Monday, February 27, 2012
Clinical Attachment Starts!
Akhirnya, saya tiba jua ke attachment yang dianggap paling mencabar dalam tahun PRP iaitu Clinical Attachment.
Sekurang-kurangnya selama 6 minggu ini, cerita saya pasti akan berubah 360 darjah daripada apa yang saya lalui sebelum ini (OPD, Satelite, Stor, Manufact, etc..).
Requirement clinical attachment ni sangat lah banyak, dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi..
Hmm, tak tahu nak cakap cam ne..
Tapi tak pelah, tawakkal saja dan lakukan yang terbaik yang termampu..
Yang pasti, lepas ni kena lebih disiplin, tak boleh tangguh-tangguh buat kerja dan pastikan fizikal sentiasa fit..
InsyaAllah saya kalau ada masa, saya akan update blog ni dengan pengalaman menjalani Clinical Attachment dengan anda semua.
Ohya, jangan lupa doakan saya! =)
Ok jumpa lagi!! =)
Thursday, February 23, 2012
3 Tips Penjagaan Kulit Muka
Hi, Assalamualaikum!
Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.
Ramai yang bertanya pada saya, apakah petua-petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kulit muka agar kelihatan sentiasa segar, cerah dan berseri. Almaklum, kini terdapat banyak sangat informasi yang berada di Internet berkenaan petua penjagaan kulit wajah sehingga tak tahu yang mana satu perlu diikut.
Dalam post kali ini, saya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan anda beberapa tips mudah yang saya sendiri amalkan untuk penjagaan kulit muka. Nak tahu? Baca post ini sehingga ke akhirnya ya! =)
1. Makan madu lebah. Untuk tips pertama ini, saya amat mengesyorkan anda untuk mencuba memakan madu lebah satu sudu 2 kali setiap hari. Madu lebah adalah amat berkhasiat dan mempunyai banyak kebaikan dari segi perubatan Islam. Kini terdapat banyak jenis madu lebah yang terdapat di pasaran, tapi madu lebah yang saya gunakan adalah madu lebah dari Iran. Harganya RM60-80 sahaja dan ianya mempunyai campuran zat Habatussauda. Jika anda ingin mencari madu lebah, carilah yang asli dan perhatikan kualitinya. Madu lebah hendaklah dimakan dengan menggunakan sudu plastik. Jika anda belum pernah mencuba makan madu lebah untuk penjagaan kulit muka, apa kata cuba hari ini dan lihat hasilnya. =)
2. Makan Vitamin C. Vitamin C adalah sejenis anti-oksidan yang amat sesuai dan berkesan pada kulit. Ianya juga dapat membantu memberi seri kepada kulit wajah jika diambil secara konsisten. Dose yang sesuai untuk orang dewasa adalah 500-1000mg sehari. Produk Vitamin C yang saya syorkan adalah Redoxon Effervescent Vitamin C yang boleh anda dapatkan di mana-mana kedai Farmasi yang berdekatan. Anda hanya perlu larutkan 1 tablet Redoxon Effervescent Vitamin C ke dalam segelas air dan minum sedikit demi sedikit setiap hari. Cuma mungkin Redoxon Effervescent Vitamin C tidak berapa sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastric kerana ianya agak tajam bila sampai ke perut. Oleh itu, mungkin anda boleh mengambilnya selepas makan tengah hari atau makan malam.
3. Jaga Solat. Tips ketiga ini untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Solat adalah satu kewajipan ke atas setiap umat Islam. Tapi tahukah anda, solat mengandungi terlalu banyak kebaikan dan faedah? Salah satu kebaikan solat adalah ianya akan memberi sinar kepada wajah dan memberi seri kepada kita sepanjang hari. Bermula dengan air wudu' yang diambil sehinggalah selesai salam, bermacam-macam perkara yang berlaku pada tubuh badan kita dan ia secara tidak langsung memberi kesan yang amat positif pada badan kita dan juga kulit muka. Oleh itu, jagalah tuntutan solat dengan seikhlas hati setiap hari. InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan jasmani dan rohani yang diharapkan.
