Thursday, April 18, 2013

Kenali Antibiotik Anda!


Di zaman globalisasi tanpa sempadan hari ini, orang ramai boleh mendapatkan sebarang informasi dengan amat mudah. Ianya semudah di hujung jari dengan kewujudan Internet yang kini menguasai medium komunikasi antara manusia.

Antara informasi yang sering dicari di Internet adalah berkaitan kesihatan. Sebut apa saja berkaitan masalah kesihatan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, maklumat akan keluar di skrin komputer anda. 

Namun, kebanyakan artikel berkaitan kesihatan yang terdapat di Internet bukan ditulis oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan. Malah ada juga artikel berkenaan kesihatan yang ditulis sesuka hati tanpa meneliti kebenaran fakta atau hanya mengikut cakap-cakap orang saja.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati, kerana informasi berkaitan kesihatan perlu diperolehi daripada individu atau badan yang berauthoriti untuk memastikan ianya tepat dan tidak pula memudaratkan anda di kemudian hari.

Antara topik yang agak hangat berkaitan kesihatan adalah berkenaan antibiotik. Tahukah anda, apakah itu antibiotik? Bila dan bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan antibiotik?


1. Apa itu antibiotik?

Antibotik adalah satu kategori ubat yang digunakan untuk membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria (kuman). Antara nama antibiotik yang biasa digunakan di hospital dan klinik adalah Augmentin 625mg, Cefuroxime 250mg dan banyak lagi. Antibiotik terdapat dalam banyak bentuk seperti tablet, kapsul, cecair dan lain-lain.

2. Apa perbezaan antibiotik dengan ubat-ubat lain?

Antibiotik adalah ubat yang bertindak terhadap jangkitan bakteria, manakala ubat-ubat lain seperti Paracetamol (ubat demam/tahan sakit) bertindak terhadap reseptor-reseptor dalam badan manusia. 

Terdapat banyak jenis dan kumpulan antibiotik. Ada yang membunuh bakteria secara langsung dan ada yang merencatkan pertumbuhan bakteria dengan mengganggu sistem protein sintesisnya.

Disebabkan cara antibiotik bertindak adalah berbeza berbanding ubat-ubat lain, cara penggunaannya juga adalah berbeza dan perlu lebih spesifik kepada pesakit dan penyakit yang dihidapi.


3. Bagaimana cara pengambilan antibiotik yang betul?

Sebelum mengetahui cara pengambilan antibiotik yang betul, anda perlu tahu bahawa, antibiotik hanya boleh digunakan setelah mendapat arahan daripada doktor yang merawat.

Anda perlu berjumpa dengan doktor dan doktor akan mendiagnos keadaan anda sama ada anda perlu diberikan antibiotik mahupun tidak.

Anda tidak boleh mendapatkan/membeli antibiotik tanpa preskripsi daripada doktor yang merawat anda. Setelah mendapat arahan daripada doktor untuk mengambil antibiotik dan menerimanya daripada ahli Farmasi, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membaca dan memahami arahan yang terdapat pada label sampul antibiotik yang anda terima. 

Anda perlu tahu berapakah kuantiti atau sukatan (dos) yang anda perlukan dan masa pengambilannya.


Jangan segan untuk bertanya kepada ahli Farmasi jika anda tidak faham atau tidak pasti.

Ini adalah penting kerana sukatan dos dan masa pengambilan antibiotik adalah berbeza di kalangan para pesakit terutamanya kanak-kanak.

Kebiasaanya, antibiotik diambil satu jam SEBELUM makan (ketika perut kosong) untuk mengelakkan interaksi antibiotik dengan makanan.

Namun, mungkin ada juga antibiotik yang perlu diambil selepas makan. Sila rujuk label pada sampul antibiotik anda untuk kepastian.


4. Perkara yang perlu diambil perhatian ketika mengambil antibiotik.

Selain mengambil antiobiotik mengikut masa yang ditetapkan, anda perlu menghabiskan semua antibiotik yang doktor berikan kepada anda walaupun anda telah berasa sihat. 

Ini kerana, antibiotik bertindak dalam tempoh masa yang tertentu untuk membolehkan bakteria dibunuh dengan berkesan. Ketidakpatuhan terhadap arahan pengambilan antibiotik akan membolehkan jangkitan bakteria berlaku kembali. Keadaan ini dinamakan sebagai 'antibiotic resistance'.

Apabila antibiotic resistance ini berlaku, antibiotik yang anda gunakan tidak lagi berkesan dan anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat lagi. Elakkan perkara ini daripada berlaku dengan menuruti arahan pengambilan antibiotik yang betul.

Selain itu, jangan gandakan dos walaupun sekiranya anda terlupa mengambil dos sebelumnya. Pengambilan dos antibiotik yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu kepada kesihatan anda.

Dan jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain. Antibiotik adalah ubat yang perlu diberikan mengikut keperluan individu. Setiap pesakit adalah berbeza. Jadi, elakkan daripada memberikan antibiotik anda kepada orang lain atau menggunakan antibiotik orang lain.


5. Adakah batuk, demam, sakit kepala dan selsema memerlukan antibiotik?

Untuk perhatian anda, jika anda menghadapi simptom-simptom seperti di atas, belum tentu anda memerlukan antibiotik.
Terdapat banyak jenis penyakit yang boleh menyebabkan simptom-simptom seperti di atas selain disebabkan jangkitan bakteria.

Bagi penyakit yang disebabkan jangkitan virus juga, antibiotik tidak diperlukan.

