Saturday, November 16, 2013

Anda Banyak Guna Otak Kiri Atau Kanan?



Otak manusia terbahagi kepada dua, iaitu otak kiri dan otak kanan. Melalui kajian, terdapat perbezaan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh otak kiri berbanding otak kanan.

Sifat orang yang menggunakan otak kiri adalah mereka lebih kepada bahasa, peraturan, penelitian, strategi, rasionalisasi dan juga logik.

Manakala orang yang menggunakan otak kanan adalah lebih 'huru-hara', kreatif, kebolehan untuk memahami sesuatu dengan cepat dan ringkas, suka berfantasi, lebih cenderung kepada imej berbanding bukan imej dan juga sentiasa mempunyai keinginan untuk mengetahui sesuatu yang baru atau pelik, atau tidak normal.

Perbezaan penggunaan otak kiri atau kanan saja sudah membuatkan kita berbeza di antara satu sama lain. Cara kita melihat sesuatu tidak sama dan memberi kesan kepada keputusan yang kita buat.

Saya telah membuat satu ujian melalui online berkenaan otak kiri atau kanan. Selepas menjawab soalan-soalannya, didapari saya menggunakan kedua-dua belah otak saya, kiri dan kanan iaitu 41% otak kiri dan 59% otak kanan.

Mungkin juga kerana itu saya boleh membuat penilaian berkenaan sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan jika pendapat saya cenderung kepada sesuatu belah, saya masih lagi dapat melihat sisi positif pendapat yang bertentangan.

Anda mahu tahu anda guna otak kiri atau kanan?

Lakukan ujian ringkas 30 saat secara percuma di link ini:

http://en.sommer-sommer.com/braintest/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.