Ok seperti yang anda dapat lihat pada banner di atas, Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter (PPIM-SC) akan menganjurkan satu program yang dinamakan 'Night of Gratitute 2011' pada hari esok, 14 Mac 2011 bertempat di auditorium Kampus CUCMS Street Mall (foundation building).
Program 'Night of Gratitute 2011' ini merupakan salah satu program kebajikan yang akan diwarnai dengan persembahan-persembahan kesenian yang menarik seperti deklasmasi puisi dan sajak oleh beberapa pensyarah daripada fakulti perubatan, persembahan nyanyian dan gitar daripada pelajar-pelajar CUCMS serta persembahan istimewa daripada kanak-kanak Somalia Restore Hope School.
Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mempamerkan rasa kesyukuran dan berterima kasih atas segala nikmat yang kita rasai di bumi Malaysia yang bertuah ini. 'Night of Gratitute 2011' adalah terbuka untuk seluruh warga CUCMS tanpa mengira kepercayaan, agama dan bangsa.
Kalau anda ada kelapangan, apa kata anda luangkan masa pada malam tersebut untuk turut serta bersama warga CUCMS yang lain dalam program 'Night of Gratitute 2011'. Tiket masuk hanya berharga RM5 dan pastinya nilai yang anda bayar tersebut akan digunakan untuk tujuan kebajikan yang baik dan berfaedah.
Program tersebut akan bermula dengan majlis iftar pada pukul 7 petang dan akan berlangsung sehingga pukul 11 malam.
Untuk 'Night of Gratitute 2011' ini, InsyaAllah saya akan terlibat dengan persembahan nyanyian dan gitar. Persembahan ini akan diketuai oleh Prof Dr Abdul Latiff dari Fakulti Perubatan CUCMS dan kami akan mempersembah 3 buah lagu best iaitu lagu 'Hold my hand by Maher Zain', 'Standing in the Eyes of the World by Ella' dan satu lagu bonus khas yang tak mahu saya umumkan di sini (konon nak surprise lah kan.. =p).
Bagi saya sendiri, mungkin ini adalah peluang terakhir untuk saya 'on stage for performance' bersama-sama dengan kawan-kawan CUCMS yang lain sebelum saya tamat belajar dan meninggalkan CUCMS pada bulan 5 nanti. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat kami bermain gitar dan menyanyi bersama secara live. Dijamin sangat best! =)
Jadi buat keputusan untuk hadir sekarang dan jangan lupa untuk ajak kawan-kawan yang lain sekali. Lebih ramai lebih meriah dan lebih bermakna lagi kenangan yang akan tercipta di 'Night of Gratitute 2011'. Kita jumpa di sana!
0 comments:
Post a Comment