Friday, April 12, 2013

[Qualaroo] Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menjawab 2 lagi soalan yang telah dihantar oleh pembaca Nizam Malek Blog berkaitan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia.

Soalan pertama telah dihantar pada 22 Mac 2013, pukul 5.08pm dan berbunyi seperti ini;

1) "Salam En Nizam, nak tanya, saya merupakan lepasan SPM, kalau saya ambil kursus Diploma in Pharmacy, apa hala tuju saya selepas itu?"


Jawapan: Salam kepada anda yang bertanya, berkenaan dengan Diploma in Pharmacy (DIP), kebiasaannya anda akan belajar selama 3 tahun dan selepas tamat belajar, kelulusan yang anda dapat membolehkan anda untuk bekerja di sektor awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF) bermula dengan gred U29.

Di hospital, secara asasnya PPF bertugas sebagai pembantu kepada Pegawai Farmasi untuk tugas pre-packing, stock recording, cytotoxic drugs reconstitution, total parenteral nutrition dan bermacam-macam lagi yang membolehkan proses kerja di Jabatan Farmasi menjadi lebih teratur dan efisyen.

Walaubagaimanapun, tugas PPF terhad berbanding Pegawai Farmasi untuk sesuatu tugas. Contohnya, PPF tidak terlibat dengan proses mengeluarkan ubat-ubat psikotropik (Dangerous Drugs), pembelian ubat bagi kegunaan hospital, patient counselling dan kebanyakan masanya, tugas untuk mendispens ubat kini lebih banyak diserahkan kepada Pegawai Farmasi Provisional U41.

Selain bekerja di hospital, terdapat juga PPF yang bekerja di Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan tugasnya juga adalah untuk membantu Pegawai Penguatkuasa Farmasi mengikut unit-unit tertentu.

Berkenaan dengan gred pula, kenaikan jawatan adalah berdasarkan senioriti dan bukanlah mengikut masa (time-based) seperti yang berlaku dalam jawatan Pegawai Farmasi.

Namun, kerjaya sebagai PPF tidak terhenti di situ. Anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diambil dalam tempoh 4 tahun. Kelulusan tersebut membolehkan anda naik ke taraf Pegawai Farmasi.

Memang masa yang diambil adalah lebih panjang, namun ia tetap adalah satu opsyen yang baik.


Soalan kedua pula diterima pada 26 Mac 2013 pada pukul 3.19pm;

2) "Betul ke ahli Farmasi akan saturated???"


Jawapan: Soalan ini adalah antara soalan yang agak popular. Ramai yang ingin mengetahui, benarkah bahawa kerjaya dalam bidang Farmasi ini sudah atau akan tepu. Dengan kata lain, adakah bilangan ahli Farmasi berdaftar di Malaysia telah mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO)?

Secara tepatnya, saya tidak mempunyai perangkaan yang sebenar berkenaan jumlah Pegawai Farmasi di Malaysia dan apakah ianya telah mencapai sasaran ataupun belum. Jadi saya tidak dapat memberikan komen sama ada benar atau tidak jumlah ahli Farmasi di Malaysia telahpun atau akan tepu pada masa akan datang.

Cuma apa yang saya perhatikan adalah, memang betul, jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam terutamanya di hospital kerajaan telah bertambah dengan banyak berbanding beberapa tahun sebelum ini. 

Jika sebelum ini, sebuah hospital kerajaan cuma mempunyai seorang Pegawai Farmasi yang menyusun atur pengurusan berkaitan penggunaan ubat-ubatan hospital, kini hampir ke semua hospital telah mempunyai secara kasarnya 40-50 orang Pegawai Farmasi yang bertugas mengikut unit-unit tertentu seperti Klinikal, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Pesakit Luar dan lain-lain.

Perkembangan sihat ini telah membolehkan Jabatan Farmasi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pesakit di hospital. 

Walaubagaimanapun, sejajar dengan pertambahan populasi masyarakat, sudah semestinya beban kerja di Jabatan Farmasi akan bertambah, malah dengan perancangan untuk memberi perkhidmatan nilai tambah kepada para pesakit menjadi faktor keperluan untuk menambah jumlah Pegawai Farmasi setiap tahun.

Isunya adalah, penghasilan graduan Farmasi setiap tahun adalah amat banyak melebihi kekosongan jawatan yang dapat ditawarkan di hospital-hospital kerajaan. Bayangkan 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghasilkan kira-kira 1500 orang graduan Farmasi setiap tahun untuk ditempatkan dalam jawatan di sektor awam, tidak ditambah lagi dengan graduan Farmasi dari luar negara seperti Indonesia, Australia dan lain-lain.
Sudah pasti perkara ini menjadi kerisauan bagi mereka yang sedang menjalani kursus Farmasi atau berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi. Persoalannya, apakah masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia? Adakah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, graduan lepasan Farmasi akan menganggur sama seperti graduan lepasan kursus-kursus lain?

Pada pendapat saya, ketepuan jumlah ahli Farmasi di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor besar seperti faktor politik semasa dan kekosongan jawatan. Bidang Farmasi adalah satu bidang yang amat penting dan perkhidmatan Farmasi menjadi tulang belakang kepada kesihatan manusia. Perkhidmatan Farmasi tidak boleh tepu kerana permintaan terhadapnya sentiasa tinggi dan bertambah setiap tahun.

Malah, kerjaya Farmasi menawarkan pelbagai cabang yang tidak kurang menarik selain perkhidmatan di hospital kerajaan. 

Pada masa ini juga, kebanyakan hospital swasta di Malaysia sekadar mempunyai 1 atau 2 orang Pegawai Farmasi yang mengurus semua urusan berkaitan Jabatan Farmasi. Kekosongan besar ini mungkin menjadi satu peluang buat Pegawai Farmasi untuk berkhidmat di hospital swasta. Sudah pasti cabarannya berbeza dengan berkhidmat di hospital kerajaan, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang baik.

Selain berkhidmat di hospital, ahli Farmasi juga boleh mencari peluang pekerjaan di rangkaian Farmasi retail. Pada masa kini, permintaan terhadap ahli Farmasi berdaftar adalah amat tinggi terutamanya daripada e-Cosway.

Walaupun terdapat banyak khabar mengatakan bahawa menceburi dunia rangkaian Farmasi retail melalui e-Cosway bukanlah satu langkah yang terbaik, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Kepada yang tidak meminati Farmasi retail atas alasan-alasan tertentu, mereka boleh mencabar diri mereka untuk mencari peluang pekerjaan di sektor industri iaitu di kilang-kilang penghasilan ubat-ubatan.

Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah, beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.

Secara umumnya, memang benar, tiada jaminan bahawa bidang Farmasi dapat memberikan pekerjaan kepada para graduan lepasan Farmasi seperti tahun-tahun sebelum ini. Malah polisi dalam bidang Farmasi juga dilihat bertukar-tukar dengan amat drastik dari semasa ke semasa.

Namun, sekali lagi pada pendapat saya, bidang Farmasi masih lagi adalah satu pilihan kerjaya yang amat baik untuk diceburi. Jika alasan jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam telahpun mencapai tahap ketepuan, graduan lepasan Farmasi masih boleh mendapatkan peluang pekerjaan di sektor swasta yang masih lagi dikira berpermintaan tinggi. 

Apa yang penting bagi anda yang sedang mengikuti kursus Farmasi atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi adalah, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan kemahiran soft-skill/modal-insan yang terkini untuk membolehkan anda bersaing mendapatkan pekerjaan.

Secara peribadi, saya masih lagi berpendapat bidang Farmasi adalah satu pilihan yang baik dan bidang Farmasi memerlukan lebih ramai ahli Farmasi berkualiti yang dapat mengembangkan perkhidmatan Farmasi di Malaysia untuk sepanjang masa.

Cuma jika benar suatu hari nanti kursus Farmasi di Malaysia tidak lagi dianggap satu kursus kritikal, pilihan seterusnya yang terbaik adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor pergigian.

Jika anda ada ruang untuk mendapatkan lebih info berkenaannya, anda akan dapat melihat perbandingan terhadap kedua-dua bidang kerjaya ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi gambaran terhadap pandangan berkenaan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia kepada anda.

Sebarang soalan/komen adalah amat-amat dialukan.

293 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 293 of 293   Newer›   Newest»
Anonymous said...

salam sejahtera.

saya baru sahaja mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran ke KSKB dlm bidang PPF.walaubgaimnapun, sy masih ragu2 akn msa yg akn dtg.pelbgai prsoalan yg timbul. pd pndpt saudara, wajarkah sy menerima tawaran ni?

Nizam Malek on June 17, 2014 at 12:29 PM said...

Salam sejahtera,

Anda kena senaraikan dulu apakah perkara yang membuatkan anda ragu-ragu itu.

Saya tidak dapat menjawab sama ada wajar atau tidak jika tidak mengetahui apakah masalah anda.

Anonymous said...

saya nak tanya farmasi mmg kena kerja kat krdai je ke? bukan dekat hospital? saya nak kerja kat hospital. kalau belajar kt ipts mmg saya tkkan dapat kerja dalam hospital ke?

Nizam Malek on June 22, 2014 at 8:27 PM said...

Pharmacist boleh kerja di hospital. Kalau minat kerja di hospital, mohonlah kerja di hospital setting. Kalau belajar di IPTS, tahun pertama mesti kerja di hospital.

Unknown on June 30, 2014 at 6:24 PM said...

