Sunday, April 24, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Salam, hai semua..

Apa khabar..? Haa buat ape hujung minggu ni? =p

Hari ni, saya berpeluang untuk meluangkan masa berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2011 di Putra Word Trade Center (PWTC).

Takde lah plan nak pergi sangat sebenarnya, tapi tu lah, kalau dah tertulis, sampai jugalah kan.. =p

Pergi tadi naik ERL dan monorel je. Senang, tak payah susah-susah nak fikir pasal trafik dan parking. Masa sampai tu memang dah ramailah orang keluar masuk. Suasananya lebih kurang sama masa pergi tahun lepas. Ada orang bagi flyers, minta sumbangan dan suara-suara lantang mempromosikan syarikat penerbitan masing-masing.

Publisher pertama yang saya kunjungi adalah syarikat Karangkraf yang berada di tingkat paling bawah. Karangkraf memang popular dan ramai peminat. Variasi golongan pembaca yang menjadi sasaran Karagkraf adalah kanak-kanak, remaja dan wanita. Memang penuh dan sesaklah satu dewan yang besar tu, khas untuk Karangkraf sahaja.

Then bila dah pening kepala (awal-awal da pening ka? =p), terus bergerak ke tingkat atas. Publisher pertama yang saya ternampak adalah Telaga Biru. Telaga Biru merupakan antara penerbit buku/majalah kegemaran saya disamping TrueWealth dan PTS publishing. Antara produk menarik Telaga Biru adalah buku-buku motivasi & perniagaan daripada idola saya, Dr Irfan Khairi, buku-buku motivasi dan tips kecemerlangan Dr Fadzilah Kamsah dan majalah islamik popular iaitu Solusi.
Jadi buku pertama yang saya beli adalah buku terbaru tulisan Dr Irfan Khairi, Nota Jutawan Nota Kewangan. Buku ini merupakan buku ketiga Dr Irfan bagi siri Nota Jutawan selepas Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. Kedua-dua buku tersebut saya dah habis baca. Memang menarik, informatif dan praktikal. =)

Then jalan-jalan lagi, pusing-pusing kat tingkat 2. Bosan juga sebenarnya, sebab tak berapa kenal publisher-publisher lain. Tapi kalau part booth novel memang agak ramai jugak lah. Ramai peminat novel rupanya. Tapi saya tak baca novel.. Jadi cepat je berlalu.. =p

Kemudian sempat juga berkunjung ke booth TrueWealth sdn bhd. Kebanyakan buku yang dipamerkan sudah pun saya miliki sebelum ini. Tapi ada juga 1 2 buku yang menarik perhatian, biasalah, mestilah berkaitan perniagaan internet. Tapi harganya RM35.. Jadi terpaksalah KIV dulu.. =) Lagipun dah banyak buku berkaitan perniagaan internet.

Kalau masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 tahun lepas, saya berkesempatan untuk 'terserempak' (terserempak je.. =p) dengan guru Internet Marketing Malaysia seperti Zamri Nanyan di booth TrueWealth, tahun ni saya tak nampak sesiapa. Mungkin timing tak tepat kot.. =p tak pelah.. huhu..
Then sempat juga disapa oleh promoter printer jenama RICOH. Diorang cuba untuk memperkenalkan printer terbaru yang mempunyai teknologi berinternet.

Caranya, kita boleh send file (doc, ppt, atau jpeg) melalui email ke printer tersebut. Kemudian, kita akan terima code untuk membolehkan proses printing. Hmm, satu idea baru, tapi macam leceh je.. kasi cucuh wayar or pen drive lagi senang kan? =p

Tapi tak pe, yang penting RICOH ada buat satu acara cabutan bertuah. Selepas kita buat sumbangan untuk mangsa tsunami Jepun, kita layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Hadiahnya berupa kamera digital yang berharga RM1k. Pemenang akan diumumkan dan dihubungi melalui email pada 4 Mei 2011 nanti. Sekarang tengah tekun berdoa semoga dapat hadiah kamera tu.. huhu.. takde lah gurau je.. =p

Then turun ke tingkat bawah semula, nak cari PTS publisher. PTS publisher ni merupakan satu syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan buku-buku berunsur self-help. Contohnya kalau kita tak reti berucap, PTS publisher terbitkan buku-buku berkaitan teknik atau seni pengucapan efektif dan sebagainya.

Ramai juga pelawat PTS publisher. Sampai berhimpit-himpit jadinya, punyalah sesak. Jadi masa belek-belek rak buku tu, ternampaklah buku POW! Menjadi Penulis Hebat Langkah Demi Langkah terjemahan tulisan Bobbi DePorter.
Skil penulisan sebenarnya adalah amat penting bagi seorang blogger ataupun internet marketer. Kalau sales person banyak bergantung kepada kepetahan berkomunikasi secara lisan untuk mempromosikan sesuatu produk, seorang internet marketer perlu mahir dalam bidang penulisan efektif agar isi yang disampaikan dapat meresap ke dalam minda para pembaca.

Buku oren ini adalah agak nipis, dan berharga mampu milik iaitu RM14. Selepas ditolak diskaun, dapatlah RM11.90 sahaja. Walaupun nipis, tetapi isinya disampaikan dengan santai dan tajam.

Lupakan buku yang tulisannya panjang meleret-leret menyebabkan kita membaca berjam-jam lamanya, tetapi sukar untuk diekstrak isinya. Akhirnya kita akan menjadi lambat untuk mempraktikkan ilmu yang cuba disampaikan.

Buku zaman moden adalah buku yang lebih interaktif, mudah dibaca dan segar.

Untuk Pesta buku kali ni, cuma 2 buku yang saya beli. InsyaAllah akan mula membaca selepas tamat Final Exam nanti. =)

5 comments:

Faizal Sulaiman on April 24, 2011 at 7:33 PM said...

wah! rindu nak g bookfest ni lagi

pernah pergi tahun lepas, tak silap masa februari. ramai gila crowd!

Nizam Malek on April 24, 2011 at 7:36 PM said...

Rasenya tahun lepas lebih meriah dan happening.. Tapi not bad lah..

Best beli buku banyak2, sebab ada diskaun.. =)

Irfan Khairi on April 26, 2011 at 2:47 PM said...

Terima kasih atas sokongan siri Nota Jutawan ;) Wish you all the best!

Nizam Malek on April 26, 2011 at 2:50 PM said...

Thanks Dr Irfan for visiting Nizam Malek Blog. Really happy here! Hehe. =)

A'AZMI SHAHRI on May 7, 2011 at 11:25 AM said...

SALAM. SAYA DAN SELURUH JAWATANKUASA PENGANJUR PBAKL 2011 INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN DI ATAS SOKONGAN TERHADAP PBAKL 2011.

IKHLAS
A'AZMI SHAHRI
PENGARAH
URUS SETIA TETAP MBKM
KEM. PELAJARAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.