Saturday, October 6, 2012

Pandang Ke Hadapan


Hi semua, Assalamualaikum, apa khabar?

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Ramai juga pembaca Nizam Malek blog yang bertanya khabar dan musykil sebab saya semacam dah tak aktif menulis di sini.

Terima kasih kerana sangat concern dan sentiasa menantikan update terbaru daripada saya. Dan maaf sangat-sangat sebab tak dapat membalas hampir semua pertanyaan dan permintaan anda buat beberapa bulan kebelakangan ini.

Semuanya adalah disebabkan sebelum ini masa saya agak sesak kerana sibuk dengan urusan penghantaran log book PRP dan juga penempatan (posting) baru untuk FRP. Yup, proses yang dilalui untuk menyelesaikan log book tersebut sangat menekan. Sampai ada masanya saya jatuh sakit.. =(

Tapi alhamdulillah, semuanya kini dah hampir selesai. InsyaAllah 10 Oktober 2012 nanti semua log book dan dokumen yang penting tersebut akan dihantar ke Menara Cyberport, Johor Bahru untuk urusan penempatan seterusnya. Doakan semuanya berjalan lancar untuk saya dan kawan-kawan PRP yang lain ya, thanks! =)

Ohya, mungkin ada juga yang nak saya kongsikan segala pengalaman saya ketika menyempurnakan log book tu semua. Yup, memang banyak pengalaman yang dilalui.

InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti, saya akan tuliskan untuk anda. Kalau ada pape nak tanya, boleh masukkan dalam kotak soalan Qualaroo di bahagian bawah kanan Nizam Malek Blog ini. InsyaAllah saya akan ada masa untuk menjawabnya selepas ini.

Untuk seterusnya, disebabkan ikatan log book saya akan hampir terlerai, saya akan ada lebih masa untuk diri sendiri. Dah lama sebenarnya tunggu masa ni. Kalau sebelum ni, sentiasa sibuk..

Ramai kawan yang ajak keluar minum-minum dan berjumpa pun tak dapat dipenuhi atas alasan tuntutan kerja. Jadi insyaAllah, lepas ni, kalau boleh saya nak luangkan lebih masa untuk keluarga dan kawan-kawan yang telah banyak menyokong perjalanan hidup saya sebelum ini.

Bukan bermakna lepas ni saya dah tak sibuk lagi dengan kerja.. Kerja tetap kerja, dan ada masanya pasti sibuk.. Tapi insyaAllah saya akan cuba luangkan masa untuk orang lain juga.. InsyaAllah akan cuba..

Selain itu, disebabkan kepala dah tak pening lagi memikirkan pasal log book, saya dah plan nak buat beberapa projek pada masa-masa mendatang.. Antaranya adalah:

1. Saya plan nak tulis buku. Sebelum ni, masa sebelum start PRP year, saya sempat menyertai satu Kursus Penulisan Bestseller bersama Tuan Zamri Mohamad.

Tapi malangnya sebab terlalu sibuk dengan tuntutan kerjaya sebagai Pegawai Farmasi di hospital, jadi saya langsung tak dapat hasilkan apa-apa output daripada kursus yang saya sertai tersebut.

Rugi rasanya kalau tak amalkan ilmu yang dah dipelajari. Jadi insyaAllah (insyaAllah lagi..), saya akan rangka satu pelan untuk penulisan buku dan target untuk terbitkannya satu hari nanti. Mungkin kalau dipermudahkan jalan, lahirlah buku pertama saya pada tahun 2013 nanti.

Ohya, niche yang saya pilih adalah berkenaan Motivasi Diri dan juga Kewangan ataupun Pelaburan Hartanah. InsyaAllah akan diusahakan sekuat mungkin.

2. Untuk Nizam Malek Blog ni pula, seperti biasa saya akan sentiasa update dengan artikel-artikel baru yang lebih informatif dan berguna. Mungkin saya akan lebih banyak menulis berkaitan kerjaya seorang Pegawai Farmasi sebab ramai juga yang berminat nak tahu.

Kalau tulis pasal pemasaran dan perniagaan Internet, dah berlambak dah orang menulis di luar sana. Siap ada majalah online dan webinar.. Saya dah ketinggalan bab2 tu semua.. ; )

Selain itu, saya ada plan juga nak buka servis membina blog. Maybe ramai di luar sana yang berhasrat nak menulis blog, tapi tak berapa tahu perkara-perkara teknikal berkenaan layout design dan domain name sehingga tersangkut hasrat nak menulis tu sehingga sudah.

