Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan kelahiran blog kedua saya iaitu RumahJohorBahru.com yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Blog RumahJohorBahru.com ini merupakan satu blog berbentuk website yang dikhususkan untuk berkongsikan tips dan informasi terkini lagi praktikal berkenaan dunia Pelaburan Hartanah khususnya untuk pasaran Johor Bahru.
Bermakna, blog ini merupakan satu blog yang amat micro-niched kerana ianya tertumpu kepada pasaran hartanah di Johor Bahru sahaja.
Jadi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui selok belok pasaran hartanah di Johor Bahru yang sangat menguntungkan ini, blog RumahJohorBahru ini pastinya akan menjadi destinasi anda yang terpenting selepas ini.
Selain daripada berkongsikan tips dan informasi, blog RumahJohorBahru ini juga menyediakan ruang-ruang pengikalan percuma untuk rumah-rumah yang ingin dijual atau disewakan di sekitar Johor Bahru.
Bermakna, jika anda mempunyai rumah di Johor Bahru yang ingin dijual atau disewakan, anda boleh iklankan rumah anda itu di blog RumahJohorBahru secara PERCUMA! Di sini, sang penjual dan pembeli serta tuan rumah dan penyewa dapat bertemu dengan lebih mudah.
Sudah pasti medium pengiklanan percuma ini akan menyemarakkan lagi pasaran hartanah di Johor Bahru dan mengembangkan lagi prospek Pelaburan Hartanah di Johor Bahru. Malah, ia akan membantu rakyat Johor untuk mencari rumah untuk disewakan untuk keperluan masing-masing.
Idea penghasilan blog RumahJohorBahru ini telah dibangunkan pada pertengahan tahun 2013 dan insyaAllah akan diuruskan dengan lebih teratur dan kemas dari semasa ke semasa.
Kepada anda yang sedang mencari-cari maklumat berkenaan Pelaburan Hartanah, layari http://www.rumahjohorbahru.com/ sekarang dan mulakan langkah anda untuk menjadi seorang Pelabur Hartanah yang berjaya!
Sunday, September 1, 2013
Blog+Website Rumah Johor Bahru Dot Com!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment