Sunday, September 23, 2012

Video Untuk Jabatan Farmasi HSIJB


Hi semua, dah lama tak jumpa!

Blog post kali ni saya sediakan khas untuk Jabatan Farmasi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

3 video di bawah ni adalah video yang saya hasilkan dalam tempoh lebih kurang 2 hari.

Semuanya untuk memenuhi agenda program Jabatan Farmasi.

Walaupun rasa amat tertekan dalam tempoh penghasilan video-video di bawah ni sebab tempoh penghasilannya amat-amat singkat, tido tak cukup, makan pun terganggu dan macam-macam masalah yang melanda, tapi alhamdulillah, video-video ni dapat dihasilkan tepat pada masanya.

Sebenarnya saya amat jarang membuat video-video seperti ini dan kemahiran adalah amat terbatas. Rasa macam tak pasti nak buat macam mana. Tapi alhamdulillah, dapat juga ilham dan kekuatan untuk menyiapkannya. Sesungguhnya, tiadalah daya ku, tanpa pertolongan dan ketenangan kurniaan-Nya.

Banyak perkara yang saya belajar dalam tempoh tersebut. Saya belajar untuk bekerja dalam tekanan dan masa yang suntuk, elemen tidak berputus asa dan berani mencuba, dan banyak banyak lagi.

Teringat saya kata-kata Prof Shah, Ex-Dean Fakulti Farmasi CUCMS yang berbunyi lebih kurang macam ni, "In working life, you might be using only 10% of what you have learnt in university. The rest is about the other things, such as attitude, soft skills and many more..". It's really meaningful, I believe.

Video 1 dan 2 telah ditayangkan pada Perhimpunan Bulanan Hospital anjuran Jabatan Farmasi HSIJB pada 21 September 2012.

Manakala video ke tiga adalah video yang dihasilkan khas untuk majlis perpisahan Cik Fayizatul dan Kak Manira. Yang ni special skit, sebab saya ada masukkan part candid kat akhir video. =)

Ini adalah antara kenangan saya di HSIJB.
Satu lagi kenangan dalam tahun PRP, diabadikan dalam bentuk video. =)

1. Video promosi perkhidmatan SMS & Ambil, SPUB dan UMP



2. Wajah-wajah ceria di Jabatan Farmasi HSIJB



3. Video special tribute to Cik Fayizatul & Kak Manira



Semoga terhibur menonton video-video di atas. =)

P/S: Jangan lupa klik 'LIKE' kalau suka dan tinggalkan komen. Saya suka baca komen daripada anda. Heheh.. =p

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.