Sunday, February 13, 2011

Review: Iomega External Hard Disk Drive


Memori laptop/pc anda telah penuh?

Hingga anda terpaksa delete files yang ada sebelum masukkan files yang baru?

Terpaksa delete gambar, lagu dan video kesayangan anda??

Jika anda mengalami masalah tersebut, sudah semestinya anda memerlukan ruang storan yang lebih besar untuk menyimpan file-file berharga anda.

Kini tiada masalah lagi, anda boleh dapatkan external hard disk drive (hdd) berkapasiti tinggi untuk menyimpan semua file-file berharga anda.

Masih mencari brand external hdd yang sesuai untuk anda, dengan harga yang berpatutan?

Untuk itu, saya memperkenalkan..

Iomega eGo Portable Hard Disk Drive 500 GB USB 2.0

External HDD berkapasiti tinggi, design yang slick, dan tahan gegaran!


Mungkin anda jarang mendengar jenama Iomega untuk external HDD. Yup, saya pun dulu macam tu. Sebelum ni jenama yang biasa popular untuk external HDD adalah seperti Sata Seagate, Samsung, Western Digital (WD), Maxtor dan Buffalo.

Tapi sebenarnya, Iomega merupakan satu jenama untuk produk digital yang berkualiti tinggi dan sentiasa mengalami proses inovasi untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna. Selain itu, Iomega menawarkan pelbagai jenis external hdd mengikut spesifikasi yang up to date dan paling penting, pada harga mampu milik.

Ok, untuk post kali ni, saya akan kongsikan dengan anda semua, kelebihan menarik yang terdapat pada external HDD Iomega eGo 500 GB yang baru juga saya beli lebih kurang seminggu yang lepas.

  • Berkonsep portable. Bagi saya, Iomega eGo ini adalah lebih praktikal kerana tidak memerlukan sambungan 'power supply' jika dibandingkan dengan kebanyakan external HDD berkapasiti 1 TB dan ke atas. Jadi, Iomega eGo ini adalah sesuai untuk anda yang gemar membawa external HDD ke mana-mana bersama anda. Hanya plug dan play, semuanya menjadi pantas.
  • Design yang simple dan smart. Iomega eGo yang saya beli adalah berwarna silver berukuran 2.5" iaitu lebih kurang sebesar buku passport sahaja. Materialnya adalah plastik berkualiti tinggi dan boleh dikatakan, ia amat ringan.
  • Terlepas atau terjatuhkan gadget kecil seperti ini memang biasa. Jadi, kita perlukan satu external HDD yang tahan lasak kerana pastinya kita tidak dapat bayangkan jika files-files penting yang tersimpan di dalam external HDD itu hilang/corrupt bila kita terjatuhkan nya. Oleh itu, Iomega eGo dilengkapi dengan teknologi 'Drop Guard' yang mampu menyerap hentakan jika ia jatuh dari ketinggian 51" atau 1.3 meter. Kini, anda tidak perlu bimbang lagi dengan masalah tersebut. Betul kan? =)
  • Ohya, selain itu, Iomega HDD dilengkapi dengan jaminan (warranty) selama 3 tahun setelah anda mendaftarkan secara online di website utama Iomega. Bagi saya, warranty selama setahun sudah tidak relevan untuk alat-alat elektronik seperti ini, jadi jaminan 3 tahun adalah satu bonus terpenting bagi produk Iomega HDD.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kelebihan dan keupayaan Iomega HDD ini. Tapi yang pastinya, ia adalah mudah, praktikal dan tahan lasak.

Mari saksikan rupa Iomega HDD di bawah. =)


Anda boleh lihat dan dapatkan Iomega eGo dan bermacam-macam jenama external HDD lain pada harga yang murah di Challenger, The Mines, Seri Kembangan, Lowest Price Guaranteed.

7 comments:

Johan Malek said...

Wah.., akhir nye dpt gak beli.. Dia punye body pun nmpk ada gaya.. Pilihan yg tepat! :D

Nizam Malek on February 20, 2011 at 1:37 PM said...

Yup, dah plan lame nak beli, akhirnya dapat juga. Thank you thank you. =D

Anonymous said...

dh lme cari external hard disk y ssuai, akhir nye jmpe jugak. thnks 4 de post

Nizam Malek on February 27, 2012 at 8:30 PM said...

All the best Anonymous! =)

Siti Munirah on September 24, 2012 at 4:42 PM said...

k.u search pasal EHDD terus sampai ke blog jan...trafik tuuuu...hihihi...btw, brp harga ni? klu tlg belikan utk k.u leh tak? k.u bg duit... :) almaklumlah kan, kte ni super duper bz working mama... :)

Nizam Malek on September 29, 2012 at 9:47 PM said...

Hi Kak Uni, InsyaAllah boleh. Tunggu Jan da settle log book, nanti jan free skit. Maybe after 10.10.2012. =)

Unknown on January 10, 2018 at 4:58 PM said...

Hello there can I quotation some of the understanding found in this blog basically reference a person having a hyperlink back to your site? 1tb Hard Disks|Buy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.