Akhirnya, kita tiba juga ke penghujung bulan April.
Pejam celik pejam celik, dah 4 bulan kita lalui dalam tahun 2011 ni.
Dengan kepantasan masa yang berlalu juga telah banyak perkara yang berlaku dan terus menerus tercatit dalam sejarah kita masing-masing.
Ok seperti biasa, di setiap penghujung bulan, saya akan menulis satu post berkaitan aktiviti-aktiviti saya.
Sebelum itu, bagi saya, bulan April merupakan bulan yang sangat3 menarik dan bermakna.
Pada bulan ini juga saya melalui perkembangan diri yang positif dan berjumpa/mengenali dengan ramai orang yang mengkagumkan. Bulan April ini juga menjadi kenangan manis bagi saya kerana ia merupakan bulan terakhir akademik sebelum menjengah ke minggu final exam pada awal bulan Mei nanti.
Minggu pertama April merupakan minggu yang sangat sibuk sehingga tiada masa nak update blog berkenaan aktiviti yang dilalui, walaupun memang banyak benda nak share. Pada waktu itu, saya sedang menjalani clinical attachment ke 3 iaitu attachment bagi Internal Medicine (IM) di Hospital Kajang.
Clinical attachment IM merupakan attachment pertama saya di Hospital Kajang (minggu2 sebelumnya adalah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang). Seperti biasa, cabaran utama bagi saya bila buat attachment di Hospital Kajang adalah berkenaan Bed Head Ticket (BHT) nya. Kadang2 BHT nya kemas, semua info yang diperlukan ada. Tapi kadang2 boleh jadi sangat berserabut = pening..
Dan cabaran untuk attachment IM adalah kami perlu mendapatkan 4 clinical case untuk presentation/discussion dan report. Kira banyaklah tu for me, compared to other attachment cuma perlu 2 atau 3 clinical case saja.
Jadi hidup mula jadi sangat tunggang langgang dan stress. Hari ni clerk 2 cases, esok kene present terus. Jadi memang hectic juga. Tapi saya faham, ini adalah salah satu latihan sebagai persediaan sebelum masuk ke dunia pekerjaan sebenar.
Banyak yang saya belajar sepanjang attachment IM dan saya rasa attachment IM telah betul2 mengkerah usaha saya untuk 'masuk' ke dalam dunia clinical pharmacy. Terima kasih kepada Prof Ros dan Madam Ryzah yang banyak membantu menerangkan segala kekusutan sepanjang case discussion (kalau salah jangan la potong banyak sangat markah.. please.. =p).
Then minggu kedua dalam bulan April pula clinical attachment untuk Infectious, dan masih di Hospital Kajang juga. Attachment Infectious ni boleh kata agak ringan sikit berbanding yang lain.
Sebab hanya perlu clerk 2 cases dan ada banyak masa untuk preparation sebelum case discussion. Case yang saya dapat adalah case Pulmonary Tuberculosis (PTB) dan Community Acquired Pneumonia (CAP).
Untuk case PTB tu, patient nya dah masuk lebih kurang 10 hari lebih. Jadi BHT nya tebal macam buku Koda Kimble (hyperbola skit.. hehe..).. Memang tebal sebenarnya, dan progress notes nya sangat memeningkan kepala beta.
Tak tahu la apa yang perlu diekstrak.. Mungkin sebab dah penat+malas.. Tu la jadi macam nak tak nak je clerk case..
But I have given my very best. Itu je la termampu kot. Case ke dua biasa2 je.. Simple dan straight forward. Attachment Infectious ni kene banyak refer guideline especially National Antibiotic Guideline 2008. Kalau refer tu kire boleh selamat lah.. Selamat sikit.. =p
Then minggu ke 3 April merupakan minggu terakhir clinical attachment bagi semester terakhir ni, iaitu attachment Obstetrics & Gynecology (O&G). For me, ini antara clinical attachment yang paling susah. Management dan therapy untuk pregnant women memang pelik dan membahayakan.
