I say, "You have the rights to judge me, I don't mind.."
Setiap hari, orang ramai di luar sana akan menilai diri kita.
Cara kita berpakaian, perkara yang kita sebutkan, cara kita melihat mereka,
semuanya akan dinilai oleh orang di sekeliling kita.
Sama ada positif atau negatif, kita tetap akan dinilai..
Penilaian-penilaian tersebut akan 'melekat' pada apa sahaja subjek yang kita bawa, tidak kiralah sama ada bangsa kita, agama kita, keluarga kita, dan kawan-kawan kita..
Contohnya, jika kita (beragama Islam) berakhlak buruk, orang sekeliling akan menilai bahawa orang Islam itu buruk akhlaknya.
Secara langsung atau tidak, nama agama Islam yang dibawa oleh kita itu menjadi buruk disebabkan nilaian orang sekeliling terhadap diri kita.
Secara langsung atau tidak, nama agama Islam yang dibawa oleh kita itu menjadi buruk disebabkan nilaian orang sekeliling terhadap diri kita.
Oleh sebab itu, orang yang telah matang perlu tahu menjaga diri sendiri agar apa sahaja subjek yang dibawanya tidak akan dinilai buruk semata-mata.
Walaubagaimanapun, seperti kita sedia maklum, tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Oleh itu janganlah takut untuk dinilai.
Jadilah diri sendiri, dan perbaiki kekurangan yang ada dari semasa ke semasa.
You have the rights to judge me; saya tiada masalah untuk anda menilai saya, sama ada baik mahupun buruk..
I don't mind; bukan bererti saya tidak kesah apa sahaja persepsi anda terhadap diri saya, tetapi saya bukanlah orang yang akan memuaskan hati anda seorang sahaja..
Life has to go on. Be yourself, firm and true. =)
0 comments:
Post a Comment