Assalamuaikum, dan salam sejahtera semua para jemaah~~
Hari ini saya nak tulis-tulis sikit berkenaan orang Melayu kita dan perniagaan. Saya nak angkat satu isu di mana kenapa orang Melayu ada sikit susah nak berjaya dalam perniagaan.
Bukan saya nak maksudkan semua orang melayu susah nak berjaya dalam perniagaan, tapi sebahagian besarnya orang Melayu susah sikit nak berjaya dalam perniagaan kerana sikap dan pendekatannya yang negatif terhadap perniagaan.
1. Takut Memulakan Perniagaan.
Ini adalah sifat semulajadi manusia, iaitu takut untuk memulakan perniagaan. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran seperti masalah tiada modal, bimbang persaingan, takut rugi, tak mahu ambil risiko dan bermacam-macam lagi.
Sementara orang Melayu sedang berfikir tu, orang bangsa lain seperti orang Cina, orang Pakistan, orang Indonesia telah pun mula berniaga dan menjana keuntungan besar daripada perniagaan yang mereka lakukan.
2. Tidak Tahu Nilai Keuntungan.
Dalam perniagaan, menjana keuntungan boleh dikatakan antara perkara utama yang perlu difokuskan. Apalah gunanya menjalankan perniagaan jika tiada keuntungan dihasilkan atau keuntungan terlalu kecil.
Apa yang saya perhatikan, orang Melayu sanggup menjatuhkan harga barang untuk membolehkan mereka mendapatkan jualan.
Contohnya jika margin keuntungan adalah RM50 untuk sesuatu produk, orang Melayu lebih rela untuk menurunkan margin keuntungan itu sehingga ke RM1 saja untuk satu produk demi mendapatkan jualan berbanding para pesaing.
Gembira mendapat jualan dengan keuntungan RM1, tapi inilah punca kejatuhan nilai produk dan perniagaan menjadi lebih sukar untuk berkembang maju.
Saya gelarkan mereka ini sebagai market spoiler.
3. Suka Meniru Perniagaan Orang Lain.
Sikap orang Melayu adalah suka meniru perniagaan orang lain.
Jika orang lain mendapat untung besar dengan menjual burger, dia pun mahu menjual burger yang sama. Jika orang lain mendapat untung besar dengan menjual tudung, dia pun sama naik nak jual tudung. Begitu juga jika orang lain berjaya menjana pendapatan lumayan melalui MLM, dia pun terikut nak buat juga.
Dalam perniagaan, semakin kreatif anda memasarkan perniagaan anda, semakin cerah potensi kejayaan perniagaan anda. Tetapi sebaliknya berlaku jika tiru-meniru menjadi budaya. Akhirnya industri itu sendiri yang tidak dapat berkembang kerana ketandusan idea dan produk baru yang lebih baik.
4. Perasaan Hasad Dengki Yang Menebal.
Jika ada seseorang datang dan menunjukkan keuntungan melalui penjualan satu-satu produk, orang Melayu ini akan kata:
"Oh, so kau dah kaya lah sekarang? Nak berlagak lah?"
Sedangkan niat orang itu hanya ingin berkongsi cara untuk berjaya. Jika dia boleh berjaya, sudah pasti orang lain juga boleh sama berjaya.
Tapi malangnya, orang Melayu memilih untuk berfikiran negatif dan menganggap orang lain cuba merendah-rendahkan mereka.
Jika orang Melayu terus begini, sampai bila pun tidak akan ke mana. Sebaliknya, jika ada orang yang bijak pandai ingin berkongsi rahsia kejayaan, cubalah dengar dan belajar daripada mereka.
Dekatkan diri dengan orang yang berjaya dan kita pun akan sama berjaya satu hari nanti. Bukan mengeji mereka atau memulaukan mereka yang berjaya.
Orang Melayu memang pelik jika bersikap begini.
5. Gagal Menguruskan Kewangan Dengan Baik.
Kejayaan jika diusahakan, semua orang boleh memilikinya. Begitu juga dengan orang Melayu, jika berusaha bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya.
Tapi jika dilihat, ramai orang Melayu yang telah mengecapi kejayaan yang besar akhirnya jatuh tersungkur sehingga ke status muflis.
Kenapa ini berlaku?
Puncanya adalah kerana kekurangan ilmu tentang pengurusan kewangan. Wang jika diuruskan dengan baik, tidak kiralah ianya sikit atau pun banyak, insyaAllah kekayaan akan dapat dikekalkan dari generasi ke generasi.
Saya menulis artikel ini bukanlah untuk condemn atau mengutuk bangsa Melayu, malah saya sendiri orang Melayu.
Tapi jika ada benarlah hujah yang saya tulis di sini, moga ia menjadi satu wadah untuk menyedarkan orang Melayu agar bangkit menjadi bangsa yang lebih maju, terbilang dan berjaya.
Anda boleh membaca artikel ini dari sudut negatif dan juga dari sudut positif, bergantung pada penilaian anda sendiri.
Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk difikirkan oleh orang yang mahu berfikir secara rasional.
Sampai sini dulu, salam!
Thursday, November 21, 2013
Punca Orang Melayu Susah Nak Berjaya Dalam Perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment