam Malek
Hi apa khabar?
Dah lama saya tak menulis kat blog ni.
Sangat sibuk dengan kerja dan projek-projek underground saya.
Dan banyak juga perkara dah berlaku sepanjang sebulan dua ni.
Ada turun dan naik.
Tapi alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan hidup.
Ok untuk post kali ni special sikit sebab saya nak kongsikan video muzik terbaru saya.
Ramai yang tanya juga, bila saya nak buat video muzik baru.
Last video muzik yang saya buat adalah pada September 2014.
Jadi untuk yang rindu nak dengar saya menyanyi, boleh lah tonton video di bawah ni.
Semoga terhibur walaupun tak sedap mana. Huhu.
RomanCinta Mojo Caliph Busker Cover by Nizam Malek.
Ok sampai sini dulu blog post kali ini.
Nak pergi mencari mood yang hilang.
Salam~
Thursday, January 1, 2015
Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015!
Sedetik berlalu, kita kini berada di tahun baru 2015.
Banyak yang berubah dalam hidup saya sepanjang tahun 2014.