Friday, April 12, 2013

[Qualaroo] Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menjawab 2 lagi soalan yang telah dihantar oleh pembaca Nizam Malek Blog berkaitan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia.

Soalan pertama telah dihantar pada 22 Mac 2013, pukul 5.08pm dan berbunyi seperti ini;

1) "Salam En Nizam, nak tanya, saya merupakan lepasan SPM, kalau saya ambil kursus Diploma in Pharmacy, apa hala tuju saya selepas itu?"


Jawapan: Salam kepada anda yang bertanya, berkenaan dengan Diploma in Pharmacy (DIP), kebiasaannya anda akan belajar selama 3 tahun dan selepas tamat belajar, kelulusan yang anda dapat membolehkan anda untuk bekerja di sektor awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF) bermula dengan gred U29.

Di hospital, secara asasnya PPF bertugas sebagai pembantu kepada Pegawai Farmasi untuk tugas pre-packing, stock recording, cytotoxic drugs reconstitution, total parenteral nutrition dan bermacam-macam lagi yang membolehkan proses kerja di Jabatan Farmasi menjadi lebih teratur dan efisyen.

Walaubagaimanapun, tugas PPF terhad berbanding Pegawai Farmasi untuk sesuatu tugas. Contohnya, PPF tidak terlibat dengan proses mengeluarkan ubat-ubat psikotropik (Dangerous Drugs), pembelian ubat bagi kegunaan hospital, patient counselling dan kebanyakan masanya, tugas untuk mendispens ubat kini lebih banyak diserahkan kepada Pegawai Farmasi Provisional U41.

Selain bekerja di hospital, terdapat juga PPF yang bekerja di Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan tugasnya juga adalah untuk membantu Pegawai Penguatkuasa Farmasi mengikut unit-unit tertentu.

Berkenaan dengan gred pula, kenaikan jawatan adalah berdasarkan senioriti dan bukanlah mengikut masa (time-based) seperti yang berlaku dalam jawatan Pegawai Farmasi.

Namun, kerjaya sebagai PPF tidak terhenti di situ. Anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diambil dalam tempoh 4 tahun. Kelulusan tersebut membolehkan anda naik ke taraf Pegawai Farmasi.

Memang masa yang diambil adalah lebih panjang, namun ia tetap adalah satu opsyen yang baik.


Soalan kedua pula diterima pada 26 Mac 2013 pada pukul 3.19pm;

2) "Betul ke ahli Farmasi akan saturated???"


Jawapan: Soalan ini adalah antara soalan yang agak popular. Ramai yang ingin mengetahui, benarkah bahawa kerjaya dalam bidang Farmasi ini sudah atau akan tepu. Dengan kata lain, adakah bilangan ahli Farmasi berdaftar di Malaysia telah mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO)?

Secara tepatnya, saya tidak mempunyai perangkaan yang sebenar berkenaan jumlah Pegawai Farmasi di Malaysia dan apakah ianya telah mencapai sasaran ataupun belum. Jadi saya tidak dapat memberikan komen sama ada benar atau tidak jumlah ahli Farmasi di Malaysia telahpun atau akan tepu pada masa akan datang.

Cuma apa yang saya perhatikan adalah, memang betul, jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam terutamanya di hospital kerajaan telah bertambah dengan banyak berbanding beberapa tahun sebelum ini. 

Jika sebelum ini, sebuah hospital kerajaan cuma mempunyai seorang Pegawai Farmasi yang menyusun atur pengurusan berkaitan penggunaan ubat-ubatan hospital, kini hampir ke semua hospital telah mempunyai secara kasarnya 40-50 orang Pegawai Farmasi yang bertugas mengikut unit-unit tertentu seperti Klinikal, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Pesakit Luar dan lain-lain.

Perkembangan sihat ini telah membolehkan Jabatan Farmasi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pesakit di hospital. 

Walaubagaimanapun, sejajar dengan pertambahan populasi masyarakat, sudah semestinya beban kerja di Jabatan Farmasi akan bertambah, malah dengan perancangan untuk memberi perkhidmatan nilai tambah kepada para pesakit menjadi faktor keperluan untuk menambah jumlah Pegawai Farmasi setiap tahun.

Isunya adalah, penghasilan graduan Farmasi setiap tahun adalah amat banyak melebihi kekosongan jawatan yang dapat ditawarkan di hospital-hospital kerajaan. Bayangkan 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghasilkan kira-kira 1500 orang graduan Farmasi setiap tahun untuk ditempatkan dalam jawatan di sektor awam, tidak ditambah lagi dengan graduan Farmasi dari luar negara seperti Indonesia, Australia dan lain-lain.
Sudah pasti perkara ini menjadi kerisauan bagi mereka yang sedang menjalani kursus Farmasi atau berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi. Persoalannya, apakah masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia? Adakah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, graduan lepasan Farmasi akan menganggur sama seperti graduan lepasan kursus-kursus lain?

Pada pendapat saya, ketepuan jumlah ahli Farmasi di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor besar seperti faktor politik semasa dan kekosongan jawatan. Bidang Farmasi adalah satu bidang yang amat penting dan perkhidmatan Farmasi menjadi tulang belakang kepada kesihatan manusia. Perkhidmatan Farmasi tidak boleh tepu kerana permintaan terhadapnya sentiasa tinggi dan bertambah setiap tahun.

Malah, kerjaya Farmasi menawarkan pelbagai cabang yang tidak kurang menarik selain perkhidmatan di hospital kerajaan. 

Pada masa ini juga, kebanyakan hospital swasta di Malaysia sekadar mempunyai 1 atau 2 orang Pegawai Farmasi yang mengurus semua urusan berkaitan Jabatan Farmasi. Kekosongan besar ini mungkin menjadi satu peluang buat Pegawai Farmasi untuk berkhidmat di hospital swasta. Sudah pasti cabarannya berbeza dengan berkhidmat di hospital kerajaan, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang baik.

Selain berkhidmat di hospital, ahli Farmasi juga boleh mencari peluang pekerjaan di rangkaian Farmasi retail. Pada masa kini, permintaan terhadap ahli Farmasi berdaftar adalah amat tinggi terutamanya daripada e-Cosway.

Walaupun terdapat banyak khabar mengatakan bahawa menceburi dunia rangkaian Farmasi retail melalui e-Cosway bukanlah satu langkah yang terbaik, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Kepada yang tidak meminati Farmasi retail atas alasan-alasan tertentu, mereka boleh mencabar diri mereka untuk mencari peluang pekerjaan di sektor industri iaitu di kilang-kilang penghasilan ubat-ubatan.

Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah, beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.

Secara umumnya, memang benar, tiada jaminan bahawa bidang Farmasi dapat memberikan pekerjaan kepada para graduan lepasan Farmasi seperti tahun-tahun sebelum ini. Malah polisi dalam bidang Farmasi juga dilihat bertukar-tukar dengan amat drastik dari semasa ke semasa.

Namun, sekali lagi pada pendapat saya, bidang Farmasi masih lagi adalah satu pilihan kerjaya yang amat baik untuk diceburi. Jika alasan jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam telahpun mencapai tahap ketepuan, graduan lepasan Farmasi masih boleh mendapatkan peluang pekerjaan di sektor swasta yang masih lagi dikira berpermintaan tinggi. 

Apa yang penting bagi anda yang sedang mengikuti kursus Farmasi atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi adalah, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan kemahiran soft-skill/modal-insan yang terkini untuk membolehkan anda bersaing mendapatkan pekerjaan.

Secara peribadi, saya masih lagi berpendapat bidang Farmasi adalah satu pilihan yang baik dan bidang Farmasi memerlukan lebih ramai ahli Farmasi berkualiti yang dapat mengembangkan perkhidmatan Farmasi di Malaysia untuk sepanjang masa.

Cuma jika benar suatu hari nanti kursus Farmasi di Malaysia tidak lagi dianggap satu kursus kritikal, pilihan seterusnya yang terbaik adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor pergigian.

Jika anda ada ruang untuk mendapatkan lebih info berkenaannya, anda akan dapat melihat perbandingan terhadap kedua-dua bidang kerjaya ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi gambaran terhadap pandangan berkenaan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia kepada anda.

Sebarang soalan/komen adalah amat-amat dialukan.

294 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 294   Newer›   Newest»
Anonymous said...

kalau ambil diploma farmasi,,lau nak sambung degree boleh tak kurangkan pengajian to 2 or 3 tahun je??
based on your opinion which better to choose matrik or diploma??
i only got 6A on SPM..:(
please give a best opinion,,i really need to know??:)

Nizam Malek on April 16, 2013 at 8:48 PM said...

Kalau sambung degree dari diploma, tempoh penuh pengajian adalah 3+4 = 7 tahun, tiada pengurangan masa.

Berdasarkan pengalaman saya, anda boleh pilih matrik jika anda yakin anda boleh bersaing untuk mendapatkan cgpa yang bagus, iaitu 4.0.

Jika gagal, peluang untuk mendapat tempat di IPTA untuk kursus kritikal seperti Farmasi adalah tipis.

Jika nak sambung di IPTS, kosnya pula agak tinggi.

Berbanding diploma, perjalanan untuk sampai ke degree level agak panjang, tapi lebih mudah.

Tahniah kerana mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Teruskan usaha untuk terus berjaya.

Sebelum itu, boleh saya tahu, kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi?

Pada pandangan saya, prospek kerjaya yang lebih baik untuk diceburi kini adalah dentistry, iaitu Doktor Pergigian kerana faktor peluang pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan.

Namun ia juga amat bergantung kepada minat dan kecenderungan anda.

Anonymous said...

terima kasih kerana jawapan yang diberikan,,
sebenarnya saya berminat dalam bidang farmasi nie,,ada orang kata kalau ambil diploma farmasi nanti kta sambung degree kta terus ke sem 3,,and lau budak matrik kena start dengan sem 1 dulu,,betul ker??
sebenarnya saya kurang berminat dengan dentistry,,
jadi kalau saya ambil diploma farmasi macam mana dengan peluang kerjaya nanti saya graduate nie??

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya Berminat dengan kursus Farmasi ni. SPM saya dapat 6A 2B 2C.. B Bi, Bio. C Physics, Add Maths. Tapi saya sedikit musykil. Kalau ikutkan syarat di Web Lembaga Farmasi, Kelayakan untuk ke Degree Farmasi Sekurang-kurangnya 3.5 Di peringkat Matrik/asasi. Dan nak at Least B Bio, Physics, Chemistry, Math/Add Math SPM. Yang lain saya lepas. Cuma Physics saya C. Saya tak nak ambik Course Doktor, Dentist lepas habis Matrik, saya nak sambung dalam Degree Pharmacy. Doctor dan Dentist sangat letih nak dibandingkan dengan Pegawai Farmasi. So, dapatkah saya apply Kursus tersebut setelah menamatkan Pengajian Di Matrikulasi ? Ini yang membuatkan saya Down. Saya Struggle sampai dapat A kimia. Yang saya heran, kenapa nak Physics jugak ? I Hate Physics So Much -_-"

Nizam Malek on April 17, 2013 at 11:47 PM said...

To Anonymous 1:

Yang saya tahu, diploma Farmasi + degree Farmasi = 7 tahun. Tiada lompat tahun.

Sebab training diploma Farmasi dan degree Farmasi adalah berbeza.

Pokoknya, tak kira dari manapun, degree Farmasi perlu dijalani selama 4 tahun.

Berkenaan dengan peluang kerjaya graduan lepasan diploma Farmasi, sila rujuk artikel di atas.

Nizam Malek on April 17, 2013 at 11:58 PM said...

To Anonymous 2:

Wasalam.

Anda boleh apply untuk sambung dalam Degree Farmasi di IPTA, dengan syarat anda mendapat keputusan cemerlang iaitu cgpa 4.0.

Basic sciences sangat penting dalam Degree Farmasi. Kimia, Biologi dan Fizik adalah kombinasi utama dalam basic sciences.

Malah dalam silibus Farmasi, terdapat subjek Physical Pharmacy yang terdapat sedikit konsep Fizik dan pengiraan ringkas.

Bidang Farmasi adalah bidang sains. Memang ada subjek yang kita lemah, tapi jangan benci terus, sebab kita masih perlu menguasainya, supaya kita dapat mencapai matlamat yang lebih besar.

Sama juga bagi yang lemah bahasa Inggeris. Sedangkan pelajaran Farmasi disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Jadi saya sarankan, jangan menjadikan alasan tidak suka subjek sebagai penghalang lagi.

Jika anda serius mahu berjaya, lihat ia sebagai satu cabaran. Dan belajar teknik yang betul untuk menguasai apa saja yang berkaitan Fizik.

InsyaAllah, saya pasti anda boleh melakukannya, jika anda betul-betul berusaha, mempunyai minat dan keinginan.

All the best!

Anonymous said...

Terima Kasih atas nasihat tersebut. Saya bukanlah lemah sangat Subject Physics. Tapi tak suka bab-bab electric, electronic, Ray dan tajuk2 seperti itu. Jika saya dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, For sure saya akan pilih course sains hayat.. No Physics Anymore.. Haha !!

Nizam Malek on April 19, 2013 at 12:59 AM said...

Yup, ada subjek2 yang kita tak minat. Saya pun ada juga subjek yang saya kurang minat.

Tapi tak pe, kena buat dan hadapi juga. Ia hanyalah sebahagian daripada matlamat, jadi jangan berputus asa kalau kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk tempoh masa yang pendek.

Matrikulasi: Dulu saya juga tukar dari sains fizikal kepada sains hayat.

All the best! Saya doakan anda berjaya. Kalau dah berjaya nanti, tegur2 lah saya. =)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Malek on April 21, 2013 at 12:56 PM said...

Salam,

Terima kasih kerana meninggalkan jejak melalui ruangan komen.

Tapi mohon tidak menggunakan ruang komen ini sebagai medium promosi anda.

Ini dinamakan spamming.

Komen berbentuk promosi akan didelete oleh admin blog.

Sila hubungi Nizam Malek melalui link ini: http://www.nizammalek.com/p/contact.html jika berminat untuk meletakkan iklan promosi anda di Nizam Malek Blog.

Terima kasih.

Anonymous said...

salam ,
betul ke bidang dentistry masih ada peluang pekerjaan bagi lepasan spm 2013 ?
sebab saya rancang nak ambil dentistry sebab doktor memang dah ramai sekarang ni .
saya risau kaalu tak dapat pekerjaan nanti ...

Nizam Malek on April 30, 2013 at 12:23 AM said...

Salam, info berkenaan bidang dentistry ni saya dapat daripada pegawai dari Bahagian latihan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menghadiri Program Transformasi Minda Januari 2013 yang lain.

Beliau menasihatkan, kalau ada saudara atau kawan-kawan yang nak sambung belajar dalam bidang kritikal, pilihan yang terbaik kini adalah dentistry berbanding perubatan dan Farmasi.

Ia kerana, peluang pekerjaan dalam bidang dentistry masih lagi terlalu banyak dan terbuka.

Bidang dentistry adalah satu bidang professional dan graduannya akan mendapat title Dr.

Banyakkan pembacaan berkenaan bidang dentistry ini. Jika ada pameran kerjaya, sertai dan dapatkan maklumat yang lebih tepat berkenaan bidang ini.

Dan jika anda rasa anda mempunyai minat untuk menjadi seorang Doktor Gigi, ia akan menjadi pilihan yang amat baik.

Peluang kerja, insyaAllah akan ada kerana permintaan terhadap profession Doktor Pergigian ini amat baik pada masa ini dan masa depan.

Anonymous said...

salam,,saya ingin bertanya, major course dalam bidang farmasi ni bio or chem?sebab based on result saye mse asasi,sye punye bio b+ dan chem a,saye ingat saye nk lari dari subjek bio,bley encik bagi nasihat sket course ape yg ptot sye amek?
tqvm

Nizam Malek on May 18, 2013 at 4:57 PM said...

Salam, main subjek dalam bidang Farmasi ini melibatkan subjek bio dan chem.

Anda tidak boleh lari dari subjek biologi kerana ia adalah subjek asas sains yang melibatkan fungsi badan benda hidup seperti manusia.

Jika anda tidak cuba untuk menguasai subjek asas sains seperti chem, bio, fizik dan matematik, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguasai bidang Farmasi secara keseluruhan kerana bidang Farmasi adalah bidang yang luas.

Nasihat saya adalah, jika anda meminati kerjaya Farmasi, pupuk minat terhadap subjek asas sains dan berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini.

Ramai saja yang tidak mencapai keputusan yang paling cemerlang dalam akademik, tetapi kini berjaya mencapai ahli Farmasi yang baik.

Pencapaian akademik bukan penentu, tetapi ia merupakan asas yang penting untuk membina kerjaya yang baik di masa hadapan.

All the best.

Anonymous said...

kalau diploma sains nk sambung degree farmasi blh ke dan layak ke?

Nizam Malek on May 18, 2013 at 9:11 PM said...

Terima kasih kerana bertanya soalan.

Kalau ikut entry requirement CUCMS untuk degree Farmasi di link ini: http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/bpharmprogramme.html,

lepasan diploma sains boleh sambung ke degree Farmasi dengan syarat Diploma Sains tersebut diiktiraf oleh MQA dan MOHE.

Selain itu, minimum CGPA untuk apply Degree Farmasi CUCMS bagi lepasan diploma sains adalah 3.75 termasuk minimum B untuk Chemistry.

Anonymous said...

Salam,

Saya pelajar lepasan matrikulasi. Mininum cgpa untuk sambung farmasi 3.8 kan? Kalau cgpa saya tak sampai 3.8 ada cara lain tak untuk saya sambung farmasi? Saya mmg minat sangat farmasi. Kalau saya apply ipts agak2 peluang kerja nanti macam mana? Boleh ke saya apply jpa kalau saya masuk ipts?

Nizam Malek on May 22, 2013 at 9:53 PM said...

Salam,

Minimum requirement cgpa untuk sambung Farmasi sebenarnya tidak lah terlalu tinggi.

Contohnya di CUCMS, syarat untuk memohon sambung belajar degree Farmasi cumalah cgpa 3.0 untuk lepasan Matrikulasi.

Cuma yang membezakan adalah, persaingan kini terlalu tinggi. Ramai yang nak masuk kursus Farmasi ini.

Kerana itu biasanya hanya cgpa 4.0 yang dapat masuk ke IPTA untuk sambung degree Farmasi.

Jika tidak mendapat tawaran di IPTA untuk degree Farmasi, opsyen seterusnya adalah menyambung pelajaran di IPTS seperti CUCMS.

IPTS seperti CUCMS adalah diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan MQA, dan kelayakan graduan CUCMS adalah setaraf dengan graduan lepasan IPTA yang lain.

Anda boleh apply semua bantuan pinjaman seperti JPA, MARA dan PTPTN. Apply saja semua dan lihat mana yang anda dapat.

Anonymous said...

Salam..saya memang minat nak jadi ahli farmasi.tapi saya bukan lah pelajar aliran science kat sekolah..tapi cikgu saya cakap..kalau nak jadi ahli farmasi.. subjek math,science,bi kene cemerlang betol erk?.

Nizam Malek on May 27, 2013 at 12:27 PM said...

Salam, memang betul, bidang Farmasi adalah bidang sains.

Jika sebelum ini anda bukan aliran sains, anda tidak boleh menjadi ahli Farmasi.

Jika boleh pun, anda perlu bermula semula dengan mengambil subjek asas sains.

Anonymous said...

Assalamualaikum , saya nak tanya , saya merupakan lepasan matrikulasi,modul 2-Sains Fizikal . kalau saya dapat PNGK 3.85 adakah saya layak untuk apply Farmasi ?
Atau memang tidak layak sama sekali ?

Nizam Malek on June 7, 2013 at 6:40 PM said...

Wasalam, pointer anda baik dan layak untuk mohon Farmasi.

Namun untuk IPTA, persaingan adalah sangat tinggi. Kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat masuk Farmasi di IPTA.

Anda boleh memohon untuk Farmasi di IPTA melalui UPU.

Jika tidak berjaya, bukan bermaksud anda tidak layak untuk buat Farmasi.

Cuma persaingan untuk mendapatkan tempat di IPTA adalah tinggi.

Jadi pilihan yang ada untuk anda adalah ke IPTS, seperti CUCMS dan lain-lain atau ke luar negara melalui tajaan MARA atau JPA.

Anonymous said...

Salam..maaf mengganggu tuan, saya merupakan pelatih PPF yang masih lagi belajar dibawah KKM, antara kelayakan SPM utk sambung degree farmasi adalah 5B dlm setiap sains subjek,saya mendpt C dalam biologi..adakah itu akan menjadi penghalang utk saya menyambung ke degree walaupun insyaAllah mempunyai pengalaman bekerja sebagai PPF selama 4 tahun?? adakah pengalaman bekerja boleh dipertimbangkan utk kelayakan ke degree farmasi? tq..

Nizam Malek on June 25, 2013 at 12:11 PM said...

Salam,

Untuk soalan ini, anda perlu bertanya terus kepada institusi yang menawarkan degree Farmasi, kerana permohonan dan pertimbangan setiap institusi adalah berbeza.

Biasanya jika anda mempunyai diploma dalam bidang Farmasi, anda berkelayakan untuk sambung degree Farmasi.

Anonymous said...

Selamat sejahtera, sy merupakan bakal pelajar PPF under KKM. Saya sebenarnya minat sangat dengan bidang perubatan dan bercita-cita ingin menjadi doktor ataupun dentist. Saya memperoleh keputusan yang agak cemerlang dalam spm iaitu 9a, selepas itu saya hanya mendapat tawaran dalam ting. 6 dan setakat ini keputusan stpm aliran sains secara penggal tidak memberangsangkan dan saya tidak yakin keputusan itu boleh melayakkan saya mengambil course t'sebut di universiti. Sy quit stpm dan ambil tawaran PPF. Masa kerja 4thn scra kntrak dgn KKM, blh tak smbg degree? dan skiranya pointer diploma ok, ada tak cara utk kurangkan tmpoh degree 4 thn ? tq

Nizam Malek on June 30, 2013 at 10:26 PM said...

Salam, tahniah kerana mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat SPM.

Jika anda meminati bidang perubatan ataupun dentistry, anda seharusnya menyambung pelajaran anda di Matrikulasi ataupun terus ke A-level yang menawarkan kursus perubatan atau dentistry.

Jika anda menyambung pelajaran anda untuk diploma PPF, cabang kerja anda lebih tertumpu kepada Farmasi, dan bukannya perubatan mahupun dentristry.

Tiada cara untuk kurangkan tempoh degree 4 tahun, kerana degree Farmasi bukanlah lanjutan daripada diploma PPF walaupun kedua-duanya adalah dalam bidang Farmasi.

AMIRUL NADZMI on July 10, 2013 at 3:45 AM said...

Salam, adakah physic perlu dapat A masa spm sebagai syarat kelayakan untuk sambung belajar dari diploma farmasi ke ijazah

Nizam Malek on July 10, 2013 at 9:53 AM said...

Salam, Physics tak perlu dapat A, B dah cukup.

puteriasrinsyafika said...

Subjek asas sains tu bio,fizik,kimia ke?