Assalamualaikum.. Sye skrg sdg praktikal di hkl utk diploma farmasi la.. Cita2 sye nk jd dentist.. Tp mslhnye sye sngt lemah dlm math dn kimia.. Adakah perkara ni boleh memberi mslh kpd sye ble nk smbg utk bidang farmasi atau dentist.. Kalo nk jd pharmacist, rse mcm lemah sngt dlm math dn kimia.. Kalo nk smbg dentist, sye kurang dlm kemahiran teknikal sbb dentist perlu terlibat dgn bende yg smgr kecil.. Sye dlm dilema sama ade nk smbg degree farmasi atau dentistry.. Mohon pndgn dr en nizam.. Time kaseh

Anonymous said...

Salam..sy nak tnya..adakah seorang pelajar farmasi mesti mengekalkan pointer 3.0. Ke atas? Bagaimana yg mendapat bwh 3.0 tp atas 2.5? Masihkah ada peluang pekerjaan sbg seorg farmasi stlh grad nnt?

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya skarang tngah buat foundation in sains di ucsi university...boleh tak kalau saya nak sambung degree farmasi di university of nottingham malaysia kampus atau cucms??cucms trima tak lulusan pre u dari universiti swasta yg lain???

Anonymous said...

Assalam cik nizam, sy mrupakan student farmasi dri kolej ipts yg berdaftar dan cgpa sy skrg 3.5 keats.boleh ke nanti kalau sya nk apply spa guna result diploma farmasi dr ipts untk gred u29 ?ke dy ttp nk tngk result spm ?

Anonymous said...

Salam encik nizam. Saya dpt tawaran bachelor of pharmacy di cucms untuk intake august 2014. Macam mana saya nak apply mara or jpa? Thanks in advance :)

nurul said...

Encik, saya nak tnya.
Berkenaan kos farmasi.
Skrg, sy sdg buat a level dekat kyuem. And, saya akan smbung kos farmasi kat uk sehingga master.
Sy just nak tnya, ada beza ke gaji antara belajar dekat local atau overseas. Im a sponsored student. Dan, my sponsor allow me to take mpharm instead of bpharm. Beza dia hnya setahun. Dan, sy akan terus dapat master. Sy juga nak tahu ada tak beza gaji antara master dgn degree. I really hope that u can help me asap. Thanks.
Have a nice day

Syahirah said...

Assalamualaikum encik nizam. Saya ada satu soaln,utk kebanyakan universiti di uk, qualification yg ditawarkn utk undergraduate pharmacy ialah MPharm selama 4 thn, mmg tiada BPharm. Cth universiti, University College London n King's College. Jika berpeluang, sya ingin melanjutkn pelajaran di sana dlm bdg Pharmacy, utk qualification MPharm, i.allah. Tetapi, apa yg sya kurang pasti, adakah betul jika sya balik ke msia MPharm qualification dr UK hanya diiktiraf sbg ijazah pertama, bermakna sya akan diberi gaji bachelor, dan bukannya master. Apa yg sya faham, MPharm ialah Master in Pharmacy.
Itu shj. Terima kasih.

Unknown on August 18, 2014 at 8:35 PM said...

Salam..en. nizam..sy lpasan matrikulasi..dan.sy xdpat kos yg sy apply utk upu..sy bcdang nk apply bachelor's in pharmacy kat unikl..sy nk minta pndgan encik. .tntg kos ni..dan sy nk tnye ok ke klau sy apply unikl untk kos ni.

Anonymous said...

Assalam cik nizam. Kalau da lepas diploma farmasi. Bole tak nak sambung degree dalam bidang lain pulak macam degree nursing?

Anonymous said...

Salam.. Apa beza degree farmasi dgn degree sains farmasi?

Anonymous said...

Cik syahirah..awak buat full master kat sana ker twinning programe?saya pun quite konfius tentang nie..saya wat twinning programe uni of nottingham...

Anonymous said...

salam sye dpt twran smbg dip farmasi di ipts melaka yg ade kerjasama dgn uitm... adakah ia satu pilihan yang baik???

seorang aku on October 13, 2014 at 3:20 PM said...

Salam alaikum.. encik nizam kalau kita dari diploma farmasi nak ke kos pergigian boleh ke??terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sy sebenarnya sdg brcdang utk mmbuka perniagaan farmasi. Segala perancangan dah disiapkan kecuali lesen untuk farmasi. kalau cik ada kenalan yg mmpunyai lesen farmasi untuk disewakan? boleh pm /call zahir 011-14442290

Anonymous said...

assalamualaikum. saya pelajar asasi. kalau pointer asasi saya bagus tapi SPM tak berapa (kimia saya C), adakah layak saya apply dentistry atau farmasi ? thankyou.

Anonymous said...

salam, saya pelajar lepasan diploma graphic design,
saya nak tanya adakah saya layak untuk mengambil degree in nutrition or Bachelor of Counselling and Guidance ? saya amat ragu ragu apa saya perlu sambung. tq

bLoOdy mOon said...

Assalam,sy nk tye lau pointer dip pharmacy above 3.5 but spm dpt C+ tuk che,phy,bio n D tuk addmath,boley smbung degree pharmacy x? o.O

athirah on December 12, 2014 at 1:20 PM said...

salam encik.
kalau bidang pharmaceutical pulak macam mana ek?
apa skop yang dipelajarinya?
& bagaimana peluang pekerjaannya?
yang saya dengar, bidang ni membuat ubat. betul ke?