Jika antibiotik digunakan untuk jangkitan virus, antibiotik tersebut tidak akan dapat menyembuhkan jangkitan virus, tidak dapat melegakan sakit atau gejala dan tidak dapat menghalang virus tersebut daripada mengjangkiti orang lain.

Oleh sebab itu, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan apakah sebenarnya penyakit yang anda hadapi dan sama ada anda memerlukan antibiotik ataupun tidak.


6. Saya tertarik dengan terma antibiotic resistance di atas, boleh terangkan dengan lebih lanjut?

Antibiotic resistance adalah satu keadaan yang berlaku apabila bakteria yang mengjangkiti pesakit menjadi kebal terhadap antibiotik.

Perkara ini boleh berlaku apabila antibiotik tidak diambil dengan cara yang betul.

Bakteria yang gagal dibunuh oleh antibiotik akan terus membiak dan berkembang menghasilkan enzim-enzim baru yang dapat melawan antibiotik yang diambil.

Apabila antibiotic resistance ini berlaku, kesan jangkitan bakteria akan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembuhkan menggunakan antibiotik biasa.

Dalam keadaan ni juga, pesakit memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk membunuh bakteria tersebut.

Jika antibiotic resistance ini tidak dikawal, akhirnya, tiada lagi antibiotik yang dapat menyembuhkan pesakit tersebut dan rancangan rawatan (therapy plan) akan menjadi lebih rumit.

Oleh kerana itu, ahli Farmasi akan sentiasa menekankan kepada para pesakit tentang kepentingan untuk mengambil antibiotik dengan cara yang betul dan menghabiskan semua antibiotik yang diberikan.
Semoga artikel kali ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada anda berkenaan antibiotik. Sila kongsikan link artikel ini dengan keluarga dan kawan-kawan anda. Kenali Antibiotik Anda dan hidup lebih sihat! 

Disclaimer: Artikel ini tidak boleh dianggap sebagai satu kaunseling secara online dan ditulis sebagai bertujuan untuk menyampaikan informasi semata-mata. Tanyalah ahli Farmasi jika terdapat sebarang keraguan tentang ubat-ubatan anda.

93 comments:

Unknown on July 7, 2013 at 6:25 PM said...

salam..saya mempunyai alahan pd ubat antibiotik..adakah saya boleh membuat injection vit c?adakah antibiotik diketegorikan sebagai vitamin?

Nizam Malek on July 7, 2013 at 9:47 PM said...

Salam Sara Manja,

Vitamin C bukanlah dalam kategori antibiotik, jadi ia tidak sepatutnya menjadi punca anda mendapat alahan, jika anda mempunyai alahan terhadap antibiotik.

Saya bukanlah pakar berkenaan hukum hakam, namun melalui pembacaan saya dan sekadar perkongsian, membuat injection Vit C untuk tujuan kecantikan adalah dilarang dalam Islam kerana ia termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Tuhan.

Sila rujuk para ustaz dan alim ulama' untuk kepastian lanjut.

Dan antibiotik adalah sejenis ubat, dan secara jelas ianya bukan dalam kategori vitamin. Anda memerlukan preskripsi daripada doktor yang merawat untuk mengambil antibiotik.

Anonymous said...

Boleh sy tahu clavamox 625mg, adakah selamat utk wanita mengandung.. Sy mengalami batuk selama hmpir 3 minggu... Apa akan jd jika sy tidak mengmbil antibiotik?

Nizam Malek on July 25, 2013 at 2:04 PM said...

Clavamox 625mg adalah kombinasi antibiotik Amoxicillin dan Clavulanate.

Clavamox telah diletakkan dalam kategori Pregnancy B oleh FDA.

Kajian pada haiwan gagal untuk menemukan bukti kecenderungan untuk menyebabkan teratogenicity (kesan pada bayi).

Namun tiada data kajian terkawal yang dilakukan terhadap manusia (pregnant lady).

Satu kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan risiko terjadinya necrotizing enterocolitis pada bayi dalam kandungan jika Clavamox diberi kepada pregnant lady yang mempunyai premature rupture of membranes.

Oleh itu, Clavamox hanya diberikan kepada pregnant lady jika keperluan adalah amat nyata.

Untuk terapi yang lebih tepat, sila berhubung dengan pengamal perubatan (doktor) yang merawat anda.

Anonymous said...

adakah fugentin @ augmentin ubat yg sama?

Nizam Malek on August 15, 2013 at 10:36 PM said...

Hi Anonymous,

Yup, Fugentin dan Augmentin adalah ubat yang sama, mungkin perbezaan pada jenama saja.

Bahan aktifnya adalah Amoxicillin dan Clavulanic Acid.

Anonymous said...

Sudah 3 hari Saya demam panas,Sakit kepala, seluruh bdn, x selera mkn. Rasa penah sgt. Bola mata rasa mcm nak keluar. Bila buat blood test doc kata ada kuman dlm darah.Doc bg PCM & Erythromicin. Bila Saya mkn PCM, demam hilang, lps 8 jam, panas balik bdn Saya. Sudah 2 hari benda ni berterusan. Apa pendapat encik? Tq

Nizam Malek on June 5, 2014 at 11:18 PM said...

Salam Anonymous,

2 biji PCM hanya boleh bertahan selama 8 jam sahaja.

Kalau ada jangkitan kuman, bermakna anda memerlukan antibiotik selain PCM.

Pastikan anda mengambil antibiotik yang diberikan oleh doktor mengikut dos, masa dan tempoh yang ditetapkan.

Kalau demam masih belum surut dan keadaan makin teruk, saya nasihatkan untuk terus berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Banyakkan berehat dan minum air kosong.

Semoga anda cepat sembuh!