Nizam Malek on July 17, 2013 at 10:43 AM said...

Salam puteriasrinsyafika,

Subjek bio, fizik dan kimia adalah komponen asas dalam bidang sains.

Bidang sains adalah satu bidang yang sangat luas dan pengetahuaan komponen asas seperti bio, fizik dan kimia adalah diperlukan untuk menguasai bidang Sains.

Unknown on July 19, 2013 at 10:57 AM said...

salam 'alaik.
maaf mganggu.jika tidak keberatan,sy mohon encik untuk berikan sedikit pendapat.

*sy dlm dilema.sy dpt dgree phrmcy di uitm dan bac of edu in physics di uni of burmingham uk.sy lebih meminati kos frmsi.sy minat untuk berkerja sbgai ahli frmasi.tp apakah peluang kerjaya tinggi bagi graduan frmasi lepasan uitm?

trm ksh.

Nizam Malek on July 20, 2013 at 10:49 PM said...

Salam Fatin Nasuha,

Tahniah kerana mendapat tawaran sambung belajar yang baik.

Peluang kerjaya adalah baik bagi graduan Farmasi lepasan Uitm, kerana ia adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah dikenali.

Selamat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda.

nadia said...

salam sya nak tanya saya dip farmasi uitm tpi diserap msok ijazah fisio..de hrapan x kalo sya nk msok bpharm uitm..sya dlu pra dip smbung dip farmasi..kalo bole sya nak truskn farmasi..pointer dip sye atas 3.8 dan muet band 3 cume result spm sye x ok..bole x dpat kalo sya wat rayuan

Nizam Malek on July 21, 2013 at 3:39 PM said...

Salam Nadia,

Untuk soalan anda ni, lebih baik anda berhubung terus dengan pihak UiTM untuk mendapatkan kepastian.

Sama ada boleh atau tidak, mereka saja yang boleh menjawabnya.

Anonymous said...

Salam.

Betul ke saya dengar, farmasi lg susah dr medic. Kalau ye betul, susah dari segi yg mcm mana tu ye?

Nizam Malek on July 22, 2013 at 1:06 PM said...

Salam Anonymous,

Pada pendapat saya, medic lebih susah daripada Farmasi.

Namun setiap kursus ada cabarannya yang tersendiri.

Bergantung kepada cara penerimaan setiap para pelajar.

Anonymous said...

salam...
antara kpj atau msu, mne lbih baik kalau nk smbung dip farmasi??...

Nizam Malek on July 24, 2013 at 1:41 PM said...

Salam, saya pun tak dapat memberikan komen, sebab saya kurang pasti kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya.

Cuma bagi saya, kalau nak sambung dip Farmasi, bolehlah mencuba di KPJ.

Apa-apapun, seeloknya, anda perlu membuat kajian kelebihan dan kekurangan kedua-dua institusi ini dan sesuaikan pilihan yang terbaik dengan diri anda.

All the best!

Anonymous said...

Salam.
Pada pendapat encik,mneruskn pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi yg mne lbih baik slpas tamat spm? Boleh berikan kelebihan brada di tmpt yg encik cdgkan?

Anonymous said...

Salam
slps tamat spm, matrikulasi atau asasi yg lebih baik utk dipilih? Boleh berikan kelebihan tntg apa yg encik cdgkan.

Nizam Malek on July 27, 2013 at 11:33 AM said...

Salam Anonymous,

Secara jujurnya, saya tidak mempunyai info yang tepat berkenaan asasi.

Namun melalui apa yang saya dengar daripada kawan-kawan saya yang pernah belajar di asasi, ini komen saya.

1. Asasi biasanya adalah satu program Pra-U yang ditawarkan oleh sesebuat universiti seperti UM dan lain2. Jadi kebiasaannya, apabila habis asasi, lebih mudah untuk diserap masuk ke universiti tersebut.

2. Namun tempoh belajar di asasi lebih panjang iaitu 2 tahun berbanding matrikulasi yang hanya 1 tahun sahaja.

3. Anda perlu belajar ke semua subjek sains asas iaitu Biologi, Fizik dan Kimia di asasi dan ke semuanya dimasukkan ke dalam cgpa. Jadi persaingan adalah lebih tinggi dan mencabar. Berbanding matrikulasi yang membolehkan anda memilih aliran sains hayat (Biologi) atau sains fizikal (Fizik).

4. Dari segi jaminan, saya berpendapat asasi lebih terjamin. Matrikulasi kurang terjamin kerana persaingan adalah untuk kolej matrikulasi di seluruh negara, manakala asasi, anda bersaing dengan rakan sekelas anda sahaja untuk mendapatkan tempat di universiti tersebut.

5. Jika ada peluang, saya mencadangkan anda ke asasi. Namun matrikulasi juga tidak kurang bagusnya. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

6. Komen saya ini tidaklah konkrit, kerana saya tidak mengetahui situasi terkini di asasi mahupun matrikulasi. Oleh itu anda perlu membuatkan kajian berkenaan kedua-duannya dan lihat pilihan yang lebih bersesuaian dengan diri anda.

Unknown on August 22, 2013 at 10:29 AM said...

Salam. Sy dpt tawaran sains math usm and farmasi uitm. Actually, sy minat math bbndg sbjek lain. Tapi sy tahu farmasi lbih cerah pluang kerja. Adakah sy prlu ikut minat or pluang kerja? Sbb ramai ckp farmasi satu course yg susah. Tq

Nizam Malek on August 22, 2013 at 10:50 AM said...

Salam, Rasyidah Raihan.

Soalan yang baik.

Pada pendapat saya, anda perlu melihat juga prospek kerjaya ketika membuat pilihan kursus.

Tiada guna kalau kita belajar susah2 3 4 tahun, tapi bila graduate xdpt kerja ataupun dapat kerja biasa2, sedangkan kita mampu untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.

Namun, tiada masalah jika anda memilih kursus mengikut minat anda. Cuma anda perlu tahu apakah prospek kerja anda selepas tamat belajar dan adakah anda berpuas hati dengannya atau tidak.

Bagi saya, Farmasi tidak susah. Tapi ia bergantung juga, penerimaan setiap orang berbeza. Apatah lagi jika tidak minat, pasti terasa sangat susah.

Semoga jawapan ini satu pencerahan buat anda.

Unknown on August 22, 2013 at 3:42 PM said...

Terima kasih. Satu lagi kursus sains matematik dekat dengan tempat tinggal saya. And sy merupakan anak tunggal, so mungkin x biasa jauh dengan keluarga. Tapi kalau saye tolak tawaran farmasi, rase jugak rugi.

Nizam Malek on August 22, 2013 at 4:06 PM said...

Seeloknya, anda senaraikan kebaikan dan keburukan kedua-dua pilihan tersebut. Senaraikan seberapa banyak yang boleh.

Kemudian, anda akan dapat bandingkan yang mana lebih prioriti dan sesuai dengan diri anda.

Seterusnya, lakukan solat istikharah beberapa kali. InsyaAllah anda akan bertemu pilihan yang sesuai.

Iema's on August 27, 2013 at 1:05 PM said...

as slm saudara nizam...akak bru je hantr anak ke kolej antarabangsa dan profesional perlis, kursus dalam bidanh dip farmasi. xceli b4 tu dia dpt poli course banking n kolej islam anrarabangsa pun course banking islamic...itu bidang yg dia minat. tapi setelah akak n abg nasihat..bahawa farmasi ni luas bidangnya, akhirnya dia akur. cuma as a mother, akak nk tahu, apakah sijilnya nnti laku untuk mendpt pekerjaan memandangkan dgr2 nya kolej tu x berapa dikenali...or akak yg bru tahu...tpi yg bagusnya, dia dpt pjman mara.harap dpt saudara beri penjelasan or semangat bg akak dan anak akak tu berkenaan bidang farmasi ni. tq

Nizam Malek on August 27, 2013 at 5:45 PM said...

Wasalam Pn Iema,

Terima kasih kerana sudi bertanya soalan dan pendapat.

Ini sedikit sebanyak komen yang boleh saya berikan.

Sebenarnya, saya pun tak pernah dengar nama Kolej Antarabangsa dan Profesional Perlis dalam bidang Farmasi.

Pada pendapat saya, bidang Farmasi ini luas jika memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi (degree).

Jika diploma Farmasi, skop kerja adalah sedikit terhad. Namun, jika result diploma bagus, anak pn berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringat degree Farmasi dan prospek kerjayanya akan menjadi lebih luas.

Saya ada juga bertanya dengan graduan lepasan Diploma Farmasi yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF), dan kebanyakan mereka mengatakan yang persaingan untuk mendapatkan kerja bagi PPF adalah amat tinggi kerana jumlah graduan yang amat ramai kini.

Jika anak pn merancang untuk sambung belajar ke peringkat degree Farmasi melalui result Diploma Farmasi, beliau akan mengambil masa yang agak panjang iaitu 7 tahun (3 tahun diploma + 4 tahun degree) sebelum bergelar Pegawai Farmasi.

Kursus banking pun sebenarnya baik, cuma perlu dikaji prospek kerjaya dan apakah pengkhususan kerjaya yang akan diperlukan pada 5 atau 10 tahun akan datang.

Jika ada demand (permintaan) terhadap kerjaya tersebut, ia juga satu pilihan yang baik jika anak pn meminati bidang tersebut.

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy inshaAllah akn smbg degree in pharmacy bln 9 ni. sy nk tnya, betul ke bla dah graduate nnti, pgawai pharmacy akn ada kursus mcm housemanship bg medic? dan klau dh graduate, immediately blh bkak farmaci ke?

Nizam Malek on August 29, 2013 at 10:31 PM said...

Salam Anonymous,

Betul, graduan degree Farmasi akan menjalani satu tahun kursus macam housemanship for medic, cuma ia dipanggil Provisionally Registered Pharmacist (PRP) year.

Kalau dah graduate, kena complete 1 year PRP + 1 year compulsory service dan dapat lesen Farmasi penuh dahulu baru boleh buka kedai Farmasi Retail.

Kalau tak penuhi requirement ni, dikira tak layak nak buka kedai Farmasi sendiri.

Anonymous said...

Assalamualaikum,skrg sy sdg mengambil bachelor in pharmacy. Sy masih kurang jelas mngenai PRP. Boleh tolong jelaskan lebih lanjut ? Terima kasih

Nizam Malek on September 3, 2013 at 10:52 PM said...

Hi student Farmasi Anonymous (letak nama kan sedap sikit nak panggil.. ;) )

Kalau nak cerita pasal PRP ni panjang, boleh tulis satu artikel.

Tapi kalau secara ringkasnya, PRP (Provisionally Registered Pharmacist) ni adalah satu jawatan yang akan digalas oleh graduan bachelor of pharmacy (Bpharm) sebaik saja melapor diri sebagai penjawat awam.

PRP ini ibarat housemanship bagi House Officer (HO). PRP akan dapat log book yang perlu diisi di setiap unit yang terdapat di jabatan Farmasi di hospital.

Tempoh PRP ini adalah selama satu tahun sahaja. Selepas tamat PRP, anda akan naik menjadi Fully Registered Pharmacist (FRP).

Itu saja, mudah kan?

Azizah said...

Owh terima kasih utk jwpn Encik. :) Jadi boleh dikatakan ianya compulsory untuk graduan farmasi bg mnjalani proses utk mjdi PRP?

Nizam Malek on September 4, 2013 at 9:59 PM said...

Hi Azizah,

Yup, compulsory untuk menjalani PRP sebelum menjadi FRP.

Kalau tak jadi FRP, tak dapat lesen penuh sebagai Pegawai Farmasi.

Bermakna, tiada peluang untuk membuka kedai retail Farmasi sendiri.

