Wednesday, July 28, 2010

Hari yang sakit.. ='I


Hari ni aku jatuh sakit dan xdapat pergi kerja macam biase. Bermula malam semalam, aku diserang asthma lebih kurang pukul 1 pg. Rase sangat sesak nafas dan tak boleh nak tidur. So aku ambik 2 mg ventolin tapi rase tu tak relief jugak.

Aku terpakse ambik lagi 2 mg ventolin dan aku beransur rase ok skit. Sebab rase sesak nafas tu jugak, mungkin aku kekurangan oksigen dan aku rase sakit kepale sepanjang malam, tidur pun tak lena.

Perbezaan rongga peparu normal dan asthmatic patient

Bangun subuh, aku rase kepale makin pusing, tak larat nak bangun. Aku tahu memang aku xboleh nak drive ke nilai kalau macam ni. Rase frust skit, dan dalam pukul 7 tu aku sms ke Azhar yang aku tak dapat datang. Memang rase sangat tak larat dan tak boleh belah. =(

Tanda dah sms =p

Aku tahu aku just need a rest. Aku baring dan biarkan badan aku berehat sepenuhnya. Dalam pukul 10 pg macam tu aku terjaga. Badan masih lemah, tapi boleh la nak bangun sikit. Aku just minum air kosong, tak de makanan. Tak selera nak makan roti. Rase nak demam, so aku baring semula, sampailah tengah hari.

Bila dengar azan zuhur, aku bangun, siap2 semua dan keluar g cari makanan kat foodcourt putrajaya. Beli je la pape yang lebih kurang. Rase janggal pulak, sebab dah terbiase ade kat nilai mase2 macam tu. Rase macam budak sekolah tengah ponteng sekolah g jalan2.. =p


Balik rumah dan makan. Hmm, aku minum air 100 plus untuk gain some electrolyte. Then lepas selesai aku segera telan triprolidine dan ventolin. It happened fast, mate aku naik gatal2 (alahan) dan selsema jadi makin teruk. Oh aku dah tahu, ni mesti ade drugs interaction dengan 100 plus yang aku ambik (mungkin). Condition aku makin buruk. Erghh.

Aku kene sambung rehat dan aku ambik 2 biji Paracetamol lagi before tidur dan minum banyak air mineral. I just need a rest and I know it will be ok from time to time.

Sekarang dah lebih kurang pukul 7 ptg. Aku dah rase ok skit dan ambik peluang ni untuk share with all of you, what has happened to me. Thanks to all yang really concern about my health, keep smsing, ym dan facebooking bertanye khabar.

Maaf kalau tak larat nak reply semue. But just to let you guys know, I'm resting well today. Hopefully I will fully recover by tonight, InsyaAllah.

Hmm, by this sickness, record attendance 100% industrial training aku kat Royce Pharma dah terlebur. Sob2.. Takpelah, dah nak sakit nak buat macam mane.

I will try my best to come for the last 2 days yang tinggal. Nak kena submit evaluation forms to 3 departments dan lepas tu industrial training akan tamat, bermula semula hidup baru di main campus.

Begitulah sihat dan sakit datang dalam hidup. Mengajar kita erti kesabaran. Ok sampai sini dulu. Thanks for reading, dan thanks juga for praying so that I get better. =) Salam.

2 comments:

PINKY on July 28, 2010 at 7:51 PM said...

Difficulties do not come to destroy you
But to help you
Realize your Hidden Potential & Power
Let difficulties Know that you are Difficult to Defeat
Get Well Soon!

Nizam Malek on July 28, 2010 at 7:54 PM said...

Thanks Pinky. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.