Monday, May 12, 2014

KAGSS 2014 Luar Biasa!


Assalamualaikum dan Salam Hormat Nizam Malek Blog readers & followers semua!

Apa khabar, semoga Allah merahmati kita semua.

Hari ini saya nak menulis di sini, berkongsikan pengalaman saya yang amat menakjubkan, yang baru saya tempuhi 2 hari lepas.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menyertai Kelas Advance Gegar Saham Syariah 2014 atau singkatannya KAGSS 2014 anjuran Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dan team ZamSaham.

Perasaan saya amat teruja kerana dapat belajar secara langsung dengan ZamSaham yang mempunyai ilmu luar biasa berkenaan perniagaan saham di Bursa Malaysia.

Sebelum saya menyertai KAGSS ini, saya sudah pun mula melabur di Bursa Malaysia, dan adalah juga mengalami kerugian, antaranya pada kaunter KTB.

Setiap kali beli sahaja, mesti harga saham tu jatuh.

Itulah malangnya apabila melabur dalam saham tanpa ilmu.

Jadi saya pun buat keputusan untuk mencari ilmu saham dan Alhamdulillah, saya berjumpa dengan seorang mentor yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat hebat, iaitu tuan ZamSaham.


Saya menyertai Kelas Intro Gegar Saham Syariah (KIGSS) pada 7 Mac 2014 di Setia Tropika. 

Sorang-sorang pergi kelas malam-malam. Tiada kawan pun yang nak ikut. Tapi saya tekad kan juga hati dan kuatkan semangat untuk datang belajar. Masa tu saya bayar RM50. 

Ramai sangat orang masa tu. Tapi lepas KIGSS tu, saya jadi bersemangat nak belajar saham. ZamSaham kongsikan ilmu yang amat mudah iaitu berkenaan Simple Moving Average yang akan menunjukkan buying signal sesuatu kaunter saham. Rasa sangat teruja dengan ilmu yang saya dapat tu.

Selepas 2 bulan, saya buat keputusan untuk menyertai KAGSS. Ilmu saham ini bagi saya wajib belajar. Pelaburan Saham bukan sekadar membeli saham dan menjual saham. Ianya adalah satu dunia yang tersendiri, dengan ilmu-ilmu nya yang tersendiri.

Saya amat serius nak belajar ilmu saham ini. Saya sanggup korbankan banyak perkara untuk hadiri KAGSS ini. 

Nak tahu cerita saya di KAGSS?

Untuk menyertai KAGSS, student perlu membawa laptop untuk kegunaan pembelajaran. InsyaAllah lepas kelas tamat, akan mahir guna platform OSK RHB untuk membuat kajian saham. 

Tapi laptop saya yang Macbook White tu dah sangat outdated. Banyak perisian yang tidak boleh dibuka seperti Adobe dan Java. Kemudian selalu hang. Nasib baik saya dah beli PC Acer i3 awal tahun ni. Jadi nak atau tak nak, terpaksalah saya angkut PC saya tu ke KAGSS. 

Dengan monitor, CPU, keyboard, mouse, wayar-wayar, semua saya angkut naik turun tangga di Setia Tropika tu semata-mata untuk belajar saham. Semua orang bawak laptop, saya sorang je bawak komputer gergasi saya tu. Mereka senyum, saya senyum. Tidak pernah saya rasa kurang apa-apa, sebab niat utama saya adalah untuk belajar walau apa cara sekalipun. 


Dan saya pastikan saya berada di bahagian paling hadapan kelas. Saya nak ilmu yang ZamSaham lontarkan sampai terus kepada saya.  Bila habis kelas hari pertama, sekali lagi saya usung keluar komputer saya. Itu komitmen saya.

Kemudian cabaran kedua saya adalah pada hari kedua. Sekali lagi saya tiba di Setia Tropika beberapa minit sebelum pukul 8 pagi, sekali lagi jadi student pertama yang masuk ke kelas. Kemudian saya mula pasang komputer saya. Bila saya buka beg saya, saya terkejut, mouse saya TIADA!! 

Mana pulak pergi binatang tikus ni? Habis saya seluk dan buka beg saya, mouse tu memang tiada. Besar kemungkinan saya dah tertinggal mouse tu di rumah. Oh man.. Dalam hati saya cakap, "kenapa aku diduga masa Kelas Advance ni.. This is Kelas Advance.. Tunggu lah masa lain kalau nak hilang pun wahai tikus.." 

Kalau laptop tiada mouse, masih boleh guna touch pad. Tapi kalau komputer tiada mouse, nak bergerak macam mana? 

Saya fikir ini tidak boleh jadi, kalau saya biarkan saja, saya memang tak boleh ikut latihan kajian teknikal analisis yang akan dijalankan sepanjang kelas nanti. 

Saya bergerak ke belakang kelas dan tanya crew, pukul berapa kelas start? Masa tu lebih kurang pukul 8.02 pagi. Beliau cakap kalau semua orang dah cukup, kita akan terus start. 

Hati saya gundah, tapi saya tekad, saya kena balik dan dapatkan mouse saya tu dan kembali ke Setia Tropika. Terus saya turun ke bawah, masuk kereta dan terus memecut ke Austin Perdana. 

Rumah terasa jauh, kereta dan motor di hadapan terkedek-kedek dan bila saya sampai trafik light, lampu bertukar merah. Saya pandu macam orang gila, selaju Lewis Hamilton, saya sangat stress.. Tapi saya teruskan juga. 

Bila sampai di rumah, masuk bilik dan saya nampak mouse saya sedang bersidai santai di atas meja study saya. Dalam hati saya cakap, "binatang ni memang nak kena". Huhu, saya ambil mouse tu dan terus pandu semula ke Setia Tropika, sekali lagi memandu seperti orang gila. =p

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Setia Tropika pada pukul 8.40 pagi. Masa saya masuk kelas tu, hampir semua students lain dah sampai dan bersedia dengan laptop masing-masing. Saya terus masuk dan setting komputer saya. 

Alhamdulillah dalam 2 minit, komputer saya dah bersedia untuk beraksi di medan platform OSK. Alhamdulillah! 

Dan selesai sahaja saya siap setting komputer semua, kelas bermula! Saya belum terlambat! Alhamdulillah. =)


2 hari (10 & 11 Mei 2014) ini sangat bermakna. Ia bakal membuka lembaran baru dalam hidup saya kerana ZamSaham mengajar kami semua cara-cara untuk menangkap ikan, dan bukannya memberi kami ikan semata-mata.

InsyaAllah Pelaburan Saham akan menjadi portfolio kewangan saya yang seterusnya. Dengan ilmu yang diperturunkan oleh ZamSaham, saya yakin dan amat yakin, Pelaburan Saham adalah sesuatu yang boleh dikuasai dan ianya boleh merubah kehidupan saya.

Target keuntungan melalui saham adalah 100%. Bermakna, jika ada RM1000, ianya akan menjadi RM2000. Jika ada RM10000, ianya akan menjadi RM20000.

Tapi ZamSaham cakap, keuntungan 100% tu dah biasa di kalangan students nya yang lalu. Dia mencabar kami semua untuk membuat keuntungan 200% ke 400%. InsyaAllah saya akan sahut cabaran itu berpandukan ilmu yang diberikan oleh ZamSaham.

Nizam, tak mahu share ke apa yang dibelajar dalam KAGSS? Share ler sikit..

Ok, secara asasnya di KAGSS, students akan diberikan pemahaman yang super jelas berkenaan saham. Saham adalah pemilikan perniagaan sesebuah syarikat. 
Prestasi perniagaan sesuatu syarikat itu sama ada menurun, mendatar atau menurun sangat berkaitan dengan pergerakan harga saham syarikat tersebut. 

Dengan mengkaji pergerakan trend harga sesuatu saham syarikat, kita akan dapat membuat keputusan pembelian saham yang menguntungkan.

Technical Analysis memainkan peranan penting dalam mengetahui trend sesuatu saham. Kalau tidak belajar technical analysis, kita akan meraba-raba dalam kegelapan jika melabur dalam saham. 

Dengan mempunyai pengetahuan technical analysis yang proven, insyaAllah keuntungan dalam Pelaburan Saham adalah lebih pasti dan meyakinkan. 

Memang yang tidak mengalami pengalaman yang saya lalui 2 hari ini tidak akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Kepada yang berminat nak belajar saham, saya, Nizam Malek, super-super-super-super recommend anda untuk pergi belajar dengan mentor saya, ZamSaham. 

Ohya, berapa yuran KAGSS ini? 

KAGSS ini berharga RM1900.

Ia bukan soal murah atau mahal.

Ia soal peluang.

Jika ada RM5000 sekalipun, tapi tiada peluang untuk belajar saham, ia tidak lagi bermakna.



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan ZamSaham dan team nya yang beruasaha menyampaikan ilmu ini kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan saya yang lain.

Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan ZamSaham dan team.
Sampai sini dulu perkongsian saya berkenaan KAGSS. 

Jumpa lagi di medan Bursa!



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.