Iris Dania said...

Assalam Encik Nizam Malek =)

Rajin sungguh Encik reply sgala comment. Semoga Allah membalas sgala kebaikan encik.
Lps sy baca blog Encik n comments ni smua sy jadi ragu2 utk amik dgree in pharmacy sbb peluang kerja yg terhad. Sy mmg minat sgt2 course pharmacy ni n skrg sdg buat alevel sbg persediaan sblum ke oversea. Sy blum ditetapkan course jadi sy boleh pilih course apa slps alevel ni. Menurut encik, peluang pekerjaan di sektor swasta masih ada. Tapi masalahnya, sy terikat dgn JPA slps degree nanti n mesti bekerja di hosp krjn sekurg2nya 5 tahun baru boleh buka farmasi sdiri. Jadi, mungkinkah sy akan menganggur jika sy tetap memilih course ni? Sy tidak kisah jika posting ke sabah sarawak pun takmengapa jika peluang kerja dlm sektor krjn masih ada di sana . Tapi sy juga masih ada masa utk memikirkan course lain selain pharmacy. Dentistry, sy tidakberapa minat sbb saya takut kalau melibatkan surgery, takut2 terputus pula lidah org :p Jadi sy nak minta pndpt encik patutkah sy pilih course lain n kalau encik tahu course apa yg demand dlm 4-5 tahun akan dtg ? Sorry kalau post panjang sgt tapi harap sgt sy dpt jawapan dr encik selain terus beristikharah. Jazakallahu khairan kathira =)

Anonymous said...

salam en.Nizam.. insyaAllah april tahun ini sy akan menamatkan diploma in pharmacy. so far, result diploma yg sy perolehi melebihi 3.8 tetapi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bachelor of pharmacy memerlukan cgpa 3.5 ke ats + min. B utk matapelajaran bio, phy, chemy,add math/mth utk SPM. masalah sekarang adalah keputusan SPM sy tidak mencukupi syarat yang mana memerlukan minimum B dalam subjek2 tersebut. so, instead of choosing Bpharm as a 1st choice, i am planning to choose bachelor in pharmaceutical science since admission requiremnt agak rendah dibandingkan dengan BPHARM. tamabahan pula, sy diberitahu bahwa Bachelor Pharmaceutical Science membenarkan untuk sy melakukan transfer credit. jadi, soalan sy di sini:

1) bagaimana job scope dan job prospect dlm bidang BpharmaceuticalScience di Malaysia.?
2) adakah dengan adanya BpharmaceuticalScience membolehkan sy menyambung ke BPharm untuk mempraktikkan as a Registered Pharmacist dan berapa tahun masa pembelajaran bagi Bpharm drpd BpharmaceuticalScience?
3) Apakah univeristi yg rcognised by Board of Pharmacy bagi kos BpharmaceuticalScience ? adakah sama seperti Bpharm or Mpharm?
terima kasih

Anonymous said...

Cik iris dania..saya pon ada masalah yang sama dengan awak..huhu..konfius nk further degree nanti..i only have three option given by mara mbbs,bpharm n dentistry...btw..awak akan further degree tahun nie ker???

anis on January 23, 2015 at 3:00 AM said...
This comment has been removed by the author.
anis on January 23, 2015 at 3:03 AM said...

salam..saya ingin bertanya 2 soalan.
1)adakah boleh sambung master terus selepas ada degree in pharmacy tanpa melalui PRP dulu?
2)lepas dh habis master,boleh tak kalau nk jadi pegawai farmasi dan bukan terlibat dlm bidang akademik seperti menjadi pensyarah?

Miss Kinder Bueno on February 5, 2015 at 12:10 AM said...

Assalamualaikum.. kalau sy ambik diploma farmasi, adakah peluang utk sy ambik degree nnti tipis sbb perlu brsaing dgn matrik dn asasi?

Haziq Asfa on February 22, 2015 at 11:17 AM said...

Sy harap saudara dpt menjawab persoalan sy. Sy merupakan pelajar matriks. Cgpa 3.91. Muet band 4. Tp mase spm bio sy C+. Adakah harapan sy untuk further degree in farmasi ni trkubur begitu shj setelah berhempas pulas cuba mndapatkan keptusan yg baik kt matriks 😢😢😢

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya nak tanya.. based pengalaman yg adakan, apa course yg patut saya ambil sekarang memandangkn doktor dah ramai.. saya confuse n takut if saya ambil course medic nnti x da pekerjaan.. mohon bantuan n pendapat.. ☺

CikSakura on March 6, 2015 at 10:03 AM said...

Assalamualaikum..saya merupakan pelajar lepasan SPM 2014 dan masih buntu dalam memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran saya.jika ditanya kepada guru2, pasti mereka menanyakan minat saya terlebih dahulu. Saya meminati subj bio, kimia, maths dan addmaths. mohon jasa baik Encik untuk mengesyorkan bidang pengajian kpd saya. Sekian..Terima Kasih :)

Unknown on March 6, 2015 at 4:55 PM said...