With limited studies and reliable resources, I felt really difficult while explaining my cases. The cases that I got were Pre-eclampsia and Premature contraction secondary to urinary tract infection (UTI). For me agak complicated lah.. Lain kali kalau kene manage O&G patient.. Nak lari jauh2 dulu lah.. Kak mimi kate "tak pe, nizam tak kahwin lagi.. die banyak tak tahu.." heheh.. Kak mimi adalah pakar O&G sebenar.. =p
Begitulah berakhirnya pengalaman clinical attachment di Hospital Kajang sepanjang bulan April ni. Memang mencabar, tapi alhamdulillah, semuanya dapat dilalui dengan baik. Semua report dah berjaya disiapkan dan dihantar pada minggu study week.
Selain clinical attachment, banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang berlaku dalam bulan ni. Antaranya adalah Pre-Graduation Dinner 2011 yang telah berlangsung di Dewan Siantan, Putrajaya pada 8 April 2011.
Pre-Graduation Dinner pada tahun ni memang sangat bermakna buat my batch. It was a really fascinating night organized by 2nd year juniors. I was really impressed dengan idea dan usaha yang telah dicurahkan untuk memastikan malam itu menjadi satu kenangan.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, juniors telah memilih tema red carpet berserta spot light tanda mengalu-alukan/memperkenalkan para pelajar final year. Saat tu memang kami semua rasa amat dihargai dan diraikan sebagai seniors. Terima kasih atas kenangan tersebut.
Berkaitan persembahan pula, Pre-Graduation dinner kali ni lebih kepada persembahan pentas seperti choir dan live band performance selain video ucapan daripada seniors dan lecturers. It was fine, cuma for me.. I was waiting for some movie type video yang melibatkan lakonan seperti Pre-Graduation dinner pada tahun-tahun yang lepas.
Kalau ada movie video, mesti lebih happening dan seronok.
Selain menjadi hiburan sepanjang majlis, ia boleh juga diulang tayang semula sebagai kenangan berpanjangan. Tapi tak pe, mungkin Pre-Graduation dinner kali ni lebih kepada stage performance, but my sincere advice for the next, movie video will be more attractive and memorable. Peace! =p
Dan untuk sesi penganugerahan, Alhamdulillah, final year research project saya telah terpilih sebagai pemenang 'Best Research Award'.
Terima kasih atas anugerah tersebut dan saya ingin mendedikasikan Best Research Award ini kepada Research Supervisor saya, Dr Wan Sazrina Bt Wan Zaid dan Reseach Co-Supervisor, Madam Aslinda Bt Jamil Rph atas tunjuk ajar sepanjang menyiapkan research project tersebut.
Tak lupa kepada mama dan abah yang telah menyokong dan menberi dorongan yang amat kuat sehingga membolehkan research project ini menjadi sesuatu yang amat signifikan dan bersejarah.
Akhirnya kepada anda semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan research project ini. Tanpa bantuan anda, research project saya tidak akan dapat disiapkan dengan jayanya. Terima kasih. =)
Selain itu, antara yang menarik masa Pre Graduation dinner tu adalah perasmian persatuan alumni fakulti farmasi atau lebih dikenali dengan brand Cyberjaya University Pharmacy Alumni (CyPha).
CyPha akan menjadi satu tunjang baru dalam agenda menyatukan (networking) bekas pelajar-pelajar fakulti farmasi CUCMS. I believe, with the support from everyone and continuous good planning, CyPha can be a new phenomena for pharmacy profession in CUCMS and Malaysia. InsyaAllah, I will try my best to support and contribute for CyPha in near future.
Lastly untuk Pre-Graduation dinner, I would say that it was a great night. I was really enjoyed and delighted with the event and would like to take this opportunity to congratulate the committee members of the program for your ideas, effort and teamwork. =)
Hmm, ok next, pada 15-17 April 2011 pula, saya sempat menyertai satu program peringkat universiti iaitu 'Finishing School Course' yang telah dianjurkan oleh Puan Seri Prof. Dr. Faridah Abdul Karim, the Head of Centre For Medical Sciences Education department of CUCMS.