Anonymous said...

adakah pening,demam,tiada selera makan dan muntah kadang-kadand samapi keluar darah kesan daripada makan ubat antibiotik.kebetulan adik saya baru menghadapi kemalangan dan doktor menghendakinya mengambil suntikan dan antibiotik dan panadol sekiranya perlu setiap 6 jam sehari?

Unknown on June 29, 2014 at 10:39 AM said...

Adakah ubat antibiotik augmentin boleh menyebabkan mandul kepada wanita?

Nizam Malek on June 29, 2014 at 6:14 PM said...

Anonymous,

Kalau sampai keluar darah tu dah bukan kesan sampingan biasa. Perlu segera jumpa doktor. Mungkin antibiotik tu tak sesuai dan allergic dan sebagainya.

Christine Joyce,

Setakat yang saya tahu, Augmentin bukan punca utama yang menyebabkan mandul kepada wanita. Mungkin ada faktor-faktor lain yang terlibat.

Anonymous said...

Assalamualaikum,,saudara saya telah disahkan oleh doktor di luar negara terkena jangkitan bakteria salmonella thypi dan telah diberi atibiotik amoxicilin..soalan saya..boleh ka saya mendapatkan antibiotik(skiranya habis) tsebut di farmasi dgn mengemukakan laporan dpd doktor tsebut?

Nizam Malek on September 5, 2014 at 8:39 PM said...

Wasalam, Anonymous,

Antibiotik diberi dalam tempoh masa tertentu sahaja, contohnya makan untuk 5 hari, 7 hari atau 10 hari bergantung kepada jenis ubat dan indikasi pesakit.

Sekiranya habis, pesakit tidak boleh mengambil atau menyambung antibiotik tersebut sesuka hati.

Sekiranya masih belum sembuh, mesti kembali berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Kesimpulannya untuk soalan anda, jawapannya adalah tidak boleh.

Anonymous said...

Salam,
soalan saya ialah,bagi kanak-kanak berapa biji antibiotik yg bleh dikatakan terlebih dos?

Anonymous said...

Salam,Adakah 8 biji ubat paracetamol adalah terlebih dos bagi kanak-kanak dan org dewasa?

Nizam Malek on September 14, 2014 at 5:32 PM said...

Salam Anonymous 1,

Terlebih dos tu bergantung pada jenis antibiotik yang digunakan.

Sila rujuk kepada Pegawai Farmasi ketika menerima antibiotik yang dipreskrib oleh doktor.

Salam Anonymous 2,

8 Biji ubat Paracetamol adalah dos maksimum untuk sehari bagi orang dewasa. Tidak boleh makan lebih daripada itu.

Jika sakit tidak surut, perlu segera berjumpa doktor untuk pastikan diagnosis penyakit yang sebenar.

Dos untuk kanak-kanak bergantung kepada keperluan dan berat badan.

Sila rujuk kepada Pegawai Farmasi yang mendispens ubat untuk kanak-kanak tersebut ya.

Terima kasih.

Unknown on September 24, 2014 at 9:38 AM said...

Salam encik nizam. Malam sabtu (20/9/2014) lepas saya ambil sebiji augmentin.pagi ahad saya rasa loya dan muntah.ahad pagi saya makan sebiji lagi.saya muntah2 bila makan.isnin saya ke klinik dan doc bagi ubat tahan muntah.dah dia nasihatkan saya supaya stop ambil augmentin.tapi sampai hari ini 24/09/2014 saya masih mual,mengantuk dan rasa letih.adakah itu normal?

Anonymous said...

Assalam En. Nizam, baru-baru ni saya ada buat pembedahan buang appendiks. Dr KMC bg antibiotik 625 mg utk d habiskan. Kemudian saya berjumpa pula dgn Dr. dari klinik biasa, dia bg antibiotik 250 mg. Pasai pa dia bagi antibiotik yg rendah? Ada apa-apa kesan tak?

Nizam Malek on January 23, 2015 at 1:14 AM said...

Mohammad Khairul Anuar Gulzar,

Mungkin anda masih merasa kesan daripada pengambilan Antibiotik Augmentin tersebut.

Biasanya ia mengambil beberapa hari untuk anda kembali seperti biasa.

Banyakkan minum air kosong untuk membantu mengurangkan kesan yang anda alami.

Sekiranya masih mual dan mengantuk dalam tempoh masa yang agak panjang iaitu lebih kurang seminggu dua atau keadaan bertambah buruk, disarankan agar anda berjumpa doktor dan mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Semoga anda cepat sembuh!

Nizam Malek on January 23, 2015 at 1:17 AM said...

Anonymous,

Saya cadangkan anda berbincang dengan doktor tersebut dan mendapatkan nasihat daripada beliau berkenaan antibiotik yang diberikan.

Anonymous said...

sy nk btnya bole x mmbeli pil antibiotik doxycycline hydrochloride(hyclate) di farmasi.. dan ap effect jika makan pil antibiotik yg sudah tamat tempoh..

ila on January 27, 2015 at 1:19 PM said...

As salam, En Nizam...saya tanya kesan antibiotik bagi wanita hamil. Untuk Pengetahuan En. Nizam, saya sedang hamil 8 minggu dan terdapat jangkitan di telinga...Dr memberi saya antibiotik Cloxacilin 500mg. saya risau adakah memberi kesan kepada baby saya...

Anonymous said...

Assalam..sy ada ambik antibiotik curam 625 utk consume 5 hr...hr ke 4 keluar pendarahan sedikit..adakah ini kesan ubat tersebut. .untuk mkluman en.nizam. .doktor bg utk sinus bersama ubat bgkak papain 150 k...mohon pencerahan..tq

Nizam Malek on February 6, 2015 at 8:08 PM said...