Unknown on September 17, 2013 at 11:12 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Malek on September 17, 2013 at 3:20 PM said...

Salam Tuan Abdul Mutalib Islan,

Mohon agar tuan tidak melakukan spamming dengan meletakkan iklan di ruangan komen.

Sila hubungi saya melalui email di mizamio87@yahoo.com jika tuan berminat untuk meletakkan iklan berbayar di Nizam Malek Blog.

Sementara itu, komen tuan terpaksa saya delete.

Harap maklum.

Sayah said...

Salam encik. Saya skrg tgh nak pilih, sama ada nak amik kursus kimia di ipta, atau farmasi di ipts. Sy minat farmasi, tapi yuran mahal dan agak takut bila dgr org ckp farmasi susah. Hehe. So, sy mgkn akan sambung dlm bidang pure/industrial chemistry di ipta. Sy ade terbaca kat internet, salah satu peluang kerjaya graduan chemistry adalah bahagian farmasi. Kalau betul info tu, boleh sy tahu kerja bahagian farmasi mcm mana tu ye? Terima kasih :)

Nizam Malek on September 28, 2013 at 2:28 PM said...

Salam Sayah,

Kerjaya graduan Chemistry dalam bahagian Farmasi cumalah sebahagian kecil sahaja.

Contohnya di kilang-kilang ubat, department Quality Control (QC) biasanya dikendalikan oleh Chemist.

Chemist tidak masuk sepenuhnya dalam bidang Farmasi.Tugas chemist biasanya tertumpu di makmal sahaja.

Kerjaya Farmasi lebih meluas dan lesen Penuh Farmasi yang akan diperoleh membuatkan kursus Farmasi ini sesuatu kursus yang kritikal dan mahal.

Sama ada Farmasi itu susah atau tidak, bergantung pada individu. Saya ada menulis artikel berkenaannya di http://www.nizammalek.com/2012/07/kissinsights-belajar-farmasi-susah.html

All the best untuk apa saja pilihan yang anda lakukan.

Alang said...

Assalamualaikum saudara. Saya nak tanya 2 benda:-

1. Kalau nak ke arah pharmaceutical industry (contohnya kerja dgn kilang ubat etc), adakah perlu untuk menjalani kursus PRP?

2. Adakah kursus PRP dijalankan di hospital kerajaan sahaja dan melalui SPA sahaja? Sebab dgr khabar, ramai graduan farmasi IPTA/S menganggur dan tak dapat posting utk menjalani kursus PRP sebab dah penuh.

Terima kasih :)

Nizam Malek on October 3, 2013 at 5:34 PM said...

Salam, hi Alang,

1. Yup, perlu menjalani kursus PRP sebelum masuk ke bidang Industrial Pharmacy jika anda mahu bekerja sebagai Pegawai Farmasi.

2. Bermula 2012, kursus PRP ini telah dibuka ke kedai-kedai retail Farmasi swasta dan juga kilang-kilang ubat.

Tapi hanya premis-premis tertentu sahaja yang layak untuk mengambil PRP menjalani latihan ditempat mereka.

Betul, ramai graduan Farmasi menganggur atau lambat mendapat posting.

Sebenarnya itu bukan masalah kerjaya Farmasi, tetapi masalah pihak tertentu yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Pada hakikatnya, perkhimatan Farmasi masih amat memerlukan Pegawai Farmasi yang lebih banyak kerana perkhidmatan di hospital sentiasa bertambah.

Anonymous said...

assalamualaikum. bole sy nk tau ksn burknya stdy di ipts yg tk diiktrf? sebb kptsn sy tk brape bgus utk msuk ke ipta. dn boleh ke sy jd ahli farmsi yg brdftr?

Nizam Malek on October 22, 2013 at 2:17 PM said...

Wasalam Anonymous,

Kesan buruk study di IPTS tidak diiktiraf adalah kemungkinan besar sijil atau ijazah yang kita terima selepas tamat belajar nanti tidak sah atau tidak diterima untuk bekerja.

Boleh jadi ahli Farmasi berdaftar jika anda menyertai IPTS yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia.

Anonymous said...

Salam.
Sy bru hbis dip farmasi,cgpa 3.90. Spm sy tiada bio,physic c+ dan chem b. Sy telah membuat rayuan kepada board of pharmacy malaysia untk smbung dgree sbb sy terlalu minat kos farmasi,pd pndapat en, adakah sy berpeluang untk smbung b.pharm? Ataupun memang tak boleh..

Nizam Malek on October 29, 2013 at 9:23 PM said...

Salam, pada pendapat saya, anda masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bpharm.

Teruskan mencuba jika permohonan anda ditolak dan dapatkan jawapan, apakah yang anda boleh lakukan untuk sambung pelajaran ke peringkat Bpharm jika permohonan/rayuan anda ditolak.

Selamat maju jaya saya ucapkan!

Unknown on November 5, 2013 at 12:40 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam..saya dpt dip.pharmacy intake at kkb caw.melaka..skang sy study kt matrik.modul 1..but i can't perform there.coz sy cannot go in calculating.ie:physic n math but sy ske sgt sub.biology..so,pd pndgn en.lbih baik sy pg ke x??mohon pandangan..dlm dilemma!!

Nizam Malek on November 7, 2013 at 8:51 AM said...

Salam Anonymous,

Dalam bidang Farmasi, anda tidak boleh memilih subjek yang anda suka saja.

Anda perlu mengambil semua subjek yang terdapat dalam kursus diploma atau degree Farmasi.

Jika anda amat meminati subjek Biologi tetapi tidak meminati Fizik dan Matematik, adalah lebih baik anda sambung belajar dalam bidang yang berkaitan dengan Biologi semata-mata.

Namun jika anda hendak mencabar pencapaian peribadi anda, dan memikirkan prospek kerjaya pada masa hadapan, anda perlu berusaha dengan lebih gigih dan pastikan anda dapat menguasai subjek-subjek yang anda tidak minati itu.

Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih. Lihat kekuatan anda dan fikirkan sama ada anda mampu atau tidak.

Jika anda yakin pada diri sendiri dan sanggup berkorban untuk berjaya, insyaAllah anda boleh teruskan dengan Diploma Farmasi.

Dan begitulah sebaliknya.

Selamat maju jaya saya ucapkan. =)

Anonymous said...

salam.. sy nak amik course pharmacy..tp sy x d biologi.sy cume amik chemistry n physic je..boleh x amik dip phrmacy.. ???

Anonymous said...

assalamualaikum , sy pelajar asasi sains uitm 13/2014 . baru2 ni result final keluar dan alhamdulillah sy dpt pointer 3.5 ke atas . tp sy agak kecewa dgn keputusan chemistry dan biology sy (bio B+ , chemistry B). sy rasa down sangat . sy minat dalam 2 subjek ni tp math dan fizik pula yang A , bukan x bersyukur , cuma sy keliru . ibu bapa sy meminta sy utk sambung degree dlm bidang perubatan mcm dentistry atau farmasi dan sy ada minat dalam bidang2 mcm ni . cuma sekarang , antara kemampuan dan minat , yg mana lebih penting ? dan mmg diakui minat sy terhadap math dan fizik lg tinggi dari bio dan chemistry .

mohon pertolongan , terima kasih banyak2 :-)

Nizam Malek on November 11, 2013 at 3:52 PM said...

Soalan: salam.. sy nak amik course pharmacy..tp sy x d biologi.sy cume amik chemistry n physic je..boleh x amik dip phrmacy.. ???

Jawapan Nizam Malek: Anda cuba apply saja dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki anda boleh sambung ke diploma Farmasi. Belum cuba belum tahu. All the best ya.

Nizam Malek on November 11, 2013 at 3:57 PM said...

Soalan: assalamualaikum , sy pelajar asasi sains uitm 13/2014 . baru2 ni result final keluar dan alhamdulillah sy dpt pointer 3.5 ke atas . tp sy agak kecewa dgn keputusan chemistry dan biology sy (bio B+ , chemistry B). sy rasa down sangat . sy minat dalam 2 subjek ni tp math dan fizik pula yang A , bukan x bersyukur , cuma sy keliru . ibu bapa sy meminta sy utk sambung degree dlm bidang perubatan mcm dentistry atau farmasi dan sy ada minat dalam bidang2 mcm ni . cuma sekarang , antara kemampuan dan minat , yg mana lebih penting ? dan mmg diakui minat sy terhadap math dan fizik lg tinggi dari bio dan chemistry .

mohon pertolongan , terima kasih banyak2 :-)

Jawapan Nizam Malek: Dalam pemilihan kursus, anda perlu mempertimbangkan juga faktor prospek kerjaya.

Adakah kursus yang anda pilih itu akan membolehkan anda mendapat kerjaya yang baik atau sebaliknya.

Memang kita cenderung untuk memilih kursus mengikut subjek yang kita minat. Tapi sebenarnya, subjek akademik adalah hanya digunakan di peringkat undergraduate.

Jika anda minat Math dan Fizik, kemudian anda tahu prospek kerjaya yang baik di masa hadapan yang memerlukan 2 subjek utama ini, adalah bagus untuk anda menceburi bidang tersebut.

Pada saya, walaupun minat adalah sangat penting dalam perkembangan kerjaya, anda juga perlu tahu apakah prospek kerjaya bagi kursus yang anda pilih.

Pilih dengan baik, kerana ia akan menentukan kiblat kerjaya anda sepanjang hidup.

Lakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Tuhan dan berbincang dengan keluarga akan memberikan anda keyakinan untuk membuat pilihan yang terbaik.

Saya doakan kejayaan anda. =)

Anonymous said...

terima kasih banyak banyak :-)

Anonymous said...

ok..terima kasih yer.. :)

Anonymous said...

salam..sy mahu tanya sedikit yer..sya ada mendapat tawaran dip pharmasi di kolej bersekutu uitm di melaka..kalau pernah dengar micost nama nya..agak2 muudah tak saya nak dapat tawaran kerja nanti? bukan ape kalau sy baca komen2 di atas mungkin tahun2 mendatang bidang farmasi ni dah penuh..

Nizam Malek on November 12, 2013 at 6:58 PM said...

Salam, dengan memiliki diploma Farmasi, prospek kerjaya anda adalah menjadi Pembantu Pegawai Farmasi (PPF).

Pada masa kini, kawan-kawan PPF saya memaklumkan adalah agak sukar untuk mendapat kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta kerana jumlah graduan diploma Farmasi adalah terlalu ramai dan kekosongan jawatan adalah terhad.

Kalau tanya saya, agak2 mudah atau tidak, saya boleh jawab tidak semudah itu.

Jika anda ada pilihan kursus lain yang menawarkan peluang pekerjaan yang lebih baik, mungkin anda boleh mempertimbangkannya.

nurul shairah said...

salam..boleh tahu tak institusi mana yang ada menawarkan diploma pergigian?

nurul shairah said...

and satu lagi saya dapat 2 kos sekarang..tapi tak tahu mane nak pilih.. civil eng and pharmacy..en.cadangkn saya ambil yg mana? kerajaan demand kerja ape ye skarang?

nurul shairah said...

salam..maaf banyak tanya..klau sy amik teknologi makamal perubatan mcm mane? rasa nya ada kekosongan tak? kalau xde en boleh cadangkn tak kos apa yg dikehendaki skrg? sy betul2 buntu

Nizam Malek on November 13, 2013 at 7:23 PM said...

Salam Nurul Shairah,

Tu lah, dah macam kaunter pertanyaan pulak dah saya. =p

1) Institusi mana yang menawarkan diploma pergigian tu saya kurang arif, sebab bukan bidang saya. Cuba google lembaga pergigian Malaysia. Mungkin boleh dapat jawapan di situ.

2) Saya pun tak pasti prospek kerjaya Civil Eng, jadi saya tak dapat beri pendapat yang baik jika terdapat 2 pilihan ini. Yang saya tahu, degree Farmasi adalah pilihan kerjaya yang baik.

3) Teknologi makmal perubatan ni kerjanya di makmal perubatan sahaja, buat sample testing dan sebagainya. Kalau jenis tak suka kerja jumpa orang, dan selesa kerja dalam makmal dari pagi sampai petang, mungkin sesuai lah.

Jika tanya saya, prospek kerjaya yang baik adalah bidang doktor pergigian. InsyaAllah dalam 5 tahun akan datang pun masih ada peluang kerja dan pendapatan yang baik.

Namun kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi dan juga minat. Jika tidak berminat, mungkin boleh fokus kepada bidang-bidang yang anda minati.

Semoga jawapan ini membantu anda.

nurul shairah said...

terima kasih..jwpn ini sangat membantu sy..tp sy ada dpt call ipts ni bertnyakan pasal farmasi..katanya in sha ALLAH ada kerja sebab WHO belum sekat lagi pengambilan pelajar utk farmasi..that mean ada kerja lah kot.. betul ke tu?

Nizam Malek on November 14, 2013 at 8:23 PM said...

Yup insyaAllah ada kerja. Cuma mungkin bukan di sektor awam.

Peluang kerja di sektor swasta masih banyak dan cabang kerja Farmasi ni luas.

Boleh kerja di hospital, retail pharmacy, makmal kajian, enforcement, kilang ubat dan macam-macam lagi..

So boleh kata, peluang kerja masih ada untuk 5-10 tahun akan datang, insyaAllah. =)

Anonymous said...

Salam. Saya pelajar diploma in pharmacy dan bakal grad pada january tahun hadapan. My current CGPA is 3.2 and my spm was bad because i didn't get B for physics and biology. i really want to pursue in BPharm. Am i qualified to request an appeal to board of pharmacy? kalau saya ambil BPharm kat luar negara boleh ke? I mean, kalau saya dapat belajar di luar negara ada kemungkinan ke saya tidak mendapat HO walaupun university itu diikhtiraf? ramai senior saya study di luar negara sebab requirement kat malaysia tinggi sangat.

Nizam Malek on November 15, 2013 at 5:44 PM said...

Salam, berkenaan soalan layak atau tidak untuk sambung belajar ke Bpharm tu saya tak dapat jawab, sebab kena tanya direct kepada Ipts yang menawarkan kursus Bpharm.

Salah satu yang jadi susah sikit adalah disebabkan persaingan. Terlalu ramai orang yang mendaftar untuk masuk kursus Bpharm, jadi mereka terpaksa tapis mengikut pencapaian akademik dan juga sesi interview.

Saya cadangkan anda apply saja dan kalau ada peluang untuk ke sesi interview, tunjukkan yang anda benar-benar berminat untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi ini dan apakah matlamat anda.

InsyaAllah kalau ada kekosongan dan kredit akademik anda ok, mungkin mereka akan pertimbangkan permohonan anda.

Berkenaan sambung belajar di luar negara tu, tiada masalah, cuma kosnya adalah lebih tinggi.

Dan pastikan anda memilih institusi di luar negara yang diiktiraf oleh lembaga Farmasi Malaysia dan juga kerajaan Malaysia.

All the best!

hafiz zakariah said...

Assalamualaikum en nizam.. sy sekarang bekerja sebagai ppf di sebuah klinik kerajaan..bercita2 nak smbg degree tp bkn dlm bidang farmasi..so apakan kursus2 degree yg layak untuk sy apply

Nizam Malek on November 17, 2013 at 3:41 PM said...

Wasalam Hafiz Zakariah,

Anda boleh sambung degree dalam apa saja kursus yang anda minati.

Kelayakan itu bergantung kepada institusi tempat anda memohon. Jadi saya tak dapatlah nak jawab soalan itu.

Anda boleh call institusi yang menawarkan kursus yang anda berminat dan cuba tanya apakah syarat-syarat kemasukan.

Semoga berjaya ya!

Anonymous said...

assalam...sy skrg plajr asasi sains...sy x tahu lg nak smbung apa lepas asasi nanti...parents brrpndpt utk ambil bdng farmasi sbb ayah sy seorg ahli farmasi dn mempunyai 5 cawangan farmasinya sndiri...jadi, peluang kerjaya sy lebih mudh..Malangnya, sy sangat2 x minat bdng perniagaan nie...hmmm...sy minat bdng sains ...klu ambil farmasi, nak jd lecturer , mcmna prosesnya?? Ade housemanship gak ke? Kena ade master or phd ke?...Tq..

Naddd said...

Assalammualaikum. Saya 17, tengah spm ni. Saya memang nak sangat jadi pharmacist, since umur 15 lagi. Tapi bila check kelayakan farmacy dia nak semua sains stream. Saya tk amik biology in spm. Macam mana ya?

Nizam Malek on November 21, 2013 at 9:12 AM said...

Kepada Anonymous,

Anda mempunyai prospek kerjaya yang amat baik dalam bidang Farmasi. Sebaiknya anda tidak mempersiakan.

Kalau nak jadi lecturer, anda masih tetap perlu menjalani tempoh housemanship atau lebih dikenali dengan nama PRP (Provisionally Registered Pharmacist) selama setahun.

Selepas itu, anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan PhD untuk membolehkan anda bekerja sebagai lecturer.

Semoga berjaya.

Nizam Malek on November 21, 2013 at 9:14 AM said...

Kepada Naddd,

Saya sarankan anda agar fokus terlebih dahulu kepada SPM.

Selepas selesai nanti baru kita bincang apa yang boleh anda lakukan.

Selamat maju jaya, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM anda!

Naddd said...

Dah fokus cuma risau , saya tak amik biology. Takut nanti bila keputusan dah okay tapitk diterima sebab takde bio.T-T

Anonymous said...

salam...apa khbr?? nak tmpng tnya boleh?? gini..skrng sy study kat uitm for chem eng. Pastu, aritu sy ada wat rayuan degree pharmacy,then lembaga farmasi dah approve..tapi, disebabkan lmbt dpt keputusan.uitm kata sy x boleh nak ganti course. So sy nak tnya, adakah rayuan sy masih boleh d consider for next year's intake?? tq

Nizam Malek on November 23, 2013 at 7:16 PM said...

Kepada Anonymous,

Maaf, saya tak kerja di Lembaga Farmasi. Sila hubungi Lembaga Farmasi untuk dapatkan informasi yang lebih tepat ya.

Terima kasih.

Anonymous said...

Soalan sy sama mcm nad. Saya amik LK cuma ada fizik dgn kimia. So mcm mana ye? Sy nak amik jurusan farmasi - nizam-

Nizam Malek on December 13, 2013 at 8:11 AM said...

Salam Anonymous, ada kawan saya, seorang Pegawai Farmasi kini, beliau dulu pun merupakan pelajar jurusan Sains Fizikal ketika di matrikulasi.

Sebenarnya tiada masalah jika tiada biologi. Cuma persaingan untuk mendapat tempat menjadi lebih sengit.

Yang penting minat dan usaha. Ikut dan penuhi segala requirement yang diperlukan untuk sambung pelajaran dalam bidang Farmasi.

Anonymous said...

asssalamualaikum,, saya nak tanya antara pharmacist dan dentistry mne satu sekarang ni yg mudh untuk mndapt kerja,, contohnye skrang doktor sudah terlalu ramai sehinggakan 5000 penggangur graduan doktor,sbbtu saya tolak option ingin menjadi doktor, so anata pharmacist dn dentistry mana course yg tralu rmai dan mudh option ?

Nizam Malek on December 13, 2013 at 3:49 PM said...

Wasalam, pada pandangan saya, prospek kerjaya seorang dentist adalah lebih baik.

Berkenaan mudah nak dapat kerja, insyaAllah kedua-dua proffesion ini memberi peluang yang baik.

Anonymous said...

adakah kerjaya dentist lg baik drpada doktor perubatn pada zaman skarng kerana mereka kata bilangan doktor perubatan terlalu rmai pada abad ini ? kenapa?

Unknown on December 14, 2013 at 9:35 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Malek on December 15, 2013 at 10:32 PM said...

Komen berbentuk iklan akan diremove.

Sila hubungi saya jika berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.

Harap maklum.

Terima kasih.

Nizam Malek on December 15, 2013 at 10:34 PM said...

Anonymous,

Kerjaya Dentist adalah lebih baik kerana beberapa faktor, antaranya adalah kerana jumlah Dentist di Malaysia adalah belum mencukupi.

Jadi kecenderungan untuk mendapat pekerjaan adalah tinggi untuk graduan Dentistry.

Ash said...

Hi there, may I know berapa ya gaji PRP? and PRP as well as FRP still dapat elaun kritikal ke right now? Thanks in advance!

Nizam Malek on December 18, 2013 at 9:56 AM said...

Hi Ash, gaji PRP adalah mengikut gaji gred U41.

Buat masa ini, PRP dan FRP masih lagi mendapat elaun kritikal.

Anonymous said...

Hai..saya pelajar diploma farmasi di ipts..pointer sy 3.8 above tp result spm sy untuk sains tulen tidak mencukupi untuk menyambung plajaran dlm degree farmasi..blh ke sy smbung blajar dlm degree lain slain farmasi??

Nizam Malek on December 22, 2013 at 11:22 PM said...

Hai Anonymous,

Secara umumnya, memang boleh.

Secara spesifiknya, anda perlu tanya kolej yang menawarkan kursus degree dalam bidang yang anda hendak ceburi, sama ada mereka boleh menerima anda atau tidak.

Unknown on January 3, 2014 at 4:25 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on January 3, 2014 at 4:37 PM said...

Assalamualaikum Encik Nizam saya ingin bertanya saya pelajar berkelulusan SPM! Subjek sains biasa boleh ke menceburi bidang FARMASI

Nizam Malek on January 3, 2014 at 6:49 PM said...

Wasalam Harith Danial,

Kalau tak silap, boleh.

Papepun kena berhubung lanjut dengan pegawai admission untuk kemasukan ke kursus Farmasi di kolej yang anda pilih, ya. =)

Unknown on January 3, 2014 at 10:28 PM said...

Oh GAJI seorang penolong pengawai farmasi dan pengawai farmasi berapa ye Encik Nizam! Assisted ni macam seronok jer jadi seorang pegawai FARMASI saya ade terlihat sebuah kolej ini menawarkan diploma FARMASI! Kolej memerlukan 3kredit termasuk Sains tapi saya xpasti dengan subjek sains adakah sains tulen(fizik,biologi,kimia) atau Sains biasa! Jika saya selesai belajar dan memperoleh diploma farmasi bolehkan saya melanjutkan pelajar ke tahap ijazah sarjana muda mohon penjelasan Encik Nizam! TQ

Nizam Malek on January 3, 2014 at 11:36 PM said...

Huhu, jangan tanya guna tanda seru (!). Rasa nak jawab pun tawar hati. =p

Gaji ikut gred.

Kalau belajar dari diploma, boleh sambung sampai ke Ijazah Sarjana Muda, bergantung pada pencapaian pointer anda ya.

Unknown on January 4, 2014 at 5:39 PM said...

Hahaha sorry la saya excited sangat ni jadi betul la sains biasa boleh menceburi bidang Farmasi baguslah kalau begitu tapi dari ijazah bolehkah saya melanjutkan keperingkat degree berapa lama pula lempoh belajar yang mesti saya tempohi dan berape anggaran kos pendidikan Encik Nizam XD

Nizam Malek on January 4, 2014 at 9:08 PM said...

Kena ada seni juga kalau nak bertanya soalan.

Kalau ada masa belajar seni nya k, it will help you a lot in future.

Dari ijazah lanjut ke peringkat degree? Cam ne tu?

Tempoh belajar untuk degree Farmasi adalah selama 4 tahun.

Kos pendidikan yuran di IPTS masa tahun 2007 adalah RM104k.

Sekarang mungkin lebih mahal.

liyana on January 5, 2014 at 8:21 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on January 5, 2014 at 10:07 PM said...

Ade seni dan teknik2 dia nanti saya belajar cara2 dia tapi TQ la encik nizam for the information doakan lah saya berjaya dalam SPM! Ye NIZAM MALEK assalamualaikum XD

Nizam Malek on January 5, 2014 at 10:36 PM said...

Yup, memang ada seni dalam bersoal jawab, agar kita mendapat jawapan yang kita perlukan.

Kalau ada masa nanti saya tulis artikel pasal seni bertanya soalan ni.

All the best untuk SPM. Semoga berjaya dalam perjalanan hidup anda.

Waalaikummussalam. =)

Anonymous said...

Salam, encik nizam. Saya salah seorang ppf baru. Kerja tak sampai setahun lagi. Tapi bercita2 nak sambung degree. Sekiranya saya sambung degree ada kemungkinan saya kena resign sebab belum cukup perkhidmatan.

Apa pendapat en. Nizam. Teruskan bekerja atau cuba ambil risiko ?

Nizam Malek on February 3, 2014 at 4:22 PM said...

Salam Anonymous,

Seeloknya anda pastikan dahulu status sambung belajar anda.

Kalau terpaksa resign, sebenarnya anda agak berisiko.

Kalau kena tunggu cukup perkhidmatan dulu baru boleh sambung belajar, lebih baik tunggu dahulu.

Anonymous said...

Assalamualaikum Encik Nizam.
Saya Graduan Kimia, Major in Oleochemistry. Saya minat betul dengan dunia farmasi since sy pernah kerja sambilan di retail farmasi selama 1 tahun. Bolehkah sy ambil 2nd degree in pharmacy, berapa lama pengajian dan macam mana prosedurnya? Atau sy boleh terus pursue my Masters in Pharmacy? TQ.

Nizam Malek on February 5, 2014 at 12:04 PM said...

Wasalam Anonymous,

Anda boleh ambil 2nd degree Farmasi.

Ada kawan saya pun buat 2nd degree Farmasi, dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi.

Cuma anda perlu mula dari awal, tiada short cut.

Bermaksud, anda perlu ambil Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Bpharm) selama 4 tahun.

Anda tidak boleh terus pursue study Masters in Pharmacy.

nani said...

assalam en nizam,saya nak tanya. kalau saya dah habis diploma dalam bidang farmasi, boleh ke kalau saya nak sambung degree kat Universiti luar negara?

Nizam Malek on February 12, 2014 at 11:08 PM said...

Wasalam Nani,

Boleh kalau anda ada sokongan kewangan sendiri dan diterima masuk oleh universiti di luar negara.

Cuma pastikan anda memilih universiti atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

xxxibgdrgn said...

Salam , saya ada soalan ni.
Lepas dah habis belajar jd pembantu pharmacy dekat SPA , boleh tak sambung degree terus? And selalunya degree dekat U(IPTA) mana?

Nizam Malek on February 17, 2014 at 12:03 AM said...

Salam,

Boleh nak sambung belajar kalau CGPA bagus.

Degree di IPTA UiTM pun boleh.

Kalau IPTS, CUCMS pun boleh.

Untuk keterangan lanjut, kena hubungi dan tanya Fakulti Farmasi institusi yang berkaitan.

Anonymous said...

Betul ke lagi 4-5 tahun malaysia akan mengalami kebanjiran pharmacist? Kalau betul, kenapa pihak university masih membuka course pharmacy kepada pelajar. Sepatutnya mereka kena beritahu kepada umum. Kesian belajar 4 tahun, nanti tak dapat kerja dan menganggur :(

Apa pendapat abang nizam tentang veterinar pharmacist? Kat malaysia tak well-known sangat kan? Lecturer saya cakap it is a good course and career cuma kat malaysia tak demand job ni..

Terima kasih ^^

Nizam Malek on February 22, 2014 at 11:37 AM said...

Salam Anonymous,

Susah hendak menjangkakan apa yang bakal terjadi pada 4-5 tahun mendatang.

Tapi pada pendapat saya, semua karier termasuk Farmasi juga akan menghadapi masalah yang sama iaitu kebanjiran jumlah Pharmacist pada satu hari nanti.

Pihak universiti masih membuka course Pharmacy kerana universiti adalah institusi akademik yang melahirkan graduan, dan bukannya satu badan yang memberikan peluang pekerjaan kepada para graduannya.

Jadi ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengkaji prospek atau peluang kerjaya pada masa hadapan bagi setiap kursus yang ingin disertai.

Selain itu, jika tiada peluang pekerjaan di Malaysia, Pharmacist boleh mencari peluang pekerjaan di luar negara kerana kerjaya sebagai Pegawai Farmasi adalah berstatus professional dan diterima dihampir semua negara, sama seperti doktor.

Berkenaan dengan Veterinar Pharmacist, memang ia kurang popular di Malaysia, tetapi sebenarnya ia mempunyai prospek kerjaya yang amat besar, umumnya kerana terdapat ramai orang yang mencintai haiwan dan mereka sanggup melakukan apa saja untuk memastikan haiwan dibela dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Cuma mungkin di Malaysia, kerjaya sebagai Veterinar Pharmacist ini masih belum meluas dan belum diiktiraf setaraf dengan kerjaya seperti doktor dan Pegawai Farmasi.

Berbalik kepada perkara yang asas, sila lakukan kajian terlebih dahulu berkenaan prospek kerjaya sesuatu kursus yang ingin diambil.

Semoga berjaya!

Anonymous said...

Asslmualaikum encik nizam. Sy nak tanya, bila ambil dip pergigian nanti, sama macam kos farmasi tak? Dan bila nak sambung degree, macamana pulak kelayakannya? Encik nizam setuju tak kalau sy pilih msu?

Nizam Malek on February 25, 2014 at 8:05 PM said...

Wasalam Anonymous,

Saya kurang pasti berkenaan dip pergigian, tapi yang pasti, ia adalah jurusan yang berbeza daripada Farmasi.

Berkenaan kelayakan, perlu hubungi lanjut dengan fakulti yang berkaitan, kerana infonya akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.

MSU ok. Kalau anda dapat pastikan yang sesuatu kolej atau universiti swasta itu diiktiraf, bermakna ianya ok.

Kalau tidak, mungkin ada sedikit risiko untuk sambung belajar di situ.

dhea on February 27, 2014 at 12:21 AM said...

salam en nizam.. saya merupakan pelajar diploma sains semester akhir .. masih dalam tempoh untuk menyambung pengajian ke peringkat degree dan berminat nak sambung dalam bidang farmasi..saya juga telah menetapkan pilihan dentistry dan fisioterapi dalam pilihan kursus yang hendak di ambil. antara ke tiga2 kursus ini yang mana mempunyai peluang pkerjaan yg cerah di masa hdpn dan pro n kontra kursus tersebut...?

Nizam Malek on February 28, 2014 at 12:22 AM said...

Salam Dea Mardya,

Jika diberi tiga pilihan iaitu Farmasi, Dentistry dan Fisioterapi, pada pandangan saya, secara asasnya Dentistry mempunyai prospek kerjaya yang paling baik.

Kedua adalah Farmasi dan ketiga baru Fisioterapi.

Walaubagaimanapun, pemilihan kerjaya ini bergantung kepada minat individu juga.

Anda perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan anda, supaya anda dapat memilih satu kursus yang paling sesuai dengan diri anda.

kei on March 7, 2014 at 7:35 PM said...

Salam. Kalau dah habis buat master in pharmacy , apa peluang pekerjaan dia? Ada tak orang buat degree in pharmacy pastu jadi cikgu? Terima kasih :)

Nizam Malek on March 8, 2014 at 5:20 PM said...

Salam Khairun Nabila,

Peluang pekerjaan selepas selesai buat Masters in Pharmacy adalah dalam bidang akademik.

Boleh apply jadi lecturer di kolej atau universiti.

Jadi cikgu? Tak sure plak, rasanya tiada.

kei on March 11, 2014 at 6:41 AM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam, saya dah habis foundation in science... Tapi pointer hanya 3.29 . Spm dan subjek kimia dalam foundation dah lepas syarat . Saya nak sambung belajar farmasi, kalau buat rayuan kat board of pharmacy, boleh tak saya dapat keputusan yang baik?

Nizam Malek on March 12, 2014 at 7:50 AM said...

Salam Anonymous,

Saya sarankan anda mohon dan buat saja rayuan.

Jika ada rezeki, insyaAllah anda akan ada peluang.

Anonymous said...

Ada tak kes yang pohon pas tu dapat keputusan yang baik? Saje nak tau :p

Nizam Malek on March 13, 2014 at 10:27 AM said...

Tidak pasti. Sebab saya tak kerja di bahagian tersebut. =)

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan anda... :) doakan untuk saya :)

Anonymous said...

Assalamualaikum saya ingin bertanya tentang syarat baru yang dikemukakan oleh pihak Lembaga Farmasi Malaysia dimana subjek spm diambil kira jika ingin melanjutkan ke degree farmasi..Syaratnya wajib mendapat 5B dalam subjek kimia/bio/fizik/matematik tambahan or matematik..Apa pandangan anda tentang syarat ini yang agak menghalang minat seseorang daripada meneruskan kerjaya dalam bidang farmasi ini.

Nizam Malek on March 18, 2014 at 11:53 PM said...

Salam Anonymous,

Syarat minimum dari peringkat SPM diambil kira untuk memastikan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang terbaik dapat dipilih.

Sudah pasti syarat ini diperkenalkan untuk membantu proses menapis para pelajar yang terlalu ramai mahu memasuki sesuatu fakulti.

Pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam bidang akademik akan mendapat peluang yang lebih cerah.

Dari sudut keilmuan, sudah pasti ia menjejaskan peluang mereka yang sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya tersebut.

Oleh sebab itu, adalah amat penting merancang masa hadapan dari awal (sebelum SPM) agar kita dapat membina peluang ke arah minat kita.

Walaubagaimanapun, setiap sesuatu ada hikmahnya.

Jika tidak berjaya mendapat tempat, boleh cuba lagi dan mungkin rezeki dan peluang anda berada dalam bidang yang lain.

Saya cadangkan agar perbanyakkan solat istikharah dan solat hajat.

Semoga urusan anda dipermudahkan dan anda mendapat apa yang anda hajati.

Amin.

Anonymous said...

diploma saya hanya dapat 3.24 dan SPM saya tak mencapai 5B's. nak menyesal result SPM pun dah terlambat dan requirement yang ditetapkan pun baru lagi. saya memang nak sangat sambung degree farmasi tapi peluang tuh macam dah takde :( saya tak tahu nak apply course apa untuk sambung degree.

Anonymous said...

result spm saya kimia dan fizik D. saya tidak mengambil bio. adakah saya masih berpeluang untuk menjadi pharmacist? saya betul2 ingin menjadi phrmacist.

Nizam Malek on March 21, 2014 at 9:33 AM said...

Anonymous,

Cuba buat permohonan dan rayuan.

Jika ada rezeki anda, pasti anda akan dapat sambung belajar dalam bidang Farmasi.

All the best.

Namun, jika permohonan dan rayuan tidak diterima, jangan berputus asa.

Masih banyak bidang lain yang boleh anda ceburi seperti bidang perniagaan dan sebagainya.

Anonymous said...

Salam kalau saya dpt A+ kimia,A- phy,A addmath,B bio.ada hrpan x utk dpt diploma farmasi&jika diberi pilihan mana yg lebih baik diploma atau matrix.

Nizam Malek on March 22, 2014 at 9:32 AM said...

Salam Anonymous, kalau result macam tu, ada peluang untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi.

Lebih baik Matrix. Tapi kena usaha lebih keras.

Anonymous said...

salam. saye memang minat bidang farmasi. tapi bile dah bace blog ni saye jadi risau takut tak dapat kerja as a pharmacist sbb dalam sektor awam dh ramai kan. dalam mase yang same saye jadikan optometri as a backup kalau tk continue farmasi. so pndpt encik, perlu ke sye continue study farmasi ? FYI, sye lepasan spm 2013

Anonymous said...

salam encik nizam, saya berminat nak ambil dip farmasi. tapi keputusan spm saya baru baru ini tidak mencukupi syarat. so saya apply dip farmasi di msu. Pd pendapat encik nizam, msu atau unikl lebih bagus utk dip farmasi ni? dan encik nizam tahu tak kelayakan bg dip farmasi di msu?

Nizam Malek on March 24, 2014 at 8:03 AM said...

Anonymous 1,

Farmasi adalah satu kerjaya professional.

Bukan bermakna kalau tiada kerja di sektor awam, maka tiada lagi peluang pekerjaan.

Masih terdapat banyak peluang pekerjaan bagi Pharmacist di bidang komuniti Farmasi, industri dan akademik.

Seeloknya, jangan fikir untuk kerja dalam bidang sektor awam kalau mahu sambung belajar dalam bidang Farmasi.

Jika anda mempunyai minat dalam bidang optometri dan prospek kerjayanya bagus, boleh teruskan.

Nizam Malek on March 24, 2014 at 8:05 AM said...

Anonymous 2,

Pada pandangan saya, peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Diploma Farmasi adalah kurang memberangsangkan.

Di antara MSU dan UniKL, saya lebih familiar dengan MSU.

Mungkin anda perlu menghubungi MSU untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan kursus Farmasi di sana.

zlaikh on March 24, 2014 at 5:36 PM said...

salam, saya lepasan SPM 2013.
result bru2 ni, dpt 5A saja.
kimia- c+
bio- B
Fiz- B.
bi- B+

Sya minat diploma farmasi. tpi, ada peluang ka saya dpt diploma farmasi ?
kalau x dpt, diploma sains bleh jdi frmasi jugk ka ?

mna satu lebik baik ? diploma atau asasi ?

mohon pandangn . :)

Nizam Malek on March 25, 2014 at 11:43 PM said...

Zulaikah Jan,

Tahniah atas keputusan SPM yang baik.

Untuk soalan anda, anda tidak boleh jadi Ahli Farmasi jika ambil diploma Farmasi.

Dengan result SPM anda, anda ada peluang untuk sambung Diploma Farmasi.

Jika tak dapat di IPTA, mungkin boleh dapat di IPTS.

Diploma atau Asasi? Saya prefer Asasi. Diploma ini lebih sesuai kepada subjek-subjek atau kursus-kursus yang lebih teknikal.

Semoga jawapan ini membantu anda.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, saya bru lepas dpt result spm dan skrg saya sedang keliru nak isi upu. Bolehkah saya pilih BIDANG 1 pendidikan dan bidang 2 sains kesihatan tetapi pada pilihan kos 1 saya pilih diploma fisioterapi ? tolong beri jawapan.

Anonymous said...

Salam encik nizam, apa pendapat encik nizam kalau saya terima tawaran dip farmasi di mahsa?

Anonymous said...

Asslmualaikum encik nizam. Sy nak tanya kos dental technology tu macam mana eh? Boleh ke lepas ambil dip dental technology tu, saya buat degree in dentist? Terima kasih

Nizam Malek on March 29, 2014 at 1:44 PM said...

Anonymous 1:

Waalaikummussalam. Untuk cara mengisi borang UPU, sila hubungi terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Boleh cuba rujuk laman web ini: http://www.upu.my/

Anonymous 2:
Salam, pada pandangan saya, jika anda tiada pilihan lain yang lebih baik, boleh lah terima tawaran tersebut.

Anonymous 3:
Waalaikummussalam. Saya kurang pasti berkenaan kursus dental technology. Mungkin anda boleh google dan cari maklumat kolej yang menawarkan kursus tersebut. Kemudian dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan anda ya.

dhiah said...

Assalamualaikum, encik saya baru mendapat keputusan SPM 2013. saya dapat 5A5B. saya mendapat A utk admath math dan chemis. Physic and bio sy pula B. kalau saya dapat matrikulasi sains. modul ape yg patut saya ambil di matrikulasi?modul 1,2 atau 3? modul 1-biology,kimia,physic,math. modul 2-kimia,physics,sainskomputer,math. modul 3-biology,kimia,sains komputer,math. terima kasih.

Anonymous said...

Salam Encik, saya lepasan spm aliran sastera Dan tdak mengambil subjek bio, che, Dan fiz. Saya mendapat A+ dalam subjek sains. Bolehkah saya mengambil bidang farmasi? Sbb saya memang minat bidang ni.

Anonymous said...

Assalammualaikum . saya ingin bertanya . sekiraya sya mndpt B+ dalam subjek biology adakah saya masih layak utk memohon course pergigian utk ipta ? Atau saya perlu masuk ke matrik ? Terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum.saya nak tanya..ipts apa yg diiktiraf lembaga farmasi?segi university college diiktiraf x?

fatinnadira.A on April 2, 2014 at 11:27 PM said...

Assalamualaikum ,mula2 sy nk ucapkan terima kasih ats pendedahan yang encik nizam tulis di blog ni ..:))

soalan sy ,sy berminat untuk mnymbung ke bdg perubatan.sama ada dentist,farmasi ..tp keputusan spm sy baru2 ni tidak melayakkan sy untuk mngmbil course itu..sy runsing.adakah masih ada peluang untuk sy menyambung pelajaran k bidang itu?

saya bercadang untuk menyambung ke matriks terlbih dahulu.strugggle dan tebus blik result spm sy ni..tp mnjdi persoalan sy ..adakah ipta/ipts di mlaysia ini masih melihat kelayakan bdasarkan result spm kte jugak wpon cgpa matriks kite cemerlang? atau mereka memilih hanya berdasarkan cgpa matrks kita shje ?

sy kalau boleh nak tebus kembali result spm saya yang kurang memberangsangkn ini di matriks.insya Allah . :)

Nizam Malek on April 4, 2014 at 10:15 AM said...

Dhiah:

Anda layak untuk ambil ke tiga-tiga modul.

Bergantung pada minat dan perancangan kerjaya, anda perlu tahu apakah subjek apakah yang diperlukan untuk menyambung pelajaran dalam kursus yang anda mahu ketika di kolej atau universiti kelak.

Jika anda meminati bidang perubatan, farmasi dan pergigian, modul 1 adalah pilihan yang sesuai.

Dan begitu sebaliknya.

All the best! =)

Nizam Malek on April 4, 2014 at 10:17 AM said...

Anonymous 1:

Anda tidak boleh mengambil bidang Farmasi, kerana anda tidak mempunyai asas subjek yang diperlukan ketika di peringkat SPM.

Apa yang anda boleh lakukan mungkin adalah dengan melanjutkan pelajaran di peringkat STPM dengan membuat permohonan masuk ke aliran sains.

Dapatkan keputusan yang terbaik dan bina peluang untuk ke bidang Farmasi.

Nizam Malek on April 4, 2014 at 10:19 AM said...

Anonymous 2:

Peluang untuk ke IPTA sebenarnya agak tipis bukan kerana kelayakan, tapi kerana faktor persaingan.

Terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dan menyebabkan ada golongan pelajar yang layak tidak dapat masuk ke kursus-kursus kritikal.

Jika tidak terpilih, pilihan lain adalah dengan menyambung pelajaran di IPTS atau cuba mendapatkan biasiswa bagi menyambung pelajaran di luar negara seperti di Indonesia.

Selamat maju jaya.

Nizam Malek on April 4, 2014 at 10:21 AM said...

Anonymous 3:

Segi College adalah diiktiraf oleh Lembaga Farmasi.

Sila rujuk link ini untuk senarai IPTS yang diiktiraf:

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html

Nizam Malek on April 4, 2014 at 10:26 AM said...

fatinnadira.A:

Terima kasih kerana membaca blog saya. Semoga info di sini bermanfaat.

Anda boleh sambung pelajaran di Matrikulasi, dapatkan keputusan yang terbaik dan memohon untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi.

Saya juga merupakan lepasan Matrikulasi yang menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di IPTS.

IPTA/IPTS menilai pelajar dari pelbagai aspek.

Selain keputusan SPM, matrikulasi dan pencapaian kokurikulum, pelajar juga akan diinterview sebelum diterima masuk ke dalam fakulti yang berkaitan.

Oleh itu, apa yang anda boleh lakukan adalah belajar bersungguh-sungguh di Matrikulasi dan pastikan anda mempersiapkan diri anda dengn kemahiran modal insan dan komunikasi yang baik.

Pastikan anda mempunyai added value untuk diterima sebagai pelajar IPTA/IPTS tersebut.

Jika pencapaian akademik tiada masalah dan anda mempunyai kemahiran modal insan dan komunikasi yang baik, insyaAllah peluang anda untuk sambung belajar dalam bidang yang anda minati adalah lebih cerah.

Semoga berjaya! =)

Unknown on April 6, 2014 at 7:30 AM said...

asslmualaikum.enck, antara dip farmasi atau degree farmasi , yg mna demand nya lbih luas ?:)

Anonymous said...

assalamualaikum encik nizam yang baik hati.

saya mengambil diploma farmasi kemudian pointer saya tidak mencukupi syarat kelayakan utk sambung degree in pharmacy. Menurut pandangan encik nizam, bidang mana yang mempunyai peluang kerja yang luas bagi saya memilih utk sambung ke peringkat degree?

satu lagi, boleh encik nizam terangkan prospek kerjaya bachelor in medical sciences? dari segi gaji, tempat bekerja, dan peluang bekerja. sama macam nurse jugak ke?

terima kasih :)

Nizam Malek on April 19, 2014 at 9:59 AM said...

Moon Lousie,

Wasalam, sudah pasti lah degree Farmasi. =)

Nizam Malek on April 19, 2014 at 10:03 AM said...

Anonymous,

Wasalam,baik hati ke? =D

Hmm, berkenaan dengan kursus lain, saya pun kurang updated buat masa ini selain bidang Farmasi dan Pergigian.

Mungkin anda boleh sertai expo-expo pameran kerjaya yang diadakan setiap tahun dan dapatkan info terkini berkenaan peluang kerjaya yang ada.

Semoga berjaya!

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya pelajar lepasan spm 2013. Soalan saya, boleh tak sambung degree dalam bidang pharmacy sama ada di malaysia atau di luar negara kalau dapat c+ dalam physics? Terima kasih.

Anonymous said...

Salam encik

sy nak tanya adakah sijil diploma farmasi sy akan diterima pakai walaupun sy tdk mempunyai science tulen semasa spm dulu bila sy tamat pengajian di Cosmopoint dgn keputusan cemerlang??

Anonymous said...