Finishing School Course (FSC) 2011 merupakan satu program yang anjurkan khas kepada pelajar-pelajar tahun akhir MBBS dan Farmasi yang bakal meninggalkan CUCMS. Dengan objektif menyediakan para pelajar berkaitan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan, FSC 2011 telah menjadi satu program yang amat bernilai dan bermanfaat untuk kami semua.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pemantapan kemahiran menghadapi temuduga, personal grooming, financial management, communication skills, forum, social & dinner etiquette dan final grand dinner for all.
3 hari yang berlangsung dari pagi hingga ke petang dirasa amat singkat dan pantas kerana setiap slot diisi dengan aktiviti yang menarik dan segar. Antara slot yang paling menarik minat saya adalah personal grooming bersama Dato Atikah Adom, Managing Director of ATK Communications Sdn Bhd.
Apa yang menarik sangat? Well for me, I like the way she conducted the session. She was really energetic, positive and motivated. I was really grateful for attending her session as I managed to absorb her positive aura in terms of self-esteem and and enthusiasm. I learnt a lot from her about self development. I just feel great. =)
Sesi aktiviti yang lain pun best. Semuanya macam seronok2 je, takde tension2 pun. I like the way that we were mixed around with the final year medical students. I could see most of them are really talented and have good english communication skills. I really admire most of them. =)
And for the last session, we had to organize a grand dinner. It's the combination of work among medical students and pharmacy students. Here, we were given a chance to discuss and distribute tasks accordingly to ensure the success of the dinner.
Imagine, we only have around 7 hours to quickly prepare everything from scratch and make everything ready as we have prepared it for many weeks. Alhamdulillah, with the cooperation from everyone, we made it!
For the grand dinner, I was selected as the master of ceremony (MC) and I was partnered with a medical student, Meena. Frankly speaking, it was quite challenging for me to conduct the session in pair because we really have to have good chemistry to avoid overtaking among each other.
But yes, I think we went through the session with full of effort and courage. When the time came, we just did the best from what we had. It was a great experience working with Meena. =)
After all, FSC 2011 was really exciting and filled with a lot of fun. Thanks to Puan Seri Dr Faridah for her warm advices about life and survival. I will remember your words and try my best to improve and improve always. =)
Hmm, apa lagi ya dalam bulan April ni? Ohya, pada 19 April 2011 yang lepas, kami satu batch telah menghadapi sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bangunan SPA, Putrajaya.
Memang cemas jugalah nak pergi interview ni sebenarnya. Tak tahu la nak cemas ape, tapi memang cemas lah.. =p Masa sampai tu, kena isi borang dan susun dokumen mengikut aturan yang ditetapkan.
Time tu rasa cuak, sebab tengok kawan-kawan semua ada file plastik masing-masing. I was like.. takde.. Jadi muka pun terpaksa la ditarik, bengang sebab tak beli file untuk isi sijil-sijil.. erghh.. tapi tak pelah.. huhu..
My number was H04, bermaksud bilik H, giliran no 4. Setiap orang ditemuduga lebih kurang 20 minit. Masa tu cuba la hafal2 misi la, visi la, mechanism of action lah, side effects la.. macam2 try sumbat.. Kang nanti kene soal, tak tahu susah la pulakkan..
Then sampai masa, nombor saya pun dipanggil. Masuk dalam bilik tu ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Lepas beri salam, dan hulurkan dokumen, saya pun duduk, senyum.
Then diorg pun start la tanya2. Soalan pertama, encik tu suro perkenalkan diri. So sembang lah pape je yang patut. Sikit2 je, die pun macam tak nak dengar je.. =p
Pastu die tanya lagi, apakah cita-cita kamu..?
