Thursday, February 28, 2013

[Qualaroo] Kerjaya Sebagai Pegawai Penguatkuasa Farmasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Dah lama rasanya saya tidak menulis di Nizam Malek Blog ini. Kebelakangan ini saya hanya update dengan short blog post atau video sahaja. Mesti anda semua ternanti-nanti tulisan terbaru daripada saya, hehe.. 

Untuk blog post kali ini, saya akan menjawab satu respond daripada pembaca Nizam Malek Blog yang telah dimasukkan ke dalam kotak Qualaroo pada 13 Februari 2013 yang lalu.
Respondnya adalah berbunyi begini:

"I want to know your jobs story.. Hehe.. Can you tell more about that.. TQ.."

Ok terima kasih kepada yang telah meminta saya menulis berkenaan kerjaya saya. Mungkin anda yang bertanya ini ingin mengetahui dengan lebih mendalam apakah sebenarnya ruang kerja sebagai seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi. 

Memang kurang sebenarnya artikel yang ditulis berkenaan kerjaya ini. Jika berkata tentang Farmasi, kebiasaannya masyarakat lebih mengenali Pegawai Farmasi di Hospital, Klinik Kesihatan ataupun kedai retail Farmasi.

Tapi sebenarnya, kerjaya dalam bidang Farmasi adalah lebih daripada itu, merangkumi juga aspek pengurusan dan juga penguatkuasaan.

InsyaAllah dalam tulisan kali ini, saya akan berkongsikan serba sedikit informasi berkenaan kerjaya ini dengan anda. Walaupun mungkin sedikit confidential apabila berbicara tentang dunia penguatkuasaan, tapi anggap saja ia sekadar satu perkongsian dan pengetahuan umum.

Ok, bidang tugas sebagai seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi adalah amat berbeza dengan tugas seorang Pegawai Farmasi di peringkat Hospital, Klinik Kesihatan mahupun kedai retail Farmasi yang lebih kepada aspek perkhidmatan kepenggunaan, iaitu terlibat dalam rawatan pesakit dan juga kaunseling ubat-ubatan. 

Tugas seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi adalah untuk memastikan semua undang-undang atau akta-akta berkaitan Farmasi seperti Akta Racun 1952, Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 dan lain-lain dapat dikuatkuasakan dengan sempurna di negara ini agar semuanya berada dalam keadaan terkawal dan selamat. 

Dalam Jabatan Penguatkuasaan (Enforcement) sendiri, terdapat unit-unit kecil yang memainkan peranan tersendiri dalam memastikan matlamat penguatkuasaan itu dapat dicapai. Antaranya adalah Unit Kawalan Pintu Masuk, Unit Perlesenan, serta Unit Risikan dan Operasi.

Di Unit Kawalan Pintu Masuk, Pegawai Farmasi bertugas untuk mengawal kemasukkan konsainmen dan produk-produk yang datang dari luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, US, Indonesia, Korea dan lain-lain. 

Bermakna, jika terdapat syarikat atau individu yang cuba membawa masuk produk-produk farmaseutikal dari luar negara yang disyaki tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pegawai Farmasi dari Unit Kawalan Pintu Masuk akan menasihatkan pihak Kastam Diraja Malaysia untuk membuat penahanan konsainmen bagi produk-produk tersebut. 

Peranan Pegawai Farmasi di Unit Kawalan Pintu Masuk adalah amat penting bagi memastikan kemasukan produk-produk farmaseutikal (termasuk juga kosmetik) yang mungkin membahayakan 'end user' iaitu para pengguna di Malaysia dapat dibendung.

Di unit Perlesenan pula, secara asasnya Pegawai Farmasi akan bertindak memproses permohonan mendapatkan lesen daripada syarikat-syarikat yang ingin membawa masuk produk-produk farmaseutikal untuk diproses dan dijual di Malaysia.

Sudah pasti, segala dokumen, keperluan dan kelayakan farmaseutikal perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ini. Dalam fasa ini, Pegawai Farmasi di unit Perlesenan berkhidmat dengan individu-individu yang baru hendak bermula mendapatkan dan mendaftarkan lesen.