Assalamualaikum , saye nk tanya . Klau sye hanya ambil subjects fizik , chemistry tpi takdea bio . Still dterima untuk ambil diploma farmasi under government kea ?

Anonymous said...

assalam..encik nizam..sy nak tanya..skrg sy d tahun ke3 dip..sekiranya sy mahu melanjutkan stdy to degree mcm mn? sbb sy bukan dari aliran science masa spm..

Anonymous said...

Salam, tahun ni saya SPM & berminat utk jd ahli farmasi. tapi kadang2 saya rasa kurang yakin nak lulus dlm subjek bio, chemist, bi . sekarang ni saya cuma fikir nak jd ahli farmasi.

Anonymous said...

Saya lepasan spm, saya telah dapt kos farmasi under mara. Tapi saya menolak, wajarke ?

Anonymous said...

Assalamualaikum En. Nizam, kalau saya bercadang untuk masuk ke Foundation in Science di IPTS,nanti kalau tamat foundation saya boleh sambung degree di IPTA dan ada peluang tak IPTA nak terima? atau saya hanya boleh sambung degree di IPTS tersebut atau IPTS yg lain? Boleh terangkan? Terima kasih.

Anonymous said...

Assalmualikm, sy pljr spm 2015, saya minat dlm course dentistry, lps spm nnti(insyaAllah), ada x U/college yg trus ambil that course atau kena masuk asasi/matriks?

Musafir Hina said...

Bismillah. Assalamualaikum. Maaf ganggu tuan. Firstly, saya nak berterima kasih atas maklumat tuan yg saya kira amat berguna. saya ada sedikit pertanyaan :

1. Betulkah major subject dalam pharmacy adalah organic chemistry.

2.Boleh tak specify sikit pasal cabang pharmacy. Ada tak pharmacy yg kerja dengan JAKIM.

kalau ada masa , mohon reply ya. terima kasih tuan. saya pelajar semester akhir asasi farmasi. Insya Allah masuk degree awal bulan sembilan ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya ialah seorang pelajar lepasan spm tahun 2013. alhamdulillah saya peroleh 10A 1B dan subjek Kimia A+ manakala bio saya b+. Namun saya terpaksa menangguhkan pengajian saya ke peringkat yg lbih tinggi atas sebab masalah kesihatan. Saya berminat dalam bidang farmasi. Adakah saya masih berpeluang untuk meneruskan pengajian saya setelah sembuh walaupun kini sudah tahun 2015 yang lebih menumpukan lepasan spm 2014?
Mohon pencerahan.

Fif said...

Assalamualaikum encik. Saya lepasan pelajar spm 2015. Saya berminat utk menyambung pljrn d matrikulasi/asasi sains.
D matrikulasi saya dpt modul 1. Result sains saya dlm spm, Bio-B Kimia-C Fizik-C+.
Adakah saya layak utk smbung degree farmasi lps matrikulasi/asasi sains ?
Sbb kwn-kwn ckp kelayakan ambik degree farmasi based on spm result juga.

Fif said...

Maaf, saya lepasan sms 2014 :)
Saya hrp encik dpt m'jwb soalan saya.

farahiimmm on May 6, 2015 at 9:37 AM said...

SALAm encik nizam.saya sebenarnya tgh bingung modul apa yang ok utk sy kat matrik utk apply kos dentis nnti.result spm sy 4 a3b2c.c tu fizik n kimia.b tu bio n addmath.saya sebenarnya kurang sikit dgn subjek fizik.kalau sy ambil modul 3 kat matrik nnti,bleh ke sy apply kos dentistry? ?modul 3 ada subjek bio,chem,math n sains kom.

Nabiela Haniey on June 16, 2015 at 3:27 PM said...

Salam saya pelajar sains tulen dan sya drop fizik sbb tak mampu nk bawa, sya nk tnya nnt sya boleh ke minta bidang farmasi ni?

Nabiela Haniey on June 16, 2015 at 3:27 PM said...

Salam saya pelajar sains tulen dan sya drop fizik sbb tak mampu nk bawa, sya nk tnya nnt sya boleh ke minta bidang farmasi ni?

Nabiela Haniey on June 16, 2015 at 3:27 PM said...

Salam saya pelajar sains tulen dan sya drop fizik sbb tak mampu nk bawa, sya nk tnya nnt sya boleh ke minta bidang farmasi ni?

Nabiela Haniey on June 17, 2015 at 3:16 PM said...

Salam saya pelajar sains tulen dan sya drop subjek fizik, saya nnt boleh ke klau nak ambil bidang farmasi ni?

Unknown on June 29, 2015 at 2:54 AM said...

