Wednesday, July 2, 2014

Teknik OPM Nizam Malek


Apabila saya berbicara tentang Teknik OPM (Other People's Money), akan ada mereka yang memberi pandangan yang lain dan berbeza, antaranya:

1. Kenapa beli rumah guna pinjaman, lebih baik beli cash. 
2. Tak perlu beli rumah untuk buat positive cash flow, sublet sahaja. 
3. Beli rumah dan buat positive cash flow cumalah angan-angan, realitinya, tiada positive cash flow dengan beli rumah, duit mengalir keluar adalah.
4. Beli 3 buah rumah? Lambat lagi lah nak kahwin jawabnya~

Saya faham, semua orang ada buah fikiran masing-masing.

Tiada masalah pun, asalkan teknik yang dibuat sesuai untuk diri sendiri, itu dah cukup baik.

Teknik OPM yang saya buat adalah apa yang mentor Pelaburan Hartanah saya ajar.

Mentor saya tak ajar beli rumah secara cash, dan beliau pun tak ajar saya buat sublet.

Jadi saya berbicara atas dasar pengetahuan saya sendiri yang telah terbukti berkesan.

Saya tak cakap benda yang saya sendiri tak buat.

Tapi ya, orang lain ada cara masing-masing, tiada masalah.

Untuk menjawab keempat-empat pandangan di atas, secara peribadinya saya berpendapat:

1. Kita beli rumah menggunakan pinjaman untuk mengurangkan penggunaan modal kita. Kalau beli rumah berharga RM100,000 secara cash, habis duit modal kita RM100,000 untuk beli satu buah rumah sahaja. Tapi kalau ada RM100,000 dan kita gunakan pinjaman pembiayaan bank, kita berpotensi membeli 3-5 buah rumah yang boleh dijadikan sebagai mesin wang kita. Melalui Teknik OPM yang saya fahami, monthly installment rumah yang kita beli itu pun kita tidak bayar, tapi dibayar oleh orang lain. Positive cash flow yang terhasil, digunakan untuk membayar liabiliti monthly installment kereta kita.

2. Sublet adalah salah satu cara untuk menjana wang melalui hartanah. Tapi pada saya, sublet bukanlah satu bentuk Pelaburan Hartanah. Hakikatnya, subleter bekerja untuk hartanah. Tuan rumah menggunakan subleter untuk menjaga rumah mereka. Akhirnya, yang bekerja keras adalah subleter dan yang menjana wang secara konsisten dengan mudah setiap bulan adalah tuan rumah. Dengan membeli rumah, kita memiliki aset atas nama kita. Net worth kita juga bertambah. Proses menjadi tuan rumah ini rumit dan sukar pada 4-6 bulan pertama. Selepas urusan jual beli rumah selesai, hidup tuan rumah menjadi amat mudah sehingga ke akhirnya.

3. Idea Teknik OPM ini (menggunakan wang orang lain) adalah satu teknik pemikiran di luar kotak. Saya faham ramai yang tak boleh berfikir sehingga ke tahap itu. Ramai orang berfikir, apabila kita nak sesuatu, kita perlu bekerja 3, 4 kali ganda lebih kuat untuk memilikinya menggunakan kudrat diri sendiri dan wang sendiri. Hakikatnya, untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup dalam masa yang singkat, kita perlu menggunakan konsep leverage. Dengan adanya ilmu yang betul, kita boleh menjana positive cash flow daripada rumah. Sebab itu saya tekankan, bila tiada ilmu, jangan beri pandangan dan konklusi.

4. Perancangan untuk buat Teknik OPM ini tidak menghalang seseorang untuk kahwin pun. Saya sendiri pun berkahwin pada tempoh masa saya sedang mengaplikasikan Teknik OPM. Jika ada pandangan yang mengatakan perlu ikat perut dan tak boleh kahwin sebab nak buat Teknik OPM, saya boleh katakan tidak betul. Malah Allah berfirman dalam surah An Nuur (24) ayat 32 yang bermaksud "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.".

Akhirnya, saya faham setiap orang ada cara, kelebihan dan kekurangan masing.

Pada saya, cara yang terbukti berkesan jika hendak buat Teknik OPM adalah beli rumah dan dapatkan positive cash flow yang digunakan untuk membayar liabiliti-liabiliti kita.

InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan kongsikan 2 rule, macam mana nak buat Teknik OPM ini bagi yang bermula dari 0.

P/S: Saya pun sebenarnya bermula dari 0. 

2 comments:

Unknown on August 25, 2014 at 7:19 AM said...

Bila nak share dua rule tu bro nizam? Hehee

Nizam Malek on August 31, 2014 at 1:14 PM said...

InsyaAllah bila sampai waktunya. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.