Ok setakat ini dahulu tips kali ini, cubalah dan lihatlah kesannya. Jangan lupa klik LIKE dan Share kan artikel ini kepada kawan-kawan anda! =)
P/S: Sebenarnya saya banyak lagi rahsia hebat bagaimana untuk kelihatan cantik dan berseri-seri malah sesuai untuk perempuan dan lelaki tak kira umur.
P/S/S: Saya tidak mahu bongkarkan rahsia itu di sini. Jika anda ingin tahu rahsianya, klik link ini https://www.facebook.com/SkincerityReviews dan LIKE!
P/S: Sebenarnya saya banyak lagi rahsia hebat bagaimana untuk kelihatan cantik dan berseri-seri malah sesuai untuk perempuan dan lelaki tak kira umur.
P/S/S: Saya tidak mahu bongkarkan rahsia itu di sini. Jika anda ingin tahu rahsianya, klik link ini https://www.facebook.com/SkincerityReviews dan LIKE!
Friday, February 17, 2012
Selamat Pengantin Baru Salz & Eddy!
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah
kepada my beloved sister, Salz dan abang Eddy.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah swt dalam memelihara separuhnya lagi. "
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)
kepada my beloved sister, Salz dan abang Eddy.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah swt dalam memelihara separuhnya lagi. "
(Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)
Selamat berbahagia dan semoga bertambah sukses dalam kehidupan berkeluarga dan kerjaya.
"Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
(Doa golongan Ansar atas pernikahan Saidatina Aisyah r.a. dengan Nabi Muhammad s.a.w.)
"Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
(Doa golongan Ansar atas pernikahan Saidatina Aisyah r.a. dengan Nabi Muhammad s.a.w.)
Kepada anda yang berkelapangan pada hari esok, saya ingin menjemput anda untuk menghadiri majlis jamuan perkahwinan ini di rumah kami, di Taman Austin Perdana, Johor Bahru. =)
Tarikh: 18 Februari 2012
Masa: 11.30am-4pm
Tarikh: 18 Februari 2012
Masa: 11.30am-4pm
Tuesday, February 14, 2012
Status 18
I have around two weeks to enjoy my life..
Before I enter the Clinical Attachment starting 27 February 2012..
Now I have plenty of time for Facebook, blogging and others..
But maybe, you might be hardly see me online when I'd started the most challenging attachments during the PRP's year schedule..
It would be 6 weeks ahead, or maybe more than that..
The time that I have to really focus on my work..
Less time to sleep..
And the appearance of lethargic feelings..
It sounds terrifying..
May Allah ease my path..
Amin.. =)
Sunday, February 12, 2012
4 Aplikasi Android Pilihan Saya
Sistem Operasi Android untuk smartphone merupakan pilihan yang amat popular masa kini. Dengan ciri-ciri yang amat user-friendly dan praktikal membuatkan pengaruh Android sukar digugat oleh sistem operasi lain yang dianggap sudah ketinggalan.
Salah satu kelebihan Android adalah, ia menawarkan satu Android Market Place yang membolehkan pengguna-penguna Android mendownload beribu-ribu jenis aplikasi dan games yang kebanyakannya secara percuma ke dalam smartphone mereka dengan sekadar menggunakan sambungan Internet.
Aplikasi yang didownload dapat membantu pengguna Android menguruskan jadual harian mereka dengan lebih efektif. Malah, dengan menggunakan aplikasi dari Android Market Place, hampir semua urusan personal mahupun pekerjaan seseorang dapat dipermudahkan.
Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda 4 aplikasi Android pilihan saya:
1) Facebook for Android
Semua orang pun tahu, Facebook adalah taman permainan saya.. =p Jadi aplikasi Facebook mobile sangatlah penting bagi saya dan rasanya saya menggunakan aplikasi ini lebih banyak berbanding membuat panggilan mahupun kiriman pesanan ringkas (sms).
Aplikasi Facebook for Android yang paling baru ini amat praktikal kerana ia mempunyai hampir semua fungsi Facebook yang selalunya digunakan di web asal Facebook seperti status update photo dan video, delete post, friends search, message and chatting, fanpage status update dan pelbagai lagi.
2) Papago GPS
Papago juga adalah satu aplikasi yang amat menarik untuk didownload.
