Monday, May 30, 2011

Bye-bye May. Thanks~


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hye apa khabar..? Semoga semuanya sihat dan gembira selalu.

Baiklah, kini kita tiba ke hari terakhir bulan ke lima dalam tahun 2011 ini dan tibalah masanya untuk post terakhirnya iaitu month summary.

Awal bulan Mei yang lalu telah menjadi saat yang amat menekan apabila lebih kurang 2 minggu saya berjuang untuk final exam degree saya. Pengalaman menjalani exam terakhir sepanjang 4 tahun pembelajaran sememangnya sangat mengujakan tetapi dalam masa yang sama sangat menekan (stress la maksudnya.. =p).

Dari 1 Mei sehingga 13 Mei Nizam Malek Blog telah di'beku'kan daripada sebarang blog posting supaya masa yang ada dapat digunakan sepenuhnya untuk fokus kepada persediaan untuk final exam. Kononlah fokus, tak juga sebenarnya kan.. huhu..

Final exam tu kira memang mencabarlah. Ada yang susah tu, susah sangat.. Tapi tak pelah, dah adat final exam.. Kalau tak senang je tak best la, tak de cabaran katenye..

Tapi takpelah, saat-saat mencabar tu akhirnya berakhir jua. Segala penat lelah dan pengorbanan sepanjang 4 tahun pembelajaran di CUCMS akhirnya berakhir pada tahun 13 Mei 2011. Huraaiyy..

Selepas habis exam tu, kami semua satu batch pun keluar makan bersama beramai-ramai di Restoran Ayam Penyet, Cyberjaya. Macam jamuan hari raya plak rasa tengok semua bergembira bila dah selesai semua tekanan belajar. Begitulah tamatnya hari terakhir bersama rakan sekelas yang lain. Alhamdulillah semuanya ok.. Just fine.. =)

Then lepas tu hidup pun dah berubahlah. I'm no more a university student and I don't have anymore things to think about. Rasa bebas dan ringan sangat. Masa ni lah boleh nak buat ape saje yang disukai, atau nak pergi ke mana je sebab ada banyak masa terluang.

Jadi memang tak tunggu lama lah, esoknya 14 Mei 2011, terus saya sign up dan hadiri seminar teknik pemasaran email di Inspired Partners Training Centers (IPTC), Hentian 2, Kajang. Memang seronok bila dapat buat benda yang kita minat dan suka. Tak rasa stress langsung pun masa belajar tu dan I managed to catch the lesson really fast. Sangat seronok!

Sejak tu juga saya dapat peluang untuk mengenali lebih ramai internet marketer hebat Malaysia. Ramai sebenarnya yang buat internet marketing ni, dan mereka mempunyai kepakaran masing-masing. Rasa ketinggalan pun ada, almaklum masa belajar saya kira lambat setahun daripada rakan-rakan sebaya. Tapi tak pelah, peluang dan rezeki ada di mana-mana, asalkan kita bijak menggrabnya (ha kan dahh.. menggrab jadinya.. huhuh..).

Ok lepas lepas semua urusan memindah barang-barang di Putrajaya dah selesai, saya pun baliklah ke kampung halaman, di Johor Bahru. Rasa seronok kembali ke rumah setelah berjaya selesaikan harapan ibu bapa dan keluarga. Tapi ye lah, result belum keluar lagi. Harap semuanya oklah. Result akhir memang mendebarkan..

Tapi tak pelah, semua tu tolak ke tepi dulu. Inilah masanya untuk bertawakkal dan berserah pada Allah. Setelah segala usaha dan keringat dicurahkan masa belajar dulu. Kini bila semuanya dah berakhir, tak perlulah dirisau-risaukan. Serahkan pada Yang Maha Berkuasa dan teruskan hidup dengan tanggungjawab yang lain.

So sementara dah ada kat rumah ni, selain berehat, makan, tidur, main game, dan berangan (hobi kot.. =p), antara tugasan rasmi adalah menghantar adik ke sekolah dan mengambilnya bila balik. Bagusla juga, training untuk bangun awal pagi lah katekan.. =p

Ohya, selain tu, dalam bulan 5 ni, I was busy incharging (haa kan dah.. incharging jadinya.. =p) pasal my car's road tax. Dah sampai masa untuk diperbaharui. Yes, it's true, I had a bad time with Affin Bank bila my road tax yang sepatutnya boleh siap paling lama 2 hari, end up siap dalam masa lebih kurang seminggu. Sangat leceh dan customer supportnya yang sangat mengecewakan.

Tak payah lah nak dicerita in details, because I dont mean to say bad about them. I was just disappointed with the way they treat customer. Sangat unpleasant I would say.

Memang ada yang advice suro isi feedback form lah, ape lah, tapi tak payah lah.. Inilah masalahnya bila customer dah upset.. We just dont care anymore..

Dalam perniagaan especially customer service, kalau kita treat customer dengan baik sehingga customer itu berasa sangat puas hati dan gembira, customer itu akan dengan rela hatinya berceritakan keseronokannya itu kepada kawan-kawan atau ahli keluarganya. Kesan ini dinamakan 'Mouth to mouth' promotion. Ganjarannya, perniagaan tersebut mendapat reputasi yang baik tanpa sebarang kos pun!

Tetapi lain halnya bila perniagaan tersebut gagal menjaga hati customer dengan baik, atau lebih buruk lagi membuatkan customer upset, customer tersebut akan dengan lantangnya menyebarkan keburukan perniagaan tersebut kepada seluruh dunia~ dan anda boleh nampaklah kesannya.. Tak perlu disalahkan customer, tapi salahkanlah diri sendiri dulu..

