Wednesday, February 1, 2017

January Has Over, Now, February..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, apa khabar anda yang membaca Nizam Malek Blog ini.

Semoga sihat dan ceria sentiasa di sana.

Hari ini 1 Februari 2017.

Satu bulan Januari telah berlalu pergi.

Begitulah pantasnya masa berlalu,

Sebulan demi sebulan.

Dalam post kali ini, saya nak share sedikit pengalaman kerjaya saya di seksyen baru iaitu Seksyen Perundangan.

Alhamdulillah, saya ditempatkan di Unit Pendakwaan dan boleh saya katakan, saya dah jatuh hati dengan kerjaya baru saya ini.

Dalam Unit Pendakwaan, saya berpeluang untuk hadir ke mahkamah bagi membawa kes-kes yang ditetapkan untuk pendakwaan.

Saya dapat lihat bagaimana peguam berhujah dan apa keadaannya menjadi orang yang dituduh bersalah di mahkamah.

Ia adalah satu pengalaman yang amat menarik dan mengujakan bagi saya.

Cuma ya lah, saya masih lagi baru di unit ini.

Banyak perkara saya perlu belajar dan kuasai.

Saya umpama seorang bayi yang baru lahir.

Dalam otak sebenarnya umpama sebuah gelas yang kosong.

Tapi alhamdulillah, rakan sekerja semuanya baik-baik dan very supportive.

Bila saya tak tahu, mereka akan sudi tunjuk ajar walaupun masing-masing agak sibuk dengan tugas masing-masing.

Saya tahu, saya kena cepat belajar dan faham perkara yang saya pelajari.

I truly have to be a fast learner.

It's no more time for day dreaming.

InsyaAllah saya akan fokus dan berikan tumpuan yang sepenuhnya dalam proses membina kompetensi dalam kerjaya ini.

Bulan Januari, saya banyak mngelamun juga sebenarnya.

Emosi mudah terganggu dan selalu juga jiwa kacau.

Kadang-kala kelakar juga bila difikir semula.

Mungkin masih lagi dalam fasa perubahan dari seksyen lama ke seksyen baru.

Anyway, insyaAllah bermula Februari 2017 ini, saya akan lebih firm dan bertindak lebih professional, cewah.

Sebenarnya...

Saya amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya hari ini.

10 tahun lalu, saya terlantar sakit selama 6 bulan dan hampir give up seluruh kehidupan saya.

Tapi hari ini Allah tarik saya keluar dari kesengsaraan tersebut dan berikan saya banyak nikmat, rezeki dan kemudahan.

Wife saya tak suka saya sebut pasal benda ni.

Dia kata benda dah lepas, apa nak sebut lagi.

Tapi sebenarnya, dari situlah saya datang.

Di mana saya pernah jatuh tersungkur dan bangkit semula langkah demi langkah.

Saya tidak akan pernah lupakan asal usul dan siapa diri saya.

Semoga bila saya benar-benar berjaya satu hari nanti, saya akan jadi orang yang sentiasa merendah diri dan sedar saya cuma manusia biasa yang tiada daya kecuali dengan adanya pertolongan daripada Allah.

Huhu, oklah setakat sini dulu tazkirah hari ini.

Anyway, 2017 is good so far.

InsyaAllah I will make it a lot better from time to time.

Doakan saya berjaya jadi seorang Pegawai Pendakwa (PP/PO) yang kompeten ok. =)

Terima kasih.

Kita jumpa lagi ok! =)

-Nizam Malek



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.