Tuesday, February 7, 2017

Tips Sewa Rumah


Sebenarnya nak sewakan rumah ni adalah satu tugas yang mencabar.
Biasanya bila prospek penyewa contact kita, cakap nak tengok rumah, diorg nak tengok rumah sama ada sesuai tak untuk diorg menetap.
Tapi sebenarnya masa diorg datang tengok rumah tu, tugas kita adalah menyaring prospek penyewa sama ada mereka adalah calon yang layak atau tidak untuk menetap dan menyewa di rumah kita.
Biasanya bila nak sewakan rumah, saya akan spare masa satu bulan untuk screen through prospek-prospek yang berminat nak menyewa.
Biar rugi sikit di permulaan, tapi kita dapat penyewa yang betul-betul boleh serve the rental contract sehingga tamat dengan baik serta dapat jaga rumah kita dengan baik.
Masa beberapa prospek datang tengok rumah juga, kita akan melihat macam-macam ragam.
Ada yang sekadar nak test-test tengok rumah je, ada yang nak tambahkan pilihan rumah yang diorg dah tengok sebelum buat pilihan sewa terbaik untuk diorg dan ada juga yang betul-betul serius nak menyewa.
Dari pengalaman saya, kebanyakan sebab orang nak menyewa adalah:
1. Owner rumah sewa diorg sekarang nak ambil semula rumah, jadi diorg terpaksa keluar dan cari rumah sewa baru. (Yang ni memang style menggelabah sikit cari rumah).
2. Orang yang baru berkahwin dan nak mulakan hidup baru sendiri. (Yang ni jenis slow & steady. Plan nak masuk rumah sewa lagi beberapa bulan. Kita mana ada masa nak tunggu diorg kan?)
3. Sekumpulan kawan-kawan bujang (lelaki atau perempuan) yang nak cari rumah sewa dekat dengan tempat kerja. (Ini ok juga, cuma bila sewa ramai-ramai ni memang ada potensi masalah juga lah).
Anyway, sebagai seorang landlord, pesanan saya adalah, jangan jadi orang yang terdesak dalam proses mendapatkan penyewa ni.
Kita adalah orang yang memberikan tawaran dan seharusnya memegang kunci dalam negosiasi.
Gunakan teknik pakej dan juga closing skill yang baik dalam proses mendapatkan penyewa yang berpotensi.
Jangan sesekali memaksa orang untuk menyewa rumah kita.
Biar diorg sendiri yang pilih untuk menyewa dan bersetuju dengan segala terma dan syarat.
Lastly, jangan lupa buat Tenancy Agreement. Kenapa?
1. Untuk protect diri anda dari sebarang masalah di kemudian hari.
2. Untuk increase jumlah pendapatan bulanan dan ini perkara penting yang akan dilihat oleh pihak bank masa kita nak apply loan untuk beli rumah lagi. Barulah boleh beli rumah banyak-banyak.
Klik LIKE kalau suka tips ini. =D
-Nizam Malek
Property Grand Master

1 comments:

Naziman Azlye on November 21, 2017 at 9:21 AM said...

Terima kasih sangat tuan. Nasihat "jangan terdesak nak penyewa" sangat penting. Saya sendiri sudah mengalaminya pada permulaan perniagaan kereta sewa. Hendakkan untung beberapa ringgit, akhirnya rugi 6 kali ganda. Walaupun rugi wang ringgit tetapi untung pengajaran yang didapati daripada perkara tersebut, sangat bernilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.