Thursday, December 20, 2012

Tulis sikit-sikit..


Hallo.. Yehaa.. Pa dia..


Dah lama rasanya tak update blog.. Hmm, sebenarnya ada je masa nak update, tapi.. Ntahlah, rasa macam tak de mood plak.. Tak tahu nak tulis pasal apa..

Jadi untuk tidak menghampakan anda yang kerap berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni, saya pun tulis-tulis lah sikit..


Statistik Nizam Malek Blog

Ok, first skali nak cakap pasal statistik pengunjung Nizam Malek Blog ni..

Awal tahun 2012 dulu, saya target nak capai sekurang-kurangnya 600 orang visitor setiap bulan.

Tapi yang menariknya mengikut laporan statistik Sitemeter, dalam tahun 2012 ni, jumlah visitor ke Nizam Malek Blog melebihi 1000 orang hampir setiap bulan.

Terima kasih banyak kepada anda yang terus sudi melawat saya di sini. Sangat suka sebenarnya.. ^ ^


Cerita kerja

Ok, seperti anda semua sedia maklum dari blog post saya sebelum ni, saya telah pun mula bertugas di Unit Pintu Masuk, Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor (Enforcement).

Best ke tak? Errm, bagi saya memang best. Sangat best dan sesuai dengan diri saya.

Ramai yang tanya, memang minta Enforcement ke masa isi borang posting dulu? Saya jawab, ya, pilihan pertama.

Then diorg akan tanya lagi, kenapa pilih Enforcement? Jarang orang minta Enforcement..

Dan jawapan saya, sebab saya kurang minat klinikal, dan hospital setting.. Dan nak cari pengalaman baru di tempat baru..

Then ada pula yang balas.. Kalau tak minat klinikal, kenapa jadi Pharmacist!?

Huh.. Tolong, tolong, tolong.. Bagi saya, ramai dah tersalah anggap kerjaya seorang Pegawai Farmasi.

It's not just about clinical.. It's more than that.. It's more than that..

Huhu, tak pelah.. Pape pun, inilah jalan yang telah saya pilih dan saya akan pastikan saya mencapai apa yang saya sasarkan dalam kerjaya ini.. InsyaAllah.. =)


Persiapan kahwin

Selain pasal kerja, saya juga perlu mempersiapkan diri untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada pertengahan tahun 2013. Kalau boleh nak buat persiapan lebih awal.. Tak mahu last minute, nanti ada yang tak lengkap, payah pula..

Hmm, susah juga nak kahwin.. Banyak benda kena fikir.. Kena isi borang, pilih warna baju, pelamin, hantaran, kad jemputan, tarikh nikah, mohon cuti dan macam-macam lagi lah..

Terima kasih pada cik tunang yang bekerja keras untuk persiapan majlis yang akan berlangsung nanti. Bab-bab wedding ni saya serah pada dia. Saya terima segalanya seadanya.. =p

Semoga perjalanan ke arah memenuhi salah satu sunnah Rasullah S.A.W ini akan dipermudahkan dan segalanya diberkati.

Nantikan pengumuman rasmi berkenaan majlis ni di Facebook dan di sini k! =)


Tahniah Johan!

Ohya, dalam post kali ini juga, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada adik saya, Johan Firdaus yang telah mencapai keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012, iaitu 9A's.

Tahniah kerana telah membanggakan mama dan abah, dan berjaya menebus kegagalan abang-abang dan kakak-kakakmu.. Semoga Johan terus cemerlang dalam bidang akademik dan berjaya mencapai cita-cita..


Ok sampai sini saja coretan kali ni. InsyaAllah saya akan jawab soalan-soalan yang telah dihantar melalui kotak Qualaroo pada blog post yang akan datang. Jumpa lagi!


6 comments:

Era Fajira on December 21, 2012 at 7:47 AM said...

saya lah antara pelawat tetap..hehe.. =)

Nizam Malek on December 21, 2012 at 7:10 PM said...

Thanks The Miss Era.

Baca apa kat blog saya tu.. =p

Anonymous said...

Assalamualaikum, pertama sekali tahniah, krn punya blog yg sgt menarik, byk info di sini. Nak tanya soalan boleh ? Saya lelaki saya ditawarkan twinning prog, 2 + 2, di nottingham universiti, campus malaysia. Meaning, 2 thn di malaysia, dan 2 tahun di uk di bwh prog skim pelajar cemerlang (spc) tajaan MARA. Program farmasi.
Soalan saya :
1. Laluan kerjaya di dlm bidang ini ? Ada yg brpndapat, sekarang ini, pegawai farmasi dah ramai, betul ke ? Tiada kekosongan di jabatan kerajaan, maupun di sektor swasta.
2. Gaji permulaan beserta elaun, berapa ?
3. Minta jasa baik , untuk beri sedikit pandangan .
Terima kasih.

Nizam Malek on December 22, 2012 at 3:42 PM said...

Salam Anonymous,

Terima kasih kerana melawat blog saya. =)

Dan tahniah kerana ditawarkan ke Program Farmasi di bawah skim Pelajar Cemerlang (SPC) tajaan MARA.

Berkenaan soalan anda:

1. Pada pendapat saya, laluan kerjaya dalam bidang ini amat baik dan boleh dikira menguntungkan. Farmasi adalah satu kerjaya bertaraf Professional di mana kerjaya ini diiktiraf seluruh dunia. Memang betul, Pegawai Farmasi kini dah ramai berbanding beberapa tahun yang lalu dan menjadikan Farmasi satu kerjaya yang punya banyak persaingan. Walaubagaimanapun, saya masih percaya dan berpendapat, bidang Farmasi amat releven sepanjang zaman dan lebih ramai Pegawai Farmasi diperlukan sentiasa kerana lebih banyak perkhidmatan Farmasi akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Kesukaran untuk mendapat peluang pekerjaan bukanlah disebabkan kerjaya Farmasi, tapi mungkin melibatkan faktor-faktor lain seperti politik semasa dan juga ekonomi negara.

2. Gaji permulaan adalah RM2k lebih dan elaun RM1k lebih. Anda tidak perlu risau berkenaan gaji. InsyaAllah Farmasi adalah satu kerjaya yang menawarkan pulangan yang baik. =)

3. Pada pandangan saya, anda mendapat peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang amat baik, malah mendapat tajaan MARA. Anda perlu gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk membina masa depan yang cerah.

Semoga berjaya! =)


Anonymous said...

Salam . Kalau boleh saudara terangkan apa itu enforcement in pharmacy ? Sebab saya akan menghadiri temuduga pharmacy jadi saya nak tahu serba sedikit . Harap saudara sudi berkongsi . ;)

Nizam Malek on May 20, 2014 at 8:24 PM said...

Salam, Enforcement Pharmacy adalah Penguatkuasa Farmasi.

Ia satu cabang dalam bidang kerjaya Farmasi dan fokus dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan Farmasi di Malaysia.

Antara skop kerja Penguatkuasa Farmasi adalah Perlesenan, Risikan & Operasi, Kawalan kemasukan produk kesihatan di pintu-pintu masuk, Siasatan & Pendakwaan serta Pencegahan dan Kesedaran Pengguna.

Itu secara ringkasnya Enforcement Pharmacy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.