Sebenarnya saya pernah buka servis membina blog menggunakan platform blogspot ini dulu dan sambutannya agak baik. Nanti saya akan setup satu tab servis di blog ini. Jadi sapa-sapa yang nak bina blog yang ada rupa berkualiti berserta domain name, boleh contact2 saya nanti. =)

3. Bercuti. Ohya, ini adalah salah satu perancangan saya lepas selesai tahun PRP.. Pergi bercuti adalah satu terapi yang amat baik untuk meloloskan diri daripada tekanan hidup dan kerja.. Siapa kata jadi PRP tak stress? Saya sangat stress ok..

Jadi saya plan nak pergi bercuti nanti.. Tak payah pergi jauh-jauh sampai ke luar negara.. Bercuti dalam Malaysia pun ok.. Asalkan jauh daripada tempat dan orang yang boleh buat kita jadi stress.. Huhuh..

Nak pergi bercuti di mana? Banyak tempat boleh pergi.. Maybe nanti nak ke Melaka, KL dan Penang.. Selain pergi bercuti, boleh juga melawat saudara dan kawan-kawan lama yang sudah terpisah.. InsyaAllah kalau panjang umur dan diberi kesihatan.. InsyaAllah kita akan bertemu nanti.. ; )

Tema blog post ni sebenarnya adalah rasa sebelum hantar log book dan perancangan selepas hantar log book.. Ha, panjang tak tema? Jadi sampai sini saja tulisan coretan kali ini.. Malam ni masih kerja, on call 10pm-8am.. Nak settlekan kerja cepat-cepat, nanti nak pergi tidur di Kompleks Pegawai Atas Panggilan. Saya suka katil dia. selesa macam katil hotel, best2.. ^ ^

Berjumpa lagi di blog post seterusnya! Daa~

2 comments:

THE HAPPY FAMILY on October 13, 2012 at 9:48 PM said...

SALAM NIZAM,
Selamat berkenalan,panggil akak kak maria.pharmacist jgk kat goverment clinic kt Trg. still u41, servis baru dlm 3 thn.Teruja tgk pengalaman nizam, harap sngt nizam dpt bantu akak dlm pemasaran internet.actually, k maria baru je try biz part time.yela zaman ekonomi sekarang, dgn anak nk mask 3, gji pharmacist pun semput2 je.bkn nk kejar dunia sgt, cuma nk bgi lebih kat anak2,xslh kan.mmg xtau pe2 dlm biz online, stakat buat blog n update fb.bila xdpt cstomer online, baru tau biz online ni rupanya byk strateginye.sshnya nk naikkan rating pengunjg...kalu x keberatan hrap nizam dapt berikan sedikit panduan n share pengalaman dlm bidang ni. k maria de jgk tgk iklan video pemasaran by faisal abdullah.ok ke,was2 jgk nak beli video tu.pape harap nizam dpt reply akak semula ye...mariaridz1@gmail.com or maria-alphalipid.blogspot.com or phone 0132225702 fb maria ridzwan...tqvm

Nizam Malek on October 14, 2012 at 2:27 AM said...

Salam Kak Maria, thanks for leaving comment here. Selamat berkenalan. Best dapat kenalan baru, Pharmacist lagi. =)

Yup, memang betul, ramai sekarang yang buat part time work dan business sebab tuntutan taraf kehidupan yang semakin tinggi.

Sebenarny online business ni memang boleh beri pulangan. Cuma ilmu nya kena betul, baru boleh hasilkan income.

Pasal video pemasaran Tuan Faisal Abdullah tu saya dah tonton dah. Saya beli masa pergi WangCyber Gathering 2011.

Bagus juga sebenarnya video tutorial tu. Ringkas dan padat. Cuma bagi saya, pemasaran Facebook ni agak pantas bertukar. Mungkin saja strategi yang digunakan sudah outdated.

Tapi tiada salahnya belajar dan ambil tahu strategi pemasaran yang digunakan. Ilmu Online Business ni, kalau tak diamalkan tak jadi. Kalau buat, memang menjadi-jadi jugalah. =)

Saya pernah galakkan kawan saya buat business jual kasut di Facebook masa belajar di kolej dulu. Saya advice dan beri tunjuk ajar sedikit sebanyak berkenaan Online Business. Selebihnya diorg usaha sendiri. Dan saya tengok diorg untuk besar juga. =)

Papepun, all the best saya ucapkan untuk Kak Maria. Kalau nak tanye saye pape, boleh je. InsyaAllah kalau saya tahu, saya akan share. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.