Assalam en nizam..
Slps kita llus 1 thun praktikal di hospital awam adakah kita akan trus diserap untuk bkerja sbgi pegawai farmasi di hospital yg sama? Atau kita perlu menganggur berbulan dirumah smentara untuk mndapat tmpt di hospital? Atau kita perlu memohon ke setiap cawangan hospital untuk bekerja sbgi pegawai farmasi selepas llus 1 thun praktikal? Mhon pencerahan.. Tq

Anonymous said...

Salam...saya akan hadapi spm tahun ini dan saya memang berminat dalam bidang farmasi ini..boleh tak ceritakan dan tunjukkan laluan untuk tros ke bidang farmasi ini??
and satu lagi camna nk ke luar negara menerusi bidang farmasi ini???

JamilahAini on August 13, 2015 at 12:03 AM said...

Salam alaik. Encik Nizam. Saya bakal menyambung BPharm di Zagaziq University,Egypt.
Any tips utk bakal pelajar Farmasi? Adakah lepas saya graduate nnti saya just terus ke lembaga farmasi untuk PRP?
Terima kasih

Anonymous said...

Hi nizam..adakah pelatih tajaan kkm (PPF) layak melanjutkan pelajaran dalam IPTA? Jika ya apakah kelayakan minimum yang diperlukan? Tq

Jin on November 1, 2015 at 9:08 PM said...

Aslkum, bg nizam saya ingin bertanyakan soalan . Kalau masa sekolah menengah saya tak amik aliran sains mcam bio, fizik, kimia . Tapi saya belajar sains asas . Bolehkah ? Saya amik diploma in pharmacy selepas SPM .?

Anonymous said...

Salam encik nizam.boleh tak saya dapat emel adress en nizam.tq.

Anonymous said...

Salam. Saya berminat dalam ni dang pharmacy ni. Saya budak lepasan spm. Boleh tak ceritakan laluan for this course dengan lebih detail? Subject apa yang kena score?

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya nak tanyalh. Saya juga lepasan SPM. Saya ada dengar kerjaya mengenai pembantu prubatan drpd ibu saya. Di mana pembantu perubatan tersebut mempunyai tugas yang hampir sama dengan doktor, cuma pangkatnya lebih rendah berbanding doktor. Boleh tak Encik Nizam jelaskan kerjaya sebagai pembantu perubatan dengan lebih lanjut Dan jelas?

Ms Lenna on December 29, 2015 at 10:07 AM said...

Salam. Saya nk tanye. Kalau buat PRP di kilang (industri) tak boleh bekerja di hospital ke? Kena industri sahaje?

Ms Lenna on December 29, 2015 at 10:08 AM said...

Salam. Saya nk tanye. Kalau buat PRP di kilang (industri) tak boleh bekerja di hospital ke? Kena industri sahaje?

Anonymous said...

salam, klau nak pursue study in degree in pharmacy ,usually untuk ipta akan ada interview ke ?

Anonymous said...

Salam. Sy nk tanya.sy hendak sambung dentistry di luar negara. Boleh tak sy tahu apa itu sijil NOC dan apa kepentingan sijil itu

Shanan on March 4, 2016 at 10:50 AM said...

Assalamu'alaikum,
Saya nak tny adakah sy layak untuk memohon ambil diploma farmasi memandangkan result sy cuma 4A 5B dalam SPM,,,

a on March 7, 2016 at 2:27 PM said...

Salam. Saya lepasan spm saya nk tnya bidang farmasi ni more to kimia & maths ke? Sbb sye tak minat sngat dgn maths. Kimia pun tak minat sngat.

Unknown on March 8, 2016 at 12:32 AM said...

Asalamualaikum. Saya tersiggah kat entry ni, dn stlh meneliti comment2 2/3 tahun lepas kt entry ni, sya dpt thu dpd encik admin sendiri bhwa pluang pkrjaan dlm bidang farmasi adalah semakin terhad pda msa tulah.. agak2 nya thun 2016 ni mcm mna pulak ye? saya agak berminat dgn bdg ni, dan saya sdg buat research bkenaan bidang ni..

Unknown on March 8, 2016 at 12:36 AM said...

main subject dlm bdg farmasi ini adlh bio dan chemistry.. :)

Unknown on May 1, 2016 at 12:54 PM said...

Assalamualaikum. Sy nak tanya. Pada tahun ini ( 2016 ) adakah bidang farmasi dah tepu ? And pada zaman sekarang ni bidang mana yg lebih bagus dentistry atau farmasi ?

Unknown on May 6, 2016 at 5:00 PM said...

Salam. Saya nak tnye. Saya berminat dlm bidang farmasi tapi keputusan spm saya tidak begitu cantik. Saya hanya mendapat 4A 2B 3C. Bio,kimia dan fizik saya dpt C dan addmath saya dpt B. Adakah dgn result saya ni, saya boleh melanjutkan pelajaran dlm bidang farmasi? Dan lagi satu, saya dpt tawaran ke matrikulasi kedah. Adakah saya perlu pegi ke matriks atau universiti?