Di unit Risikan dan Operasi pula, sekumpulan Pegawai Farmasi akan bergerak membuat risikan bagi mengenalpasti 'sarang-sarang' penyalahgunaan dadah dan juga penjualan produk-produk farmaseutikal dan kosmetik yang melanggar akta.

Apabila mendapat aduan atau kepastian sesuatu premis (seperti kedai retail Farmasi, kedai Jamu/Tradisional, klinik-klinik) itu melanggar atau menyalahi akta, kumpulan Pegawai Farmasi dari unit ini akan membuat operasi ke premis-premis yang berkenaan. Antara perkara yang dilakukan adalah memberikan penerangan tentang kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis dan jika kesalahan yang dilakukan adalah berat, penahanan produk akan dilakukan.

Dengan kebanjiran produk-produk Farmaseutikal di pasaran pada masa kini, peranan Pegawai Penguatkuasa Farmasi adalah amat penting untuk memastikan sekurang-kurangnya keselamatan pengguna dapat dikawal.

Secara peribadi, saya berpendapat, bidang Penguatkuasaan Farmasi adalah satu bidang yang menarik untuk diterokai oleh Pegawai Farmasi masa kini di Malaysia. 

Namun, jika seseorang itu mempunyai minat yang mendalam pada dunia Farmasi Klinikal, bidang Penguatkuasaan Farmasi mungkin bukan satu bidang yang sesuai untuknya kerana kebiasaannya, kemahiran klinikal seseorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi akan berkurangan dari semasa ke semasa, kerana kemahiran klinikal tersebut akan kurang digunakan di bidang Penguatkuasaan Farmasi.

Masih banyak boleh dikupas berkenaan kerjaya sebagai seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi, namun secara ringkasnya, begitulah antara peranan dan fungsi Pegawai Penguatkuasa Farmasi.

Saya pun masih dikira baru dalam bidang Penguatkuasaan Farmasi, jadi tulisan ini adalah sekadar apa yang saya tahu pada waktu ini. Mungkin dalam blog post seterusnya, saya akan dapat berkongsi lebih banyak pengalaman berkhidmat dalam bidang Penguatkuasaan.

Ohya, selain itu, jawatan seorang Pegawai Penguatkuasa Farmasi adalah Penolong Pengarah Farmasi, bukan lagi sekadar Pegawai Farmasi. Selain bidang tugas yang berbeza, seorang Penolong Pengarah Farmasi di bidang Penguatkuasaan Farmasi akan mempunyai kad kuasa yang membolehkan ia membuat serbuan di premis-premis dan juga meminta pemilik premis menunjukkan lesen yang berkaitan. 

Ok sampai sini saja perkongsian buat kali ini. 

Semoga bermanfaat! 

P/S: Kalau ada kemusykilan, jangan segan tinggalkan soalan di ruangan komen. Peace! =)

9 comments:

Anonymous said...

salam.macam mana nak libatkan diri dlm bidang enforcement nih?

Nizam Malek on August 22, 2013 at 9:41 AM said...

Salam, Anonymous.

Untuk melibatkan diri dalam bidang enforcement, anda perlu menyelesaikan terlebih dahulu satu tahun sebagai Provisionally Registered Pharmacist (PRP) di hospital kerajaan serta lulus ujian forensic Farmasi dalam tempoh tersebut

Selepas itu, anda boleh memohon untuk ditempatkan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri. Jika ada kekosongan, anda akan berkhidmat di sana dan terlibat dengqan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan.

glamour_qisyacloset[instagram] said...

salam.. [sambungan pertanyaan] hehe..

Provisionally Registered Pharmacist (PRP) ni mmg wajib di hospital kerajaan saja ke ? atau memang ada di hopital kerajaan sahaja?

dari..
-hamba yang mencari ilmu-
tq :)

Iz any on September 5, 2015 at 10:57 AM said...

