Tuesday, July 13, 2010

9th day at Royce Pharma. Any stories?


Hari ni merupakan hari pertama aku di department Quality Assurance (QA) Royce Pharma. Macam biasa, mula-mula aku diberikan file Standard of Procedure (SOP) for QA department. Tak macam mase kat production department, aku tak dapat meja sendiri. Just merempat kat tepi-tepi dinding.. hehe..

Then dalam pukul 9 lebih tu aku dipanggil untuk ke Secondary Packaging department untuk training. Training tu khas untuk operators dan yang bestny, soalan assessment yang diorg jawab lepas training tu adalah hasil tangan aku ni.. haha.. Amacam, susah x? =p
Lepas settle training, aku kembali kat QA department. Abang Fairuz ade gak la bagi basic penerangan berkaitan QA department ni. Yang aku ingat, QA ni terbahagi kepada 2 section, iaitu validation and compliance. Kalau yang validation ni mostly nak evaluate and verify the process run by production department. Make sure everything is in right form.
Compliance plak responsibility die lebih besar. Antaranya nak kene handle customers' complaint, consider product recall, report dan macam2 lagi. Generally, employees kat QA department ni kene active dan perlu ada good communication skills sebab perlu deal dengan other departments, customers dan juga Biro Penguatkuasa Farmasi Kebangsaan (BPFK).

Then aku sambung baca SOP. Bosan dan ngantuk sangat. Erm, SOP ni sebenarnya guideline untuk setiap procedure yang perlu dijalankan. Kalau nak hafal or fahamkan skali baca tu, memang xkene care nya la (tak masuk akal =P).

Tapi takpe, aku just go through, mane tahu dapat rahsia pape ke.. huhu.. Tapi most of the time aku banyak mengelamun je.. lunyai.. hehe.. Nasib baik aku bawak Sony mp3.. dapat lah layan lagu2 yang tak kena tempat macam lagu Newboyz dan Wondergirls yang Nobody2 But You tu! hehe.. ape nak jadi ngan aku da..

Tunggu punye tunggu, akhirnya sampailah masa lunch. Seronok sebab QA execs ajak g lunch same2. First time g lunch kat luar ngan execs dan manager Royce Pharma. Makan kat Taman Semarak, abang Izwan yang belanje semue. Thanks2. =)

Petang pulak, aku diberi tugas untuk buat audit checklist warehouse. Almaklum QA department ni more towards documentation, so semua perkara perlu direkodkan dengan jelas dan berprotokol. Pening gak kepale aku nak cari example audit checklist untuk warehouse kat internet. Aku start buat sikit2, tapi tak tahu lah betul ke x tu.. hehe..

QA department ni selalu je bising (happening), sangat berbeza mase kat Production Department dulu. Mungkin kerja diorg ni banyak berhubung antara satu same lain, or memang culture kerja kat QA department. Anyhow, okla macam ni, xla stress sangat kerja, kot. =p. Sebelum balik, we took dalam 15 minutes untuk adekan majlis perpisahan hari terakhir untuk Kak Safni bekerje di Royce Pharma. Ohye, hari ni pun hari terakhir Esya dari AIMST buat attachment kat Royce Pharma. See you guys again, keep in touch!

Begitulah coretan hari ke 9 industrial training aku di Royce Pharma. Memanglah penat tiap2 hari kene bangun awal dan drive ke Nilai, tapi alhamdulillah, so far attendance aku masih 100% (walaupun attendance xdiambil). Tak kesahlah, bagi aku, inilah peluang untuk aku latih diri mematuhi peraturan dan disiplin bekerja. Aku try follow procedure dan learn as much i could dan grab all the positive opportunities yang ade.

I feel good undergoing training at Royce Pharma. I started having new friends and it's good that I have the chance to develop my social/interpersonal skills with surrounding new people. I'm trying my best, and most of all, I have nothing to lose. =)

2 comments:

Mardhiyah on July 15, 2010 at 3:28 PM said...

wah nizam..terbaek ahh..siap gi makan dgn manager dgn execs..baru 9th day..tahniah2 n keep it up :)

Nizam Malek on July 25, 2010 at 10:57 PM said...

hehe, =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.