Ila: Cloxacillin merupakan sejenis antibiotik yang termasuk dalam kategori B bagi penggunaan oleh ibu-ibu mengandung.

Kategori B bermaksud tiada data kajian terkawal yang dilakukan pada manusia tetapi tiada laporan yang menyatakan terdapatnya kerosakan pada anak yang dikandung akibat penggunaannya.

Oleh yang demikian, Cloxacillin hanya perlu digunakan sekiranya terdapat keperluan yang nyata.

Sekiranya diarahkan oleh doktor untuk mengambil Cloxacillin, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan yang diberikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Dinasihatkan agar puan sentiasa menjaga kebersihan diri sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada terdedah kepada jangkitan kuman yang menyebabkan keperluan untuk pengambilan ubat antibiotik.

Semoga informasi ini membantu puan. =)

Nizam Malek on February 6, 2015 at 8:09 PM said...

Anonymous: Sekiranya berlaku pendarahan, dinasihatkan agar berjumpa doktor kembali untuk memastikan apakah yang menyebabkannya berlaku.

Ainul_boutique on February 20, 2015 at 2:06 AM said...

Salam.. saya nak tnya.. apa akan berlaku jika kanak2 termakan ubat demam.. selsema & antibiotik yg telah tamat tempoh..?? Adakah bole menyebabkan keracunan & bole menyebab kan sesuatu yg teruk berlaku..?? kerana kecuaian sy & suami, kami telah memberikan anak kami makan ubat yg telah luput.. anak kami terambil ubat tu.. tp kami telah minta dia memuntah kan kesemua ubat tu semula.. adakah tindakan saya betul..? Dan ape yg perlu kami lakukan bg langkah seterusnya..

Ainul_boutique on February 20, 2015 at 2:43 AM said...

Salam.. saya nak tnya.. apa akan berlaku jika kanak2 termakan ubat demam.. selsema & antibiotik yg telah tamat tempoh..?? Adakah bole menyebabkan keracunan & bole menyebab kan sesuatu yg teruk berlaku..?? kerana kecuaian sy & suami, kami telah memberikan anak kami makan ubat yg telah luput.. anak kami terambil ubat tu.. tp kami telah minta dia memuntah kan kesemua ubat tu semula.. adakah tindakan saya betul..? Dan ape yg perlu kami lakukan bg langkah seterusnya..

Unknown on March 11, 2015 at 8:07 PM said...

Saya pengidap asma.doktor prnah bg ubt prednisolone (kena mkn 6 biji sekali) & antibiotik penicilin.kesannya bile tdo tgh mlm jantung saya berdegup laju.disbbkan tu saya stop mkn ubt tu.baru2 ni check balik ade kuman kat paru2.doktor bg plak kali ni antibiotik amoxicilin & clavulanic acid & ubat bromhexine HCI.saya jadi takut nak mkn ubat ni.takut kalau jantung saya berdegup kencang lg.saya prnah buat ct scan dan trdapat kembang skit pada jantung saya.nak tnye adakah selamat untuk saya mkn ubt2 berkenaan tadi?adakah ia memberi kesan pada jantung saya atau anggota badan yg lain?harap dpt membantu saya sbb smpai sekarang saya masih rasa cepat mengah, letih, lesu, selalu berdebar, batuk, x boleh buat keje berat,mkn x bole kenyang sgt,nafas salu pendek2 je rasa.bile asma je saya guna turbohaler.harap dpt penjelasan dr
saudara ttg keadaan kesihatan saya ni.saya btul2
tgh stress!

Nizam Malek on March 15, 2015 at 12:34 AM said...

Salam Ashieta Ashley,

Sekiranya berlaku jantung berdegup kencang, anda perlu segera berjumpa doktor yang merawat supaya beliau dapat memastikan keadaan anda sama ada ok atau tidak.

Berkaitan dengan asthma, ia merupakan satu penyakit yang berlaku disebabkan alahan kepada sesuatu.

Anda perlu tahu apakah yang menyebabkan anda mengalami alahan ashthma.

Antaranya adalah kesejukan, bau tertentu, habuk, bersukan dan sebagainya.

Jadi anda perlu elakkan rangsangan alahan tersebut untuk mengelakkan serangan asthma yang terlalu kerap.

Bawa bertenang dan jangan stress.

Sekiranya doktor mengatakan keadaan anda ok, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Saya doakan kesihatan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

mY_izZ.blogspot.com on March 16, 2015 at 12:44 AM said...

bayi sy 6m diberi antibiotik oleh doc sebab demam batuk selsema lebih 2wks...
2 hari consume antibiotik naik ruam merah..perlukah sy hentikan segera?

Anonymous said...

Assalammualaikum.saya mrupakan plajar dploma farmasi dri picoms ingin brtanya..bolehkah saya smbung dgree tetapi saya tdak ambil subjek bio,chem,fi,add math dlam spm.?TQ

Anonymous said...

Saya tidak habis kan antibiotik semasa saya sudah sembuh.. apa yang perlu saya lakukan.. kali ini dah dua kali saya dijangkiti demam yg disebabkan oleh tonsil bengkak.. perlukah saya mengambil semula ubat antibiotik yg terdahulu

Nizam Malek on April 14, 2015 at 12:06 AM said...

mY_izZ.blogspot.com:

Saya sarankan puan bawa bayi puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Nizam Malek on April 14, 2015 at 12:09 AM said...

Anonymous 1:

Boleh atau tidak tu kena tanya institusi yang menawarkan degree Farmasi.

