Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ramaibeliamuflis/MA/Article/index_html |
Antara fakta nombor yang dibentangkan oleh Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA), Datuk Dr Marimuthu Nadeson adalah;
1) Purata setiap hari 14 orang diisytihar muflis kerana hutang berkenaan berikutan sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan, terutama membabitkan belia.
2) 15 peratus daripada mereka tiada tabungan.
3) 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan.
Aspek pengurusan kewangan adalah amat penting untuk dibincangkan melalui pendekatan yang lebih terbuka dan matang kerana masalah kewangan peribadi telah menjadi kian meruncing di Malaysia.
Bayangkan, di negara-negara maju yang lain, jumlah para jutawan dan billionaire sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, sebaliknya di Malaysia, jumlah golongan muflis pula yang sentiasa bertambah.
Melalui kajian-kajian yang dilakukan, kad kredit adalah salah satu punca yang menarik golongan muda ini ke lembah muflis. Sikap berbelanja tanpa had dan berbelanja ketika tiada wang serta membeli sesuatu yang amat mahal dengan cara berhutang menjadi budaya golongan muda sehingga terjerumus dalam masalah kesempitan kewangan.
Persoalannya, benarkah kad kredit adalah punca segala masalah ini timbul? Adakah dengan memotong kad kredit yang anda miliki akan membantu anda mengelakkan daripada menghadapi masalah yang sama?
Pada pendapat saya, kad kredit bukan puncanya. Kad kredit hanyalah satu alat yang digunakan untuk memudahkan proses pembayaran. Kad kredit menjadi satu masalah dan beban apabila ia disalahgunakan oleh orang yang tidak tahu menggunakannya.
Pada pendapat saya juga, kad kredit merupakan satu kad yang amat berguna. Jika ianya digunakan dengan sebaik mungkin, ia dapat membantu kita untuk berbelanja dengan lebih mudah, selamat dan menjimatkan!
Apakah kebaikan menggunakan kad kredit?
1. Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak setiap kali berbelanja di pusat membeli belah!
2. Proses membayar minyak petrol di stesen minyak menjadi lebih mudah!
3. Boleh mengumpul point dan boleh ditukar kepada kupon diskaun, rebat atau barang-barang yang menarik!
4. Boleh digunakan untuk pembelian melalui online (Biasanya untuk transaksi dengan syarikat dari luar negara).
5. Memudahkan urusan pembayaran ketika melancong di dalam dan luar negara.
6. Mendapat diskaun untuk promosi-promosi tertentu di premis-premis tertentu.
Soalnya sekarang adalah, cara kita menggunakan kad kredit. Jika kita menggunakan dengan cara yang betul, maka manfaat lah yang kita akan dapat. Jika kita menggunakan dengan cara yang tidak bijak, maka bencana lah yang sedang diundang.
Bagaimana cara yang betul untuk menggunakan kad kredit? Biar saya tunjukkan beberapa perkara yang boleh anda lakukan ketika menggunakan kad kredit untuk membolehkan anda menambah nilai hidup anda dan mengelakkan hutang kad kredit.
1. Belanja dan bayar dalam tempoh 24 jam!
Setiap kali anda membeli sesuatu di pusat membeli belah, tanya penjual sama ada anda boleh membayar menggunakan kad kredit atau tidak. Jika boleh, gunakan kad kredit tersebut dan simpan wang tunai yang ada dalam poket anda.
Apabila balik ke rumah, dalam tempoh 24 jam, anda perlu membuka laptop atau komputer anda dan buat pembayaran kad kredit tersebut melalui online.
Jangan tunggu sehingga dapat surat statement kad kredit. Bayar terus selepas anda menggunakan kad kredit.
Jadikan kad kredit sebagai alat yang memudahkan transaksi jual beli sahaja dan bukannya alat yang membantu anda membeli semasa anda tidak mempunyai wang!
2. Ulangi tips pertama seberapa banyak kali yang boleh!
Yup, setiap kali anda membeli, cari peluang untuk menggunakan kad kredit. Elakkan menggunakan wang tunai. Setiap kali mengisi minyak kereta, membeli tiket wayang, membayar bil Internet, elektrik dan air, dan sebagainya, anda pilih untuk menggunakan kad kredit.
Lebih banyak anda menggunakan kad kredit tersebut, terutamanya pada hujung minggu, lebih banyak rebat yang anda dapat dan lebih banyak point yang anda dapat kumpul.
Point terkumpul yang banyak itu anda tukarkan kepada kupon diskaun membeli belah ataupun rebat wang tunai.
Dari situ anda akan menjimatkan wang yang perlu anda bayar ketika berbelanja.
3. Jangan menggunakan kad kredit ketika anda tiada wang dalam akaun simpanan.
Sentiasa saya tekankan, kad kredit hanyalah alat yang membantu proses membeli dan ketika anda mempunyai wang untuk membayar apa yang anda beli itu. Kalau dalam akaun simpanan anda tiada wang, jangan pandai-pandai nak gunakan kad kredit untuk apa tujuan sekali pun.
Jadi anda tahu, anda memang tiada duit untuk berbelanja. Tiada wang tunai, anggaplah kad kredit pun sama tidak berguna.
Pegang tips ini kuat-kuat dan jika anda langgar peraturan ini, anda akan tahu akibatnya nanti.
4. Jangan bayar lewat 20 hari dari tempoh surat statement kad kredit dikeluarkan.
Tips pertama menyatakan, anda perlu bayar apa yang anda beli dalam tempoh 24 jam.
Tapi katakan anda memang sedang kesempitan pada bulan tu, dan tidak dapat membayar dalam tempoh 24 jam, pastikan anda tidak lengahkan pembayaran kad kredit melebihi tempoh 20 hari dari tarikh anda menerima surat statement kad kredit tersebut.
Ini kerana, jika anda tidak membuat pembayaran penggunaan kad kredit dalam tempoh masa tersebut, anda akan dikenakan caj interest kad kredit. Buat apa buang duit anda untuk bayar interest? Elakkan sebaik mungkin, ya.
5. Jangan guna kad kredit jika anda langsung tidak boleh buat perkara-perkara di atas!!
Ini amaran keras. Tips yang diberikan di atas adalah langkah yang terbukti berkesan untuk menggunakan kad kredit.
Tapi jika anda memang tidak berdisiplin untuk mengawal penggunaan kad kredit, lebih baik anda tidak mendaftar untuk mendapatkan kad kredit dan teruskan berbelanja secara normal menggunakan wang tunai anda.
Elakkan diri sendiri daripada menjadi hamba kepada kad kredit. Kita adalah tuan kad kredit, jadi pastikan kad kredit yang kita miliki menjadi alat yang akan membantu urusan seharian kita dan bukannya menjadi anjing yang sentiasa menggigit poket dan akaun simpanan kita. ;)
Jadilah pengguna kad kredit yang bijak dan nikmati manfaat daripada fasiliti-fasiliti yang ditawarkan oleh bank-bank yang menawarkan kemudahan kad kredit.
Salam maju jaya orang muda!
0 comments:
Post a Comment