Sunday, May 22, 2011

Review Workshop Email Marketing Power


Hye all.. =)

Seperti yang saya janjikan dalam blog post sebelum ini, saya akan berkongsikan dengan anda berkaitan pengalaman saya menyertai satu seminar pemasaran internet yang diberi tajuk 'Workshop Email Marketing Power' yang telah dikendalikan oleh seorang internet marketer Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu saudara Rahman Basri.

Erm, dari mana nak bermula ya?

Ok, secara ringkas, workshop ini merupakan satu workshop yang mengajar para peserta berkenaan satu teknik pemasaran internet paling berkuasa iaitu pemasaran email. Jika anda selalu mengikuti perkembangan dunia pemasaran internet, pasti anda akan pernah 'terserempak' dengan pernyataan "Money is in the list" bukan? Dan jika anda ingin tahu, kenyataan tersebut adalah merujuk kepada penggunaan email marketing sahaja.

Konsepnya mudah. Bila kita mempunyai 1000 mailing list (senarai email), kita boleh hantar email promosi untuk sesuatu produk kepada email list kita itu, jadi bayangkan betapa ramainya prospek tertumpu untuk produk jualan kita tersebut.

Katakan produk yang kita promosi itu hanya bernilai RM10 sahaja. Kemudian, katakan cuma 10% daripada mailing list kita (iaitu 100 orang) bertindak untuk membeli produk kita, kita akan dapat keuntungan jualan sebanyak RM1000 iaitu pendapatan 4 angka melalui internet dengan mudah sahaja.
Sebenarnya telah lama saya ingin mempelajari teknik sebenar email marketing ini. Bukan tidak boleh belajar sendiri. Cuma proses mengendalikan sistem ini bolehlah dianggap agak kompleks dan melibatkan sedikit aspek teknikal. Kebanyakan buku, ebook mahupun video tutorial berkenaan email marketing tidak memberi panduan langkah demi langkah yang dapat membantu kita menggunakan teknik email marketing ini dengan efektif.

Workshop Email Marketing Power tersebut telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Inspired Partners Training Center (IPTC) Hentian 2 kajang dan disertai seramai 10 orang peserta. Bagi saya workshop 'hands on' sebegini adalah sesuai diadakan dalam kumpulan kecil sahaja supaya proses pembelajaran menjadi mudah dan selesa.
Worshop ini telah diadakan selama lebih kurang 7 jam iaitu dari 10 pagi sehingga 5 petang. Modul yang dibentangkan adalah merangkumi aspek asas dan medium sehingga ke peringkat advance yang melibatkan tips dan strategi menggunakan teknik email marketing.

Banyak perkara yang telah saya pelajari seperti:
  • kelebihan sistem autoresponder berbayar yang berkualiti
  • cara mengendalikan akaun autoresponder
  • trik mendapatkan akaun autoresponder berbayar secara percuma (yang ni paling best =))
  • cara nak setup kempen email dan broadcast
  • cara membuat squeeze page pantas untuk tujuan mengumpul mailing list
  • cara membuat report percuma dengan pantas sebagai bonus kepada para subscriber
  • cara men-upload squeeze page ke web hosting menggunakan perisian FTP
  • cara mengendalikan file-file dalam web hosting (sub domain)
  • dan banyak lagi...
Selain itu, antara aspek menarik dalam workshop kendalian saudara Rahman Basri adalah, beliau menerapkan sistem 'Accelarated Learning' di mana para peserta akan didorong untuk cuba menerangkan kembali apa sahaja ilmu yang telah dipelajari kepada peserta lain sebelum masuk ke modul seterusnya. Ini adalah salah satu teknik pembelajaran berkesan yang baik untuk para peserta dan dapat membantu para peserta memahami ilmu yang baru sahaja disampaikan.

Review berkenaan saudara Rahman Basri

Rahman Basri merupakan seorang pro internet marketer Malaysia yang telah menjana pendapatan melalui internet. Saya mula mengenali beliau melalui langganan newsletter beliau yang secara kebetulan juga, menerangkan berkaitan autoresponder. Sejak itu, banyak berita kejayaan yang saya baca berkenaan beliau daripada program-program affiliate yang telah diadakan oleh internet marketer lain.

Bagi saya, saudara Rahman Basri merupakan seorang yang amat humble dan down to earth. Beliau akan cuba sedaya upaya menerangkan semua persoalan yang diajukan oleh para peserta dan memastikan peserta dapat memahami jawapan bagi isu yang dibincangkan.

Saya pernah menyertai seminar yang diadakan oleh jutawan internet Malaysia seperti Dr Irfan Khairi. Bukan nak membandingkan, cuma apa yang boleh saya katakan, seminar Dr Irfan Khairi adalah lebih bersifat strategi dan tips yang berguna untuk semua peserta. Tapi untuk workshop Rahman Basri, beliau menekankan aspek teknikal yang menyeluruh yang membolehkan seseorang peserta itu terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebaik sahaja pulang dari workshop tersebut.

Semua modul yang saya pelajari daripada workshop ini adalah amat penting dan berguna dalam proses menggunakan teknik email marketing yang akan saya lakukan dalam projek internet marketing saya yang akan datang. Kini semuanya menjadi amat jelas dan mudah bagi saya kerana ilmu email marketing telah berjaya dibongkarkan selepas menghadiri worshop tersebut.

Kini saya memiliki akaun autoresponder berkualiti dan boleh mula menggunakan teknik email marketing untuk semua produk yang ingin saya pasarkan di internet, tidak kiralah sama ada untuk produk fizikal, perkhidmatan mahu pun digital.

Selain daripada pembelajaran semasa workshop diadakan, saudara Rahman Basri telah bertindak mengadakan satu closed group di facebook yang disediakan khas untuk semua bekas peserta Workshop Email Marketing Power sebagai platform untuk mendapatkan support berkenaan email marketing.

Bagi saya, penyertaan dalam workshop tersebut adalah amat berbaloi dan memberi kesan yang amat positif dalam progres internet marketing saya. Selain ilmu yang amat bermanfaat, saya kini mula membuka ruang networking dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dengan saya iaitu berkenaan internet marketing.
Jadi sekian saja review saya berkenaan Workshop Email Marketing Power yang telah saya sertai tersebut. Terima kasih, =).

2 comments:

gnesop on May 28, 2011 at 8:40 AM said...

Bgs nyer go bengkel
harap dapat dimanfaatkan :)

Nizam Malek on May 28, 2011 at 8:42 AM said...

Yup bro. Memang best kalau minat. InsyaAllah dalam proses praktikkan ilmu tu. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.