Anonymous 2:

Disarankan untuk bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Elakkan untuk memulakan semula pengambilan antibiotik tanpa nasihat daripada doktor yang merawat.

Anonymous said...

Salam encik nizam...sebelum ni gigi geraham saya dah tercabut..tetapi gusi saya belum sembuh sepenuhnya.2 hari yg lpas saya mengalami sakit gusi dan demam..kini gusi dan pipi turut membengkak..nak sentuh pun sakit..saya suspek saya mengalami abcess..skrang ni saya mengandung 8 bulan..antibiotik apa yg sesuai utk saya encik nizam..

genie on May 18, 2015 at 12:07 AM said...

Encik Nizam, bayi saya 8 bulan telah diberi antibiotik krn prolonged fever. Cubaan pertama dan kedua memberi ubat telah menyebabkan baby saya muntah. Saya berhenti memberi buat malam ni. Akan Cuba semula esok. Soalan saya, bolehkah saya berhenti memberi? Atau perlukah saya teruskan krn telah memulakan antibiotik. Tq Encik Nizam.

Nizam Malek on May 19, 2015 at 11:01 PM said...

Anonymous: Saya cadangkan puan untuk berjumpa Doktor Gigi untuk nasihat dan saranan yang lebih tepat. Saya tidak dapat memberikan pandangan awal kerana masalah tersebut perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Genie: Sekiranya baby muntah selepas mengambil antibiotik, boleh kembali kepada doktor dan maklumkan masalah tersebut. Ia penting untuk memastikan sama ada antibiotik tersebut sesuai diberikan kepada baby puan atau tidak. Jangan buat apa-apa tindakan sama ada berhenti atau menukar antibiotik sebelum mendapat nasihat daripada doktor yang merawat.

Anonymous said...

Salam.. Saya kena makan antibiotik selama 6 bulan, dalam waktu tu bolehkah sy mengambil vitamin c? Adakah berkesan pengambilan vitamin c bersama antibiotik

Nizam Malek on August 5, 2015 at 2:09 AM said...

Salam, kebiasaannya boleh, tiada masalah.

Kecuali terdapat nota dilabel produk yang melarang pengambilan Vitamin C bersama antibiotik tersebut.

Jika tiada, insyaAllah tiada masalah.

Anonymous said...

Saya pergi klinik 2 hari lepas sebab sakit mata ,batuk dan tonsil bengkak .Doktor bagi saya ubat titis kat mata ,ubat batuk ,ubat selsema dan antibiotik .Doktor cakap kena habiskan antibiotik tu .Hari ini kepala saya pening2 dan saya ingat nak makan panadol .Boleh ke makan panadol dengan antibiotik dalam masa yang sama ?Kalau boleh ,makan panadol actifast boleh tak ?

Unknown on September 28, 2015 at 10:26 PM said...

as salam mr.nizam. sy pg farmasi untuk ubat jerawat dlm jenis pil antibiotik doxycycline 100mg . boleh ke sy ambek pil ny dgn vitamin c 1000mg

Nizam Malek on October 3, 2015 at 3:24 PM said...

Salam Khalilah Hussin,

Boleh.

shafiqa arissa on October 3, 2015 at 10:44 PM said...

salam baby sy brumur 6bln,alami demam,btuk,slsema,doc tlh bg antibiotik,lps 3 ari pgmbilan badan ank sy jd kemerahan,bntik merah mkin bnyk,apa perlu!sy buat ,perlu sy stop or habiskn

Nizam Malek on October 5, 2015 at 7:54 PM said...

Puan Shafiqa Arissa, saya sarankan untuk bawa baby puan berjumpa doktor semula untuk pemeriksaan.

Anonymous said...

Slm..baru2 ni saya diberi ubat migrain dan antibiotik erythromycin bagi pening yang saya alami untuk saya cuba sebab doc tak dapat kesan penyakit sebenar saya lagi.saya hanya makan ubat migrain.lepas 5 hari saya rasa seperti dah sihat.boleh ke saya makan antibiotik tu sekarang walaupun saya tak makan sejak dari hari pertama doc bagi

Unknown on October 9, 2015 at 8:09 AM said...

Salam...adakah augmentin selamat untuk wanita hamil 3 bln

Unknown on October 9, 2015 at 8:10 AM said...

Salam...adakah augmentin selamat untuk wanita hamil 3 bln

umi on October 16, 2015 at 7:41 PM said...

assalamualaikum.. sy hamil 9 minggu...kini alami sakit gigi dan bengkak gusi....blh kah sy ambil ubat papain utk hilangkn bengkak gusi saya.
untuk cabut gigi garham sy yg sakit, dr minta tunggu lagi 6 minggu.... utk itu sy kna makan ubat tahan sakit.... adakah paracetamol 500mg x memudaratkn kandungan sy, memandangkn sy kna makanny hampir setiap hari utk tahan sakit gigi sy itu

ayna annisa said...

salam..sy hamil 10 minggu..dan baru2 ini terdapat keputihan disertai dgn sedikit warne pink coklat yang keluar semasa sy membuang air kecil.setelah sample diambil, didapati air kencing sy tiada sebarang masalah tp terdapat infection yang menyebabkan keluar keputihan beserta sedikit darah. doktor menyuruh saya mkn antibiotic Erythromycin Ethylsuccinate 400 mg iaitu pengambilannya 2 kali sehari..persoalannya, adakah antibiotic tersebut selamat untuk kandungan sy yg bru 10 minggu? dan tidak memberi mudarat kepada kandungan saya?

Nizam Malek on November 2, 2015 at 12:01 AM said...

