Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 2012!



Hi, Assalamualaikum, salam sejahtera semua!

Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, muslimin dan muslimat, walau di mana pun anda berada.

Anda beraya di mana tahun ni?

InsyaAllah, pada tahun ini saya akan beraya di kampung belah emak saya, di Kuala Terengganu.
Dah lama sebenarnya tak balik Terengganu, mesti seronok dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga di sana.

Terima kasih saya ucapkan kepada KPF HSI, Pn Maimunah, Pegawai Farmasi Menyokong iaitu Kak Ros dan Maysha kerana telah memberikan cuti tambahan kepada saya untuk beraya pada tahun ini. 

Tak lupa juga rakan PRP seperjuangan di TDM rotation, Vikey yang telah bersedia menjadi pengganti cuti-cuti tersebut. Terima kasih bebanyak sebab sangat memahami. =')

Kepada semua pembaca dan pelawat Nizam Malek Blog yang akan pulang berhari raya di kampung halaman, saya doakan perjalanan anda diberkati dan selamat pergi dan balik. Doakan juga perjalanan saya sekeluarga selamat semuanya ya. =)

Tak tahu kenapa, Raya pada tahun ini terasa bererti bagi saya. Tak tahu macam mana nak explain. Tapi memang rasa lebih excited berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Walaubagaimanapun, sambutan kali ini tetap sederhana sahaja. Saya tiada baju melayu baru pun tahun ni. Just pakai yang mana ada saja. Banyak stok baju raya lama. Pakai sekali atau 2 kali setahun je.. Badan pun still maintain beberapa tahun ni, jadi masih boleh pakai. Boleh lah save cost skit.. =p

Oklah, sampai sini saja ucapan raya pada kali ini. 
Selamat Hari Raya sekali lagi, maaf zahir dan batin. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nizam Malek Blog. Copyright 2010 All Rights Reserved Revolution theme by Brian Gardner Ft Bloganol dot com | Distributed by Deluxe Templates

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world's leading questionnaire tool.