Sunday, July 4, 2010

Industrial Training di Royce Pharma!


Ada apa dengan industrial training? Huhu.. Ok, sebelum tu, let me introduce what I'm doing now. Currently I'm undergoing my industrial training at a pharmaceutical manufacturing company, Royce Pharma Sdn Bhd. It is located at Nilai 2 Industrial Estate, Nilai, Negeri Sembilan.

It takes me around 30 minutes driving from Cyberjaya/Putrajaya to reach there. Ohya, I did the training there with my colleague, Hanif@Atok. Both of us will be trained there for one month (1st July-30th July)

Waktu kerja ialah pukul 8pg-6ptg (Lunyai..). Masa first day, sampai 8.30 pagi, tapi relax je. Kitorg dipanggil ke bilik meeting kat atas dan diberi penerangan awal berkaitan company oleh HR Manager, Pn Rozila atau lebih suka dipanggil Kak Ogy, oh. Kak Ogy ni nampak garang, biasa lah HR Manager, tapi rasenye hati die baik. =p Then kitorg di bawak jalan-jalan/pusing-pusing satu kilang oleh Kak Anis.

So lepas briefing tu, kitorg pun dapat lah schedule untuk industrial training ni. Aku dan atok akan dipisahkan. Schedule aku bermula dengan Production department, then Quality Assurance(QA) department dan akhirnya Quality Control(QC) deparment.

Di Production department office, aku diberikan kepada seorang pharmacist, Ms Rhema. So dia akan ajar lah pape yang berkaitan dengan production department. First sekali mesti lah bukak file SOP (Standard of Procedure). Then Ms Rhema ada gak tunjuk BMR (Batch Manufacturing Record) dan BOM (Bill of Material).

BMR ni ialah document yang digunakan untuk merekod sebarang aktiviti production untuk sesuatu batch product bermula dari perancangan, order raw material, calculation actual amount sehingga ke finish good product. BOM pula ialah satu slip yang disediakan oleh Production Clerk bagi process mendapatkan ingredients yang diperlukan untuk production. BOM ni ibarat slip prescription yang akan disahkan oleh pharmacist dan perlu diberikan kepada warehouse dan dispensing employees untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Tapi most of the time aku just ditinggalkan dengan file SOP dan BMR. Baca dan baca. Naik juling dah. Bosan sangat.. Aku tengok jam macam xbergerak je.. Hehe.. Begitulah seharian sampai pkl 6.. Then melompat lah balik! haa.. Cam tu je.. Hehe..

Second day plak, hari jumaat. Sampai cun2 pkl 7.55pg. Kira boleh jadi trainee contoh lah konon. Tapi takde sape pandang pun lah.. Masing-masing sibuk ngan kerja masing-masing.. Takde shiapa peduli kewujudan aku.. hehe.. Ms Rhema off hari tu, so aku just duduk lah baca SOP, menjulingkan mata lagi.

Pukul 10.45pg diorg panggil untuk join meeting training berkaitan Production dan QA. Lepas dengar presentation, diorg discuss macam mane nak improve document security. It was a quite interactive session that time, aku rasa segar sikit. Walaupun tak dapat terlibat dengan discussion, aku dapat tangkap lah ape yang diorg bincangkan sebab dah tahu sikit basic Production department.

Then rehat pukul 12.30 tengah hari sampai 2.30ptg. Pergi solat jumaat kat Masjid Nilai.

Ohya, selain both of us, ada student pharmacy dari AIMST 3 orang buat industrial training kat situ. Diorg buat 6 minggu dan akan tamat lagi seminggu lebih. So kat Production department tu kira trainee aku dan sorang AIMST student, name die Eisya. Die kira dah biasa lah kat situ sebab sebelum ni she was trained kat QA dan QC. So she helped me a lot macam mana nak biasa kan ngan kilang Royce Pharma ni.

Then she showed me the production area. Production area ada 3 blok; Block A, Block B dan Block C. Block A khas untuk dispensing area, di mane raw material yang dipesan oleh production deparment akan ditimbang dan disediakan di staging area. Lepas tu, raw material akan diambil oleh pekerja-pekerja di blok2 yang berkenaan. Block B untuk production tablet dan capsule; Block C pulak untuk Liquid dan Ointment.

Selain tu, sempat jugak tengok ke area primary packaging. Interesting sangat tengok pekerja buat blister packing guna machine. Sangat teratur dan menarik. =D

Tapi bila pusing-pusing tu, aku rasa pening daa.. Pakai jump suit yang tutup satu badan termasuk ngan mask, aku rasa lunyai semacam. Cepat aku nak keluar cari nafas sikit. hehe.. Then bila balik ke ofis, macam biasa, sambung baca SOP. Tapi kali ni aku try sketch layout production area based on kefahaman aku pergi pusing-pusing tadi. Kira revise balik lah ape yang aku ingat.


Tup3, tiba-tiba dah pukul 6ptg. So apa lagi, sorong kerusi, balik lah! Yahoo! So macam tu lah berakhirnya pengalaman 2 hari industrial training di Royce Pharma. Masih banyak lagi yang boleh belajar kat sane. Cume tgk lah kalau ada orang free nak ajar. Hope ade nanti. So far so good, pekerja kat Royce Pharma semua mesra dan baik2. Mostly diorg ade kerja nak buat dan tak kesah sangat pun dengan trainee macam kitorg. So tak delah stress sangat rasa dikongkong ke ape.

Hmm, macam tulah sedikit sebanyak pengalaman kat Royce Pharma. InsyaAllah I will cerita-cerita lagi pengalaman seterusnya dalam next2 posts. Peace! =D

P/S: so far blm ada ape2 pics yang diambil, mgkn esok lusa try snap mana yang boleh.

4 comments:

Anonymous said...

hai.nak tanya,mmg ofis hour dia 8-6 ptg yek?

Nizam Malek on March 21, 2014 at 9:34 AM said...

Yup Anonymous.

Eman said...

Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Sebenarnya Saya pelajar farmasi di cyberjaya univerisiti. Agak berminat untuk buat industrial attachment di Royce pharma pada cuti semester jun-ogos 2015. Boleh Saya tahu bagaimana cara En nizam memohon ?

Nizam Malek on January 16, 2015 at 8:32 PM said...

Wasalam Eman,

Sediakan surat, kalau boleh minta daripada fakulti.

Kemudian hantar surat permohonan industrial attachment tersebut by hand di pejabat Royce Pharma di Nilai.

Kemudian tanya siapa pegawai yang incharge dan call untuk follow up berkenaan permohonan tersebut.

All the best ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.