Hah, tanya cita-cita, sembang lah, apa lagi.. Kata minat community/retail pharmacy lah.. I think I can contribute something for the community lah.. bla bla bla..
Die pun senyum je.. huhu..
Pastu die tanye lagi, kamu tak kesah kalau kerja nanti kena transfer2?
Apakah soalan ini? Transfer camne lagi? hehe.. Saya jawab ok je.. boleh..
Then yang puan tu pula start tanya..
Dia tanya la pasal pengalaman clinical attachment.. Kat hospital mana dan apa yang saya dah dapat daripada clinical attachment tu.. Lagi.. Untuk patient interview, macam mana kamu boleh relatekan sesi tersebut dengan community pharmacy..
Saya pun sembanglah lebih kurang.. Kata dengan adanya maklumat daripada pesakit, kita akan lebih tahu masalah sebenar yang dihadapinya. Contohnya berkaitan teknik mengambil ubat (inhaler). Kalau salah, bolehlah kita betulkan caranya dengan sesi drug counselling/education.
Pastu dia ade tanya juga lah berkaitan penempatan. Pilihan saya adalah negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Saya tak kesah kena transfer, but most preferable is Johor Bahru. Dia kata ok. =p
Pastu soalan terakhir dia, kalau kamu nak bukak retail pharmacy, apa requirement yang kamu perlu ada?
Then saya jawab, kene mempunyai kelayakan sebagai ahli farmasi yang bertauliah, berdaftar dengan lembaga farmasi, dan.. dan... oh jam sudah..
"Alamak, aku lupa akta yang perlu dipatuhi untuk run a retail pharmacy".
Pastu dia kata suro baca balik on that.. "Aku pun ok je lah.." =p
Then encik lelaki tu tanye lagi, jadi apakah cita-cita kamu?
"Eh, tanye soalan same lagi lak dia ni?? Suka sangat cita-cita?"
huhu.. layankan aje.. =p
Then lebih kurang macam tu je lah interview pun..
Tak de pun soalan2 general knowledge atau berkaitan farmasi yang tahap molecule.
Kire boleh lah~ Macam tu lah lebih kurang pengalaman SPA interview.. Dah berakhir azab satu persatu..
Hmm, untuk aktiviti luar, seperti yang anda baca dalam post sebelum ni, saya ada meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dan saya beli buku Dr Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Kewangan.
Perkara yang buat saya happy sikit adalah Dr Irfan Khairi sendiri sempat melawat Nizam Malek Blog ni dan sudi meninggalkan komen di blog post tersebut. Tahun lepas dapat komen daripada Zamri Mohamed, tahun ni dapat daripada Dr Irfan Khairi. So sangat happy with Nizam Malek Blog. =p
Haa, bercakap pasal Nizam Malek Blog, tak sah rasanya kalau tak mention pasal statistik bulanan pengunjung yang sudi melawat dan membaca tulisan saya.
Sehingga blog post ini ditulis, statistik SiteMeter menunjukkan seramai 809 hit visitors dan sebanyak 1658 page views sepanjang bulan April 2011 ini. Jumlah visitors dan page views bagi bulan ini merupakan rekod tertinggi sejak Nizam Malek Blog dimulakan pada 2009. Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat Nizam Malek Blog setiap hari. I love you all. =)
Thanks for clicking the 'like' button for each of my post. It really makes me happy. =)
One more thing about Nizam Malek Blog in April is, I have added a new unique category called 'status'. Status ni sebenarnya same je macam status wall kat facebook or twitter. Sometimes I was really busy sampai tak sempat2 nak update blog. So I will use the 'status' category to just ensure that I update this blog.
Status is just a short and simple statement, but very meaningful. Usually I will put some emoticon images to represents my emotions of the status. And I found most of you like it. Thanks for the support. I will bring more new things in Nizam Malek Blog next2 months. =)
Ohya, untuk bulan April ni juga, saya berpeluang untuk membuat beberapa music video untuk tatapan anda. Antaranya adalah lagu Cinta Tak Bersyarat (Element) dan For the Rest of My Life (Maher Zain).