Sebelum ini, banyak gadget-gadget GPS seperti Garmin dipromosikan di PC Fair dengan harga promosi sekitar RM399 ke atas. Ramai yang berkira-kira untuk membeli gadget GPS seperti itu kerana beranggapan ianya mampu membantu mencari jalan jika hendak ke mana-mana. Tetapi apabila melihat pada harga yang mencecah ratusan ringgit, ramai juga yang melupakan saja hajat tersebut.
Kini dengan adanya sistem GPS Papago di smartphone Android, masalah seperti di atas dapat diselesaikan. Anda boleh dapatkannya di Market Place secara percuma atau minta saja pekerja di kedai telekomunikasi membantukan anda memasukkan aplikasi Papago ini ke smartphone Android anda.
Saya pernah mencuba menggunakan aplikasi Papago ini beberapa kali dan saya dapati ianya amat praktikal dan memang membantu ketika memandu. Percuma, mudah dan tepat, saya berikan 5 bintang untuk Papago!
3) MySolat
Picture credit to www.JomTenet.com
MySolat merupakan satu aplikasi yang amat penting buat pengguna-pengguna Android yang beragama Islam dalam mencari informasi berkenaan waktu solat.
Jika sebelum ini, kebanyakan kita mencari waktu solat di helaian surat khabar ataupun bertanya pada sesiapa, kini tidak perlu lagi. Anda hanya perlu klik pada aplikasi MySolat ini, tetapkan lokasi anda dan 5 waktu solat sepanjang hari akan dipaparkan untuk anda.
Waktu solat yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada laman web e-solat.gov.my. Jadi ketepatan dan kesahihannya adalah pasti dan insyaAllah dapat membantu kita.
Selain waktu solat, aplikasi MySolat ini dilengkapi dengan fungsi penunjuk arah kiblat. Arah kiblat juga menjadi masalah kepada kebanyakkan kita kerana kesukaran untuk mengetahuinya jika kita sampai ke sesuatu tempat yang asing.
Dengan menggunakan aplikasi MySolat, kita dapat mengagak arah kiblat yang betul. Walaupun ada yang berpendapat penunjuk arah kiblat yang ditunjukkan tidaklah beberapa tepat, tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita berusaha mencari petunjuk arah kiblat ketika tiada piring Astro di kawasan itu.. =p
4) PicsArt Studio
Ok PicsArt Studio ni adalah satu aplikasi yang membolehkan kita mengedit gambar. Dengan penambahan efek-efek tertentu, gambar kita akan menjadi lebih cantik, menarik dan unik.
Sebenarnya terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit gambar yang boleh anda dapatkan di Android Market Place, dan saya pun telah mendownload beberapa aplikasi edit gambar seperti Beauty Camera, Photo Art dan PicSay, tetapi saya rasakan PicsArt ini adalah paling bermanfaat dan user-friendly.
Terdapat banyak fungsi efek yang boleh dimasukkan seperti Call Out, Text, Draw, Border, Frame, Sticker dan bermacam-macam lagi. Ianya memang mudah digunakan. Hanya pilih efek, klik untuk penetapan dan save ke gallery.
Gambar yang telah diedit dapat dikongsikan dengan kawan-kawan anda di Facebook mahupun blog. Menarik bukan? =)
Oklah, sampai sini dulu perkongsian berkenaan aplikasi Android buat masa ini. Sebenarnya kalau boleh nak bagi 5 aplikasi pilihan, tapi apakan daya, masa amat mencemburui.. Banyak lagi tugasan lain menanti selepas ini..
Tapi tak apa, lain kali kalau ada masa, saya akan cerita lagi berkenaan topik seperti ini.. Ok jumpa lagi, c yah! =)
Saturday, February 11, 2012
Tips Blogging Blog Personal
Blogging adalah satu cara yang amat menarik untuk berkongsi apa saja cerita anda dan ianya tidak terbatas dengan apa-apa protokol. Anda bebas menulis apa saja di blog anda, sama ada bersifat personal, atau bernichekan topik-topik tertentu yang khas seperti perniagaan, politik, hiburan atau agama.