Salam Puan Ayna Annisa,

Erythromycin adalah dalam kategori C FDA Pregnancy Category.

Jadi penggunaannya ketika hamil adalah tidak digalakkan.

Pilihan antibiotik yang lain adalah Flagyl (Metranidazole).

Sila berbincang dengan doktor yang merawat anda dan dapatkan nasihat yang bersesuaian dengan keadaan anda.

Nizam Malek on November 2, 2015 at 12:03 AM said...

Salam Pn Umi,

Boleh makan panadol, tiada masalah.

Cuma mungkin perlu kurangkan pengambilan sekiranya sakit dapat ditahan sendiri.

Nizam Malek on November 2, 2015 at 12:05 AM said...

Nurul Hidayah,

Augmentin adalah dalam kategori B dan boleh dikatakan selamat untuk digunakan ketika hamil.

liss on November 14, 2015 at 9:12 AM said...

Slm.sy tersilap faham tentang pengambilan antibiotik.sepatutnya 1tablet 2x sehari selama 7hr. Tp sy mkn 2tablet 2x sehari krn menyangkakan 2set tablet yg dibekalkan itu berbeza.antibiotik yg sy ambil ini utk memantau satu ketulan di ovari(bkn cyst).patutlah sy rs sakit brdenyut2 berterusan sejak salah mkn ubt ni.bantu sy.

liss on November 14, 2015 at 9:12 AM said...
This comment has been removed by the author.
liss on November 14, 2015 at 9:14 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on November 15, 2015 at 7:13 AM said...

saya smlm pergi klinik gigi..gusi sy bengkak teruk...doc bg ubat antibiotik,papase,flagyl dan ampxyclin..
bole ke sy mkn?

IDA SAYANG on November 18, 2015 at 8:48 PM said...

Salam...saya dlm fasa hamil 23 minggu...saya mengalami sakit tekak n batuk yg teruk...doktor telah beri antibotik jenama sandox..detail Xorimax 250g/cefuroxime 250g....adakah selamat digunakan ketika mengandung

trisha ammar on November 19, 2015 at 10:35 AM said...

Salam,ank saya 6thn dijangkiti chicken pox & dibekalkan oleh dktor antibiotik aciclovir 400mg (1tblet- 4jam skali- 5KALI sehari). Namun pada hari ke3 & 4 terlewat makan ubat menjadikan 4KALI je sehari..apakah akan berlaku antibiotic resistance juga ...? T.kasih...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Assalamualaikum, nak bertanya..tiada kesan kah kalau terlewat makan antibiotik pada salah satu selang masa? Terlewat 2 jam makan antibiotik..

Anonymous said...

Assalamualaikum . ..boleh ke saya mkn antibiotik curam 625? Ada jangkitan di telinga...sy skrg mengandung 16 minggu...ada kesan x pada bayi ?

Anonymous said...

Assalamualaikum . ..boleh ke saya mkn antibiotik curam 625? Ada jangkitan di telinga...sy skrg mengandung 16 minggu...ada kesan x pada bayi ?

Ina said...

Assalamualaikum En Nizam,saya ingin bertanya.anak skrg berumur 1 thn 1 bln.masa dia berumur 11 bulan pernah demam dan saya bawa dia jumpa doktor.doktor ada bagi dia ubat demam dan antibiotik.doktor ada pesan.kena habiskan,tapi anak saya hanya makan 3x sahaja . lebih tu dia taknak.seminggu selepas injection 1thn dia demam.keluar biji biji kecil merah.2hari lepas tu,biji biji tu berkurangan.demam dh baik.masuk umur 13 bulan,demam dia jadi on off.2hari demam,sehari baik.mlm ni dia demam lagi.adakah sebab bagi antibiotik tak habis hari tu?mohon pencerahan dari En Nizam.terima kasih bantu.dia demam belah malam je

McohiKo on February 28, 2016 at 2:03 AM said...

As salam.. sy nk brtanya.. apakah kesan yang dihadapi oleh individu apabila dia mengambil antibiotik walhal dia lupa untuk ambil antibiotik selama 2 hari..

McohiKo on February 28, 2016 at 2:04 AM said...

As salam.. sy nk brtanya.. apakah kesan yang dihadapi oleh individu apabila dia mengambil antibiotik walhal dia lupa untuk ambil antibiotik selama 2 hari..

Unknown on May 1, 2016 at 11:40 AM said...

As salam
Bolehkah saya ambil vitamin c selepas saya makan antibiotik dyocycline 100mg?

blissful_khumaira on May 11, 2016 at 9:05 PM said...

Bancuhan augmentin yg saya buat terlebih air...apa yg patut sy lakukan dan blhkah ianya diberikan kpd anak sy...

blissful_khumaira on May 11, 2016 at 9:06 PM said...

Assalamualaikum
..bancuhan augmentin yg sy buat terlebih air...apa yg ptut sy lakukan dan adakah ianya masih blh diberikn kpd anak sy?

Anonymous said...

salam..augmentin selamat tak untuk ibu yg menyusukan baby??

Unknown on June 5, 2016 at 1:09 AM said...

Assalamualaikum...

mohon penerangan dr Tuan Nizam Malek...

sy pregnant 9 minggu dan disahkan kencing kotor.. doc bg antibiotik cefuroxime axetil yg perlu di makan sebiji 2x kali sehari..

adakah selamat pada kandungan sy...? terima kasih

Juliana Jamalluddin on June 5, 2016 at 2:18 PM said...

