Saturday, September 28, 2013

Senario Dunia Farmasi Retail Di Malaysia


Kerjaya Farmasi Retail merupakan satu kerjaya yang berpermintaan tinggi kerana ianya melibatkan traksaksi perniagaan produk ubat-ubatan dan kesihatan yang sentiasa diperlukan oleh para pengguna.

Malah di negara-negara tertentu, industri Farmasi dilabelkan sebagai kerjaya 'money making machine' kerana potensi jumlah keuntungan besar yang dapat dijana daripadanya.

Disebabkan itu juga, ada sebilangan para pelajar jurusan Ijazah Sarjana Farmasi dan mungkin juga Pegawai Farmasi yang berkira-kira untuk masuk ke bidang Farmasi Retail ini selepas berjaya mendapatkan Lesen Penuh Sebagai Seorang Pegawai Farmasi (Fully Registered Pharmacist/FRP).

Memang benar, bidang Farmasi Retail ini boleh mendatangkan keuntungan yang besar berlipat kali ganda, namun, sebenarnya, bidang Farmasi Retail ini telah menjadi lebih mencabar dan sukar.

Beberapa tahun sebelum ini, beberapa syarikat besar di Malaysia telah bertindak membuat pelaburan dalam arena Farmasi Retail ini. Antaranya contohnya adalah syarikat seperti Cosway (M) Sdn Bhd yang telah menambah ruangan untuk Farmasi di kedai-kedai Cosway milik mereka.

Apa yang berlaku adalah, banyak kedai Farmasi Retail mula beroperasi di bawah syarikat Cosway yang telah pun mempunyai kedai Cosway yang banyak di seluruh Malaysia.

Group/Chain Pharmacy yang besar ini adalah satu bentuk monopoli dalam bidang Farmasi Retail. Kewujudan Cosway Pharmacy secara dasarnya telah mengubah senario dunia Farmasi Retail di malaysia.

Salah satu masalah yang bakal dihadapi oleh mereka yang mahu membuka Stand Alone Pharmacy adalah berkaitan kos harga. Sebagai contoh, jika kos satu tablet Paracetamol berharga RM0.30, Group / Chain Pharmacy ini dapat membeli satu tablet Paracetamol tersebut pada harga RM0.10 satu tablet kerana jumlah tempahannya adalah lebih besar berbanding Stand Alone Pharmacy.

Akibatnya, Group/Chain Pharmacy ini dapat membeli produk-produk Farmaseutikal pada harga kos yang jauh lebih murah daripada kilang ubat dan menjualnya semula pada harga yang lebih kompetitif berbanding Stand Alone Pharmacy.

Di akhirnya, Stand Alone Pharmacy tidak dapat bersaing dari faktor harga dan arena Farmasi Retail di Malaysia ini akan dipegang oleh Group/Chain Pharmacy yang paling stabil dan konsisten.

Untuk itu, bagi mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Farmasi Retail, membuka kedai Farmasi sendiri dan mengharapkan keuntungan adalah langkah yang terkebelakang. Secara teori dan praktikalnya, adalah sukar untuk Stand Alone Pharmacy untuk bersaing dengan gergasi seperi Group/Chain Pharmacy.

Salah satu pilihan yang hebat adalah dengan membina satu empayar baru dengan membuka syarikat Group/Chain Pharmacy yang baru dan mencuba untuk bersaing dengan Group/Chain Pharmacy yang sedia ada.

Namun sudah pasti modal yang diperlukan untuk membangunkan Group/Chain Pharmacy ini amat besar dan melibatkan perancangan yang amat rapi. Jika tersilap langkah, kerugiannya juga pasti adalah amat memeritkan.

Oleh itu, salah satu pilihan yang ada dalam bidang Farmasi Retail di Malaysia, adalah dengan menyertai Group/Chain Pharmacy yang sedia ada, belajar dan berkembang bersama mereka.

Ingin tahu bagaimana caranya untuk menyertai Group/Chain Pharmacy ini?

Klik link di bawah ini: 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.