Setiap kali melawat blog orang lain, terasa amat teruja untuk menulis seperti mereka, berkongsi cerita dengan pembaca yang sudi, atau sekurang-kurangnya meluahkan segala isi hati agar reda sedikit rasa tekanan hidup yang dihadapi.
Tidak kurang juga yang melihat blog orang lain yang sarat dengan informasi berguna dan praktikal, membuatkan dia juga teringin untuk membina satu blog yang mampu membantu orang lain dengan informasi tersendiri.
Ramai yang berminat untuk menulis blog, tapi ramai juga yang tidak mampu membinanya malah jika sudah membina blog, tidak mampu menulisnya dengan baik.
Dalam post kali ini, saya akan berkongsikan beberapa tips berblogging berpandukan pengalaman saya berblogging di NizamMalek.com ini sejak 2009.
Terdapat beberapa cara membuatkan blog personal anda nampak menarik dan berkesan. Antara tipsnya adalah:
- Pilih tema blog yang kemas. Kalau boleh jangan pilih tema blog yang terlalu fancy dan bergambar rawak. Ianya akan memeningkan minda pelawat blog anda. Tema blog 1 warna seperti merah, hitam atau biru adalah sesuai untuk menampakkan kematangan blog anda.
- Pilih tema blog yang berlatar belakang putih dan tulis menggunakan tulisan berwarna hitam. Ia membuatkan blog anda kelihatan lebih jelas, mudah dibaca dan tidak menyakitkan mata.
- Tidak tahu menulis? Jangan risau, tulis saja! Blog anda adalah milik anda. Jangan fikirkan apa yang orang kata berkenaan cara anda menulis. Mungkin anda fikir tulisan anda tidak menarik, skema, atau kebudak-budakkan..?? Persetankan semua itu.. Tidak mengapa.. Anda akan belajar untuk menulis dengan lebih baik setiap kali anda membuat post baru..
- Tuliskan apa yang anda tahu.. Apa saja yang anda tahu adalah bernilai untuk dikongsikan dengan orang lain.. Mungkin apa yang anda tahu adalah sesuatu yang kecil, tetapi siapa tahu ianya mampu membantu orang lain.. Jadi tulis saja apa yang anda tahu, pengalaman anda atau cerita anda.. =)
- Blog umpama diari. Apa yang anda tulis hari ini akan menjadi kenangan menarik apabila dibaca pada masa akan datang. Ianya menggamit semula memori lalu.. Dan akan membuatkan anda tersenyum membacanya semula satu hari nanti..
- Lihat blog orang lain, dan tiru gaya penulisan mereka.. Mulakan dengan meniru jika anda betul-betul tidak reti untuk memulakan.. Bila dah agak-agak pandai sikit, cari gaya penulisan anda yang tersendiri..
- Tulis seperti anda bercakap.. Ianya akan nampak lebih 'hidup' di mata pembaca/pelawat blog anda.. Luahkan ibarat anda sedang bercakap dengan kawan anda.. Inilah blog personal.. Jadi diri anda sendiri! =)
- Jika anda tiada idea untuk menulis, gunakan gambar! A picture paints thousand stories.. Betul ke saya tulis tu? =p Upload saja gambar dan tulis sedikit deskripsi di bawah gambar tersebut.. Mudah bukan? =)
Oklah, sampai sini dulu tips blogging untuk blog personal yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Semoga bermanfaat dan dapat membantu anda yang teringin untuk menulis blog. Anda masih belum terlambat, mulakan menulis blog sekarang. Ia mudah, ia bermakna! =)
Status 15
Malaysia have talented and genius youths..
If I were to choose one,
I would vote for..
"Matluthfi"
Tuesday, February 7, 2012
Sesal Mendua Cover by Nizam Malek
Salam, and hye guys..
Ok hari ni saya ada buat satu video cover lagi..
Lagu Sesal Mendua nyanyian asal kumpuan Klangit..
Melody lagu ni rasa cambest gak lah..
Kira kena lah dengan Klangit..
Kalau saya memang Klaut je.. hehe.. =p
Oklah, have a look video kat bawah ni kalau ada cukup bandwith nak stream.. =D
Btw, video ni saya just try2 je..
