Saturday, April 23, 2011

The last Grand Reflection


Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sekian lama muncul juga. Semalam, 22 April 2011, merupakan hari berlangsungnya Final Grand Reflection bagi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi, CUCMS.

Grand Reflection merupakan satu sesi setiap semester yang biasanya dilakukan pada hari terakhir final exam. Tapi untuk semester terakhir ni, Grand Reflection telah dilakukan seminggu lebih awal sebelum bermulanya final exam.

Dalam Grand Reflection, kami akan mendengar amanat daripada Dekan fakulti selain berpeluang menyuarakan komen atau pendapat masing-masing berkaitan sebarang isu sepanjang pembelajaran di CUCMS.

Grand Reflection terakhir ini telah disertai oleh Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Farmasi serta 2 orang pensyarah.

Setiap pelajar diberi ruang untuk bercakap dan berkongsi pengalaman masing-masing sama ada positif ataupun negatif. Semua input dianggap berguna untuk memperbaiki kualiti fakulti.

Then sampai turn saya untuk berucap:

"Pertamanya saye ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof Shah dan semua lecturers. Sepanjang 4 tahun ni saye telah belajar banyak perkara. Kalau berkaitan farmasi, boleh tanya kawan-kawan semua, time 1st year dan 2nd year, semua tahu yang Nizam tak suka dan tak minat Clinical Pharmacy.

Masuk tahun 3 pula, mula attachment kat hospital, bertambahlah rasa terbeban sampai pernah ada rasa benci pada Clinical Pharmacy. Tapi bila masuk tahun terakhir ni, saya rasa, saya mula nampak what it takes to be a good clinical pharmacist. Kini saya mula yakin dan selesa dengan realiti Clinical Pharmacy.

And I think that, I have been thoroughly trained with the needed skills to prepare me working in hospital later on. Mungkin tidaklah sehebat kawan-kawan yang lain, tapi ada la sedikit kemahiran dan tahu la juga nak buat apa kalau dapat clinical case kat wad. Thanks to Prof Ros dan lecturers team Clinical Pharmacy yang telah bertungkus-lumus merancang kursus ini dan menunjuk ajar dengan penuh dedikasi dan efektif. I will always remember and appreciate that.

Selain knowledge berkaitan ilmu farmasi, saye juga belajar banyak perkara berkaitan kehidupan sepanjang belajar di CUCMS. I learnt about friendship, about developing leadership skills, and about people. With all the experiences, I'm looking forward to enter the working world.

Even though CUCMS is a new college, we have grown up together really fast and despite of that, I still believe there's a lot of things can be improved.

And I would like to take this opportunity to say sorry to all my friends, jika ada sebarang kesilapan atau keterlanjuran sepanjang 4 tahun bersama."

Ini lah Grand Reflection yang terakhir dan akan dikenang selepas tamat belajar nanti.

2 comments:

Faizal Sulaiman on April 23, 2011 at 6:31 AM said...

wish u a very goodluck. seems like clinical practices kena pukul habis2an bila dah ke hospital kelak.

ps:jgn salah bagi ubat dah la yek.hehehehe

Nizam Malek on April 23, 2011 at 12:27 PM said...

Erm, we will take it as a challenge. Salah bagi ubat? huhu, insyaAllah tak.. n mintak dijauhkan.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.