Salam. Saya telah mendapat 6A 1B+ 1C+ 1C dalam SPM 2013. Add Math B+, Chemistry C+ dan Physics C. Saya sangat berminat dalam bidang Farmasi. Adakah mereka akan melihat keputusan SPM jikalau ingin menyambung pelajaran di dalam Degree in Farmasi? Dan, baru-baru ni juga saya telah ditawarkan ke matrikulasi. Modul apa yang bersesuaian dalam bidang farmasi? Modul 1 - Bio, Fiz, Kim, Add Math. Modul 2 - Fiz, Kim, Add Math, Sains komp. Modul 3 - Bio, Kim, Add Math, Sains Komp. Bolehkah saya ambil Modul 3 untuk sambung ke degree farmasi? Saya agak keliru. Dan yang manakah lebih baik di antara Diploma Farmasi ataupun Matrik? Saya takut semasa di matrik nanti cgpa tak mencapai kelayakan. Minta maaf kerana banyak bertanya, harapnya di balas. Terima kasih

Nizam Malek on April 29, 2014 at 12:01 AM said...

Salam Anonymous 1,

Sila rujuk entry requirement bagi Fakulti Farmasi CUCMS di link ini http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/bpharm.html

Jika tidak memenuhi entry requirement, saya cadangkan agar anda buat permohonan dan rayuan jika serius berminat.

Jika memang tidak boleh, bersiap sedia untuk sambung belajar dalam kursus atau program lain.

Nizam Malek on April 29, 2014 at 12:03 AM said...

Anonymous 2,

InsyaAllah boleh diterima.

Cuba buat permohonan dulu ya.

Nizam Malek on April 29, 2014 at 12:06 AM said...

Anonymous 3,

Entry Requirement ke sesuatu Fakulti Farmasi akan menilai pelajar dari peringkat SPM.

Pada pandangan saya, kedua-duanya baik di antara Diploma Farmasi dan Matrikulasi.

Tapi kalau saya, saya akan pilih Matrikulasi kerana peluang adalah lebih terbuka.

Takut jika tidak capai CGPA yang diperlukan?

Jangan mengaku kalah sebelum berusaha.

Guna peluang yang ada sebaiknya.

Kalau dah masuk matrik, belajar sungguh-sungguh dan dapatkan pointer 4.0.

Kerana dengan itu, peluang anda untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi di IPTA akan lebih terbuka.

Selamat berjaya!

Anonymous said...

salam...
saya nak tnya blh x saya dpt modul 1 atau 3 di matrik klu bio,kim C+ n fiz B...

Anonymous said...

Assalamualaikum encik nizam
Saya baru je dapat tawaran bpharm di australia dan dapat credit transfer 3.5 tahun
Adakah saya akan mendapat masalah untuk mendapat HO kerana spm saya ada 3 subject tak mencapai minimum B? Atau pun saya perlu re-sit subject tersebut setelah tamat ijazah nanti? Apakah criteria untuk mendapat HO?

Nizam Malek on May 5, 2014 at 11:21 PM said...

Anonymous 1,

Saya tak dapat jawab sama ada boleh atau tidak.

Apa yang boleh saya cadangkan adalah cuba mohon dahulu.

Kalau ada rezeki, insyaAllah dapat, ya.

Semoga berjaya!

Nizam Malek on May 5, 2014 at 11:27 PM said...

Anonymous 2,

Mungkin HO yang anda maksudkan adalah Provisionally Registered Pharmacist (PRP).

Tahniah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Australia.

Cuma pastikan universiti atau kolej yang menawarkan ijazah sarjana muda Farmasi di Australia tersebut di intiraf oleh Lembaga Farmasi dan Kerajaan Malaysia.

Jika diiktiraf, insyaAllah tiada masalah untuk mendapat tempat sebagai PRP di Malaysia apabila tamat belajar nanti.

Nizam Malek on May 5, 2014 at 11:27 PM said...

Anonymous 2,

Mungkin HO yang anda maksudkan adalah Provisionally Registered Pharmacist (PRP).

Tahniah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Australia.

Cuma pastikan universiti atau kolej yang menawarkan ijazah sarjana muda Farmasi di Australia tersebut di intiraf oleh Lembaga Farmasi dan Kerajaan Malaysia.

Jika diiktiraf, insyaAllah tiada masalah untuk mendapat tempat sebagai PRP di Malaysia apabila tamat belajar nanti.

Unknown on May 6, 2014 at 2:44 PM said...

Assalamualaikum.Saya merupakan pelajar lepasan spm 2013.Saya berminat dalam bidang farmasi tetapi keputusan spm saya tidak memuaskan.Jadi IPTS merupakan jalan yg saya pilih.

Tawaran yg saya dapat adalah dari KPJUC,diploma pharmacy dan MAHSA,foundation in science.Saya buntu kerana tak dapat buat keputusan sendiri.Saya harap en.nizam dapat membantu saya dlm membuat keputusan.

Ada yg berpendapat sekiranya saya sambung diploma,saya tidak dpt sambung ke peringkat degree kerana keputusan spm saya yg tidak seberapa.Betul ke?Tapi sambung ke KPJ mungkin dapat menjamin pekerjaan.Macam mana pula dengan foundation?

Harap encik dapat membantu


Anonymous said...

Ermm tetapi encik nizam, spm saya ada 3 subjects tak mendapat B. akan effect ke kalau nak apply PRP? Atau perlu re-sit spm?
Dan university itu diikhtiraf oleh board pharmacy

Nizam Malek on May 8, 2014 at 11:30 PM said...

Salam Syaida Khadijah,

Antara ketiga-tiga pilihan yang ada, saya berpendapat, sambung pelajaran dengan KPJ adalah yang terbaik dan lebih menjamin masa hadapan.

Kita sambung belajar untuk mendapat peluang pekerjaan yang mudah dan terbaik.

Semoga pandangan ini membantu anda.

Nizam Malek on May 8, 2014 at 11:31 PM said...

Anonymous,

Kalau anda sudah berjaya mendapat ijazah sarjana muda Farmasi (BPharm), SPM sudah tidak penting lagi.

Nilai anda nanti adalah pada level degree.

Tidak perlu menduduki SPM semula.

All the best!

Anonymous said...

salam encik nizam,

ada tak biasiswa ke luar/dalam negara untuk lepasan diploma?

Nizam Malek on May 12, 2014 at 7:48 AM said...

Salam, saya kurang pasti berkenaan biasiswa untuk lepasan diploma.

Setahu saya tiada.

Anonymous said...

Salam abang nizam
Untuk dapat PRP kena ada NOC ke? Apakah syarat untuk apply PRP ye?

Nizam Malek on May 16, 2014 at 9:50 AM said...

Salam, setakat yang saya tahu, tak perlu NOC.

Syarat apply PRP mestilah mempunyai degree Farmasi dan lulus interview dengan SPA.

Anonymous said...

salam..
sy seorang yg sgt2 meminati bidang farmasi.sy gagal mndpt twran interview frmasi di ipta.sy rsa blurr sgt sbb sy dh x mnt kos laen selain frmasi..sy lpasan asasi uitm dgn rsult 3.59..kalau nak apply cucms kna gna prblnjaan sndiri kan utk semesta 1?agak2 brpa jumlah prbelanjaan tu sbb sy bkn dtg dr kluarga ygt berada ttpi sy btul2 brminat dgn bidang farmasi..tlong sy

Anonymous said...

assalamualaikum
sy pelajar lepasan asasi.sy nak tnya utk apply cucms ni dy tgk pointer asasi or pointer upu?

Nizam Malek on May 17, 2014 at 12:23 PM said...

Anonymous 1,

Salam, ini antara dilemma yang menghantui para pelajar dari segi kelayakan dan kemampuan.

Saya cadangkan agar anda memohon pembiayaan pelajaran daripada yayasan pelajaran yang ada menawarkan pinjaman dan biasiswa.

Contohnya Yayasan Terengganu yang menyediakan pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak kelahiran Terengganu.

Berusaha dan berdoa semoga anda mencapai cita-cita anda.

Jika tiada peluang, mungkin rezeki anda ada di tempat lain.

Semoga berjaya!

Nizam Malek on May 17, 2014 at 12:34 PM said...

Anonymous 2,

Wasalam, pointer UPU tu yang mana ya?

Setahu saya, mereka akan lihat pointer anda di Asasi.

Unknown on May 26, 2014 at 1:25 AM said...

Salam..
Sy mrupakan pljr asasi sains..
Slepas asasi, bnarkh sy prlu mngambil degree sains farmasi utk mlanjutkn dlm bdang farmasi..
Mohon pncerahan utk prjlanan sy strusnye slpas asasi kerana sy amat meminati bidang farmasi..

Anonymous said...

assalamualaikum..saya lepasan spm 2013 dan telah mendapat tajaan mara dalam bidang farmasi di segi university kota damansara.saya juga mempunyai dilema untuk memilih antara tajaan ini atau asasi sains hayat di universiti malaya.apa yang patut saya lakukan?saya amat berminat dengan farmasi dan sijil degree farmasi di segi university diiktiraf oleh lembaga farmasi atau tidak???bolehkah saya bekerja di sektor kerajaan kelak dengan sijil tersebut?terima kasih...

Nizam Malek on May 27, 2014 at 8:56 PM said...

Salam Indahayu Rahman,

Tidak perlu ambil degree sains Farmasi.

Selepas asasi atau matrikulasi, boleh terus sambung ke degree Farmasi.

All the best.

Nizam Malek on May 27, 2014 at 8:59 PM said...

Wasalam, Anonymous,

SEGI College adalah diiktiraf Lembaga Farmasi.

Boleh rujuk laman ini http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html

Pada pandangan saya, jika anda berminat dengan Farmasi, tawaran SEGI adalah yang terbaik.

Sila pergi ke SEGI College dan nilai sendiri tempat belajar dan tenaga pengajar mereka.

Begitu juga dengan bantuan pelajaran.

Jika semua ok, teruskan untuk mencapai cita-cita anda.

All the best!

Anonymous said...

assalamualaikum..saya ingin bertanya..adakah kerajaan akan lebih terdorong untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan ipta berbanding ipts dalam bidang farmasi?saya runsing bila memikirkan tentang kerja kerana saya sedang belajar di ipts..

Anonymous said...

assalamualaikum..adakah kerajaan akan terdorong untuk memberikan pekerjaan kepada graduan ipta berbanding ipts dalam bidang farmasi?

Nizam Malek on May 28, 2014 at 10:21 PM said...

Salam Anonymous,

Saya tidak pasti sama ada kerajaan mengutamakan graduan lepasan IPTA berbanding IPTS atau tidak.

Tetapi mengikut pengalaman saya, setakat ini, semua graduan Farmasi kerja pada waktu yang sama.

Jangan risau, kalau IPTS anda diiktiraf oleh Lembaga Farmasi dan MQA, insyaAllah akan dapat peluang pekerjaan.

Saya pun adalah graduan lepasan IPTS di CUCMS.

All the best.

Banyakkan berdoa pada Allah semoga urusan dipermudahkan, k.

fakhrul syazwan said...

saya ada satu soalan...adakah kerjaya farmasi ni masih relevan menjelang tahun 2020??banyak lagi ke tempat dalam sektor kerajaan mahupun swasta untuk bidang farmasi ni??

Nizam Malek on June 5, 2014 at 11:20 PM said...

Salam Fakhrul Syazwan,

Selagi ada orang yang sakit dan memerlukan ubat untuk merawat pesakit, selagi itu peranan ahli Farmasi adalah diperlukan.

Tempat sudah pasti semakin terhad, tetapi keperluan sentiasa bertambah.

InsyaAllah masih ada banyak peluang kerjaya untuk bidang Farmasi ini.

Anonymous said...

salam . saya nak tnye after kita buat dip in farmasi then nk buat degree kita boleh tukar course ke arah apa ye ?

Nizam Malek on June 13, 2014 at 11:33 PM said...

Salam, nak tukar course apa tu kena tanya institusi yang ingin disertai.

Setiap institusi ada entry requirement berbeza.

Jadi perlu tanya terus kepada institusi yang berkaitan tersebut.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 294   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.