Maybe ada salah lirik n melodi..
Next time saya buat lagi yang lagi ok k.. =p
Ok hari ni saya ada buat satu video cover lagi..
Lagu Sesal Mendua nyanyian asal kumpuan Klangit..
Melody lagu ni rasa cambest gak lah..
Kira kena lah dengan Klangit..
Kalau saya memang Klaut je.. hehe.. =p
Oklah, have a look video kat bawah ni kalau ada cukup bandwith nak stream.. =D
Btw, video ni saya just try2 je..
Maybe ada salah lirik n melodi..
Next time saya buat lagi yang lagi ok k.. =p
Monday, February 6, 2012
Status 16
I'm not interested in politics..
But I really like watching Khairy Jamaluddin debating..
I wish I can talk confidently like him..
That's what I'd refer as inspiration.. =)
[KISSinsights] MARA vs PTPTN?
Dalam ruangan KISSinsights kali ini, saya menerima satu soalan pada tarikh 1 Februari 2012.
Soalannya berbunyi begini,
"Farmasi kat CUCMS boleh dapat pinjaman sepenuhnya dari PTPTN ke? Untuk registration, kena bayar guna duit sendiri atau termasuk dengan PTPTN? Yuran hostel pula macam mana? Mahal tak? Pada pendapat anda, MARA atau PTPTN lebih baik?"
Ok berkenaan dengan polisi terkini pinjaman PTPTN, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, seeloknya anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang menguruskan PTPTN.
Walaubagaimanapun, seingat saya ketika belajar di CUCMS dahulu, ada kawan saya yang mendapat pinjaman PTPTN pada semester ke dua atau ke tiga tidak mendapat pinjaman penuh dari mula kursus. Bermakna, PTPTN hanya memberi pinjaman bermula semester yang diluluskan sehingga tamat kursus yang diambil.
Untuk pendaftaran, jika anda telah mendapat pinjaman daripada mana-mana badan seperti MARA, JPA atau PTPTN, kebiasaannya urusan pembayaran akan ditanggung oleh pinjaman tersebut. Jika perlu membuat bayaran pun, ia tidak melibatkan jumlah yang besar.
Jika anda masih belum berjaya mendapatkan pinjaman ketika proses pendaftaran, anda perlu menggunakan wang sendiri untuk membayarnya. Seeloknya, wang simpanan yang mencukupi adalah diperlukan jika bercadang untuk melanjutkan pelajaran di institusi swasta seperti CUCMS.
Yuran hostel pula melibatkan hostel yang terletak sekitar Cyberjaya iaitu Cyberia Smart Homes dan Cyberheights. Yup, yuran hostel boleh dikatakan agak 'mewah' tetapi ia adalah harga standard di kota Cyberjaya.
Kebiasaannya, pelajar perlu bertahan dengan yuran hostel pada tahun pertama dan berusaha mencari rumah sewa sendiri pada harga yang lebih berpatutan di sekitar Dengkil, atau Putrajaya pada tahun kedua.
Berkenaan MARA dan PTPTN, secara asasnya, kedua-dua badan ini memberikan bantuan pinjaman kewangan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tertinggi. Oleh itu, secara asasnya, kedua-dua badan ini adalah baik untuk para pelajar.
Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya mencadangkan agar pelajar bumiputera perlu berusaha untuk mendapatkan bantuan pinjaman MARA kerana ia hanya terbuka kepada pelajar bumiputera sahaja. Dan berikanlah ruang kepada pelajar bukan bumiputera untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada PTPTN.
Bagaimanapun, saya percaya, kedua-dua badan ini memberikan pinjaman yang sewajarnya dan para pelajar yang layak menerimanya perlu menggunakan bantuan pinjaman ini dengan sebaik-baiknya.
Semoga jawapan ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada yang bertanya. Sebarang persoalan yang lebih spesifik, tepat dan terperinci berkenaan polisi bantuan pinjaman terkini boleh diajukan kepada Bahagian Kewangan CUCMS atau anda boleh lanjutkan secara terus dengan menghubungi pihak MARA dan PTPTN.