Androgynous on May 16, 2016 at 12:01 AM said...

Salam, terima kasih kerana memberi pencerahan kpd saya. Walaupun blog ini sudah lama ttp ia amat membantu saya. Terima kasih ye en nizam.

Selain tu, saya lepasan spm 2015, keputusan spm saya alhamdulillah 8A. Chem A, bio A, phys A-, maths A+ dan addmaths C+. Memandangkan saya baca sume komen, agaknya saya lps ke utk smbg degree lps habis dip farmasi di uitm?

Lastly, boleh x saya ambil degree in pharm sambil kerja slps tamat dip?

Mohon penjelasan dan terima kasih byk2 en nizam.

Androgynous on May 16, 2016 at 12:06 AM said...

Salam, terima kasih kerana memberi pencerahan kpd saya. Walaupun blog ini sudah lama ttp ia amat membantu saya. Terima kasih ye en nizam.

Selain tu, saya lepasan spm 2015, keputusan spm saya alhamdulillah 8A. Chem A, bio A, phys A-, maths A+ dan addmaths C+. Memandangkan saya baca sume komen, agaknya saya lps ke utk smbg degree lps habis dip farmasi di uitm?

Lastly, boleh x saya ambil degree in pharm sambil kerja slps tamat dip?

Mohon penjelasan dan terima kasih byk2 en nizam.

yoonhye on May 23, 2016 at 1:01 PM said...

Salam. Sy thu soalan sy ni mcm ngarut sbb sy ygh dlm confuse. Sy cuma nk tanya kalau sy ambk modul2 di matrikulasi... lpastu inShaAllah kalau pointer lepas3.5 above boleh ke sy nk smbung ambk veterinarian medicine? Sy thu bunyinya mcm pelik tapi sy suka sgt fizik tapi mnat nk jdi vet.Sy mnat sgt nk jdi vet.. adkh vet ad byk pluang pekerjaan pd masa hdpn? Ap pndpt ? Terima kasih... 😂😂😂😂

Wan Nur Adlina on May 23, 2016 at 7:24 PM said...

saya tak dapat apa apa tawaran utk upu. i'm about nk apply rayuan farmasi uia. tapi result saya 7A 3B (bio B, addmath chem B+). agak agak layak tak?

Unknown on June 14, 2016 at 4:55 PM said...

Jika sy dpt pointer 3.5 kebawah dlm dip pharmacy dan ingin menyambung pengajian ker ijazah farmasi adakah sy layak..? Atau ada cara lain like keje dlm ppf dlm setahun dua then baru apply ijazah farmasi.. Boleh en bgi pendapat..

Unknown on August 2, 2016 at 2:34 PM said...

Salam , saya farah. Lepasan spm. Sy ditawarkan diploma farmasi di kpj. Tapi sy bukan lah dari aliran sain. Pada pendapat encik, patut ke sy terima. Sejujur nya sy minat sain dan teringin nak ceburi bidang farmasi cuma tidak yakin boleh go on dengan subjek yg akan beljar nanti

Unknown on August 2, 2016 at 2:36 PM said...

Salam , saya farah. Lepasan spm. Sy ditawarkan diploma farmasi di kpj. Tapi sy bukan lah dari aliran sain. Pada pendapat encik, patut ke sy terima. Sejujur nya sy minat sain dan teringin nak ceburi bidang farmasi cuma tidak yakin boleh go on dengan subjek yg akan beljar nanti

Anonymous said...

Kalau amik degree lepastu master farmasi boleh ke

Anonymous said...

Salam nk tnye...adakh dip farmasi ni sgt memerlukn chemist?atau skdr ambik basic sje pn dh oke???

Anonymous said...

assalamualaikum encik nizam , saya lepasan spm 2016. pada awalnya saya bercadang nak amik degree in biotechnology ttapi mmndangkan peluang pekerjaan dlm bidg tu agak terhad , saya beralih kpd bdg pharmacy . saya mmg mminati pljaran yg berkaitan sains dan kajian . jd saya ingin memohon asasi pharmacy in uia. encik rasa saya layak ke utk bdg pharmacy ni ?

Anonymous said...

salam saya lepasan spm 2016 dan saya mendapat tawaran dip in pharmacy di unikl rcmp. dan bio saya c+ spm 2016. jadi saya nak tanya, betul ke kene repeat paper bio kalau nk sambung degree in pharmcy nnt? walaupun cgpa diploma bagus?

Unknown on May 12, 2017 at 7:11 AM said...

Salam,
Bolehkah saya menyambung degree in pharmacy jika do matriks saya tidak mengambil bio?saya ambik sci comp.

Unknown on May 12, 2017 at 7:11 AM said...

Salam,
Bolehkah saya menyambung degree in pharmacy jika do matriks saya tidak mengambil bio?saya ambik sci comp.

Anonymous said...