Mungkin ada yang tanya, Nizam ni asyik nyanyi lagu slow2, ala2 jiwang karat je.. ade pape ke ni.. heheh.. Takde lah, sebenarnya lagu2 tu antara lagu yang I can sing dan chords nya senang2.. Kire sampai nafas dan suara lah..
Tu pun dah tune gitar turun sampai 3 4 step.. haa.. My voice key agak rendah sebenarny.. =p Hope you guys enjoy lah my short videos tu k.. Boleh tengok ulang2, sampai jemu.. =p
Papepun, I just did the videos as a hobby. Music is an art, and I'm happy that I have the skills to play guitar. Mungkin tak de lah terrer sangat.. Tapi boleh lah, setakat nak panggil hujan tu kan..
The most important thing, I sing songs on my own style. Tak tiru sesiapa, dan retain my own originality (wah macam nak masuk akademi fantasia plak.. =p). Jadi sesiapa yang rindu2 my voice, boleh lah dengar my music videos tu k.. I will improve more for sure.. as practice makes perfect.. =p
Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain sepanjang bulan April ni yang sempat saya join macam Solat Hajat & Blessing Ceremony kat main campus, Grand Reflection, The Secret Recipe Night dan macam2 lagi lah. Tapi kalau tulis semua memang boleh habis juga hosting/bandwith free blogger ni kot. Korang pun pening nanti nak baca panjang2 kot..? huhu.
Well, for me, April is a long interesting month for me. Furthermore, I celebrated my 24th birthday within this month and it was a great and relaxing day for me. I was quite positive through out this month. I am fully confident back with my self. I would like to forget the bad past and really focus and work on my bright future, InsyaAllah.
Now, I'm reaching the end of my study week period. 2 first weeks of May will be the final exam weeks. It will be the last struggle before I end this 4 year course. InsyaAllah I will be doing my very best for the papers.
Fuh, it's really has been a long blog post. But actually I want to write more.. hehe.. Because April is just too nice for me to remember.. I will miss April 2011 so much.. All the memories will remain in me.. and at least published in Nizam Malek Blog.. I can read again in the future..
So that's all for now, let's go for the lessons of the month!
Learning lessons from April 2011
Ok, untuk learning lesson sepanjang bulan ni adalah, kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Sering kali kita merungut tak cukup itu dan ini, sedangkan apa yang kita ada sebenarnya adalah melebihi daripada apa yang orang lain miliki.
Oleh itu kita perlu sentiasa menghargai apa sahaja milik kita dan berusaha menjaganya dengan baik sebelum kita kehilangannya.
Selain itu, learning lesson yang amat ingin saya sampaikan bagi bulan April ini adalah jangan sesekali judge diri orang lain. Kadang2, kita suka melihat keburukan dan kelemahan orang lain dan pantas sahaja menegurnya.
Tapi mungkin kita tidak pasti mengapa sesuatu terjadi, mungkin ada sebab sesuatu yang menyebabkan orang itu terpaksa bersikap sebegitu. Kadang2, mungkin juga orang yang kita tegur itu lebih baik daripada kita dalam beberapa aspek yang lebih tinggi nilainya.
Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa menilai dan memperbaiki diri sendiri sebelum terlalu gopoh/agresif menegur orang lain. Bukan tak boleh menegur orang, tapi berpada-padalah. =p
Semoga dengan berfikiran terbuka dan bersangka baik terhadap orang lain dapat membuatkan hati kita lebih bersih dan jauh daripada sifat kebencian yang akhirnya menyakitkan diri kita sendiri.
Wallahu'Alam.
Jumpa lagi di bulan kelima, Mei 2011!! =)
2 comments:
fuhhh nizam!!!
april yang sangat interesting!
Thanks FaizalSulaiman! =)
Post a Comment