Terima kasih. =)
Sunday, February 5, 2012
Salam Maulidur Rasul 2012
Salam Maulidur Rasul. Sambutan pada tahun ini walaupun serba sederhana, tapi penuh dengan penghayatan.
Semoga program-program memperkenalkan dan mengagungkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat akan terus diadakan dari semasa ke semasa dan kita semua umat Islam mendapat keberkatan dalam kehidupan dengan mencontohi peribadi mulia Nabi Muhammad SAW.
Semoga program-program memperkenalkan dan mengagungkan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat akan terus diadakan dari semasa ke semasa dan kita semua umat Islam mendapat keberkatan dalam kehidupan dengan mencontohi peribadi mulia Nabi Muhammad SAW.
Kalau ada masa, mari dengar lagu nasyid dari kumpulan nasyid feveret saya, In Team dengan lagu Solla Alaikallah. =)
Akhir kata, Salam Maulidur Rasul dari Nizam Malek.com. =)
Saturday, February 4, 2012
What to do if you get involved with an accident?
Salam, hye semua~
Apa khabar?
Semoga sentiasa bergumbira di hari sabtu yang sangat cambest.. Tapi sekarang dah pukul 6.. Sabtu ku akan berakhir.. Wuaa..
Huhu ok, kali ni saya nak berkongsi dengan anda cerita saya semalam, di mana saya telah ditimpa satu musibah apabila saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..
Ceritanya macam ni, pagi tu dalam pukul 7am, saya keluar memandu untuk menghantar adik ke sekolah.. Pagi tu keluar agak awal dari kebiasaan.. Perjalanan dimulakan dengan bacaan Doa Naik Kenderaan dan doa tawakkal:
Pic credit to: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
Selepas itu, saya pun memandulah seperti biasa.. Bila sampai kat kawasan sekolah.. Ada satu kerja-kerja pembaikian jalan sedang dijalankan di hadapan kawasan sekolah menyebabkan lalu lintas menjadi agak sesak.. Kereta berbaris di kedua-dua arah..
Selepas adik dah ke sekolah, saya meneruskan perjalanan.. Disebabkan kerja-kerja pembinaan jalan itu berlaku di hadapan sekolah, saya tak dapat membuat pusingan U-turn dan terpaksa memandu terus memasuki satu jalan yang jarang saya lalui..
Jalan sebelah (arah bertentangan) masih sesak dengan barisan kenderaan-kenderaan lain yang masih kelihatan tidak bergerak. Saya memandu seperti biasa, kelajuan lebih kurang 50km/j sahaja..
Tengah syok-syok tukar gear tu.. Tetiba saya terdengar satu bunyi dari bahagian kanan kereta saya.. Sambil secara automatik menekan emergency break.. Bunyi sesuatu bergesel kuat.. Saya pun tengok ke arah kanan..
Ternampak satu kereta kancil warna merah berada agak dekat.. Saya tengok lagi betul-betul.. "Oh man, aku kena langgar rupanya!!" (Baru tersedar dari mengantuk kot.. hehe..)
Kereta kancil tu nak keluar simpang.. Mungkin terlalai atau gopoh, beliau keluar jalan tanpa melihat kereta yang datang dari arah kiri (kereta saya lah tu..).. Maka dengan takdir Tuhan yang Maha Mengetahui, terkena tepatlah pada kereta ku di bahagian kanan hadapan (depan tayar)..
Tetiba kereta kancil tu reverse ke belakang.. Terdengar bunyi besi tertarik.. Kancil tu terus reverse ke belakang untuk memberi ruang pada kereta lain agar tidak menghalang lalu lintas..
Saya pun tengok enjin kereta masih hidup.. Try masuk gear dan gerakkan kereta ke kawasan yang lebih lapang..
Jadi saya pun keluarlah dari kereta.. Time tu pakai baju nak g kerja dah, siap tie, tag in semua.. Tapi pakai selipar lah.. =p
Tengok kereta saya dah kemek dan bahagian bumper kanan dah terkopak.. Ada yang koyak sikit.. Tangki wiper dah kena juga.. Lampu depan tak pecah..