Jadi sebagai pengajarannya, jika anda mempunyai pelanggan, jagalah pelanggan anda sebaik-baiknya, jangan sampai fenomena 'Mouth to mouth' menjadi duri paling tajam dalam perniagaan anda.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada team Perodua Service Johor Bahru yang telah memberi khidmat pelanggan yang cukup baik sepanjang saya berurusan dengan mereka. Segala persoalan saya diberi penjelasan yang terang dan masalah saya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sangat berpuas hati dan terima kasih banyak-banyak.

Ok cukup-cukup pasal customer service ni.. Hilang mood nanti.. hehe.. =p

Selain tu dalam bulan 5 ni, ada beberapa perkara baru yang saya buat seperti penghasilan video animasi. Kalau sebelum ni selalu terbaca di facebook pasal video editing pakai Adobe After Effect. Memang pening juga nak buat video animasi pakai Adobe After Effect ni.. Complicated habis.. Erh bukan 'it's complicated' ea.. =p

Ape prospek buat-buat video ni? Ada benefit ke belajar sendiri susa-susa? Well, mesti lah ada gunanya. Video ni antara tools yang berkuasa juga untuk pemasaran internet. Sekarang orang nak presentation yang lebih menarik dan interaktif. Jadi videolah salah satu yang menyumbang kepadanya.

Yup, memang betul ada pro & con nya guna video marketing ni. Tetapi itulah yang menyebabkannya menjadi 'mahal'. Dulu orang sibuk nak guna Adobe Photoshop untuk edit gambar, dan kesannya ramai juga yang dah pandai buat efek yang menarik bertaraf pro. Begitu juga dengan video. Mula2 memang nampak susah dan memeningkan, tetapi bila dah terbiasa, semuanya jadi mudah. Bila tambah lagi pengalaman dan kreativiti, dapatlah hasilkan sesuatu yang luar biasa.

Cuma memang penatlah nak buat video ni, kena really focus dan delicate. Tengoklah berapa lama boleh bertahan.. Hehe.. =p

Hmm, memang best la cuti, sangat bebas, nak kerja boleh, tak nak kerja pun tak pe, nak rehat boleh, nak makan boleh.. Semua pun boleh..

Tapi tulah, bila dah bebas2 sangat ni pun bahaya juga. Mulalah jadi malas, sebab tak banyak cabaran. Jadi kurang produktif. Jadi kena banyakkan membaca dan berfikir. Cari idea-idea baru dan buat something yang valuable.

Ok untuk bulan 5 ni, boleh kata statistik visitor untuk Nizam Malek Blog ada menurun sikit (banyak kot kalau nak compare dengan bulan April 2011). Tapi memang predictable lah. Bayangkan dari 1hb sampai 13hb langsung tak post pape. Mestilah tak de siapa datang melawatkan kalau tiada content baru. Huhu.

Tapi takpelah. Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat Nizam Malek Blog walaupun tiada post update yang baru setiap kali anda bukanya.

Sokongan anda amat saya hargai. Kalau tiada post update baru, anda bolehlah tengok post2 yang lame2 tu.. Mungkin ada yang menarik gak.. =p

Ohya, untuk Nizam Malek Blog ni, saya sebenarnya ada hadiah untuk anda. Ianya sebuah produk informasi pertama yang saya buat sendiri.Saya dah siapkan beberapa hari yang lepas hadiah tu. Saya bercadang nak beri kepada anda secara percuma melalui blog post update dalam kategori promosi. Tapi mungkin tak sempat kot lagi sebelum berakhirnya bulan 5 ni. Saya perlu siapkan beberapa perkara sebelum saya hadiahkan kepada anda.

Tapi tak pe, hadiah tu saya simpan dulu dan akan saya announce pada awal bulan Jun nanti, InsyaAllah. Kalau saya terlupa, tolong ingatkan saye k.. =p

Ohya, saya hampir terlupa juga saya ada pasang account KissInsights untuk Nizam Malek Blog. Ada beberapa visitors yang telah sudi memberikan soalan kepada saya. InsyaAllah juga dalam bulan 6 nanti saya akan jawab semuanya.

Begitulah jadi orang sibuk ni. Ada saja task-task yang nak dibuat. Tak pernah duduk diam.. =p

Walaubagaimanapun, yang paling saya syukuri adalah nikmat kesihatan. Sangat seronok bila dikurniakan nikmat kesihatan dan kita boleh lakukan perancangan kita sehari-hari selain kewajipan beribadah kepada-Nya.

Semoga nikmat yang ada ini membuatkan kita sentiasa bersyukur dan tidak pula menjadi leka.

Itu sajalah kot untuk summary bulan Mei ni. Jom tengok-tengok apa learning lesson yang ada jom..

Learning lesson for Mei 2011

Education is essential.
If you think that education is expensive, try ignore it.

Kata-kata di atas amat bermakna bagi saya. Pelajaran adalah sesuatu yang amat bernilai yang boleh dimiliki dalam diri seseorang. Dengan ilmu, semuanya boleh. Kita boleh mengharungi hidup ini, dengan ilmu juga kita dapat mencapai taraf hidup yang lebih tinggi dan dengan ilmu juga kita boleh mendapat keberkatan hidup.

Mencari ilmu adalah amalan mulia.
Jadi janganlah berputus asa ketika berusaha mencari ilmu.
Walau sesusah mana pun ilmu yang ingin kita cuba kuasai, kuatkanlah semangat dan tambah usaha berlipat kali ganda.

Dengan berbekal minat yang sebenar, insyaAllah kita akan berjaya seperti orang lain.
Kerana tiada yang kurang pada diri kita, cumalah bezanya keyakinan pada diri.

Sekian saja, jumpa lagi di Jun 2011! Arigato May~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.