Saya juga mempunyai masalah yg sama, kencing kotor (darah dan nanah) dan mengalami sakit dibahagian kiri perut. Doktor suspect buah pinggang sy problem. Doktor memberikan sy ubat antibiotic koact tablet 625mg. Tiga hari pertama sy mkn ubat tu membuatkan bahagian kiri perut sy makin sakit, adakah normal keadaan sebegitu? Sy pregnant 10minggu.

Semoga mendapat pandangan dari Tuan Nizam Malek.

Unknown on August 13, 2016 at 9:43 PM said...

As salam..isteri saya mngalami sakit kencing kotor selepas membuat pemeriksaan di salah sebuah klinik disini dokter telah mmberikan ubat antibiotik amoxycillin 250mg capsule dan ubat mist pot citrate,adakah ia sesuai untuk kandungan isteri sya brumur sebulan

Unknown on August 13, 2016 at 9:49 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on September 6, 2016 at 1:11 PM said...

Assalamualaikun En Nizam. Semoga En Nizam dapat membalas & memberi sedikit info kpd saya berkaitan ubat titis mata. Saya telah menjalani pembedahan Retinal Detachment & diberikan 2 jenis ubat titis iaitu Maxidex & Vigamox. Uat secara oral rasanya antibiotik diberikan selama 5 hari & doctor memaklumkan saya x boleh menyusu bayi saya. Walaubagaimanapun saya nk tahu samada ubat titis mata Maxidex & Vigamox yang dipreskripsikan kepada saya selamat untuk saya teruskan penyusuan atau tidak? Melalui pembacaan di kertas dalam kotak ada utk pregancy C. Saya kurang pasti. harap En Nizam dapat terangkan. Untuk makluman juga saya dapati susu semakin berkurang walaupon saya dah ambil supliment. Sekian

Unknown on September 6, 2016 at 1:12 PM said...

Assalamualaikun En Nizam. Semoga En Nizam dapat membalas & memberi sedikit info kpd saya berkaitan ubat titis mata. Saya telah menjalani pembedahan Retinal Detachment & diberikan 2 jenis ubat titis iaitu Maxidex & Vigamox. Uat secara oral rasanya antibiotik diberikan selama 5 hari & doctor memaklumkan saya x boleh menyusu bayi saya. Walaubagaimanapun saya nk tahu samada ubat titis mata Maxidex & Vigamox yang dipreskripsikan kepada saya selamat untuk saya teruskan penyusuan atau tidak? Melalui pembacaan di kertas dalam kotak ada utk pregancy C. Saya kurang pasti. harap En Nizam dapat terangkan. Untuk makluman juga saya dapati susu semakin berkurang walaupon saya dah ambil supliment. Sekian

Cikgu Nurulfadillah on October 8, 2016 at 2:08 PM said...

As salam en nizam.. saya sdg on antibiotik, sdh 4 hr.. saya blk ke kmpg dan bmalam di sana, malangnye saya tlupa bawa.. bole smbg semula x antibiotik tsebut?

Cikgu Nurulfadillah on October 8, 2016 at 2:09 PM said...

As salam en nizam.. saya sdg on antibiotik, sdh 4 hr.. saya blk ke kmpg dan bmalam di sana, malangnye saya tlupa bawa.. bole smbg semula x antibiotik tsebut?

Cikgu Nurulfadillah on October 8, 2016 at 2:09 PM said...

As salam en nizam.. saya sdg on antibiotik, sdh 4 hr.. saya blk ke kmpg dan bmalam di sana, malangnye saya tlupa bawa.. bole smbg semula x antibiotik tsebut?

NUR DIYANA on November 23, 2016 at 7:02 PM said...

Assalam. Mak saya baru lepas menjalani pembedahan membuang batu hempedu dan pundi hempedu pada 30 Oktober 2016 ini. Mak saya allergic hampir 7 jenis antibiotik setakat ini dan ada kd allergic ubat.

Disebabkan allergic antibiotik, doktor di hospital mak saya dan para pharmacist tidak membekalkan apa apa jenis antibiotik untuk mak saya. Dua minggu lepas mak saya buat rawatan susulan mingguan dan hari ini pergi jumpa doktor lagi.

Berdasarkan keputusan darah yang diambil dua minggu lepas, didapati ada jangkitan kuman pada tempat hempedu mak saya. Saya buntu sangat taktahu nak buat apa. Memang mak saya tidak menunjukkan sebarang simptom demam atau muntah tapi bagi saya jangkitan kuman ni satu perkara yang bahaya. Sebab ada mak cik pernah koma dua minggu sebab jangkitan kuman dan sekarang dah meninggal dah pun.

Oh ya. Sejak dari operation tu setiap hari mak saya makan bubur dengan sup ikan haruan dan ambil pati ikan haruan satu botol sehari. Ada juga vitamin c dalam bentuk kapsul beli dekat farmasi. Makan betik setiap hari untuk memudahkan proses buaing air besar sebab mak saya dibekalkan syrup morphine sebagai penahan sakit.

Saya ada mak saya je. Ayah baru meninggal tahun lepas. Saya buntu sangat tak tahu nak buat apa untuk mak saya. Saya risau sangat keadaan mak saya. Encik tolong lah saya encik. Apa patut saya buat sekarang? Tolong lah reply email saya dekat diyanazmi@yahoo.com. Terima kasih encik nizam.

sue on January 4, 2017 at 2:59 PM said...

Assalamualaikum en nizam.saya nk tanya..anak saya 4 tahun 2 bulan dgn berat bdn 34kg.dia mangalami alahan gatal2 1 bdn sejak 6 hari lps.hosp bekalkan antibiotik cloxacilla yg perlu dibancuh.masalahnya ubat tu perlu dimkn 4 kali sehari dgn 20ml sekali makan..ini bermakna anak saya perlu ambil antibiotik 80ml sehari..wajarkah utk bdk 4 tahun ambil antibiotik sbyk itu?tq

sue on January 4, 2017 at 3:00 PM said...

