Friday, February 18, 2011

Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011


Hye, apa khabar semua? Hope anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Ok, untuk post kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda berkaitan program terbaru yang telah dianjurkan oleh pelajar tahun akhir fakulti farmasi CUCMS, iaitu Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 yang telah berlangsung pada 18 Februari 2011 di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

Program bicara kerjaya ini sebenarnya merupakan program atau aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar tahun akhir untuk memenuhi tuntutan subjek Social Pharmacy iaitu satu subjek yang lebih ke arah khidmat komuniti serta melibatkan peranan ahli farmasi.

Tahun-tahun sebelum ini menyaksikan Career Talk dijalankan di peringkat sekolah, namun untuk tahun ini, kami membuat sedikit kelainan dengan melakukannya di peringkat matrikulasi. Dengan target audien yang berbeza, kami merancang untuk menjadikan Career Talk ini sesuatu yang lebih signifikan kepada para peserta program.

Untuk Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 ini, saya telah terpilih untuk jawatan Assistant Project Director. Kira kena tolong-tolong Project Director lah. Tapi rasanya macam banyak tolong menyibuk je.. hehehh..

Apa sebenarnya yang kami tampilkan dalam Career Talk kali ini? Ok untuk program sebegini, kami perlu menjalankan aktiviti yang dapat memperkenalkan dunia farmasi kepada remaja dan belia yang sedang memilih bidang kerjaya yang mereka ingin ceburi. Jadi antara pengisiannya adalah untuk mendedahkan fungsi-fungsi seorang ahli farmasi dalam bidang farmasi yang luas seperti Clinical Pharmacy, Industrial Pharmacy, Community Pharmacy, Law & Enforcement dan banyak lagi.

Ok itu informasi serba ringkas berkaitan Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011. Ketika saya sedang menulis post blog ini, saya baru sahaja pulang dari banting. Memang sangat penat, tapi pengalamannya sangat-sangat-sangat menarik bagi saya.

Bermula 8.30 pagi, kami bertolak ke banting dari main campus menaiki bas kolej yang glamor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Memang mengantuk masa dalam bas, tapi mata tak boleh lelap juga. Mungkin risau dengan program yang akan dijalankan pada belah petang nanti.

Sampai sahaja di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS), kami semua mula bekerja dengan pantas untuk memastikan sudut pameran dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ohya, untuk Program Bicara Kerjaya 'Pharmacy Kick Start' 2011 ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi Master of Ceremony (MC). Bagi saya, ia satu cabaran baru yang amat-amat-amat menarik.

Jadi pagi itu, sementara kawan-kawan sekelas yang lain sedang sibuk menyiapkan bahagian pameran, saya duduk dan menulis sendirian, sebab teks MC yang telah disiapkan perlu diubah untuk disesuaikan dengan protokol daripada pihak KMS.

Seterusnya, lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi, kami mulakan rehearsal. Sound sistem yang ada di Dewan Antares tersebut bagi saya adalah amat berkualiti tinggi. Suara yang dilontarkan memang boleh kedengaran dengan jelas di setiap hujung dewan.

Tapi malangnya selepas rehearsal kali ke dua, kami mengalami masalah teknikal di mana seluruh power supply untuk semua microphone dewan tidak dapat berfungsi akibat short circuit. Memang sedikit mendebarkan waktu itu sebab bahagian teknikal tidak dapat dihubungi. Jadi terpaksalah teruskan rehearsal tanpa bantuan microphone. Time tu memang sakit sangat anak tekak ni. Sampai rasa nak hilang suara. Masa tu memang gila cemas.. Sibuk nak cari air asam jawa.. heheh..

Lepas solat jumaat dan siap-siap dengan pakaian Young Mercy, sampai je kat dewan, diorg kata microphone dewan masih belum dapat berfungsi. Tapi tahniah kepada team prep & tech yang telah bertungkus lumus menggunakan teknik ajaib untuk memastikan sound system berfungsi dengan baik. Kredit juga kepada microphone CUCMS yang datang tepat pada masanya. =p

Dalam pukul 2.30 ke 3 petang, para pelajar aliran sains KMS mula masuk ke dewan. Sementara menunggu kehadiran VIP, teks MC di tambah untuk mengalu-alukan kehadiran wakil dari Pharmaniaga. Teks MC tu dah macam cakar ayam juga dah rupanya sebab banyak perubahan last minute dilakukan. Tapi tak pe, kita stay cool.. kononlah cool kan.. heheh..

Tugas menjadi MC untuk Program Career Talk itu mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, ia adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan kerana dapat meneroka potensi diri yang ada. Ia satu keseronokan.

Antara pengalaman menarik juga adalah semasa mengendalikan sesi cabutan bertuah di mana saya perlu berkomunikasi dengan para peserta secara informal dan spontan. Macam-macam perasaan yang saya rasa sepanjang mengendalikan sesi cabutan bertuah tersebut bila saya cuba jadikan sesi itu satu yang interatif dengan para peserta program. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan para peserta juga amat sporting dan responsif.

Selepas saja sesi cabutan bertuah, program diteruskan dengan sesi lawatan para peserta program ke kawasan pameran. Sepanjang sesi lawatan pameran yang berada di bahagian belakang dewan, saya berada di atas pentas. Dok sembang kemas sorang-sorang. Buat promosi pameran-pameran yang ada. Time tu rasa macam jadi DJ radio pulak, tak pun DJ kat pasar-pasar malam, heheh..

Banyak aktiviti menarik yang diadakan di pameran yang disediakan seperti demonstrasi pemakaian sterilize garmen, permainan preskripsi, isi dan label, demostrasi penghasilan ubat-ubat seperti capsul, syrup dan liniment, pameran total parenteral nutrition dan juga khidmat pemeriksaan kesihatan. Bicara Kerjaya kali ini amat bertuah kerana mendapat sokongan department marketing CUCMS dan salah satu industrial company yang paling popular dan besar di Malaysia iaitu Pharmaniaga. Kesudian wakil Pharmaniaga menyertai Bicara Kerjaya kami pada kali adalah ibarat satu bonus terbesar buat kami.

Tepat pada pukul 6 petang, tirai Program Bicara Kerjaya 'Pharmacy Kick Start' 2011 dilabuhkan dengan sambutan gelak ketawa kepuasan di wajah setiap kita yang terlibat. Setelah semuanya selesai, kami bertolak pulang ke CUCMS dengan keseronokan atas kejayaan menyelesaikan satu program yang amat menarik dan bermakna ini walaupun semuanya dah amat penat dan lunyai.

Itulah dia pengalaman serba sebanyak di Career Talk Program 'Pharmacy Kick Start' 2011 dari kaca mata saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam kelancaran program samada secara direct atau indirect.

Ohya maaflah post ni tiada gambar sepanjang berlangsungnya event, so anda mungkin agak sukar untuk appreciate ap yang saya tulis di atas. Mungkin esok lusa adalah gambar-gambar akan diupload di Facebook. Tapi perlu minta ehsan daripada kamera kawan-kawan lain lah.. =p

Ok sampai sini dahulu untuk post kali ini. Saya ni pun dalam keadaan yang super mengantuk. Perlu tidur sekarang, kalau tak mesti jadi zombie esok. =p Ok jumpa lagi di post seterusnya!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.