Tuesday, May 21, 2013

Status 36


"Saya percaya orang yang sabar akan akhirnya berjaya. 

Orang yang dengki tidak ke mana."

-Nizam Malek

2 comments:

Anonymous said...

saya seorang future PPF di Biro..sekarang student kkm final sem.. sy refuse utk sambung degree Pharm atau x sbb sy dh buat investment skarang...kiranya alhamdulillah ada passive income setiap bulan...apa pendapat encik??

Nizam Malek on May 23, 2013 at 4:26 PM said...

Salam Anonymous,

All the best untuk pelajaran anda dalam diploma Farmasi, semoga berjaya dengan cemerlang.

Sebelum saya menjawab soalan anda, ada beberapa soalan yang anda perlu jawab sendiri terlebih dahulu seperti:

1) Apakah bentuk pelaburan yang anda lakukan, sama ada ianya kukuh dan dapat menjamin pendapatan anda dalam tempoh masa yang panjang atau ianya tidak menentu?

2) Berapa jumlah pendapatan pasif yang anda perolehi. Jika ianya melebihi gaji seorang PPF atau Pegawai Farmasi, anda boleh membuat pertimbangan untuk tidak sambung belajar dan fokus kepada pelaburan tersebut.

3) Apa tujuan anda untuk sambung belajar? Untuk menambah baik taraf pendidikan/kehidupan, mendapat gaji setiap bulan yang lebih terjamin atau ada alasan lain.

Cuba jawab ke tiga-tiga bentuk soalan di atas secara jujur dan anda akan nampak sama ada anda perlu atau tidak untuk sambung belajar ke peringkat degree Farmasi.

Pada pendapat saya, mendapat pendapatan pasif melalui pelaburan adalah baik.

Namun jika anda sambung belajar ke peringkat degree Farmasi, anda akan berpeluang untuk menambah pendapatan anda lagi.

Konsep ini dinamakan Multiple Source of Income.

Jadi sebenarnya tidak rugi untuk sambung belajar.

Namun sekali lagi, ia terpulang kepada anda untuk membuat penilaian yang terbaik. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.