Assalamualaikum en nizam.saya nk tanya..anak saya 4 tahun 2 bulan dgn berat bdn 34kg.dia mangalami alahan gatal2 1 bdn sejak 6 hari lps.hosp bekalkan antibiotik cloxacilla yg perlu dibancuh.masalahnya ubat tu perlu dimkn 4 kali sehari dgn 20ml sekali makan..ini bermakna anak saya perlu ambil antibiotik 80ml sehari..wajarkah utk bdk 4 tahun ambil antibiotik sbyk itu?tq

Anonymous said...

Hi nak tanya saya makan ubat sathrocine ,lepas makan 3 biji ubat saya mula rasa gatal. Kenapa ye dan sehingga bila gatal ini akan berlanjutan? Apa perlu saya buat untuk sembuhkan masalah gatal ini?

Anonymous said...

Salam en nizam...saya baru shj memakan makanan laut iaitu udang sblum mengambil antibiotik metronidazole 400mg dn cefurozime axetil...adakah ia akan memudaratkn saya krn saya prnh trbaca yg ada sesetengah antibiotik akan brtindakbalas dgn sesetengah makanan laut...tq...

mummy baby on April 11, 2017 at 11:47 PM said...

assalam saudara nizam....sy mengalami sakit tekak yg teruk sehingga rasa seperti terbakar...sy tlh mndapatkn rawatan drpd doktor dan beliau mengesahkan ada jangkitan kuman di tekak sy...beliau tlh memberikan ubat sakit tekak dan antibiotik 625mg...sy br mkn 2 bj sakit tekak dh hlg cm kemusykilan sy apabila sy mkn shj ubt tersebut perut sy mesti berasa sgt pedih...adakah ubt itu tdk sesuai dgn sy...dan utk pengetahuan saudara jg sy tlh berhenti mkn ubt2 tersebut krn risaukn kesihatan ank sy krn dia msh menyusu badan..apakah yg harus sy lakukan adakah sy pe rlu mengabiskn ubt2 tersebut seperti yg disarankn dan dlm ms yg sm sy x tahan menahan pedih perut sy...

Unknown on April 14, 2017 at 9:33 AM said...

Assalamualaikum... Boleh saya tahu.. Ape beza ubat cloxacilin diberi melalui iv dan bolus..?

Unknown on August 3, 2017 at 5:35 PM said...

Assalamualaikum....saya ingin bertnya saya ada masalah bengkak bwh leher yg sebesar biji guli & berasa sakit terutamanya ketika ditekan. Saya dah berjumpa doc & diberi antibiotik cloxacillin sodium 500mg. Saya perlu mkn 2 biji x 4 kali. Utk pengetahuan Encik Nizam, saya ada masalah kencing mnis & drh tggi. Adakah pengambilan antibiotik ni sesuai utk saya? Harap dpt membantu. Tq

Nadieya on February 15, 2018 at 1:28 PM said...

Assalam, nk tanya azithromycin selamat x utk ibu menyusu jika di amik secara oral dan di amik sekali dgn boric acid suppositories yg diamik secara vaginally, ada effect x kat baby yg menyusu?

Unknown on February 23, 2018 at 4:39 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on February 28, 2018 at 10:52 AM said...

Aassalamualaikum encik. Saya aisyah baru lepas operation ke dua² payudara saya dan ada 3 jahitan, Setakat ni doc kata tumor biasa, dan saya pun mghrpkan ia ketumbuhan biasa shja. Saya dah discaj dr hospital tapi pihak hospital tidak memberikan saya antibiotik,tapi ubat C.tramadol 50mg / Celecoxib 200mg, adakah ianya sama dgn antibiotik? Atau saya mmg tidak mmerlukan antibiotik 😅 dan semalam saya demam suhu 38 saya pergi ke klinik swasta dan klinik tersebut mmberikan saya ubat demam dan antibiotik? Perlu saya memakan nya atau tidak??

Unknown on March 6, 2019 at 10:19 AM said...

Salam en nizam.. Sy skrg hamil 22 minggu.. Smlm sy demam tinggi n doc ckp urine sy kotor sikit..doc bg pcm, ubat lawas kencing dan antibiotik cefuroxime axetil 125mg..doc suruh mkn 2bj 2kali sehari.. Antibiotik tu bahaya tak utk baby dlm kandungan..sy risau byk plak dos��

Putry on March 3, 2020 at 2:02 AM said...

salam.saya sekarang hamil 31w baru ni terdapat biji di tepi puting payudara saya doktor mengatakan sudah infection sebab sudah membesar dan sangat sakit doktor di klinik swasta bagi ubat curam tablet 625mg (Amoxycillin Trihydrate and Potassium Clavulanate) bahaya ke untuk kandungan saya ni?kena makan 1biji 2kali sehari dan katanya kena habiskan untuk 5 hari.

Anonymous said...

Assalamualaikum,sya seorng ibu yng menyusukan anak.. Tetapi sya sarankan mengambil antibiotik jenis enhancin 650 patut kah sya berhnti menyusukan anak sya untuk sementara atau sya boleh teruskan mnyusukan anak sya

Anonymous said...

Salam izinkan saya bertanya.. apakah kesan sampingan jika mengambil clavomax 625mg untuk menghilangkan kuman yang berada dihidung saya? Kerana selama makan berapa minit lepas tubuh terasa sejuk terutama kaki, adakah ai normal? Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.