Sunday, May 22, 2011

Edit gambar cara mudah di Aviary.com


Salam, hye pembaca blog semua. Apa khabar? Hope anda dalam keadaan yang baik-baik belaka.

Adakah anda sedang mencari cara-cara mudah untuk meng-edit gambar-gambar anda sebelum diupload ke facebook, blog atau tumblr anda?

Pening dan sakit kepala bila cuba edit gambar menggunakan adobe photoshop?

Cemburu melihat gambar-gambar kawan anda kelihatan amat menarik selepas di-edit sedangkan anda tidak reti langsung nak buat seperti itu?

Ok jangan risau lagi. Untuk post kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda satu cara yang amat mudah yang boleh anda gunakan untuk men-edit gambar anda tanpa perlu menggunakan perisian adobe photoshop, malahan cara ini adalah percuma.

Memperkenalkan~
Laman web berbentuk software khas untuk meng-edit gambar; Aviary.com!

Anda boleh layarinya melalui link http://www.aviary.com/.
Apa yang menarik berkaitan Aviary.com ini adalah, ia amat mudah. Anda hanya perlu upload file yang anda ingin edit ke Aviary.com. Kemudian anda boleh guna tools yang ada seperti sharpen, whiten, brightness, text dan macam-macam lagi.
Efek yang akan anda dapat adalah amat berkualiti dan memuaskan. Setelah selesai dan berpuas hati, anda hanya perlu klik save dan pilih download. Kemudian anda akan dapat file gambar yang baru dalam format .png.

Kini semua orang termasuk anda boleh meng-edit gambar dengan pantas dan semudah 1, 2 3 sahaja. =) Apa yang anda perlu hanyalah sambungan internet untuk membuka laman web Aviary.com ini sebelum mula meng-edit gambar.

Sekian saja untuk post kali ini. Selamat mencuba ya! =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.