Assalamualaikum encik. Saya merupakan lepasan spm dan saya berminat untuk sambung degree dalam bidang farmasi. Tapi sayang sekali, kimia saya C waktu spm :'( Pada pendapat encik, adakah saya boleh sambung degree dalam bidang farmasi walaupun kimia C spm? InshaAllah, masuk matrik nanti saya struggle :-)

Unknown on May 26, 2017 at 7:22 AM said...

Assalamualaikum....apakah main subjects yang perlu dipelajari ketika degree pharmacist?Saya sangat lemah dalam subjek Kimia.

Anonymous said...

Salam. Nak tanya, apa skop kerja kejuteraan automotif? Dan kt mana tmpt2 kerja untuk bidang ni?

Unknown on August 5, 2017 at 8:15 AM said...

100% Pinjaman untuk tawaran anda!

Kadar faedah yang rendah
Kadar serendah 3%! Kadar faedah 0% untuk 6 bulan pertama

TIDAK DITERIMA / TIDAK COLLATERAL
Tidak perlu memanfaatkan sebarang aset untuk memperoleh modal

NO RESTRICTIONS
Dana boleh digunakan sama seperti wang tunai.

PEMBIAYAAN SEBAGAI HINGGA 15 HARI
Proses kelulusan cepat

Kami tidak mengenakan bayaran untuk mengemukakan permohonan, kami dibayar semata-mata berdasarkan keputusan.

PENGELUARAN INCOME NO
Pendapatan yang dinyatakan sahaja

Hubungi kami hari ini melalui e-mel. Springleaf_finance@outlook.com


  Adrian Winson

Dora on March 15, 2018 at 11:26 PM said...

Asalam saya lepasan spm 2017.add math saya D lulus,6 subjek kredit & yg lain cemerlang.layak ke saya sambung pengajian ke diploma farmasi?

Anonymous said...

Salam, saya dapat 5a fiz B, kim C dlm spm dan klw nk buat pharmacist dkt ipta agak tipis peluang tu, but sy ade option untuk buat diploma di kpj college dan masa spm sy amek course sains teknikal, sy ada subjek LKejuruteraan.

Jadi soalan sy boleh ke sy buat diploma pharmacist ni di ipts spt kpj dan klw sy nk sambung degree pula ada ambil kira result sy masa spm tak?

Nobody on March 21, 2018 at 3:50 PM said...

Assalamualaikum Encik Nizam, saya nk tanya, betul ke sekarang ni kerjaya doktor ngan farmasi ni ada kontrak, what does it mean???

Alyaa azira on March 26, 2018 at 1:19 AM said...

Yee dah terlambat dah saya reply😀

Anonymous said...

Hai,saya nak tanya .. saya bukanla science stream , tapi saya dapat tawaran di picoms untuk dip farmasi.tapi saya agak takutla,boleh ke saya sambung for degree nanti? atau akan ada kesulitan ?

Anonymous said...

Saya bakal menamatkn pengajian diploma farmasi di ipts.
Saya ingin tahu, jika saya memohon kerja di industry pembuatan ubat (pharmaceutical industry), saya layak untuk memohon jawatan/position di bahagian mana?

hangmail on June 13, 2019 at 1:22 PM said...

Assalamualaikum Tuan. Saya nak tanya pendapat tuan tentang Diploma Medikal Sains yang ditawarkan oleh PICOM. Apa kerjaya untuk graduan medikal sains? Dan adakah peluang kerjanya luas? Sekiranya graduan medikal sains nak lanjutkan pelajaran ke degree apa courses yang layak di ambil? Terima kasih tuan.

Nur farah on March 27, 2021 at 1:44 PM said...

Salam sy student diploma farmasi , lepas habis praktikal boleh ke sy kerja dalam sektor kerajaan , sbb sy belajar di kolej swasta . Habis praktikal auto kerja kerajaan ke?

Anonymous said...

Selaunya kalau untuk pekerjaan berapa minimum pointer yang diperlukan jika saya berenti di peringkat diploma in pharmacy

Anonymous said...

Salam kalau untuk pekerjaan pulak berapa minimum pointer diperlukan jika saya berenti di peringkat diploma in pharmacy tetapi jika saya menyambung pengajian saya hingga ke peringkat degree course yang ditawarkan oleh uni saya ialah bachelor in science pharmaceutical so berapa pulak minimum pointer yang diperlukan untuk saya bekerja?

Unknown on June 25, 2021 at 3:25 PM said...

As salam..jika saya amik diploma sains dan ingin sambung ke bahagian ijazah dalam bidang dentist boleh ke?juga jika saya amik diploma farmasi,adakaah saya perlu sambung dalam bidang farmasi juga?jika saya masuk ke matrix berapa minimum pointer yg boleh saya dpt untuk sambung ke bahagian dentist

Akmal tarmizi said...

Terima kasih tuan kerana menjawab kesemua soalan di atas. Saya sebagai bakal pelajar untuk degree farmasi amatlah berterima kasih kerana banyak info yang saya dapat perolehi melalui jawapan tuan������

«Oldest ‹Older   201 – 293 of 293   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.