Apakah tiada pendedahan dari pihak penguatkuasaan farmasi berkenaan denda terhadap pihak yang menjual ubat atau makanan tambahan tanpa mendapat kelulusan kkm? Kebanjiran produk ini seolah menampakkan kelemahan dalam mencegah,sila encik cerahkan kemusykilan saya...

Nizam Malek on September 5, 2015 at 12:26 PM said...

Hi Iz any,

Pendedahan telah diberikan kepada setiap peniaga yang ingin membuka kedai-kedai kosmetik atau jamu yang menjual ubat-ubatan, produk kesihatan ataupun kosmetik sebelum mereka memulakan operasi perniagaan.

Surat sokongan diperlukan daripada pihak Farmasi bagi kelulusan lesen perniagaan dari Majlis Bandaraya.

Jadi pihak penguatkuasa farmasi akan hadir ke premis peniaga dan memeriksa produk-produk yang ingin dijual serta memberikan penerangan tentang keperluan mematuhi akta dan peraturan farmasi yang berkuatkuasa.

Malah penerangan tentang hukuman dan denda yang boleh dikenakan sekiranya peniaga melanggar apa-apa kesalahan juga telah diberikan.

Sekiranya semuanya ok dan peniaga telah faham penerangan yang diberikan, barulah pihak penguatkuasa farmasi akan mengeluarkan surat sokongan kepada pihak Majlis Bandaraya untuk mengeluarkan lesen perniagaan.

Selepas perniagaan dijalankan, pihak penguatkuasa farmasi akan menjalankan pemantauan berkala serta menerima aduan daripada orang awam berkenaan penjualan ubat-ubatan, produk-produk kesihatan serta kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peniaga yang didapati bersalah akan disiasat di bawah Akta dan Peraturan Farmasi yang berkuatkuasa di mahkamah dan didenda mengikut kesalahan yang dilakukan.

Selain itu, pihak penguatkuasa farmasi juga menjalankan aktiviti kesedaran pengguna melalui program Kenali Ubat Anda (KUA) yang mendekati orang awam untuk menerangkan berkenaan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran dan ceramah serta sesi soal jawab untuk meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan ubat-ubatan dan mengelakkan mereka daripada meningkatkan permintaan terhadap ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program KUA ini diadakan di setiap negeri hampir setiap minggu di klinik-klinik kesihatan, hospital, sekolah, karnival dan tempat-tempat awam.

Sekiranya orang awam sedar akan risiko penggunaan ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar, permintaan terhadap produk-produk ini akan berkurangan.

Usaha ini adalah usaha berterusan dari pihak penguatkuasa farmasi dan memerlukan penglibatan bersama dari orang awam.

Terima kasih atau soalan yang diberikan atas tanda prihatin pihak tuan/puan.




Anonymous said...

Aslmkm, saya nk bertanya adakah hanya memggunakan kad kuasa sahaja anggota farmasi berhak memasuki rumah/premis?
Ataupun memerlukan waran geledah daripada polis ataupun pihak KKM sendiri?

Anonymous said...

Assalamualaikum..,berapa gaji seorang pegawai penguatkuasa KKM bahagian kwalan pintu masuk ye?

Anonymos on August 4, 2017 at 7:03 PM said...

sy pun tertanya tanye berkenaan situasi tu. Mohon abg nizam boleh mnjawab persoalan tu

Unknown on September 2, 2021 at 1:34 AM said...

Adakah bidang ini turut menyiasat kereta yang membawa sebarang ubat yg tidak berdaftar kerana baru baru ini saya telah menjual kereta kepada seorang usahawan kosmetik dan saya telah menukar hak milik..namun saya mendapat panggilan dari penguatkuasa farmasi menggunakan nombor peribadi bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terhadap kereta yang telah saya jual dan telah ditukar hak milik ke atas owner baru..sedangkan saya sudah tidak ada kaitan lagi dengan kereta tersebut.Saya bimbang ini aktiviti scammer.Bukan itu sahaja pegawai penguatkuasa meminta saya menghantar dokumen pertukaran hak milik kereta saya.Saya inginkan pencerahan,terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.