Kemudian pakcik yang bawa kancil tu datang, dan minta maaf.. Beliau mengaku salah beliau yang keluar simpang secara melulu tanpa melihat kenderaan dari arah kiri beliau.. Saya pun tanyalah, "so ni kira macam mana pak cik?"
Beliau pun jawab, "ok tak pe, ni salah saya, biar saya tanggung guna insurans saya. Encik cuma perlu buat laporan polis, dan saya pun akan buat laporan polis.. Dalam tempoh 24 jam.. Encik jangan risau.."
Hmm, dalam hati saya, kalau claim insurans mesti prosedur dia lama.. Masuk workshop beberapa minggu atau bulan.. Then how am I going to work or anywhere without a car.. Car is a necessary today.. Tak kan nak naik basikal.. Tak macholah.. *_* hehe.. =p
Then I called my dad.. Abah selalu pesan, if anything happens, do call and ask his opinions first.. That's why having a useable phone at that kind of moment is very important..
Because dalam keadaan macam tu (kemalangan), mungkin kita masih terkejut dan tak dapat buat keputusan yang wajar.. Jadi kita perlu call sesiapa dan tanya pendapat apa yang perlu dilakukan sementara kita dapat berfikir apa yang patut dilakukan..
So bila dah deal untuk claim menggunakan insurans beliau dan saya tak perlu keluarkan apa-apa duit, saya pun ambil detail beliau seperti nama, no telefon dan no plate kenderaan.. Dan saya berikan juga detail saya kepada beliau..
Lepas tu beliau pun pergi dari kawasan tu.. Saya pun buat keputusan untuk bawa kereta balik ke rumah.. Memang risau juga time tu, kot-kot lah ada benda yang akan tercabut dari kereta or tetiba kereta berhentikan.. Tapi tawakkal je lah..
Pagi tu rasa bercampur aduk, tapi Alhamdulillah, Allah beri ketenangan untuk buat keputusan dan bertindak..
Apa-apa pun, I have to go through, sebab pagi tu ada meeting dengan Ketua Pegawai Farmasi.. Jadi tak boleh lah nak ambil Emergency Leave (EL) atau masuk kerja lambat..
So bila selamat sampai rumah, first thing yang saya buat adalah ambil gambar bahagian kereta yang kena langgar tu.. Nak kata sikit je, tak juga.. Nak kata teruk sangat, kereta still boleh jalan..
How it looks like..
Berdarah-darah dah my Viva.. Kesian..
Muka dah terpecah..
You will be fine.. ; )
Hmm, so petang tu lepas dah balik kerja pukul 5 petang, saya pun pergi ke Balai Polis Setia Indah untuk buat laporan polis berkenaan kejadian kemalangan yang berlaku.. Siap dalam 40 minit juga..
Kemudian malam tu, saya pergi ke Balai Polis Trafik Johor Bahru. Kat situ, Pegawai Penyiasat akan ambil gambar kereta dan jadikan report penuh daripada polis..
Selepas selesai dengan Pegawai Penyiasat tu, saya perlu datang semula ke Balai Polis Trafik Johor Bahru pada hari bekerja, untuk ambil semua salinan laporan polis, gambar-gambar dan beberapa lagi dokumen yang diperlukan untuk urusan claim insurans.. Semua ni kira prosedurlah..
Lepas semua dokumen untuk claim insurans dah dapat nanti, maka barulah kereta boleh masuk workshop untuk dibaiki.. Memang proses claim insurans dan workshop ni mengambil masa.. Ada tu sampai berbulan-bulan kereta di workshop..
Sementara tu kena jadi rakyat biasa lah, jalan kaki ke sana ke mari.. Kira ok juga, boleh exercise.. hehe.. =p
Ni pemandangan time I was walking back home from work.. =p
3 Februari 2012 adalah satu pengalaman, terlibat dalam kemalangan kecil.. Cuma Alhamdulillah, I was not physically affected.. Sedih juga bila Viva cedera teruk dan terpaksa masuk workshop.. Mungkin ni petanda nak dapat kereta baru kot.. Proton Inspira 2.0? heheh.. =p
Ok sampai sini dulu, see yah!
Subscribe to:
Posts (Atom)