Assalamualaikum,
Sepanjang seminggu yang lepas, Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter, CUCMS telah menganjurkan Kempen Cinta dan Sambutan Maulidur Rasul.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program tersebut seperti Pertandingan Multimedia, Pertandingan Nasyid, Persembahan Pentomim, Booth Jualan, One Ringgit Corner, Kotak "Soal Hati", Edaran Risalah berkaitan Cinta, Kursus Kahwin dan lain-lain.
Aku berkesempatan menyertai beberapa aktiviti yang diadakan dan Alhamdulillah, dapat jugalah pengisian kerohanian walaupun kebanyakannya dijalankan secara santai dan terselit gelak ketawa. Congratulation to the juniors yang did a go job for the program. It's not bad. =)
Berikut adalah antara aktiviti program yang sempat aku sertai:
1) Forum 'Ketika Cinta Berbicara'
Forum yang berpaksikan permasalahan atau isu berkaitan cinta sememangnya hangat diadakan untuk pelajar IPTA/IPTS. Walaupun mungkin dipandang sinis orang segelintir pelajar atas bermacam-macam alasan, tapi bagi aku ia agak 'bernilai' dalam menerapkan pendirian sebenar ajaran Islam terhadap isu cinta. Bukakan minda, lapangkan hati untuk mendengar pendapat ahli-ahli panel berkaitan permasalahan yang timbul berkaitan cinta sebelum nikah dan sesuaikannya dengan situasi diri kita sendiri.
Ahli-ahli panel yang dijemput adalah penulis buku Bila Allah Menduga Kita; Saudara Syed Alwi Al-Attas (Pak Alwi) yang dibawa khas dari Jakarta (wah.. =)) dan Dr Cinta dari Iluvislam.com, saudari Wan Siti Nur Aisyah. Aku amat tertarik dengan hujah dan cerita Pak Alwi berkaitan persepsi dan pendapatnya berkaitan cinta. Berbicara secara santai, tapi points nya tepat dan mudah difahami.
2) Pertandingan Nasyid
Tahun ni ada 4 kumpulan yang bertanding untuk pertandingan nasyid ni. Kebanyakannya student 1st dan 2nd year lah kan. So tahun ni aku cuma jadi penonton. Ada few juniors yang ada bakat dalam nasyid. Terpikat dengan gabungan suara kumpulan yang menang naib juara. Walaupun cuma bertiga, tapi paduan suara mereka harmoni dan jelas. Tahniah kepada yang menang. (Tapi mungkin korang tak boleh menang kalau kitorg masuk bertanding juga.. hehe..)
3) Pertandingan Multimedia
Juara Pertandingan Multimedia ni adalah Low Cost Production Sdn. Bhd. dengan tajuk Di Sebalik Misteri: Edisi Maulidur Rasul. Walaupun video tu yang 2009 punya, tapi still dapat memenangi hati juri. Wakil farmasi student pula dapat no 2. Tapi aku tak sure video yang mane diorg hantar.
4) Booth IluvIslam.com
Malam terakhir dinamakan Malam Tautan Kasih. Aku 'menyenggek' di booth IluvIslam.com. Booth tu dihandle oleh Ilyas dan senior Ridzwan. Antara product jenama iluvislam.com yang dijual ialah button badge, pen, tabloid, serta sticker kereta dan motorsikal. Selain tu ada juga jual buku-buku motivasi dan keagamaan terbitan PTS publishing Sdn Bhd seperti Solat SMART dan Super Muslim.
We did share some information berkaitan IluvIslam.com dan aktiviti-aktiviti sosial yang akan diadakan nanti. Kepada yang selalu terdorong pada perkara-perkara yang tidak sihat dan ingin berubah ke arah kebaikan, apa kata join aktiviti-aktiviti sebegini. Selain dapat meluaskan jaringan persahabatan, kita dapat membina sahsiah diri yang baik secara tidak langsung.
____________________________________________________________________
Congratulation to committee members (juniors 1st year dan 2nd year (CUCMS)) yang telah menjayakan program ini dengan baik. Walaupun sibuk dengan study, Personal & Professional Development (PPD) camp dan lain-lain, I could see your positive attitude in working together as a team for the program. All the best to all.
0 comments:
Post a Comment